Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, June 12, 2011

PARIS VS JERMAN

Tak puas hati sungguh saya dengan Paris ini. Ha ha..bukan sahaja tempatnya yang kotor tetapi access untuk orang cacat, kanak-kanak dan juga orang tua macam saya sangat mendukacita terutamanya pengguna metro. (Tak boleh dibayangkan macam mana Kak Nani nak berjalan turun naik metro).  Qaisara yang cergas pun harus didukung suami.
Di dalam Metro ada pengumuman berhati-hati terhadap penyeluk saku sebab baru berlaku kes menyeluk saku (Suami saya fahamlah, saya mana fahamnya) ha ha. Menukar metro pun kena mengambil masa yang sangat lama. Berjalan kaki, turun naik tangga dan tempat yang ada lift boleh dikira dengan jari. Penat sungguh saya berjalan. Tetapi dalam penat tu, ada gambar yang cantik saya tembak..

Suami tanya saya apa yang you nak tengok menara besi ini. KLCC lagi best, tandas tak payah bayar, pusat membeli belah, tinggi sedikit lebih kurang aja..ha ha..


Pandai juga suami saya ambil gambar ya..ha ha

Tertonggeng-tonggeng saya mencari sudut yang cantik kerana bunga ros ni banyak yang dah layu. Jadilah gambar ini seperti ini.

Dua orang yang menjadi buah hati saya..he he..

Buah apa entah saya pun tak tahu berdekatan dengan eiffel tower ini. Tembak ajelah..

Ha ha ambik gambar ini paling lawak. Saya kena marah dengan seorang lelaki, rupanya dia mengambil duit pada sesiapa yang mengambil gambar kucing dan anjing ini. Saya ingat percuma, tetapi sebab saya tak pakai flash jadi dia tak syak gambar sudah diambil. H aha ha ha..


 Bunga lalang saya rasa ini. Tapi saya suka dan tembak aje..

Suami ajak naik boat tapi masa tak mencukupi sebab kami harus ke Jerman. Jadi tangkap gambar sahajala..


Qaisara yang keletihan. Tak tahulah berapa kilo saya hilang kerana berjalan tidak berhenti sejak saya datang ke Eropah dan makan agak berkurangan.

Saya sudah selamat sampai ke Cologne Jerman. Kata suami, seperti pulang ke kampung halaman dia. Menyusuri jalan di Jerman sebentar tadi, saya rasa saya menyukai Jerman. Barangannya murah dan ada yang lebih murah dari Malaysia. Bayangkan jagung manis dalam tin 500ml hanya 0.30euro. Orange Juice 1.1 liter 0.80euro. Saya sangat suka., orangnya pun agak sopan dan bandar kecil di Cologne ini dipenuhi restoran Turki. Namun harus berhati-hati, ada yang halal ada yang tidak. Suami tahulah caranya 
Saya memang suka merayap di bandar kecil dan mungkin bandar besar seperti Paris tidak sesuai dengan saya, kelam kabut. Mungkin jiwa tua saya lebih suka bandar yang lebih relax. Kata suami 2-3 tahun lagi kita datang lagi ke Jerman sebab kami langsung tidak sempat menziarahi saudara mara suami kerana hari Selasa kami akan pulang ke Malaysia. Yahoooo...


Saturday, June 11, 2011

BAGI EMAS PUN SAYA TAK MAHU..

Gambar ini tidak  ada kena mengena dengan cerita. Diambil di Belgium. Qaisara masih tidak begitu sihat jadi babanya dengan penuh kasih sayang terpaksa mendukung/hencang dia ke sana ke mari. H ehe he

