Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, June 14, 2013

USKUDAR DAN BOSHPORUS

USKUDAR

Üsküdar'a gider iken aldi da bir yagmur 2x
Kâtibimin setresi uzun, etegi çamur 2x
Kâtip uykudan uyanmis, gözleri mahmur 2x
Kâtip benim, ben kâtibin, el ne karisir?
Kâtibime setereta balto ne güzel yarasir

Sejak Qaisara kecil lagi, lagu ini telah didendang oleh suami. Akhirnya balik ke Turki kali ini kami dapat pergi ke Uskudar. Dari Istanbul hanya 3 lira kalau tidak silap saya. Perjalanan selama 30 minit. Kami kesana dibawa oleh seorang kawan suami saya Erdim. Erdim dahulu belajar di Malaysia dan saya kenal dia masa di Malaysia. Sekarang dia pulang ke Turki kerana mahu menjaga emaknya disebabkan ayahnya meninggal dunia setahun yang lepas.

Orang punyalah ramai. Kebanyakkan penduduku Uskudar bekerja di Istanbul. Uskudar di bahagian Asia sedangkan Istanbul bahagian Eropah.

Feri yang kami naik.

Di Sebabkan kalau ke mana mana saya memang suka pergi ke pasar buah dan ikan, Erdim bawa kami ke sini. Tengoklah ikan yang mengerikan ini. Ha ha tanya Erdim dia tidak tahu ikan apakah itu?

Buah ini ada kisahnya sendiri. Kata suami, pernah dia dan kakaknya membeli buah ini untuk si emak, pada hari jadi emaknya.. Namun dipertengahan jalan buah tersebut habis dimakan oleh suami dengan kakaknya. Ha ha ha.. Saya tak tahu apa nama buah ini..

Buah buahan di sini agak mahal dibandingkan dengan Kayseri atau Bursa. Kalau ceri di Bursa boleh dapat 4 lira iaitu RM7 ringgit duit kita.


Uskudar..


Rumah api yang ada di Uskudar..
Cuaca sudah semakin panas di Istanbul dan Uskudar..


BOSPHORUS 

Esoknya pula kami menaiki feri melawat Bosphorus ataupun dikenali dengan Selat Istanbul. Tambang kalau tak silap saya siap dengan van membawa ke jati dalam 10 lira. (saya tak pasti suami yang bayar ha ha)

Anak comel saya bergaya cermin mata 10 lira yang dibelinya di Istanbul


Pemandangan dari atas feri..


Haii..seorang aje ke dik?

Dapat di lihat rumah yang berdekatan dengan air dan penduduknya mempunyai bot peribadi.

Salah satu jambatan yang terdapat di Turki. Ada jambatan baru di bina diberi nama Yavus Sultan Salilm, yang menjadi pertikaian puak penentang kerana mahukan nama jambatan itu diletak nama Kamal Attartuk atau rakan-rakan di zamannya.

He he he siapakah ini?

Anak dengan baba bukan main lagi..ha ha
Serius aje cikgu sains kita ni ha ha

Balik van yang janji nak hantar balik tak nampak batang hidung dan kami jalan kaki balik ke hotel. Nasib baik cuaca walau panas tapi nyaman..

Di pertengahan jalan nampak orang jual nenas cara begini. Berebut orang beli saya tengok..ha ha







DRAMA PAGI INI


Qaisara anak yang sentiasa menyenangkan hati kami


Pagi ini drama air mata.
Kesihatan saya tidak begitu baik. Hari itu Qaisara sakit perut kerana masalah penghadaman. Kali ini saya pula terkena. Mungkin silap saya, kali ini ceri dan peach di Turki agak masam. Di lawan dengan cuaca yang agak sejuk jadi saya tidak banyak memakannya. Hari hari pula kami djamu dengan daging, ikan hanya sekali. Sedangkan makanan seharian saya adalah ikan dan ayam. Daging hanya dua minggu sekali.

Macam macam tingkahnya yang kadangkala tidak terduga..

Pagi ini saya beritahu Qaisara baba yang akan menghantar dia ke sekolah seorang tanpa umi. Tidak seperti biasa umi dan baba atau kalau baba malas, umi dengan bibik. Dalam bilik aie, air matanya sudah berderai-derai. Dia komplen dengan bibik, mana mungkin dia pergi sekolah tanpa saya.

