Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, June 6, 2009

NAK TIDUR SAMPAI PETANG

Hari ini rasa nak tidur sampai ke petang. Rasa macam letih sangat-sangat. Minda saya tengah sesak.
Semalam ketika idea sedang datang mahu membukukan setiap perjalanan saya menerusi watak kanak-kanak, ke negara Brunei, Vietnam, Turki, Jepun, Iran, China dan sebagainya. Bank, telefon saya. Dua hari lepas saya menghantar wang untuk pembantu rumah ke Indonesia. Rupanya nombor akaun salah. Saya tanya pembantu rumah saya kemudian dia menyalahkan saya. Angin saya sekejap. Manakan tidak. Nombor lapan sebijik macam nombor sifar. Tapi bibik saya ni satu bagusnya bila saya angin. Dia hanya diam dan minta maaf.
Tapi lecehnya, kena buat surat, hantar email, fax dan pos surat itu. Nasib baik banknya di Sogo tidak jauh daripada pejabat kami yang lagi satu.
Kemudian suami pula telefon. Dia dah belikan tiket untuk orang-orang dari Turki yang mahu datang ke sini menerusi kawannya yang berada di Turkish Airlines di Istanbul. Tetapi Turkish Airlines hanya berhenti sampai Singapura.
"Berapa harga turki Air lines? Kenapa tak beli MAS?"
"Turkish 900Usd, tapi MAS terus ke Malaysia mahal Euro700."
Saya congak-congak bezanya hanya 600. Aduh..saya telefon suami semuala
"Beza cuma 600RM sahaja, lepas tu kita nak pergi ambil di Singapura, duit minyak. Hotel..itu begini mesti lebih dari RM1k."
Suami telefon semula kawannya di Istanbul. Dia orang cakap kena bayar kalau nak tukar airlines. Geram saya mendengar. Manakan tidak, baru dua jam telefon. Suruh block sahaja dulu seat dah kena bayar. Saya da cakap dengan suami, saya beli online sahaja MAS. Tapi suami saya biasalah kadangkala terlebih percaya kawan. (Berhati-hati berbelanja di Turki sekarang ini..orang asyik menipu sahaja biarpun pemandu teksi).
Nak tukar dari Turkish airlines ke MAS pun panjang berjela ceritanya. Duit telefon ke Turki entah berapa puluhlah habis.....
Kemudian dah pukul lima, baru saya teringat kawan saya si anak dara Lizabujang nak datang. Alah..rumah yang Liza nak tinggal itu belum berkemas lagi. Saya angkut bibik ke rumah saya yang satu lagi. Masuk sahaja rumah berabuk bersepah. Saya basuh bilik air, kemas ruang tamu. Licin dan cantik baru kami balik.
Qaisara boleh tanya..
"Umi ni rumah siapa?"
Saya ketawa...mungkin dia lupa, itu rumah dia tinggal sebaik sahaja pulang dari hospital. Dan beberapa bulan usia dia, kami kemudian berpindah ke rumah lain. Masa umur setahun dua, saya bawak dia masuk ke dalam rumah tu dia tak mahu. Yelah..rumah tu kecil aje.
Dan malamnya pula saya mendengar cerita yang menyakitkan hati yang dibawa oleh seseorang..
Saya malas mahu mendengar, saya pening. Saya nak rehat hari ini..
Tapi ketika saya menulis N3 ini saya tiba-tiba teringatkan buah hati saya Akim dan Ojan yang cuti sekolah. Ahh...boleh berjalan-jalan dengan mereka bersama Qaisara.
Buat masa sekarang anak-anak ini tidak pernah membuat saya kecewa...

8 comments:

Lizabujang said...

Bersabarlah kak....
semoga akak sentiasa ceria dan sihat walafiat.

idasm said...

ish.. mcm2 ye kak... ada yg happy ada yg menyakitkan... sabar ye kak... tp ida tahu akak mmg tabah orangnya.... take care..

umie said...

salam kak..sabar je lah ye..akak tentu penatkan..kalu penat ni otak pun xlarat dan asyik nak hangin je..akak berehat je lah ye..

Mrs.Sheikh said...

haa..dugaan betul kan kak..takpe sabar ok :D

asfa86@blogspot.com said...

salam kak,banyak sabar banyak orang,banyak ragamnya..

MyHasla said...

kak... kalau tak silap dalam salah satu novel akak... Murni Kasih, ada watak ojan kan!

ibu aira said...

salam kak yati.. sabar banyak2 eh kak. take care yourself!!!

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

akak cool ok... :)