Selepas bershopping dengan Balkish, waktu untuk pulang ke Kajang semula akan tiba. Malam sebelum saya balik Qaisara masuk ke dalam bilik saya. Menangis-nangis. Wahh..drama Queen sudah mula main drama! Ha ha..
"Umi Teta tak mahu balik.."
"Hmm.."
"Umi Teta tak mahu balik, Teta nak duduk kampung.."
"Teta kena balik sayang, Teta kena sekolah. Kita dah lama tinggalkan baba.."
Air mata Qaisara sudah terjebak-jebak. Dulu yalah, hancur luluh hati melihatnya. Sekarang saya sudah tidak kuasa melayan hati rawan kerana telatah Teta.
"Kalau Teta balik Kajang Teta tak ada kawan.."
"Mak Usukan ada.."
Sepanjang ketiadaan bibik, adik saya Nurul tinggal dengan saya.
"Mak Usu pergi universiti. Petang baru balik. Siang Teta tak ada kawan...huh hu hu.."
"Kalau macam tu umi ambil anak angkat nak. Ambil baby?"
"Baby.." Qaisara berhenti menangis. Lama dia berjeda.
"Baby mana boleh main macam Teta main dengan Balkish.."
Pulak dah.. Sempat jugalah saya ketawa. Pandai juga Qaisara ni fikir saya...
"Habis macam tu umi ambik anak angkat nak, besar Teta.."
Qaisara menangis semula. Kali ini lebih kuat.
"Aik kenapa? Kata nak ada kawan. Nanti umi ambillah anak angkat besar Teta. Boleh main dengan Teta.."
"Huhhuhuhuh..nanti umi sayang dia lebih dari Teta..huhuhu.."
Pulok...ha ha haha...Teta Teta. Saya biarkan dia menangis dan akhirnya dia diam sendiri!
aku bukan budak baik
9 months ago
6 comments:
banyaknyer la akal anak dara nie ya...hehehe..
hahahaha...teta oh teta...mcm2 alasan dia...
Peningnya nak layan budak yg petah bercakap ni kan kak? kita plak yg terdiam ajer dengan cakapnya
tet ajeles la tu kalau akak amik anak angkat baya dia hehe
hahaha...macam2 la si teta ni...saya suka melayan budak pandai bercakap macam ni..mengusik pun best jg ni..
jeles pulak dia kak... hehe...
Post a Comment