Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 24, 2009

AGENSI MENCARI JODOH PAK SEYIT

Suami saya ini, entah apa yang dikelentong dengan kawan-kawannya, saya pun tidak pasti. Tapi yang saya pasti sejak dulu lagi kalau balik dari Turki atau ada kawan-kawan dari Turki datang, sudah pasti ada gambar kawan-kawan yang dibawa baliknya.

“Honey..ada kawan-kawan you yang nak kahwin dengan orang Turki tak?”

Suami akan ketawa-ketawa selepas berkata begitu. Saya tahu dia tidak bermaksud begitu, tetapi kerana kawannya sudah mendesak dan memberikan gambar maka diambilnya dan biasa gambar itu disimpannya sahaja. Selalu yang melihat gambar-gambar kawan yang mahu mencari jodoh sayalah.

Pernah dahulu ada seorang Haji dalam 70an, datang ke rumah saya. Haji yang sudah tentu berbangsa Turki itu menjalankan perniagaan di India dan singgah ke Malaysia. Dia menumpang di rumah kami selama seminggu. Ketika itu bulan puasa. Kasihan pula saya melihat haji itu memakan sup yang saya buatkan untuk dia ketika berbuka dan selama seminggu itu kami melayan dia dengan baik. Bila saya tahu beliau suka memakan apa sahaja jenis sup, setiap hari saya menukar menu sup. Hari ini sup cendawan, esok sup ayam, lusa sup daging dan seterusnya. Saya melayan dia seperti dia ayah saya.

“Dia tak ada isteri sudah bercerai..”

Suami bercerita dan entah mengapa dihari terakhir haji itu di rumah saya, haji itu menyuruh suami saya mencarikan jodoh orang melayu untuknya. Kata haji itu biar yang baik dan lemah lembut macam saya..ha.ha..saya nak ketawa guling-guling ni. Saya bukanlah lemah lembut pun, tapi dibandingkan dengan perempuan Turki mungkinlah kot.

. Cerita mencari jodoh ini tidak habis begitu sahaja. Selalu sangat kawan-kawan suami saya menyuruh suami mencari jodoh untuk mereka dan apabila saya pulang ke Turki hari itu, ada tiga orang kawannya yang menanti suami mencarikan jodoh untuk mereka.

"Perempuan melayu" itu kata mereka.

Kawan suami yang pertama yang mahu jodohnya dicarikan, seorang, duda beranak dua. Berusia 44 tahun. Baru bercerai setahun selepas beberapa tahun berperang dengan bekas isterinya. Tampan orangnya, agak berada dan dia minta kalau-kalau suami ada perempuan melayu untuk dikenalkan kepadanya. Tetapi perempuan melayu itu harus tinggal di Turki kerana dia menjalankan perniagaan sendiri. Sayang ketika saya berjumpa dengannya di hotel tempat kami menginap. Saya tidak sempat mengambil gambarnya.


Ali dari dahulu memang teringin berkahwin dengan orang melayu, kata Ali..orang melayu lemah lembut. Mungkin dia sudah termakan cerita suami mengenai kebaikan perempuan melayu...bangga kitakan!


Kedua, Ali masih bujang berusia 35 tahun, berniaga barangan cenderahati secara borong. Baik orangnya. Suami kenal dia sudah lama dan kata suami memang ada jaminan. Saya bertanya pada suami, kenapa si A tidak berkahwin dengan orang Turki sahaja.

“Entah..kata dia orang melayu lemah lembut…”

Mana si A tahu orang melayu lemah lembut? Bukan dia pernah datang ke Malaysia pun!


Saya terlupa apa nama lelaki yang berada di sebelah kanan suami yang berambut putih. Dia menyuruh suami mencarikan jodoh perempuan melayu untuknya dan sianak yang berbaju putih bila mendengar, memarahi si ayah.


Lelaki yang ketiga, seorang duda berusia dalam 60an, mempunyai kedai jahitan. Sudah pangkat bapa pada saya. Bila terpandamgkan saya dengan Qaisara, beria-ia dia menyuruh suami mencarikan jodoh untuk dirinya. Tidak kisah kalau perempuan yang dicarikan suami mahu dia tinggal di Malaysia. Dia rela. Apa suami boleh katakan kecuali Insya-ALLAH. Sedangkan dibelakang...