Tahun pertama berkahwin saya sudah mengajak suami mengembara ke Eropah. Tetapi suami menolak. Bertahun-tahun saya memujuk dan baru tahun ini suami entah mengapa simpati dengan saya bersetuju dengan permintaan saya.
"You akak terperanjat apabila melihat eropah.."
Kata suami saya. Hmm..pertama kali saya ke Holland, saya suka dengan Holland walau terperanjat dengan  tamang menaiki keretapi apatah lagi taxi. Yelah di Malaysia kalau komuter RM3 dari Kajang ke Kuala Lumpur tetapi perjalanan setengah jam  di Holland sudah pasti kita terpaksa membayar RM43 atau lebih. Itu belum naik teksi yang perjalanan 10 minit sahaja di Italy. Kami terpaksa membayar RM100. Tinggalkan Italu dan Holland, biar saya bercakap mengenai Paris.
Perjalanan dari Brusells ke Paris hanya 1 jam lebih sahaja dengan speed train. Harganya untuk 3 orang lebih kurang RM1000. Tiba di Paris, first Impression saya..saya tak suka. Di stesen kereta api polis merata-rata. Kalau polis merata itu tanda tidak begitu bagus bagi saya. Sudah macam saya melalui Tak Baik, Naratiwatlah pulak. Pemandu teksinya pula amat  kurang ajar, tidak mahu bekerjasama, terlampau ramai pengemis sampai dalam train orang meminta sedekah, orang menghisap dadah dan kutu berahak.
Sebenanrya banyak pengalaman yang kurang enak yang tidak saya suka di Paris ini. Mungkin satu hari nanti akan saya tulis dalam novel saya dan terbaru suami menjadi mangsa penyeluk saku. Hilang juga beratus-ratus euro bersama dengan kad pengenalnya. Nasib baik semua passport di dalam beg silang saya. 
"Sekarang you tahu honey kenapa I tak suka eropah. Ini bala ALLAH. You tengoklah, rumah seks merata-rata, buka telivisyen orang bergomol atas katil. Anak-anak tengok macam mana? Bersyukur Malaysia jauh lebih baik. Jadi kita kena pastikan generasi kita tidak seperti generasi di Eropah sekarang ini"
Ya..mula-mula buka telivisyen di Paris ini, nasib baik Qaisara tak nampak. Kelihatan orang bergomol berbogel atas katil. Saya sendiri pun terperanjat. 
Bahkan ada satu rancangan telivisyen yang saya lihat, seorang lelaki bekerja sebagai penari bogel dan tariannya di lihat dan dinilai oleh emak, isteri dan adik beradiknya. Saya rasa manusia begini sudah setaraf binatang.
Melihat depan mata, menyusuri jalan, menaik metro, RER, merayau walau tidak terlalu lama di Paris ini saya membuat kesimpulan. Peranchis bukan negara maju dari segala segi kecuali seks.  Benar kata suami, saya melihat bala ALLAH sedang menimpa di negara ini. Bandarnya kotor
 di dalam kereta api pun tempat duduknya diconteng dan sebagainya.  Penduduknya sudah hilang  adab dan malu. Kesimpulan saya beritahu suami saya.
"Kalau Qaisara nak belajar di sini saya tidak benarkan. Biarlah dia belajar di dalam negara sahaja."
"Betul, saya sendiri walau datang dari kawasan berdekatan tetapi kalau diberi emas sekali pun saya tidak akan tinggal di Eropah terutama di Paris ini.."
Sampai begitu sekali suami, kalau tanya saya? Dua minggu saya rasa sudah mahu balik ke Malaysia..he he

Thursday, June 9, 2011

KEDAI BARANGAN TERPAKAI

Semalam anak buah saya Mustafa membawa saya anak beranak ke tempat barangan terpakai di OSS ini, menghabiskan masa yang terluang kerana menunggu Qaisara sihat sepenuhnya.

Qaisara dalam demam-demam pun ikut kami. Teruja dia dengan barang permainan yang banyak dan murah.

Deretan puzzle  terpakai. Rata-rata dijual dengan harga RM1-2. Qaisara beli sampai 4. Dah habis main dah pun.


Pak Seyit yang dah penat tunggu saya bersama Qaisara.