Namun bila saya kata tak apalah saya hantar dia walau sakit terbongkok begitu. Maka dia buat keputusan saya tidak payah pergi. Kami berpelukan, bertangisan apabila menghantar dia masuk ke dalam kereta.
"Teta doakan umi sihat umi ya. Umi duduk rumah baik-baik tahu.."
Sedihnya hati saya apabila melihat dia melambai-lambai tanganya dan dia sudah mula tersenyum.

"Ling ikut baby hantar beg tau sampai ke kelas tau.."
Pesan saya sebelum suami menghantar Qaisara
"Lepas tu?"
"Kemudian pergi kantin semula. Tanya dia nak teh tarik ke air kosong. Ambil dua gelas, satu isi dengan air dan satu lagi untuk tarik. Sebab selalu air di kantin tu panas.."
'Okay?" (hari hari kalau suami dan saya hantar. Suami akan baring dalam kereta. Tunggu sampai urusan kami selesai)
"Nanti bila ada perhimpunan, you tunggu dia tau sampai dia masuk kelas."
"Okay.."
Balik tadi saya tanya satu persatu dan suami bercerita yang Qaisara sangat girang di sekolah.
'Dia pergi tandas tadi honey.."
"Iye..you tak hantar dia sampai ke tandas?"
"Taklah..dia pergi seorang.."
'Ya ALLAH kenapa biarkan?"
'Aik you tak suruh pun..hesy you ni teruk sungguhlah. Habis kalau kita tak ada dia pergi tandas mesti seorangkan.."
Suami menggelengkan kepalanya.
'Yelah..tapi ini kita ada, kita hantarlah.."
"Teruk sungguh emak seorang ini. Terlampau manjakan anak, macam dia sahaja ada anak.."
Ha ha bila fikirkan balik, terukkah saya? Itu sahaja anak yang saya ada, saya mahukan yang terbaik untuk anak saya dan saya fikir semua emak kalau ada masa mahu melakukan yang terbaik untuk anak-anaknya supaya apa yang kita lakukan, menjadi kenangan manis untuk anak-anak. Jadi bila besar nanti saya percaya, bila seorang emak sudah melakukan yang paling terbaik jadi tidak ada ruang untuk anak mencari alasan untuk menjauhi ibu bapanya.


Tuesday, June 11, 2013

BILA KITA SAKIT...



Semalam Qaisara sakit perut di sekolah. Dia menangis kerana katanya terlalu sakit. Bila saya tanya kenapa dia tidak menyuruh guru,  menelefon saya sedangkan nombor telefon ada di dalam buku komunikasi katanya dia terlupa.
"Teta takut Teta sakit macam semalam.."
Wajahnya muram pagi ini.
"Insya-ALLAH hari ini tak sakit sayang.."
"Kalau sakit macam mana?"
"Suruh teacher telefon umi ya?"
"Umi tak tahu apa yang Teta lalui semalam. Teta tak pernah sakit macam tu dan selalu kalau Teta sakit umi mesti ada.."
Teta menangis. Saya rasa sangat hiba. Biasanya Qaisara kalau sakit perut pasti saya akan sapu minyak, lekapkan tangan sayang dekat perutnya sambil membaca ayat Al Quran. (sakit perut selalunya dia kurang makan sayur dan buahan, jadi tidak ke tandas) Itu yang selalu saya buat dan dia selalu mengatakan telapak tangan saya adalah ubat paling best sekali di dunia. Mungkin kerana sudah terbiasa dibuat begitu, semalam ketika sakit saya tidak ada di sisinya. Jadi dia rasa sangat kehilangan. Benarlah kata orang, waktu sakitlah waktu kita mengingati emak kita..



Saturday, June 8, 2013

MAKANAN DI TURKI

Setiap kali pergi ke tempat yang asing sudah pasti saya akan cuba pelbagai makanan. Sedap atau tidak, kena makan baru tahukan..

Puding beras selalu saya buat di rumah tetapi yang ini lagi sedap he he


sayuran tetapi tidak tahu apa namanya..


Daging yang dimasak dengan keju..tanya suami apa namanya, dia cakap makan sahajalah..ha ha


Nasi bersama dengan yogurt dan sayuran..

