Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 16, 2009

PANDUAN UNTUK IBU BAPA


What Flight Attendant Hate
Think that because you're on an airplane you're off-duty as a parent.
Stop expecting us to have spare diapers, formula, medicine, toys, playing cards, or batteries for DVD players or Game Boys. It's an airplane, not a 7-11. Take your kid to the restroom before you board. Leave the dry cereal and Legos at home and bring snacks and toys for your kids that won't make a horrible mess
!

Saya terbaca artikel ini di yahoo. Jadi saya teringat pengalaman saya ketika travel baru-baru ini. Mana tahu boleh dijadikan panduan untuk ibu bapa yang mahu travel bersama anak-anak mereka.


Seyit Kara tidur dalam kapalterbang macam tidur atas katil dekat rumah. Buat macam rumah sendirilah tu!

Qaisara saya bawa travel ketika dia berusia 3 bulan. Ketika itu saya ke Indonesia dan sepanjang berusia tiga tahun ini, rasanya sudah lebih sepuluh kali saya travel bersamanya. Ke Brunei, Vietnam, Jepun, Indonesia, Turki dan tidak termasuk Langkawi, Sabah dan Sarawak.
Setiap kali travel, saya akan memastikan barang-barang yang perlu saya bawa untuk Qaisara. Susu tepung, jaket, botol air panas, botol susu, makanan atau snack, permainan atau buku-buku stickers Qaisara ketika dalam perjalanan.
Pihak Airlines ada menyediakan beberapa mainan untuk anak-anak, tetapi kadangkala permainan yang disediakan hanya ala kadar. Jadi saya perlu bersedia bagi menghilangkan kebosanan Qaisara apatah lagi kalau perjalanan melibatkan waktu yang cukup panjang seperti di Turki tempoh hari (13 jam).
Ketika kami memulakan perjalanan ke Turki, pihak MAS memberi kami kerusi tiga sederet tetapi anehnya ketika balik daripada Turki, pekerja di sana yang tidak peka memberi kami tempat duduk yang berasingan sedangkan tempat duduk banyak yang kosong.
Dalam perjalanan pergi (tengah malam dan penumpang ramai yang sudah tidur), ada sepasang suami isteri muda berbangsa Turki, membawa dua orang anak, seorang berusia dalam 4 tahun dan seorang lagi mungkin dalam usia 1 tahun. Ketika mengambil tempat, si isteri sudah kecoh memanggil pramugari meminta susu segar di masukkan ke dalam botol susu anaknya dan memberi beberapa arahan. Dalam hati saya tertanya-tanya. Perempuan ni tak bawa susu ke ke dalam kapalterbang?

Alhamdulilah setakat ini Qaisara tidak pernah meragam di dalam kapalterbang kerana saya merancang dengan teliti segala aktiviti di dalam kapalterbang untuknya.

Dan setiap dua jam sekali, apabila anaknya meraung-raung sehingga penumpang satu kapal terbang bangun, dia akan berlari ke belakang meminta susu segar, menunggu susu itu dipanaskan. Di dalam kapal terbang tidak ada microwave, mereka mempunyai system tersendiri bagi menunggu susu itu panas dalam anggaran 5 minit. Dalam 5 minit itulah anaknya dibiarkan meraung-raung seperti kerasukan.
Saya memang bengang sungguh, takut Qaisara terbangun. Dan selepas menunaikan solat subuh, di tempat duduk. Tiba-tiba satu kapalterbang mendengar jeritan anak ini. Rupanya si anak sudah bergolek di kaki si bapa yang sedang melopong tidur dan dengan selamba si bapa memungutnya tanpa rasa malu dan cemas.
Keluarga ini memang membuat ramai orang bengang, anak yang berusia 4 tahun tengah sedap-sedap dikejutkan untuk membuang air. Sudah pasti anak itu menangis. Kenapa tidak dipakaikan pampers di dalam kapalterbang?
Pernah sekali emak dan ayahnya sedap-sedap mengangga tidur, anak yang asyik menangis ini menjerit-jerit ini tidak dipedulikan. Saya tengok anak itu dibiarkan tidur tergolek di tempat duduk tanpa selimut atau sesuatu yang menutupi tubuh badannya. Memanglah mereka datang dari negara sejuk tapi masakan anaknya kalis sejuk?