 
Inilah Mustafa. Sabar tunggu emak saudaranya membelek barangan. Semua barangan ini adalah untuk di jual. Ada kain baju, kasut, beg tangan dan semua benda adalah. Emak dengan ayah sahaja yang tak ada di sini.

Saya nak beli sterika ini harga cuma RM20 sahaja, Tetapi berat nak bawak balik. Suami suruh fikir habis-habis sebelum balik ke Malaysia. ha ha

Saya jumpa stroller yang macam dalam cerita Mr Bean. Cute aje..ha ha

Saya suka kerusi yang ini RM80 lebih kurang

Ha ha barang penuh satu bonet tapi sayang nak tinggalkan kedai ini. Masih terhegeh-hegeh sedangkan Pak Seyit dan tak sabar dah nak pergi.

Wednesday, June 8, 2011

KITA INI PELACUR?

pelacur.jpeg (171×199)
Sumber dari Berita Harian.
KUALA LUMPUR: Seorang isteri mesti patuh dan melayan suami seperti ‘pelacur kelas pertama’ bagi memastikan pasangan mereka tidak terjebak dalam pelbagai gejala tidak sihat, termasuk mencari hiburan di luar, keganasan rumah tangga dan pembuangan bayi.

Malah, kegagalan isteri melayan kehendak seks suami adalah antara punca utama kegagalan rumah tangga apabila pasangan mereka sebaliknya beralih kepada teman wanita, perempuan simpanan serta pelacur bagi mendapatkan kepuasan itu. Peringatan itu disuarakan Naib Presiden Kelab Isteri Taat yang baru ditubuhkan di negara ini, Dr Rohaya Mohamed.


“Tanggungjawab isteri bukan saja untuk memasak, mengemas rumah dan menjadi ibu malah turut membabitkan aspek seksual. Lelaki berkahwin dengan wanita yang menyamai atau jauh lebih bagus daripada pelacur (di ranjang), sudah pasti tidak akan curang.

“Nafsu lelaki jauh lebih besar daripada wanita dan tidak boleh diketepikan. Daripada membiarkan mereka bergelumang dengan dosa, seorang isteri itu harus melakukan apa saja bagi memenuhi keinginan nafsu suami.

“Justeru, tanggungjawab kami adalah untuk membantu isteri menjadi lebih taat kepada suami. Seorang isteri hanya perlu memenuhi empat syarat untuk masuk syurga – menunaikan solat wajib, berpuasa ketika Ramadan, melindungi maruah dirinya serta taatkan suami,” katanya selepas majlis pelancaran kelab berkenaan di Kelab Golf Perangsang Templer dekat sini, semalam.

Kelab Isteri Taat mempunyai 1,000 ahli di seluruh dunia termasuk 800 orang di negara ini. Ia ditubuhkan Global Ikhwan Sdn Bhd yang sebelum ini dikaitkan dengan kumpulan al-Arqam. Kelab pertama dilancarkan di Jordan pada 1 Mei lalu, cawangan Malaysia semalam dan diikuti kelab di Jakarta, Indonesia pada 19 Jun depan.

Organisasi syarikat itu juga merancang untuk menubuhkan cawangan kelab sama di Eropah termasuk London dan Rome pada masa depan.

Rohaya berkata, penubuhan kelab itu terbuka kepada semua golongan isteri tanpa mengira kaum dan agama serta menawarkan latihan dan khidmat nasihat termasuk pendidikan seks supaya golongan isteri dapat memberi perkhidmatan terbaik kepada suami masing-masing.


p/s Saya rasa tidak patut perkataan pelacur ini disamakan dengan isteri yang kedudukan dan tarafnya cukup tinggi. Dalam hubungan suami isteri, seks bukanlah segala-galanya. Persefahaman, kasih sayang, pengertian dan ilmu adalah tunggakan kehidupan dalam melayari kehidupan berumah tangga. Rumah tangga di mana kita belajar menerima kekurangan dan kelebihan suami dan isteri. Tidak semua isteri mempunyai kebolehan seksual yang tinggi begitu juga suami. Kasih sayang kadangkala bagi sesetengah pasangan cukup dengan memegang tangan ketika berjalan, mengucapkan terima kasih selepas isteri menghidangkan makanan dan melibatkan perkara kecil yang kadangkala orang terlepas pandang. 

