Iklan TV3 seperti diatas, telah dihentikan serta merta selepas mendapat asakan yang meminta iklan ini diberhentikan.
Saya terfikir, siapa dibelakang produksi iklan yang kurang sensitif ini? Kalau iapun mahu menunjukkan semangat 1Malaysia, kenapa iklan yang menyentuh agama ini disiarkan. Sedangkan saya rasa, macam-macam iklan yang boleh dibuat bagi mengambarkan 1Malaysia.
1Malaysia, tidak ujud sekarang. Tetapi ujud sudah sejak sekian lama. Sejak saya dilahirkan. Saya hidup berjiran dengan jiran cina. Saya sering kerumahnya yang tidak disimen. Rumah mereka rumah saya, rumah saya seperti rumah mereka. Saya masih ingat, di bulan puasa jiran cina saya pasti akan datang memikul chentong untuk mengacau dodol bersama-sama dengan kami. Bukan setakat mengacau dodol, kami buat kuih belanda atau kuih sepit dan juga kuih bahulu bersama-sama. Kadangkala arwah emak memukul telur bila sudah penat jiran cina yang saya panggil Ah Yang mengantikan emak.
Apabila petang raya, sayalah akan memikul dulang, menghantar ketupat rendang ke rumah Ah Yang dan ianya sudah menjadi kebiasan. Balasannya saya akan dapat kacang, air oren dalam botol dan juga biskut.
Dan sekarang saya berjiran dengan mummy.
Dua hari yang lepas ketika saya sedang mengaji, mummy mengegar rumah saya dan menjerit-jerit memanggil saya. Rupanya mami membawa biskut raya untuk saya dan juga membelikan baju raya untuk Qaisara.
Kerajaan seharusnya tidak perlu menghabiskan duit berjuta ringgit hanya kerana membuat kempen 1Malaysia kerana walau apa pun bangsa kami, kami tetap warga Malaysia...
3 comments:
Selalu tertanya-tanya, buat apa bersusah payah kempen benda yang dah wujud lama dulu sampai membelanjakan berjuta rm. Alangkah baik jika wang yang banyak itu diserap ke dalam program2 yang membangunkan rakyat. Pendidikan semakin susah tanpa peruntukan yang cukup....(mesin fotostat free ditarik balik dan letak di pejabat yang jauh...)Kalau ada mesin cetak manual ,alangkah bagus, hari-hari banyak latihan boleh dibuat dengan percuma.
salam...saya juga nampak iklan ini tidak relevan utk disiarkan pada kali pertama saya menontonnya..pelik jg kenapa ia perlu dilepaskan utk siaran.saya percaya seandainya kita tidak menyentuh isu agama masing2,kita semua dapat hidup aman damai tak kiralah berapa banyak bangsa yg ada.
saya masih ingat masa kecik dulu kat kampung,ada satu saja keluarga cina iaitu tuan punya kedai runcit.dia selalu bg daging masa hari raya kepada keluarga saya sb masa tu hidup kami susah.
masa sekolah pun tak pernah timbul isu bangsa ini..melayu,cina,india,serani...we were good friends.kawan cina saya fasih membaca jawi..
pada saya lebih baik kempen 'sayangi jiran anda'
selamat hari raya kak yati & family...maaf zahir & batin...salam saya buat teta yg comel.
harmoninya kak yati ngan jiran..sy kat cni xkenal jiran..itulah nikmatnya hidup di malaysia.
Post a Comment