Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 25, 2009

MAIN BERJUAL BELI DENGAN QAISARA

Peralatan membuat Dim sum yang juga mahu dibeli oleh Qaisara..keh..keh..

Sejak akhir-akhir ini Qaisara cukup suka bermain berjual beli. Siapa lagi yang mengajar kalau tidak Babanya. Semua benda hendak dijualnya. Dapat sikat rambut, sikat rambut dijual pada saya. Hari ini kami main playdoh dim sum dan mula-mula saya jadi penjual Qaisara jadi pembeli.

Saya : Kuih..kuih..mahu beli kuihkah..

Qaisara : Ini berapa harga..

Saya : RM15

Qaisara : Wah..mahalnya, lapan ringgit boleh

Saya : Tak bolehlah Cantik, sembilan ringgitlah

Qaisara : Sembilan ringgit, sembilan ringgitlah. Bungkus.

Saya : Okay Cantik..

Qaisara : Itu saya mahu boleh (dia tunjuk bekas buat dim sum)

Saya : Awak mahu beli bekas kuih ni, abis saya mahu buat kuih macam mana?..

Qaisara : Kah..kah..umi ni, tak boleh beli ke umi…(kami ketawa)


Ini Dim sum yang sudah siap dan mahu dijual..ha.ha.ha


Kemudian saya pula jadi pembeli. Qaisara jadi penjual kuih.

Saya : Taukeh beri saya kuih RM5

Qaisara : Wah..kenapa beli banyak-banyak awak seorang makan . Tiga ringgit sudahlah.

(saya rasa nak ketawa guling-guling. Ada ke juru jual cakap macam tu pada pembeli)

Saya : Taukeh saya punya sukalah, saya mahu lima ringgitlah ini kuih..

Qaisara : Okay..okay, lima ringgit, lima ringgit lah..(Dia pun bungkus Dim Sum tersebut.)

Bila dia tengok saya letak aje di tepi peha saya. Qaisara pun menegur.

Qaisara : Awak kenapa simpan, sudah beli makanlah..

Saya : Yalah..yalah saya makanlah ni..keh..keh..

Penghabisan kami ketawa sama-sama. Kelakarlah pulak tapi seronok. Teringat masa kecil-kecil main-main dengan kawan-kawan, berjual beli tapi guna daun getah! Ha.ha.ha.



19 comments:

MyHasla said...

alahai kak yati... cute nye baca citer ni. teringat anak2 saya... si kakak ngan yang kecik... pun suka main berjual beli. habis A4 paper di koyak2kan untuk dijadikan duit. kadang2 mamanya pun turut sama main dengan depa!

Lizabujang said...

Salam kak...
keh3 sakit perut za ketawa hari ini. sekurang2nya saya tetap dapat ketawa hari ini. Dulu za pun suka main berjual beli tapi selalunya buat eksport dan import dengan kapal layar dari sabut kelapa....duitnya dari daun tuba.

-NuNa- said...

salam kak..

bijak qaisara..kecik2 dh pndai main jual beli..bole jadi busines women ni..hehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

hakhakhak...qaisara sgt bijak...nak gelak guling2 r...lucu jeh! ;D

dhan said...

kelakarnya kak yati... comel jer Qaisara tu.. macam2.. ada je modalnya...

Duke Luce Dell'amore said...

qaisarah penghibur terbaik family akak..
bijak bdk tu..hikhikhik..

ain said...

kehkehkehhh...mmg kelako bila melayan kerenah anak2 ni kan. anak saya wani suka main restoran2 pulak. siap amik order ngan saya lg nak mkn apa..hihi

Marzalina said...

salam Kak...kisah qaisara ni selalu buat intan ketawa pagi pagi...walaupun rasa sedih ke apa ke..bila kak tulis tentang anak dara kak ni...mesti ada yg lucu dan buat ketawa hehe..bijak betul anak kak ni, intan pun teringat masa kecik2 dulu, selalu main jual beli mcm tu dengan kawan2 kat kg.

umie said...

hehehhe..pandai la akak wat jual beli dgn Qaisara..gelak2 umie baca n3 ni...

dayah said...

Salam Kak Yati,
ecehhh comelnya Qaisara main jualbeli dgn umminya..

~:|:sara:|:~ said...

aduhai akk...
ni mmg nak kena gelak guling2 ni..
hakhakhak...pandai qaisara menjual..teta, kami nak beli jugak...hek³..

yatie chomeyl said...

hehe, saya yang tengah baca ni pon tumpang gelak sekali..seronok kan melayan nak kecil bermain..

hanisa said...

salam kak yati..

alahai...comelnya..anak dan mak main jual beli sama2
huhu...bahagianya..

NORHAYATI BERAHIM said...

Myhasla..budak2kan apa yang diajar atau yang dilihat itu yang dibuatnyakan..mcm qaisara siapa lagi dia nak main..dgn umi dialah..tak macam hasla beruntung ada 3 orang anak..

Za..nak ketawa guling2..siap export dan import..dahsyat wehh..ha.ha.ha

Nuna ikut babanya yang dari kecil sampai tua..berniaga..

nuar..gelak tu jgn banyak2..ko puasakan?

dhan..nanti Tia da besar..macam tulah kerenah dia agaknya..sama aje budak2 ni..

NORHAYATI BERAHIM said...

jim..anak seorang, dialah racun dialah penawar..

ain..wani tu kreatifkan, dia yag suka koyak2 kertaskan, tulis itu inikan..cutelah dia..

intan dulu2 memang selalu berjual beli..tapi pakai daun getah atau daun ubi..seronok tetap samakan..

umi..qaisara dia main cakap aje apa dia suka..

salam dayah..budak2 comel le..tapi yg tak sedar diri emak budak ni..ha.ha..

sara..teta memang suka merepek..macam uminya juga..he.he

yatie..esok2 babay SN da besar, macam tulah..entah apa yang dijual pulak nanti..tunggu setahun dua lagi..

hanisa..qaisara tak ada kawan..terpaksalah uminya melayan..

ibu aira said...

bijaklah Qaisara ni.. wish Aira pun bijak mcm Qaisara nanti.. Qaisara cute dan bijak.. untung kak yati...

NORHAYATI BERAHIM said...

yatie..
anak2 mempunyai kepandaiannya tersendiri, insya-ALLAH Aira juga akan begitu...

kakyong said...

bagus nya kak..
hmm, suka xtvt nih, nanti boleh main jualbeli dgn fikri & anis.. hihihhhiii..
thanks for this entry kak.. mberi idea kpd saya... :D

Davnes said...

pandai qaisara....good girl...