Tuesday, June 7, 2011

JOM UMI CAKAP LAILLAHAILLALLAH



Qaisara demam dan lawatan ke beberapa buah negara terpaksa ditunda. Kalau Qaisara masih tidak sihat  rancangan ke Belgium, Paris dan Germany terpaksa dibatalkan. Kalau ada rezeki kami akan datang lagi. Sesungguhnya kita merancang dan ALLAH yang tentukan. Hidup tidak semudah apa yang saya tulis di novel dan saya sangat mengerti dan menerima keadaan ini dengan hati yang terbuka.
Qaisara demam ketika dinegara orang amat hebat cabarannya. Bila saya nak beri susu pada Qaisara, adik ipar melarang kata dia..tak baik untuk budak demam sedangkan itulah makanan Qaisara seharian. Dia buatkan sup kacang, sedangkan kacang tidak elok untuk Qaisara. Semua ini ada pebezaan budaya dan pendapat, sedangkan saya sebagai emak sudah pasti tahu mana yang terbaik untuk anak saya itu. Tetapi hati orang perlu dijaga juga. Qaisara pula tidak mahukan sesiapa. Setiap masa saya harus memegang tangannya kerana dia gusar dipaksa makan, makanan yang dia tidak boleh terima. Dia tidak mahu dimandikan kecuali dengan saya. Dia tidak mahu dengan babanya kerana dia seperti dapat merasakan babanya lebih berpihak dengan keluarganya daripada saya. Budak-budak kadangkala lebih mengerti dengan melihat sahaja. Yelah saya tahu, suami mahu menjaga hati keluarganya. Sedangkan saya tahu keluarganya amat sayangkan Qaisara dan mahu buat semua untuk Qaisara.
Malam tadi ketika mengelapkan badan Qaisara saya berdoa bersungguh-sungguh di telinganya. Supaya ALLAH sembuhkan anak saya. Semoga ALLAH bagi kesihatan pada Qaisara semula.
"Umi kenapa suara umi macam sedih sahaja?"
"Umi kasihan tengok Tetalah.."
Padahal saya sudah menangis. Kadangkala sebagai emak kita ini terlebih sensitifkan. Tengok anak yang sakit dan jauh dari negara sendiri hati amat hiba. Yelah kita di rumah orang. Nak masak apa pun tak tahu, makanan tak sama.
"Umi, dengar Teta nyanyi.
 if you wont feel sad, if you wont feel bad, say lailahaillaallah,
Allah will help you, ALLAH will help you. Say, Lailahhaillallah"
Dalam demam Qaisara menyanyi-nyanyi. Saya tahu lagu itu saya selalu menyanyi dengan dia. Apa lagi bertambah sedihlah saya. Saya rasa nak meraung sahaja tapi terpaksa saya kawal di hadapan anak saya.
"Umi, ALLAH will help you umi. Jom umi kita cakap lailahaiallah.."
Dan saya menyebutlah perlahan bersama Qaisara sambil dia memegang tangan saya dan tertidur. Masa dia tidur saya menangis sepuas-puasnya. Tidak tahu kenapa saya terlalu sedih dan dalam kesedihan Qaisara seperti mengingatkan saya. ALLAH ada untuk bantu saya dan dugaan ini semuanya datang dari ALLAH. Qaisara mengingatkan saya jangan sesekali melupakan ALLAH. Bila saya cerita pada suami, suami tergamam dan berkali-kali dia mengatakan betapa bersyukurnya dia mendapat anak seperti Qaisara.


BUNGA DI MANA-MANA














Sebenarnya gambar-gambar ini banyak  yang saya sudah letak di FB tetapi mungkin ramai yang tidak perasan. Jadi mari cuci mata..

