Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 28, 2009

BALIK KAMPUNG

Semalam saya balik ke kampung. Sejak akhir-akhir ini saya sedikit sibuk kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan dan balik apabila musim buah sudah dipenghujung. Ayah saya sudah pun menyuruh jiran-jiran datang sendiri memetik buah rambutan yang agak banyak berbuah kali ini. Begitulah adat di kampung, sesiapa mahu makan ambillah..seberapa banyak tetapi jangan sesekali membazir.

Ini buah rambutan yang bergayutan di pokok. Rambutan gula batu dan gading. Ada rambutan namanya Rambutan Budak Sekolah dan saya lupa mengambil gambarnya. Bila saya tanya emak tiri saya kenapa diberi nama Budak Sekolah, kata dia..pokok rambutan ini rendah dan kecil sudah berbuah..he.he.he macam-macam.

Ini semua orang tahukan apa namanyakan. Hmm..sesiapa yang berada jauh diperantauan tu..minta maaf ya. Ini yang orang cakap, sentuh boleh..cium tak boleh..makan hanya dalam mimpi ..ha..ha..
Ini pokok cempedak ya..sesiapa yang tak kenal tu. Di sarung dengan plastik hitam supaya tidak busuk. Cempedak boleh digoreng, di makan begitu sahaja atau dibuat pengat yang dicampur dengan labu, keledak dan sebagainya. Bijinya boleh direbus dan dimakan dengan kelapa. parut yummy...


Ini pokok ubi kayu. Bibik mana ya yang mengutip daun singkong itu ya..

Ayah saya cakap ini pokok sawi, kami semua cakap ini kailan. Dan ayah saya pun dengan muka hairan bertanya.
"Hey macam mana aku tanam pokok sawi yang keluar kailan.."
Huwah..ha.ha..kami semua gelak guling-guling.


Sessi mengutip buah rambutan yang sudah dipetik, ayah saya petik dan tugas kami mengumpulnya. Saya tukang makan dan ambil gambar ajelah. Nurullah yang mengutipnya. Kata ayah saya..tak habis sedekahkah orang. Jangan kau buang! Selalunya saya beri jiran dan selebihnya pembantu rumah saya akan bawa ke mesyuarat tingkap bibik-bibik di tempat saya.

Qaisara walau vogue tetap kena kerja tau. Belajar-belajar menjadi anak dara kampung. Bersama Danish, sapu sampahnya sedikit bermainnya lebih anak-anak ini.

Qaisara memang suka sekali kalau dapat balik kampung. Kalau dua minggu tak balik dia akan cakap..
"Umi..Teta macam rindukan Balkish, Atok, nenek, Danish. bla..bla.."
Itu hint dialah untuk mengajak kita balik kampung...

Lepas tu mulalah tergaru-garu digigit nyamuk. Semalam kena 10 liang. Walau digigit nyamuk Qaisara tetap tidak serik pulang ke kampung.

Ini parit besar seperti sungai kecil di belakang rumah saya. Waktu kecil dahulu tempat saya berenang dan memancing ikan. Banyaknya ikan sepat ronggeng/sepat kafir dan ikan keli. Saya pernah memancing dan dapat ikan sepanjang 1 meter. Saya lari lintang pukang. Ha.ha.ha..ular sawa air!

Ini dua-dua orang ini drama queen. Setiap kali saya mahu balik ke Kajang semula, bersiap sedialah saya menghadapi drama yang dimainkan oleh kedua-dua mereka.
"Umi i dont want to go back.."-Qaisara
"Umi..Baliksh nak naik kereta umi, nak ikut umi balik Kajang"- Balkish..
"Umi i want balkish umi.."
"Umi balkish nak Qaisara.."
"Baliksh.."
"Qaisara..."
Dan dua-duanya akan menjerit-jerit, hulur menghulur tangan seperti heroin hindustan. Qaisara pasti akan menjerit-jerit selama 10 minit di dalam kereta. Balkisah pun begitu akan menangis-nangis meleleh air mata.
Kadangkala saya terfikir sampai bila anak-anak ini akan berhenti bertangis-tangisan..setiap kali saya balik semula ke Kajang....ha..ha.ha

20 comments:

-NuNa- said...

sedapnye mkan buah..ase nk balik kg jugak la esok..heheh :)

dhan said...

saya dah gelak besar bila baca n3 akak ni... lagi2 pasal si teta tu yg macam heroin hindustan hahaha...
akak ni byk sungguh unsur humor.. sesekali cuba akak buat citer komedi romantik hehehehehe... (cam filem plak).. :)

Mrs.Sheikh said...

bestnya musim buah... durian tu yg buat tak tahan ....:D

kesian teta...takpe tetap comelll wpun nyamuk gigit...:D

ain said...

wah dasat 2 drama queen tu. mmg betul2 mcm drama bollywood.hehehe

psst...seronoknya balik kg waktu musim buah2an kan. mmg penuh le bonet kete. karat tak larat nak mkn aje la.

since1990 said...

suke ngn rambutan warne kuning..sdap sgt..heee

MyHasla said...

kak... sedapnya nampak rambutan ngan durian tu! nak ikut balik kg boleh??? hehehe!

