Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, June 3, 2009

MAKANAN TURKI.

Inilah makanan yang saya makan sepanjang berada di Turki. Memang macam-macam jenis makanan yang agak asing bagi kita. Tapi kerana tidak ada pilihan makanan sahajalahkan. Ada yang sedap dan kena selera ada yang tidak. ..layan...
Semua jenis sup, diatas sup dengan mee beras, cara memasaknya amat muda,h daun salary, tomato puree, mee beras (kalau kita panggil meehon), sayuran dan kemudian direbus. Disebelahnya salad, sayuran dipotong halus dan diletak minyak zaiton dan diperah air lemon. Dibawahnya paca atau sup daging dan di sebelah paca adalah marjamik atau sup kacang dal.

Ini caranya bagaimana orang Turki setting meja makan mereka. Roti di letak selamba sahaja di atas meja..he.he

Apa benda ni macam itik gantung sahaja? Yang panjang menjulur itu adalah manisan. Walnut yang dicelup dengan madu dan juga tepung.

Yaprak, daun anggur berintikan nasi yang dicampur dengan tomato dan herba dan kemudian dimasak dengan air sehingga 45-1jam. Di makan dengan yogurt dan lemon. Saya belajar membuatnya tapi daun anggur boleh diganti dengan daun kobis.

Kebab Iskandar. Sebelum makan tanya harganya dahulu. Kebab yang diletak butter di atasnya berharga RM140 untuk 3 pinggan. Mahal sungguh. Sedapnya entahlah..rasa daging aje..

Oyester yang disumbat dengan nasi berlada hitam. Tak sedap langsung! Nasib baik cuma RM12. Suami bersunggut kerana saya hanya mampu makan satu sahaja...

Lamagun. Pizza turki yang apabila mahu di makan perlu diletak salad atau sayuran di dalamnya. Jari comel itu siapa lagi kalau tidak kepunyaan si Qaisara...keh..keh.

Ini semua jenis manisan yang telah saya cuba. Rasanya lebih kurang sama sahaja. Manisan Turki banyak diletak kacang pastachio (ejaan ni betul idak..)


Jeruk timun, kobis dan sebagainya. Air jeruk ini memang diminum oleh orang-orang Turki bersama dengan ikan. Suami minum tiga cawan dan kemudian pening kepala. Ha.ha.. Di sebelah jeruk, sudah tentu jagung Turki. Bila makan asyik terselit celah gigi. Ayran atau air yogurt yang sering di minum tidak kira waktu oleh orang-orang Turki dan ini dia yogurt Ulu Dag, yogurt paling sedap pernah saya rasa...

Ini semua jenis kebab dan daging panggang, ada pillav kebab (kebab yang dimakan dgn nasi), sish kebab dan pita kebab. Nampak menyelerakan tapi kalau da hari-hari mahu pitam memakannya.

Gambar di bahagian atas, hamsi yang dimakan dengan bawang dan tomato. Dibawahnya kebab Ikan yang dimakan ditepi laut Istanbul berharga RM10 satu dan juga ikan bakar yang di makan di Denzi Restauran dibayar oleh kawan suami. Tapi saya tahu harga ikan di restoran Daniz sangat mahal boleh mencecah RM300-400 untuk 3 orang makan.

Daging panggang UluDag yang kena cite rasa saya. Lembut dan enak..memang sedap sungguh walaupun sekilo hampir RM80


Donut cokelat..tapi Qaisara cakap donut malaysia lagi sedap. he.he.

9 comments:

Marzalina said...

salam kak..agaknya citarasa qaisara citarasa malaysia kot hehehe..so cute wajah dia yg comot kena coklat tu hehe

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

amaran kerajaan:

entry ini tidak boleh dibaca bagi ibu-ibu mengandung yg sedang mengidam

psst...mahalnyer kak kebab sampai beratuih...seram...

~:|:sara:|:~ said...

adus mak!sakit pewot den...trs lapo nengok pic makanan ni...walaupn tak pnh makan & jumpa...tp agak menyelerakan..hehe

idasm said...

salam kak.. entri kali ni.. mmg menyelerakan... rasanya turki ni.. makanannya lebih kepada kebab ye kak.. bermacam jenis kebab ada..
manisannya pula lebih kurang mcm manisan pakistan aje.. tp pakistan punya guna badam jugak...
comelnya jari jemari kecil tu.. hehe...

ain said...

macam2 gak mknan turki ni ekh. nmpak mcm sedapp aje.hehe

NORHAYATI BERAHIM said...

Intan..salam memang donut dia orang tak sedap..he.he.bkn sbb selera qaisara selera malaysia..he.he

Nuar..janganlah ada ibu2 yang mengandung di sini..he.he

sara..siapa yang suka kebab nikmat duniala dok turki ni..tapi mahal2 makanannya..

idasm..manisan turki macam guna kacang pastishco lah ida..

NORHAYATI BERAHIM said...

ain..boleh tahan juga masakan turki tapi kalau kebab hari2.tak lalu gak

kakyong said...

wah sedap2 makanan.. nampak mcm sedap sgt2... yg tak mengandung pun rasa mengidam gak ni.... ;)

nina said...

yelah kak, saya pun dah rasa masakan sana semasa melawat Turki Disember lepas...depa pun suke makan jeruk yang rasanya masammm dan masin...nampak luaran cam manis...tapi bila dah rasa...kekadang tak buleh nak telan...terpaksa keluarkan balik..he he...kalu nampak org Turki, mau kecik hati depa..