Sayur dan kekacang...

Ini air jeruk, rasa masin dan dimakan atau diminum begitu sahaja..

Limonata kegemaran saya, setiap kali balik Turki pasti ini dicari. he he


Friday, June 7, 2013

MELAWAT ISTANBUL

Bermula sahaja cuti sekolah pada 23hb yang lalu, tidak menyempat-yempat. Saya, suami, anak kesayangan saya dan sahabat saya Liza Bujang terbang ke Kampung halaman suami saya ke Turki.  Kami mula mula ke Istanbul terlebih dahulu. Walau saya tidak begitu gemar beada di Istanbul tetapi kerana Liza Bujang tidak pernah ke sana. Jadi kami singgah selama 2 hari sebelum bertolak ke Kayseri, kampung kelahiran suami.



Kebtulan Yasmin sahabat saya dan suami Amir mahu ke Italy tetapi mereka transit di Istanbul selama 10 jam, jadi kami ajak sekali beliau melawat Istanbul. Tempat Liza bujang dan Yasmin dan suami berdiri ituadalah dataran Taksim. Tempat di mana berlangsungnya bantahan rakyat Turki baru-baru ini. Bantahan dilakukan kerana di situ akan dibina masjid dan ada beberapa pihak pembangkang tidak bersetuju dengan alasan pokok akan ditebang. 


Sementara menunggu yang lain pergi ke Blue Mosque Teta sempat berposing..

Liza Bujang sibuk mengambil gambar bunga ha ha ha..

Tong sampah yang menarik perhatian Qaisara.

Di hadapan Aya sofea, belum sempat bersedia suami dah ambil gambar saya.

Kepenatan lepas bershopping di grand bazzar..




Kasut yang banyak di jual di Istanbul. Sanggup pakai? Ha ha ha

Seperti biasa bunga adalah kegemaran saya..


Wednesday, April 17, 2013

QAISARA BERTANYA MENGENAI RASUAH...

Qaisara bersama abang sepupunya Danish


Setiap hari saya menghantar Qaisara ke sekolah lebih kurang 30 kilometer pergi balik. Sudah pasti banyak yang kami bualkan. Semalam Qaisara bertanya saya...

"Umi apa itu rasuah?"
"Rasuah itu memberi sesuatu untuk mendapatkan ganjaran."
"Apa umi? Teta tak faham..ganjaran tu apa?"
Umi garu kepala, toleh pada Qaisara yang mukanya sangat serius.
"Okay sayang, contohnya beginilah. Ada 10 orang minta kerja, tiba-tiba ada seorang beritahu pada orang yang temuduga dia. Awak bagi saya kerja, saya bagi awak seribu.."
"Hahh?""
Mata Qaisara terbeliak. Syukur dia tidak bertanya saya apa itu temuduga. Mungkin dia faham.
"Yeap dan orang itu dapat kerja, sebab dia sogok orang yang temuduga dia dengan duit. Duit yang diberi duit rasuah.."
"Habis yang 9 tu tak dapatlah?"
"Tak dapatlah sayang, sebab yang lain tu tak bagi duit. Walau kelulusan mereka lebih bagus daripada yang bagi duit itu, . Tetapi tak dapat, sebab tak rasuah.? Rasuah ini mematikan peluang orang lain, kalau asyik rasuahnya boleh merosakkan negara. Nak kerja, bagi rasuah, buat jahat bagi rasuah untuk lepaskan diri.."
"Hesy hesy teruknya..teruknya.."
Beberapa kali Qaisara mengelengkan kepalanya.
"Rasuah tak baik dalam islamkan umi?"
Beberapa minit kemudian Qaisara bertanya..
"Bukan tak baik haram. Ini mematikan peluang orang lain..."
"Tak adilkan umi?"
"Yeap sangat tidak adil sayang..."
"Jahat ya orang yang bagi rasuah tu. Hessy..teruk betul.."
Beberapa kali mulut Qaisara berdecit seperti marah. Tidak tahu kenapa dia bertanyakan saya mengenai rasuah tetapi saya gembira dia memahami apa itu rasuah...







Sunday, March 24, 2013

ALLAH MARAH

Ini kejadian yang berlaku berhampiran rumah saya dan Unit Amal membantu  melegakan kesesakan lalulintas dengan memotong pohon yang tumbang.