Duke Luce Dell'amore said...

kampung akak kat mane??
cam meriah je kebun2 tu!YUMMY!

Wan Amalyn said...

kak yati... sedapnya rambutannnnn...
klu kat kg wan... rambutan budak sekolah tu kami panggil rambutan anak sekolah =)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

dah cam taman botanikal nih...

sebut ttg sarung cempedak tu kan...

kwsn rumah nuar, dulu ada pokok nangka ngan cempedak lebat buahnya...jadi ibu sarung dengan baju2 putih yang dah tak pakai...baju kurung pun ada skali...yg dah lusuh2 punyerlah...

bila tiber waktu malam...bergentayangan dah sarung2 baju tu sampai kalu teksi nak masuk area kami, tak berani...HAHA

Jamilah Aini Mohd Rafiei said...

Kita pun baru blk kg smlm....siap bawak kawan2 husband skli...mak saya pun dtg ke rumah mak mertua saya..!!!meriah betul....mkn durian, manggis, rambutan, bachang...mkn ulam2an kg...ikan talapia kolam.....huh......tp x sempat ambik gambo, busy beb...!!

yatie chomeyl said...

"Hmm..sesiapa yang berada jauh diperantauan tu..minta maaf ya. Ini yang orang cakap, sentuh boleh..cium tak boleh..makan hanya dalam mimpi ..ha..ha.." <-- terasa mcm ayat2 ni kena tepat atas hidungku muahahha

sabar jer lah akak ni tau, saje je nak bagi air liur saya meleleh. :p

NORHAYATI BERAHIM said...

nuna..balik jangan tak balik..ingat2 kg selalu ya..he.he

dhan..romantis comedy..baca Aku bukan billy miligan..keh2

Mrs sheikh..teta kena belajar menjadi anak kg seperti uminya..

ain..tak ada musim buah pun tetap seronok dan sentiasa selalu balik kg le..he.he

since1990, banyak durian isinya berwarna kuning tau..

Hasla..jomlah tapi musim durian dan rambutan sudah dipenghujung..he.he

NORHAYATI BERAHIM said...

jim..kat melaka aje..memang meriah jim, meriah ngan nyamuk..keh..keh..tak tahan jangan datang..

wan Amlyn.rambutan tu gomok2kan..bulat2 aje isinya dan tebalkan..sedap2..

nuar..huwa..ha..gelak guling2..memang kekadang tu sarung gak ngan kain baju tapi sayanglah..kain baju tu baik sedekahkan aje dari cempedak yang pakai..ha.ha.

Milah..lah..kau bzee ngan makan sambil tak sempat ambik gambar..isk2.isk..milah..milah..

Yatiechomeyl..akak tau air liur kau pasti akan meleleh..ari tu masa akak ke jepun..akak ada jumpa rambutan le..he.he..

tiny laiman said...

salam kak yati...waaaa sedap nyer buah tu..kalau dekat nak aje tiny tumpang 5 kaki ikut akak balik kg..hahaha

Intanaziela said...

kak yatie, hubby intan pun tanam sawi tapi tumbunya kailan..hahhaha

cute aje aksi Qaisara dan Balkish itu.. :P

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati....:)
durian...durian...durian...
hehehee...memang suke sgt durian...

10 kali orang kopek...10 kali jugaklah ibujunes dok mengadap...
bila dah makan banyak sangat mulalah pening kepala...
berhenti makan sekejap tapi kalau ada orang kopek lagi...makan lagi sesekali...hahahaha
teruk sungguhlah...^__^

tapi family ibujunes tak ada kebun...nak makan belilah kat kebun2 sesape...huhuhu

pearl said...

Sedapmya nampak buah rambutan dan buah durian tu? Tapi kak dekat kg saya baru berbuah....huhuhu...

...ajim... said...

best2 mkn doyan!

p/s: tgh bz bace setiap jumaat...baru je bli 2 hari lepas...

bRoWn said...

ai.kak..sy bru kt sni..
slamt berknlan..
akk kpg kt melaka ea??melaka kt ner??
meriah sihh kpg akak gan buah2han..
kt umh sy buah2han bru nk gugur..
xlam ag,"si batuk" akn tggu mgsa tok nyerang si pengemar buah2an..hihi

kakyong said...

best nya balik kg...
macam2 ade... kalo camni lah kg mak saya, kan best... ni dah penuh dgn pokok sawit jer...

doyan & rambutan.. nak sikit...