Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 15, 2010

INI KISAH BENAR..

Nak dengar cerita tak? Nama saya Muhammad Atamam Hafi. Saya berumur 2 tahun . Mama saya guru, Walid saya Al-Hafiz. Saya anak tunggal. Saya nak cerita pasal saya balik rumah Tok Umi saya di Bachok Kelantan. Ada satu hari tu, masa saya kat rumah Tok umi....


Masa tu saya tengah main-main. Masa tu waktu maghrib. Walid saya dekat dalam bilik tengah solat. Tiba-tiba dekat tingkap, satu sudut rumah Tok Umi..saya ternampak...


Seorang lelaki pandang saya macam ni. Muka dia marah aje. Saya takut..tengok muka dia..



Saya kemudian lari masuk ke dalam bilik dapatkan Walid. Saya peluk Walid dan saya pejam mata. Saya cakap dengan Walid.
"Walid..Mam takutlah. Mam nampak hantu kat tingkap. Dia pandang Mam macam ni.."


Itu yang berlaku pada saya beberapa bulan yang lalu. Masa dua hari lepas, saya balik rumah Tok umi semula, orang yang pandang saya macam tu dah tak ada dah. Rumah Tok umi dah tak ada hantu dah..


Ini adalah cerita anak buah saya. Memang perkara ini berlaku di rumah adik ipar saya di Bachok. Atmam memang mengagumkan saya, dia boleh bercerita dengan begitu detail sekali orang yang dilihatnya. Kata dia orang tu pandang dia dengan pandangan yang marah dan menakutkan. Memang rumah emak mertua adik saya itu agak jauh ke dalam hutan. Bahkan rumah tersebut adalah rumah baru. Adik saya beritahu, selepas pukul 7 jangan ada sesiapa yang keluar rumah, pasti 'benda' itu akan mengikut. Kalau mahu keluar rumah, keluarlah selepas jam 8 malam.
Paling saya tabik dengan Atmam, dia benar-benar kuat semangat. Agaknya kalau budak lain sudah demam berhari-hari.
Memang dunia moden ini kita tidak percaya perkara seperti ini. Tetapi masakan budak berusia 2 tahun akan berbohong bukan bahkan Atmam boleh bercerita benda yang sama berulang-ulang kali...


9 comments:

Hajjah Noraini @Nanie said...

Comel dan keletah nya dia..Betul lah NB kalau kanak2 lain dah demam berhari2..

idasm said...

pandai dia. kuat semangat jugak atmam ni...

mokja said...

kami sekeluarga pun pernah terjadi perkara seperti ini.Anak lelaki makcik menunjuk nunjukkan sesuatu yang tak nampak dalm bilik air rumah saudara.Dan memang pun rumah itu berpenunggu.
Malam tu seorang demi seorang kena tindih walau tidor beramai ramai diruang tamu.Seram.

hanisah hassan said...

uihhh...menakutkan lah kak.

GREENJADE said...

kuat semangat btol lah si tecit nih yek..kalu saye dengar cerite ajek udah mcm nk pitam2 dah

tp btol lah kak..bebudak kecit2 nih mmg bley nmpk mende2 gitu..

yatie chomeyl said...

aiseh...seramnya baca cerita Atmam nih..mmg kuat semangat btul dia

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

kak nani anak buah yatie ni baru usia 2 tahun, tapi dia boleh bercerita dengan begitu baik sekali..dan ceritanya consistant..

ida..memang dia kuat semangat dan cerita dia begitu lancar sekali tau

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Mokjah, memang banyak perkara ini berlaku tapi bila budak kecil bercerita semula, kadangkala seram menjadi lucu.

masa akak tulis entry ni pun akak seram nisah..ha ha..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

Tinie, dia balik raya kata adik terus dia tengok kat tempat dia nampak orang tua tu..cepat2 aje dia cakap..orang tu dah tak ada dah..

Atmam ni macam ada ilmu pun ada yatie, sebab muka dia selamba aje..he he..