Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, June 22, 2009

SAYA SAYANG ABAH!

Hari bapa sudah berlalu, tapi saya tidak tahu apakah saya mahu menulis mengenai ayah saya yang dipanggil abah atau tidak. Banyak kali saya berfikir. Saya memang tidak rapat dengan abah sejak kecil lagi. Waktu kecil saya pun tidak terlalu baik. Sejak berusia 7 tahun saya sudah bekerja di kebun getah. Berjalan kaki sejauh 4 batu pergi balik. Saya walaupun bongsu bukanlah anak kesayangan. Tidak sama sekali.
Saya kerap dipukul, dihantuk kepala ke dinding dan dipijak mungkin kerana kenakalan saya. Bahkan saya pernah tidur meniarap kerana kesan sakit talipinggang di badan saya. Saya pernah tinggal dihutan seorang diri, melarikan diri dalam semak kerana takut dipukul ayah. Saya melalui kehidupan yang sepi kerana adik beradik duduk di asrama. Saya dinafikan hak untuk bersekolah asrama kerana harus bekerja di kebun getah. Kadangkala sebelum ke sekolah jam 3 pagi saya harus bangun mengopek sekerap sebelum saya menunggu bas sekolah jam 6 pagi. Hidup saya penuh kesukaran, hanya sekali setahun saya dapat menjamah ayam. Iaitu hari raya. Saya pernah beraya seorang di rumah kerana adik beradik saya tinggal diasrama tak mahu pulang. Ayah saya di mana? Ketika itu dia ada di satu tempat bersama keluarga barunya. Memang hidup tambah sukar apabila emak meninggal dan beribu tiri. Hanya seorang dua sahaja yang tahu kisah hidup saya. Nik Fauziah pernah menangis mendengar cerita saya. Dia tanya saya adakah saya terasa hati dengan ayah saya.
“Kadangkala akak terasa, tetapi kita kena berlapang dadalah memaafkan dan insya-ALLAH ada ganjarannya.”
Memang ketika kecil saya mempunyai self esteem yang sungguh rendah walau saya pelajar cemerlang di sekolah sehingga ketika bersekolah menengah selepas emak meninggal, self esteem saya menjadi semakin buruk. Saya seperti takut untuk bersuara kerana di dalam keluarga itu dilarang sama sekali. Pelajaran saya menjadi semakin merosot.
Tapi perlukah saya menyalahkan ayah saya kerana keadaan ini?
Tidak..saya harus cari jalan untuk mendapatkan kekuatan. Saya harus melawan, bukan bermakna melawan ayah saya. Tetapi melawan diri saya sendiri. Saya perlu fokus pada diri saya. Saya perlu bangun dan memperkasakan diri saya. Pertama apa yang saya harus lakukan?
Ya..memaafkan ayah saya. Melupakan kenangan yang menyakitkan. Bangun, berjalan, berlari. Saya melarikan diri ke Kuala LumpuR (tanpa izin ayah). Saya bekerja di kilang, malamnya belajar di kelas komputer, kemudian belajar di kolej mengambil perakaunan, kemudian saya belajar menulis skrip, saya belajar pula di bidang kejuruteraaan komputer. Langkah saya tidak terhenti. Saya belajar pula pembangunan manusia. Di universiti saya di kira pelajar cemerlang. Beberapa kali mendapat anugerah dekan. Semuanya saya belajar tanpa bantuan sesiapa, tanpa pinjaman daripada mana-mana pihak. Saya ikat perut saya. Saya hanya hadkan diri saya makan RM1 sehari. Kalau harus berpuasa, saya berpuasa. Beg saya pernah diragut apabila pulang dari kelas malam. Tangan kaki saya luka kerana bergelut dengan peragut yang masih muda dalam anggaran lima belas tahun. Bukan banyak sangat duit pun dalam beg saya itu. Tetapi saya harus mempertahankan duit tambang yang saya ada. Kalau tidak, saya tidak akan pergi kerja dan bersekolah!
Apakah saya berpuas hati dengan pencapaian saya.
Ya..saya berpuas hati bukan kerana akademik saya bagus, tetapi saya berpuas hati kerana saya menjadi manusia yang lapang dada. Manusia yang tidak berdendam. Manusia yang sayangkan ayah sendiri. Saya puas hati kerana dari menjadi manusia yang rendah self esteem, saya sudah menjadi seorang yang kuat, matang dan berdikari.
Dari ayah saya banyak belajar. Belajar untuk melalui kehidupan yang sukar, belajar berdoa. Belajar bagaimana mahu memaafkan orang lain, belajar menjadi simpati pada orang yang tidak bernasib baik.
Dan syukur selepas tidak pernah lelah mendoakan ayah saya. Ayah sudah menjadi lembut, sudah boleh diajak berbual dan berbincang dan paling saya tidak pernah lupa apabila dia bercakap dengan seseorang.
“Anak aku yang paling lembut dan baik siyatielah. Walau dipukul dia tidak pernah menjawab..”
Nah..bukankah itu hadiah yang terbesar buat saya selepas melalui zaman sukar?
Saya tahu kerana masih baik dengan ayah saya, tuhan permudahkan rezeki saya. Tuhan beri saya anak secomel Qaisara, tuhan berikan saya teman yang memahami dan sentiasa berada di sisi saya iaitu Seyit Kara.
Dan apabila duduk sendirian, merenung langit melalui jendela dari bilik saya. Saya tahu, manusia dilahirkan dengan harapan yang terbentang luas. Terpulanglah pada seseorang itu untuk memanafaatkan segalanya dan paling penting memaafkan seseorang. Terutama orang yang paling dekat dengan kita.
Walau kenangan memang terlalu sukar dipadam tetapi dari kenangan itulah saya membina kekuatan. Dari kenangan itulah saya belajar mengasihi semua manusia.
Dan saya tahu..saya mengutip banyak pelajaran daripada ayah saya secara tidak langsung.
Dan saya tahu…walau apapun berlaku, walau teruk pun zaman kecil saya..saya tetap sayangkan Abah saya..


