Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 25, 2009

KELUARAN OGOS-PESTA BUKU SELANGOR


“Encik Adam okey ke?”
Berlari-lari anak Laura keluar mendapatkan Adam. Dia memang terperanjat apabila Adam menelefonnya sebentar tadi. Bahkan dia lebih terperanjat lagi apabila Adam menyuruh dia mengambil lelaki itu di mahkamah.
Walau berat hatinya mahu mengambil kerana sekarang hampir waktu puncak dan orang balik dari bekerja, tetapi dia datang juga berjumpa dengan lelaki itu kerana bimbang jika sesuatu terjadi pada lelaki tersebut.
“Marilah Encik Adam, saya hantar Encik Adam balik.”
Ajak Laura, namun Adam langsung tidak memandang ke arahnya. Seolah-olah kehadiran Laura itu, langsung tidak disedari oleh Adam.
Kenapa dengan lelaki ini?
“Encik Adam nak pulang ke pejabat ke?”
Tanya Laura lagi sambil menjenguk muka Adam yang kelihatan merah dan basah pipinya. Lelaki itu menangis agaknya. Namun apabila Laura terus-terusan memandang wajahnya, Adam bangun. Dan seperti dicucuk hidungnya, lelaki itu mengikut Laura masuk ke dalam kereta.
Ketika melihat Adam membeku di tempat duduk, Laura ligat berfikir, apakah dia mahu menghantar Adam pulang atau pergi ke satu tempat supaya lelaki itu dapat menangis sepuas-puasnya.
Akhirnya Laura membuat keputusan membelokkan keretanya ke Tasik Perdana. Tempat itu di waktu begini, sudah pasti tidak ramai orang.
“Kenapa awak bawak saya ke sini? Saya bukan nak berasmara dengan awak.”
Sebaik sahaja Laura berhenti di tempat meletak kereta di Tasik Perdana itu, Adam mengajukan pertanyaan.
Laura ketawa mendengar kata-kata dari mulut Adam yang dirasakan tidak wajar itu. Lelaki ini kalau aku ikutkan perasaan, mahu sahaja aku lempang dia.
Cakap tidak pernah berbahasa. Main sedap mulut saja. Kau ingat, aku ingin sangat dengan kau? Kau yang telefon aku tadi menyuruh aku datang. Bila aku datang, kau tunjuk lagak pulak.
Laura mencemuh dalam hati.
“Encik Adam, bukalah jaket Encik Adam tu. Encik Adam tak lemas ke dengan tali leher dengan jaket? Sesekali jadilah orang yang bebas dengan protokol. Malaysia ni panas, Encik Adam. Ini bukan Antartika.”
Tidak menghiraukan kata-kata Adam yang menghiris perasaannya, Laura merenung lelaki itu atas bawah.
Aku yang melihatnya pun lemas. Mat salih pun taklah dua puluh empat jam berjaket macam ni. Desis hati Laura.
Melihat Adam yang tidak berkutik, dengan berani Laura menarik baju Adam. Membukakan jaket lelaki itu dan kemudian membuka tali leher Adam.
Jaket dan tali leher tersebut di letak di tempat duduk belakang.
“Jomlah kita duduk di tasik tu sekejap. Sekarang jam. Nanti saya hantar Encik Adam balik rumah atau pejabat.” Ajak Laura.
Lelaki ini macam orang bingung. Apa yang berlaku di mahkamah syariah tadi? Apakah lelaki ini baru sahaja bercerai?
Laura masih agak samar tentang hubungan Adam dengan isterinya. Dan bertambah samar lagi apabila Rozita pernah datang ke pejabat dan memberitahunya yang Adam masih suaminya.
“Awak selalu datang ke sini?”Pantas Laura menggeleng, menjawab pertanyaan Adam itu.
“Taklah Encik Adam. Ada sekali dua. Bawak mak dengan kawan saya yang datang dari Kota Bharu.”
Memang sudah lama Laura tidak ke Tasik Perdana. Kebetulan Mahkamah Syariah terletak tidak jauh daripada Tasik Perdana, jadi itulah tempat terdekat yang boleh dia bawa Adam yang seperti orang kebingungan sahaja.
“Awak ramai kawan agaknya...”
“Adalah juga, Encik Adam. Hidup dalam dunia ni memang kita perlukan kawan. Kawan yang melengkapi kehidupan dan kekurangan kita. Dan kita juga melengkapi kekurangan kawan-kawan kita.”
Balas Laura tenang. Dia berjalan beriringan dengan Adam, lelaki beku yang selalu bercakap main sedap mulut itu.
“Awak tak pernah rasa sakit hati agaknya…”
Rasa sakit hati? Kenapa lelaki itu bertanyakan aku soalan yang agak aneh itu?
“Kita manusia, Encik Adam. Mesti ada rasa sakit hati. Tapi kalau saya, saya sakit hati sekejap aje, Encik Adam. Buat apa kita simpan rasa sakit hati lama-lama kalau ianya menyakitkan kita sendiri...”
Balas Laura sudah mengambil tempat di kerusi yang tidak jauh dari tasik itu.
“Awak tidak pernah rasa sedih?”
Pertanyaan tersebut tidak segera dijawab Laura. Dia melemparkan pandangnya jauh ke tengah tasik. Beberapa minit kemudian, pandangan matanya beralih pada Adam yang sedang melipat lengan bajunya hingga ke siku.
Sebentar tadi memang Laura terasa mahu melakukan begitu terhadap Adam. Lemas dia melihat lelaki itumembutang lengan bajunya hingga ke pergelangan tangan. Tetapi dia tahu itu tidak wajar dilakukannya. Takut dia jika Adam mengatakannya gatal.