Monday, June 6, 2011

HOLLAND DAN BASIKAL

Di Holland ini salah satu perkara yang saya suka adalah basikal. Pergi mana-mana kita akan jumpa basikal. Distesen kerata api, dipasar, di stesen bas dan sebagainya mesti jumpa banyak basikal.

Kemudian kita akan jumpa lorong basikal seperti ini...



Di stesen keretapi kita akan jumpa kotak seperti ini. Ini kotak untuk menyimpan basikal.Siapa yang beli basikal mahal dan takut kena curi, sewa sahaja kotak ini (abaikan kepala si Teta yang sedang lalu. Saya malas nak crop).



Saya sangat suka melihat keluarga seperti ini mengayuh basikal. Kenapa di Malaysia basikal tidak membudaya seperti ini. Memang tempat kita ini panas, tapi di Holland ini panas teriknya lagi panas dari Malaysia orang tetap mengayuh basikal.

Saya banyak berkunjung ke rumah saudara mara suami, di belakang rumah mereka pasti ada basikal!




Friday, June 3, 2011

PULAU LIDO

 Semalam saya mengambil keputusan ke Pulau Lido. Pulau yang dikunjungi oleh orang ramai untuk berenang dan bermain perahu layar. Sebenarnya tidak ramai ke Pulau Lido. Mereka lebih tertumpu di San Marco. Pulau Lido ini seperti pulau Langkawi tetapi lagi kecil rasanya. Terdapat banyak bar di sini. Kami duduk untuk minum, tak ada pun orang layan kami angkat punggung. Orang Italy memang kurang ajar dan selalu memandang rendah pada orang asing terutama bertudung! Nasib saya sudah bersedia membawa bekal roti dan tuna serta makanan Qaisara. Air sahaja yang kami beli di situ.


 Qaisara di dalam feri. Balik dari berjalan-kalan Qaisara demam. Cuaca memang begitu panas di Italy dan kebetulan hari ini adalah hari Kebangsaan Italy jadi ramai orang bercuti di Venice ini. Macam lumut. Orang mahu menaiki gandola bukan main ramai. Harga menaiki gandola RM430. Suami suruh saya naik bersama Qaisara saya fikir punya fikir. RM430 adalah terlalu mahal untuk perjalanan beberapa minit. Sejak akhir-akhir ini saya memang berkira dalam wang ringgit kerana ada beberapa projek kebajikan dalam perancangans saya dan saya fikir RM430 amat besar bagi orang yang memerlukan. 


 Salah satu pemandangan yang sempat saya tembak sebelum sampai ke pulau Lido.


 Berselisih dengan kapal..takut..he he


 Selamat datang ke Pulau LIdo!


Qaisara kita sibuk ambil gambar dia sibuk tunjuk muka dia..ha ha ha

 Salah satu jalan yang menarik perhatian saya di Pulau Lido.



 Bunga magnolia yang mengharum di pulau ini. Ya..pulau ini sangat harum dengan pelbagai bunga tetapi saya amat berjaga-jaga untuk menciumnya. Tak pasal-pasal saya dapat semput. he he. Suami siap nak curi bunga ini untuk saya. Tapi saya tak izinkan. Saya memang tak suka kalau orang petik bunga. Biarkan bunga tersebut layu dengan sendirinya.


Salah satu buah yang sempat saya tembak...

Terus terang melawat Vinezia ini kita  perlu menjaga mata dan menundukkan kepala. Kalau tidak, tak pasal-pasal kita dapat dosa kering. Orang berpeluk dan bercium sana sini. Qaisara sudah pandai, melihat orang bercium dia cepat-cepat menutup mata. Hairan mereka melawat gereja tetapi anak-anak muda yang saya rasa tidak bernikah, berpeluk dan bercium tanpa segan silu. Apa perasaan mereka ya?Oh...tempat ini tidak sesuai untu mencuci minda. Berkali-kali saya terfikir kalau tsunami melanda kerana perkara mungkar ini apakah saya akan terbabit sama. He he sampai ke situ sayakan?