25 comments:

dayah said...

Salam Kak Yati,

Cerita akak, membuat saya terfikir novel bertajuk apa tulisan akak cerita ttg tabanya serorg anak menoreh di pagi hari dan tidak dapat ke asrama.
Hidup kita penuh warna warnikan. Daripada kesusahan kita bangun untuk kesenangan. Semoga akak terus tabah menghadapi hari2 mendatang dan terus menghasilkan karya2 terbaik.

yatie chomeyl said...

saya terkesan dengan entry ini. saya juga sedang berusaha melapangkan dada untuk menerima apa2 kesalahan abah kerana abah juga manusia biasa..x lepas dr kesalahan. terima kasih utk entry ini :)

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

u r truly survivor, tima kaseh berkongsi cebisan kisah hidup akak...

dgn citer akak ni, bagi motivasi kpd pembaca yg laen...

cedey r...huhu

ain said...

kak yati...u are truly a survivor!! berhati waja. membaca kisah akak ini, saya makin yakin..byk novel2 yg akak tulis berkisahkan pengalaman hidup akak sendiri!!

teringat novel akak pesanan terakhir seorang lelaki!!

~Cinta Cukulet~ said...

saya harap kawan saya dapat baca ni dan maafkan ayah dia huu..

dhan said...

salam k.yati....
xsangka k.yati mempunyai pengalaman hidup yang penuh pancaroba.. tp tahniah kerana berjaya melaluinya. Alhamdulillah k.yati dah mendapat balasan yg setimpal berkat kesabaran akak..
Moga akak beroleh kebahagian dunia dan akhirat.Amin....

Lily Haslina Nasir said...

salam kak yati,

terima kasih sebab berkongsi cerita.
catatan akak menginsafkan!
sangat, sangat, sangat menginsafkan!

umie said...

kak..sedih nya n3 ni..walaupun umie anak bonsu tp umie xpernah alami seperti yang akak rasa..

tiny laiman said...

salam kak yati..
terkedu seketika tiny membaca n3 akak ni...tahniah kak..walau menempuh pelbagai kesukaran akak tabah dan cekal..dan ketabahan dan kecekalan itulah mendorong tiny dan juga pembaca blog serta peminat akak utk menjadi setabah akak...
semoga akak akan terus cekal dan tabah dalam menghadapi apa jua keadaan sekalipun..salam sayang dari tiny..

Lizabujang said...

salamz akak...
pertama sekali za dengar citer ini, za amat2 terkejut. tak sangka kakak amat menderita, tak sangka bahawa satu masa dulu za menangisi akak...dan za insaf bahawa semalang mana pun kita, ada lagi insan yang lebih malang dan ia tidak melemahkan kita.............syukur alhamdulilah kakak saya ini sangat tabah dan tetap akan tabah.Za berada di sisimu akak.....sentiasa.

Dea Sara said...

nasib kita hampir serupa...tp... bukan dgn abah. Dengan mak! Berusaha untuk senantiasa memaafkan dirinya walau pun masih disakiti. Seburuk mana pun dia... dia tetap IBU yang perlu disanjung dan dihormati.

Liza said...