24 comments:

Sharizal Sarif said...

wah.. buku baru! :). Bila nak bubuh nama saya sebagai watak utama ni kak? akeke gurau je..

ain said...

lamanya nak 2ggu ogos!!! beli online boleh tak kak..??? pas tu akak sign sekali..hehe.

Mama Nazhan said...

wah..kak yati ..novel baru? mcm takde hint jer terus ade novel baru..bagus2..hehe...sapa billy milligan tu kak? tak peka kot saya ni..

mrsizzah said...

salam kak NB..
lamanya nak tunggu sampai ogos.
x bleh cepat ke if beli on9?heeheeheh..kes x sabar ni.. ^_^

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

cover meletop
tajuk meletop
story hint kebabom

x sbr tngu ogos :D

yatie chomeyl said...

baru baca sikit dah rasa bestnya novel ni... nak baca .. nak baca.. nak baca

Duke Luce Dell'amore said...

adoi!!pasni jim kene serang2 kdai2 buku r plak..
bru baca sikit je hint ni,jim dh excited nk tau everything..
akak saja tau goda2 jim suwoh p kdai buku..wawawa..

QBC said...

Wah best nyer...boleh beli on9 ke kak? Bolehhhhlah kak.....dgn signature yer....

yusnita_csting,
Bintulu, Sarawak.

dayah said...

Salam Kak Yati,
Cant wait till august!!
Nak baca...nak baca..nak baca

ibu aira said...

bestlah hint novel baru ni..

tak saba nak baca..

hai cepatlah ogos...

Casper a.k.a wifee en.atan said...

kak bila nak kuar buku baru nih?/
nanti sy nak order ngan akak..leh dapat cepattt

Mrs.Sheikh said...

ehh kak yati ..diam2 ye buku baru... cover cun..[credit to kak rose, akak buat kann :P] emm..sinopsis sangat best sempoi. gaya bahasa camni la tak bosan nak baca.. wahhh..akak ..saya yg tak sbr... nak beli online la...

~Cinta Cukulet~ said...

best..best..:D

~~SyuQ Always Smile~~ said...

dapat gaji sok...

pasti ku redah kinokuniya...

tati hidayatie said...

sure termimpi2 ni buku malam ni..lamanya ogos menjelma..huhu

dhan said...

warghhhh.... xsabarnya.... besh2... xde hint alih2 ada buku baru...

MokChakah said...

wowww..novel baru. Cover menarik n judul pun mengujakan. Kak Yatie...billy milligan ni sorang yg byk personalitikan...if x silap more than 20..hmm mmg membuatkan x sabar nak baca story akak ni..

Liza said...

Salam kak tak sabar menanti buku tu..cantik kulit buku tu..

~:|:sara:|:~ said...

alahai akak...
lambatnye bln ogos...
berkurun menunggu ni...hehehe
cover buku & hint cite yg best!!
cepat la bulan ogos ni... ;)

Hajar Yusoff said...

tima kacehh kak yatii. setiap kali buku baru akak keluar sayang saya kat akak makin mendalam sebab buku2akak besttt gilerzzzzz.

dari sehari ke sehari nak pergi opis akak tapi tak pernah nyer sampai. bila la agak nyer ye kak saya nak sampai opis akak tu.

adhan said...

salam...
akak...tak sabar nak dapat buku akak...TAHNIAH

honey bedazzled said...

wah buku baru bestnya!

ReD said...

aah la..x sabar nk tggu Ogos...huhu

kakyong said...

ogos ya.. ok..
setiap jumaat pun kakyong belum dpt nak khatamkan lagi.. baru tgh syok2 membaca 10 helai, baru nak asyik mahsyuk udah anak2 nak itu ini... btw, dah baca separuh, memang best, walopun belum habis baca...