Saya bukanlah ibu yang sempurna, tetapi saya lebih rela tidak tidur dan menjaga Qaisara yang tidur. Saya akan pastikan Qaisara yang sedang berbaring dipakaikan tali pinggang demi keselamatan dan tubuhnya di tutup dengan selimut. Setiap dua jam sekali, saya sudah membuat susu Qaisara dengan air panas dan apabila Qaisara membuka matanya, yang perlu saya lakukan menyumbat mulutnya dengan susu tanpa perlu Qaisara mengeluarkan apa-apa bunyi pun. Di samping itu saya biarkan suami tidur dahulu kerana saya akan tidur apabila suami bangun nanti.Bila Qaisara bangun, saya akan sediakan sedikit makanan untuknya dan mengeluarkan buku-buku untuk dia bermain.Memang travel bersama anak kecil agak memenatkan, tetapi kita perlu merancang. Jangan jadi seperti sepasang suami isteri muda ini.
Kalaulah saya menjadi pramugari agaknya, mahu saya baling pasangan ini keluar tingkap…ha.ha.ha


16 comments:

Leeza said...

Salam....kalau za kat situ mau za sekeh kepala pasangan ini. Buat anak je nyaman tapi x reti jaga anak.Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Masa travel kena merancang dgn teliti.

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ni kesinambungan entry aritu yer kak...kisah bapak 'pungut' anak dalam kapal terbang tuh... :D

Mohd 'Azim Kamaruzzaman said...

hahahaha...
akak nk baling dowg kuar tingkap??
hahaha..kejam bunyi disitu..tp lucu..

suke baca entry ni..btul2 mencuit hati..

ain said...

saya pun rimas ngan org yg mcm tu. x de disiplin. mengambarkan peribadi mereka di rumah!

Madam Casper said...

Aduh kak yati macam mana la saya dgn anak 5 nak travel nanti? Plan next year nak travel ke Bandung.InsyaAllah.Yang ber3 di atas tu ok lah dah paham ni yg si kenit Danish tu la yg nak kena bagi perhatian lebih. Bby sah2 tidoq punya. Hehehehehehehehehehe.

Sidratul Muntaha said...

ni jenis org lain nak kawin
dia pun nak kawin
org lain nak ank
dia pun nak ank
org lain jaga ank
dia jdi pontianak!
nauzubillah
mintak2 ler di jauhkan dr perangai sedemikian as parent
insyaa Allah

yatie chomeyl said...

berguna tips ni bila nk bwk blk baby SN ke msia nanti. thanks 4 sharing it akak :)

Marzalina said...

qaisara bertuah dapat umi mcm kak Nb..Tuan seyit pun bertuah ada isteri mcm kak NB. =)

Unknown said...

seronok tidur dlm k/terbang, macam dlm buai masa kecil dulu..

Umie said...

bertuahnya Qaisara mempunyai ibu seperti akak..hope 1 day nanti umie nak jugak jadi seorang ibu yang peka ngan keadaan sekeliling seperti akak...

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

ko liza..pandai2 nak sekeh kepala orang ya..ha.ha.

nuar..yelah cite tulah nuar..keh2

jim..kalau boleh, tapi tak boleh..nak buat camana..

Ain..mgkn mereka muda dan kurang pengalaman..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

casper..anak2 casper dah besarkan, suruh en.atan jaga si danish dan casper yang kecil..lagipun bandung tak jauh..jgn lupa bawak snack utk budak2, bawak toys danish..insya-ALLAH boleh..

Ayu..ibubapa muda, akak tengok parents tu asyik tido aje..isk2..tak boleh akak tido cam tu..

Management, mana pulak tidur dalam kapalterbang macam tidur dalam buai? masa airpocket ke? he.he..takut..

yatie..7 jam utk SN memang lama tu yatie, plan well, jgn lupa bawa baju2 dia juga utk salin andai kotor terkena susu ke apa..tau

Ha..ha.intan, Qaisara ni dah terlbih manja..dah terlebih belaian..

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

umie..bila kita jadi ibu, ketika sentiasa sedia berkorban untuk anak-anak..

ibu aira said...

salam kak yati.. saya suka cara kak yati jaga Qaisara. betapa beruntungya Qaisara dpt ibu mcm kak yati.. moga besar dia akan membalas semua jasa kak yati.. Amin..

Unknown said...

mak aii, jgn lah daku jd spt parent itu..

kalo nak berjalan jauh (tak le jauh sampai turki) sekitar perak ni, memang harus pastikan semua keperluan anak2 ade.. kdg2 kena check 3,4 kali.. rasa ralat jer kalo tertinggal apa2.. makanan memang kena ade.. pendek kata memang kena siap segala agar anak rasa selesa & tak meragam dlm perjalanan..

belum ade peluang naik k/terbang lagi sejak ade anak2 ni, tp tips kakyati ni memang sgt berguna

Amna Faqiha said...

betull tu kak memang perlu persiapan utk travel jauh mcm akak, sy yang 45minit/1jam ke kelantan sediakan mcm2 untuk anak tak bagi dia meragam..
Alhamdulillah dia ok