Aduh lama sungguhlah tak update blog. Seperti sudah dilupakan pula. Mungkin terlalu banyak berada di Facebook inilah jadinya.
Minggu ini Kajang ditimpa hujan lebat. Banyak pokok tumbang dan jalan di hadapan rumah saya sesak teruk kerana ada pokok besar berhampiran dengan penjara kajang banyak yang tumbang dan patah.
"Umi kena petir kuat sangat?"
Tanya Qaisara ketakutan.
"Hmm..mungkin ini peringatan dari ALLAH yang menurunkan ribut petir supaya kita beringat?"
"Maksud umi macam mana?"
"Yelah mungkin kita lupa apa yang ALLAH suruh buat, kita langgar apa yang ALLAH larang."
"Wah petir kuat, ribut, pokok tumbang tu tanda ALLAH marah umi?"
"Yeap mungkin juga sayang.."
"Ya ALLAH umi, dahysat ya ALLAH marah. Hessy takut Teta. Seram Tetalah dan Teta tak mahu buat ALLAH marahlah."
Balas Qaisara sambil beberapa kali mengelengkan kepalanya.
'Kalau begitu, Qaisara kena selalu solat, jangan marah bibik. Dengar cakap baba, umi, cikgu..."
"Insya-ALLAH umi, Insya-ALLAH Teta janji"
Budak-budakkan, kadangkala janji dia lupa tetapi Alhamdulilah setakat ini solatnya dia jaga, jarang ditinggalkan.




Friday, February 15, 2013

LAWATAN KE HOSPITAL SERDANG

Pada 14 Feb 2013 saya bersama rakan penulis saya John Norhafizan bersama dengan kawan-kawannya dari JPA Intan, Laskar Wizurai telah membuat lawatan ke wad kanak-kanak hospital sedarng. Tujuan utama kami ingin melawat Sekolah dalam hospital, tetapi memandangkan  sekolah masih bercuti kami membuat lawatan ke wad kanak-kanak. Memberi sedikit barangan dan juga makanan berupa KFC tajaan rakan-rakan yang baik hati.

Semoga cepat sembuh ya sayang!

Saya di hadapan sekolah yang masih bercuti bersama kakak saya Mijah.

Mengedarkan belon kecil untuk anak-anak ini.

Adik ini dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

Badut yang dapat mengembirakan hati pesakit. Melihat pesakit riang hati kami pun senang..

Kecil lagi sudah dimasukkan ke hospital


Kasihan melihat anak kecil yang dimasukkan ke hospitalkan..

Ini Adam, Adam sebenarnya berbangsa cina tetapi saking lamanya dia berada di hospital. Jururawat memanggilnya Adam. Adam sudah berada di hospital ini sejak Jun 2011 kerana mengalami sakit paru paru yang kronik. Saya berdoa supaya Adam diberi kesembuhan. DI hospital ini Adam diajar oleh guru seperti di sekolah di dalam biliknya. Inilah istimewanya hospital Serdang.

"Nak belon!" Adik comel ini gembira menerima belon daripada Badut.

Ini John norhafizan, penulis novel dan juga wakil dari JPA Intan

Hadiah kecil tetapi mengembirakan anak--anak.

Adik ini dimasukkan ke hospital kerana kakinya tersepit di dalam motorsikal yang dipandu oleh kawannya.

Semoga cepat sembuh ya sayang!

Anak kecil ini baru pandai berjalan sudah patah kakinya. Dia menangis apabila melihat badut. Comel sangat dan kami berdoa supaya kakinya cepat sembuh!

Sessi bercerita oleh abang Syawal. Orang Malas Perut Lapar, tajuk cerita abang Syawal.



Sambutan hari lahir juga diadakan selepas persembahan daripada Badut.

Khusyuk kakak saya Mijah mendengar abang Syawal bercerita.

Bersama pegawai perhubungan awam Hospital Serdang, Puan Linda.

Bergambar beramai-ramai bersama ketua jururawata, pegawai perhubungan awam dan juga kumpular Laskar Wizurai. 
Insya-ALLAH jika diizinkan Allah kami teringin kembali semula melakukan sesuatu untuk anak-anak di sini.