Pada wajah mu tertulis kesedihan tu,liza pernah tanya kawan liza kenapa muka NB tu mcam sedih ja,rupanya ada certa..sedih liza..tapi tu kesah lalu liza sedih rupanya kak yati menempuh saat tu,liza fikir cuma certa dlam novel ja tapi apa yang ditulis oleh penulis tu memang berlaku dan bagi liza apa yang dah berlalu kita lupakan dah allah balas dengan apa yang kak dapt masa ini berjaya menjadi sesorang dan kebaikan kak yati dapat,kak berjaya dapat anak secantik qaisara suami sebaik pak senyit..liza doakan kak yati berbahagia hingga keakhir hayat bersama kelurga tercinta...

ibu aira said...

sedih baca kisah kak yati.. tabahnya kak yati kerana boleh bangkit dari kesakitan. sukarnya hidup tetap tak mematahkan semangat kak yati. akhirnya Allah kurniakan kak yati hubby yg baik dan anak yg comel. semoga bahgia menjadi milik kak yati selamanya...

Mama Nazhan said...

SAYA TERHARU MEMBACA ENTRY AKAK...kak yati memang boleh menjadi rujukan saya dalam menempuh hidup... saya sendiri masih diulit dengan kenangan silam.Namun saya tahu saya kuat untuk menempuh sume ini..lebih2 lagi apabila membaca kisah2 kak yati.. kebahagiaan sudah menjadi milik kak yati sekeluarga.

Nik Fauziah Nik Hussin said...

salam kak..
masa akak citer nik nangis...bila nik baca lagi sekali pun nik masih menangis...t.kasih sbb berkongsi cerita dgn nik hari tu..huhuhu..
by the way.. i'm back n kicking hheheh...

Nanak said...

thanks for the sharing..

Duke Luce Dell'amore said...

jim speechless..
ape yg jim mampu ucapkan, tahniah pada akak sbb mampu bina hidup yg lebih baik slepas menghadapi hidup yg penuh cabaran..

akak seorg wanita hebat yg tabah..jim kagum ngan akak..

thans sbb berkongsi cerita ni..

♡ Eibu June's ♡ said...

salam yati...
sedihnya n3 nie...(T_T)
memang yati setabah watak yang tercipta disetiap novel yang yati hasilkan....

ibujunes kagum dengan ketabahan yang dimiliki yati...semoga kita sentiasa menjadi insan yang tabah dan kuat dalam menghadapi apa jua ujian dari Allah...InsyaAllah!!!

adhan said...

salam..
sedihnya baca kisah akak...bila baca buat saya teringat novel-novel akak...ada antarana terselit kisah benar tu ye...apa pun, saya kagum dengan akak...kalau ianya berlaku pada saya, belum tentu saya sekuat dan setabah akak..

ameeza77 said...

tersentuh hati ...
susahnya nak jadi setabah itu..

Noorhodza said...

Seseorang yg rela memaafkan org lain merupakan org yg paling berjaya dalam hidupnya. Tahniah.. moga NB akan lebih maju jaya. Bila baca kisah ini, teringat ABAH yg dah lama pergi.... Kalau bukan kerana dia nor pun tak mungkin akan bahagia & berjaya dlm hidup... TERIMA KASIH ABAH!

NORHAYATI BERAHIM said...

pada semua..thanks kerana meninggalkan komen..
ya kita mempunyai banyak pilihan dalam hidup, semua terpulang pada kita sendiri untuk memilih yang jalan yang mana satu, memaafkan adalah satu perkara cukup berat..tapi sebagai manusia, kita perlu maafkan seseorang kerana satu masa nanti, jika kita sendiri melakukan kesalahan, saya percaya orang lain akan memaafkan kita...

zakiah said...

Puan yatie,
Saya kagum dengan ketabahan puan
Sebak saya sungguh tidak dapat dihitung
Sungguh dugaan yang menimpa adalah untuk insan2 yang berupaya menanggungnya
Moga puan sentiasa sukses

Azas said...

Sedihnya membaca post akak kali ni. Terbaca artikel akak ni teringat pula kisah saya waktu kecil kerana saya pun anak bongsu yang nakal....

awanlara said...

slm k yati....
saya baru jumpa blog k yati..
saya gigih membaca entry k yati setiap hari....
hari ini saya sampai ke entri ini yg membuat saya sgt2 terkasima....
saya menangis membaca entry ini..
walau kisah kita tidak sama tapi dugaan hidup saya cukup menguji.
saya redha dengan dugaan dan ujian itu tapi saya selalu saya bertanya pada diri sendiri iklaskah saya dengan 'keredhaan'itu....
saya cuba untuk berlapang dada...dan entry k yati membuat saya berusaha lebih kuat menjadi lebih ikhlas....