"Tak ada kerja lain!" gerutu suami.

Ha..ha.ha..Saya rasa kalau lama kami di Turki, suami saya boleh membuka agensi mencari jodoh agaknya dan ada mana-mana pembaca yang berkenan mana-mana jejaka di atas..(gurau aje tu..)



11 comments:

Marzalina said...

alahai kak NB..baca tajuk tadi ingatkan intan nak daftar lah kat agensi cari jodoh ni...hehe..bila baca entry..terus tak jadi lah kak..huhuhu...taknaklah duduk kat turki ekekeke...dan taknak yg tua2 mcm tu hahaha...

dhan said...

salam k.yati... meleret2 saya senyum.. cam kelakar plak.. tpkan kak, saya rasa diorang tu tgk cara akak kot.. sbb tu yg dia ckp perempuan melayu tu lemah lembut... hahahaha...dia xtau agaknya.. ada pompuan melayu yg keje dok baling pinggang mangkuk kalau bergaduh heheheheheehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

luculah kak...kikikiki :D

Duke Luce Dell'amore said...

hahaha..
mcm2 hal!akak dan suami dh menjadi ikon kpd sumer teman2 suami akak..sbb tu dowg pun nk cari wanita mlayu sbgai isteri...hihihi..

Sharizal Sarif said...

Takde ke pulak wanita turki mencari jodoh lelaki melayu kak? hahahaha

~:|:sara:|:~ said...

alahai kak...geli hati..insyaAllah, sara harap ade la yg sudi berkahwin ngan diorg ber3 tue..mana tahu mungkin jodoh mereka brda di Malaysia..

* kalo akk & pak seyit bukak agensi cari jodoh..mst untung cm pisang goreng panas..hek³...

Mrs.Sheikh said...

hi kak yati.. wahh... sy nak daftar boleh ke? :D tgh mencari ni..heheheh..dulu ada kenalan turkish juga..3 tahun aje kak yati.. dia memilih utk bertunang dgn gadis senegeri..frust juga sy..:)

NORHAYATI BERAHIM said...

Intan..daftar aje..kawan pak seyit bukan aje orang tua, tetapi orang muda pun ramai..dari usia 25-75.ha.ha.ha..

dhan memang perempuan melayu ada yang baling pinggan mangkuk, tapi ramai yang lemah lembut dan lebih berdikari..perempuan turki kebanyakkannya tidak bekerja dan menanti suami membawa wang pulang ke rumah...

Jim..nanti akak buka pula untuk perempuan turki..cari jodoh untuk orang lelaki melayu..tapi jim kena tahan ajelah..ha.ha

NORHAYATI BERAHIM said...

Nuar..memang lucu pun..dia orang ni..

krsty..kau tengok suami kau..ha.ha.ha..tak maulah agak perempuan turki lelaki melayu, dia orang nak dok rumah aje..jarang bekerja macam perempuan melayu...

sara sebenarnya ramai lagi yang mengintai2 mencari jodoh isteri melayu tau...muda, tua..keh2

Mrs sheikh..boleh2, tapi kena tahanlah..rata2 lelaki turki ni agak panas baran, bercakap ngan suara yang kuat..vokal..cakap tak berlapik macam lelaki melayu tau!

kakyong said...

n3 ni buat saya sengih2 jer..
rupanya bagus tanggapan org luor thdp perempuan melayu ni.. berbangga daku jd perempuan melayu...

Nuribra said...

Assalamualaikum Puan NB,
Saya tengah mencari menantu lelaki untuk anak sulong saya yang memang tak pandai mencari jodoh sendiri. Cuma takut pulak dengan lelaki Turki bimbang dia orang suka memukul isteri seperti lelaki Pakistan. Saya yakin suami puan tidak begitu sebab nampak bahagia sungguh. Tahniah kerana berjaya menjadi Duta Isteri Lemah Lembut ke Turki.