Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, June 9, 2009

CUTI SEKOLAH

Saya memang paling suka bila tiba cuti sekolah walau saya bukan cikgu sekolah ataupun ada anak yang bersekolah. Tapi faham-faham sahajalah masa itulah Akim dan Ojan cuti sekolah..yeah..yeah.. Dan kali ini cuti sekolah bertambah meriah apabila rakan bloggers Lizabujang datang menziarahi..

Mula-mula bawak Lizabujang pergi shopping di Sogo. Rasa nak ketawa guling-guling sebab Liza bawak tali ukuran bahu setiap baju anak-anak buahnya. Sempat posing dengan tali yang dibawanya..keh..keh..

Kakak saya Mijah dan anak buah saya Ojan, Akim turut serta dalam rambongan ke Sogo. Kakak saya ni kalau ajak pergi shopping dia rajinlah tapi kalau ke tempat lain seperti Sunway..dia akan cakap..Ahh..tak kuasa aku, baik aku buat kerja rumah..etc..etc. Walaupun dia guru dan sekarang cuti sekolah.
Di sogo Lizabujang dan ya habibi Nik bertemu. Nik kalau berjumpa dengan dia, macam-macam ceritalah..Liza tu kenyang ke mengantuk..he.he

Esoknya pula saya membawa anak-anak buah saya bersama adik saya Ateh sekeluarga yang datang dari Melaka ke Sunway lagoon. Tengoklah gaya anak dara saya...

Keluarga Adik saya Ateh yang datang dari Melaka bersama Nurul yang duduk dengan saya apabila cuti semester...
Apa yang dia orang semua tengok tu?

Danish anak adik saya yang jarang berenggang dari Qaisara, siap berpegang tangan ke sana ke mari. Sampaikan kami singgah solat di Sunway Pyramid pun Danish solat sekali dengan Qaisara..he.he budak-budak.
Liza bujang posing comel dengan Akim. Akim buat kapal terbang itu sampai berpusing-pusing baik Liza sabar dengan dia..

Balik dari Sunway Lagoon, kami singgah makan di Sunway Pyramid. Liza belanja nasi ayam. Saya tengah pejam mata fikir, janganlah jalan jem nak balik Kajang..he.he..

Qaisara dengan Danish bersama Donald Duck berwarna merah jambu..

Abang Ojan dengan Qaisara. Ojan ada tuisyen pada malam itu, tetapi kami keluar dari Sunway Pyramid pada jam 7.10 malam.
"Andak bawak laju-laju Andak"..pesan Ojan pada saya.
Terpaksalah saya merempit. Tetapi Jalan di Sunway tu tahu ajelah. Sesak. Saya sampai di rumah Ojan di Kajang pada jam 7.58. Dia melompat turun masuk ke dalam rumah mengambil segala filenya sebelum saya hantar ke kelas tuisyennya. Jam 8.04 saya sampai di hadapan kelasnya. Tetapi sempat berpesan padanya berkali-kali (orang tua tahulah..berpesan bukan boleh sekali..keh..keh).
"Sayang jangan lupa solat tau..solat dulu, tuisyen lambat tak apa.." (kata dia, di sekolah tuisyennya ada surau)
"Tau andak..tau, solat tukan wajib.."
Saya sampai rumah jam 8.09 minit. Terus berlari masuk untuk bersolat maghrib. Macam terdengar-dengar sahaja suara ayah saya menghambat fikiran saya..
"Kau tak ingat nak mati..."
He.he..he..Saya tahu ayah saya tak nampak. Tetapi tuhan nampak...

12 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

terhibur jer baca entry akak :)

idasm said...

Kak Yati, kita punya destinasi mcm sama aje kak... Sogo dan Sunway, tp datenya tak sure tu. Elok kalau kita berjanji kan... sure lebih meriah... hehe...
Nanti kim salam kat kak Liza yea. Seronoknya enjoy kat Sunway tu... Qaisara mesti happy kan kak...

Duke Luce Dell'amore said...

sronoknya baca!
cam baca novel pun ade..
suke sgt ngan cara penulisan akak..

actually,my uncle (Anuar Kamaruddin) tu yg perkenalkn blog akak ni..

kat umah die penuh ngan novel2 akak..jim nk sentuh pun takot!sbb nnt die bising..huhuhu...

ain said...

alahai cutenya qaisara!!! wah..siap boleh terserempak kak nik lagi.

sabtu lepas saya ada singgah booth akak kat d mines. ingat boleh jumpa akak. saya siap bawa novel setiap jumaat nk minta autograph akak tp akak x de. x pe lah. mungkin bukan rezeki saya hari tu!!

yatie chomeyl said...

bestkan sesekali dpt jln2 dgn family n kwn2. tiba2 lps baca entry nih, wat saya rasa rindu kat adik2 kat umah..sob sob sob

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati....
hehehe...teringat plak masa kecik2 dulu kalau emak nak beli kasut mesti banyak tali yang diambil dan potong bagi mengukur setiap kaki anaknya....huhuhuhu
lawak btul liza nie...^__^

seronokkan bila dapat berjln2 ngan family n kwn2 kerna waktu inilah makin mengeratkan lagi silaturrahim yang terjalin.

dan vat cute qaisara...
muahh...muahhh...muahhhh...

NORHAYATI BERAHIM said...

thanks nuar..kalau terhibur..he.he

salam ida..iyelah tempat kita biasalah sogo, sunway..kekadang tu desa waterpark..Liza nak jumpa ida tapi tak ada masa le pulak..

jim..he.he akak tau nuar tu uncle jim, akak selalu juga masuk blog jim..wah..semua orang tak bolehla pinjam novel dia ya..

salam ain
la..iye ke ain datang hari sabtu hari tu..alah2..masa tu qaisara demamlah ain..ingat memang nak pergi..aduh.sayangnya tak dapat jumpa..isk..isk..

NORHAYATI BERAHIM said...

yatie..alah siannya yati, lama lagi ke di jepun tu? Kalau akak duduk di negara orang macamanala rasanya, sekejap2 bolehlah..semua benda kita rindukan..sampai pokok durian, pokok rambutan pun dirindui

Salam ibujunes..keh..keh..memang kelakar si liza bujang tu, tali plastik warna merah untuk anakbuah perempuan, warna biru untuk anak buah lelaki..he.he..

| Krsty Pinky | said...

lamanya tak pegi sunway lagoon..
ada anak kecil ni tak terpegilah jawabnya..
hehehe...
tengok kak NB skeluarga pun jadilah..:D

ShalbySalbina said...

Hah seronoknya baca pasal shopping bawak ukuran tali plastik, dulu saya pernah praktik ni...bekalkan tali plastik ukuran kasut anak-anak masa hubby ke China, kot-kot senang dia nak beli kasut anak-anak...malangnya bila bawak balik kasut ketat jugak...ha ha ha.

shila said...

kak yati pun ada adik nama Ateh ye? samalh kita. adik bongsu saya keluarga panggil Ateh sebab masa kecik nama dia Nor Hana Syuhada tu berat dia asyk demam jek...

kakyong said...

best nya dpt jln2 dgn adik2 & kwn2..
lucu lah kakliza siap bw tali ukuran bahu anak2 buah... ni memang makcik yg baik, nak gak le jd anak sedara kakliza... ;))