Kecoh sungguh dengan isu orang bukan Islam masuk surau/masjid sejak akhir-akhir ini. Sehingga tenggelam kempen 1Malaysia, yang mengiatkan semua penduduk Malaysia bersatu hati tidak kira bangsa. Hairannya, kempen 1Malaysia dengan suara tidak puas hati orang bukan Islam memasuki masjid datang dari orang yang sama.
Tak tahulah apa yang kecoh sangat, tetapi mari kita sama-sama melihat kedudukan perkara ini dari perspektif fiqh (hokum Hakam Islam)
1. Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.
2. Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.
3. Mazhab Hanbali membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah
4. Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja
Kalau sesiapa yang rajin membaca sirah nabi dan mengkaji perkara ini dari segi sejarah. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: “Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)”
Sedihnya seorang individu bukan Islam sudah masuk masjid di chop sebagai satu kesalahan besar. Bagaimana umat Islam yang tidak pergi bersolat jemaah, tidak pernah menjejakkan kaki ke masjid. Sedangkan solat berjemaah itu berkali-kali ganda besar pahalanya. Bagaimana orang-orang ramai yang berebut jawatan untuk mengendalikan sesuatu masjid hanya untuk nama bukan kerana ALLAH? Saya pernah melihat dengan mata kepala sendiri, bagaimana orang-orang tertentu merebut jawatan hanya kerana nama. Sehingga si A memfitnah si B, begitu sebaliknya.
Itu bab berebut jawatan di dalam masjid belum lagi dengan masjid yang ditutup, tidak membenarkan orang masuk selepas usai waktu solat. Sedangkan masjid seharusnya tempat segala kegiatan, bukannya sahaja untuk bersolat jemaah sahaja. Bahkan tempat perlindungan musafir. Banyak masjid sekarang, bukan sahaja musafir tidak boleh berlindung bahkan di tulis “di larang tidur di sini.” Dan kadangkala musafir ini dihalau.
Berbalik mengenai larangan orang bukan Islam memasuki masjid, sikap menghalang ini sebenarnya adalah bertentangan dengan apa diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan. Apatah lagi kita berpegang pada mazhab shafie.
Oh sebenarnya banyak lagi yang hendak saya tulis, banyak yang terbuku di hati. Kadangkala rasa muak dan kadangkala rasa mahu ketawa sahaja. Inilah jadinya kalau manusia hanya sentiasa mengingati material, lebih suka menatap majalah ekonomi daripada membaca sirah nabi dan Al-Quran. Lebih suka memikirkan mahu membeli belah di London yang jauh beribu batu daripada mengheret kaki ke masjid mendengar ceramah agama yang hanya semeter dua.
Alahai..inilah sebenarnya manusia baru dan Merdeka yang ramai di Malaysia sekarang ini?
13 comments:
yealah kak.
Salam...
Amat malang sekali, isu ini telah menjauhkan orang bukan Islam mendekati Islam...sepatutnya sebaliknya yg berlaku...Malaysia oh Malaysia... ?????
Salam Kak Yati,
itulah senario politik Malaysia skrg kak. Saya yang jauh di perantauan nie setiap kali membaca akhbar online memanjang geleng kepala. Patutlah ramai kawan2 yang dah ke luar negara terutamanya professional malas sekali pulang ke Malaysia selepas dapat ijazah. Mereka selalu kata di Malaysia pening kepala memikirkan hal2 sebegini.
kalau kita umat Islam sendiri tidak bersatu, bagaimanakah kita akan mendapat hormat dari penganut agama lain?
kak..intan mmg setuju sangat dgn pendapat kak...ayah intan selalu merungut bila dia selesai solat jemaah kat masjid..orang masjid sibuk halau keluar sbb nak tutup masjid tanpa sempat ayah nak buat solat2 sunat..malah nak iktikaf dlm masjid pun diorang tak bagi..sedangkan masjid tu rumah Allah..dan Allah menerima tetamunya bila2 masa saja..tetapi kenapa mesti diorang buat mcm ni?? bagaimana orang yg terlambat dan nak datang solat nanti kalau masjid ditutup? bila isu ni keluar..ramai pulak yg melatah kan kak...macamlah diorang rajin sangat memakmurkan rumah Allah.
btol la kak, kecoh perkara yg x sepatutnya padahal byk lagi isu2 pentin yg lain...tak faham btol pemikiran org2 'atasan' tu
bercakap melalui pemikiran , perasaan dan bukannya ilmu. kerana itulah jadi macam ni
betui kak.. setuju dgn kak..
ntahlah x faham kenapa org suka meremehkan hal yg sepatutnya tidak diremehkan..
tulah yang akak pelik bin ajaib..bukannya mereka masuk ke dalam tu bertelanjang..
kuman di laut nampak tapi gajah di depan mata dia boleh tak perasan pulak.
btul tuh kak..pelik nowdays punya senario..konsep 1Malaysia pon dah makin goyah huh
most of them more to political issue & kepentingan sndiri jek..memasing nk cari kesalahan parti lain..propaganda nk menjatuhkan pihak lawan jek nih
lain lah kalu si cina kapir tuh masuk pakai kasut dlm mesjid..haa tu mmg biadap namenye..
saya stuju sgt dgn pendapat akak..... mmg memenigkan kepala bila bc paper....makin menjengkelkan bc pndpt org2 yg kononnye lbh islam......
ni yg katanya cakap tidak serupa bikin.
akbar cerita lain, diluar ceritanya lain..
saya heran ngn prinsip dn dasar di msia ni..boleh berubah sekelip mata bila ada kepentingan politik.
yg jadi mangsa,kita rakyat di bawah ni laa..
bagi kita yg agak boleh berfikir scr matang ni alhamdulillah,tak mudah terpengaruh..tapi bg org2 kampung dan org2 tua yg 100% begantung pd berita dlm Tv,mmg kasihan...
konon semangat 1Msia,tapi depa sendiri yg mengacau bilaukn sesama kaum...Entahla apa nak jadi
=(
Post a Comment