Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Saturday, January 15, 2011

SYUKUR ALHAMDULILAH..

Hari ini saya sibuk sangat-sangat. Yelah..esok majlis sambutan ulang tahun kelahiran Qaisara  dan pembaca. Macam-macamlah perlu saya lakukan termasuklah pergi mengambil kek yang saya tempah. Tengah hari saya mengambil adik saya Nurul di komuter untuk membantu sama menguruskan majlis tersebut.
"Kak Tie dah telefon Ateh tak? Dia beranak tak hari ini?"
Nurul bertanya saya di dalam kereta. Saya hanya tergelak. Minggu lepas saya balik ke kampung. Saya bergurau dengan adik saya yang kami panggil Ateh.
"Ateh, 15 nanti kau bersalin, kau datanglah majlis Teta 16hb"
Adik saya tergelak sambil menjawab.
"Sabar ajelah kak tie.."
Saya bergurau dengan dia berkali-kali mengatakan yang dia akan bersalin pada 15hb, sedangkan doktor mengatakan yang dia akan due pada 20hb.
Hari ini 15hb, setiap panggilan telefon yang datang mendebarkan hati adik saya Ateh. Dia takut saya menelefon. Kata dia kalau saya menelefon bertanya sama ada saya beranak atau tidak, itu bermakna petandalah. Ada beberapa kali saya dapat mengagak apa yang berlaku di dalam keluarga. Jadi Ateh jadi gusar.
Dia lega saya tidak menelefon, sedangkan saya memang berkira mahu menelefon bertanya khabar tetapi tidak berkesempatan kerana terlalu sibuk.
Tengah hari tadi, dia sudah ada tanda-tanda bersalin. Lantas adik saya ke klinik dan doktor mengesahkan bukaan sudah 5cm.
Dan...pada hari ini, 15hb 9pm adik saya selamat melahirkan di hospital besar Melaka.
Kakak saya Maznah yang begitu teruja kerana gurauan dan agakan saya menjadi kenyatan. Tetapi apa komen suami saya.
"Isteri saya ni menakutkan sungguh. Awak ni ada pelihara jinkah?"
Ha ha ha...Aduh suamiku Mr Seyit Kara..
Bagi saya perasaan sayang saya terhadap adik beradik dan anak-anak buah menyebabkan saya dapat membaca beberapa peristiwan yang berlaku dalam keluarga saya.
Syukur dan sekarang tugas saya seperti biasa menamakan anak buah saya ini.


SARAPAN PAGI

Selalu sangat kita bersarapan pagi dengan nasi lemak, roti canai dan mee goreng
sesekali mari kita bersarapan dengan yogurt.
dan water high bake biskut. Salah satu sarapan yang paling saya suka.
Yogurt itu selalunya ada dalam peti ais di rumah.
Yelah orang-orang Turki kalau hidup mereka tidak ada yogurt, mahu pengsan kot..ha ha..
Biasanya kami beli yogurt asli rendah lemak 1 liter. (masuk dalam kari pun sedap tau)
untuk mengurangkan masam saya masukkan buah-buahan kering seperti kismis
strawberi kering.
Makan dengan biskut water high bake ini.
Kalori biskut ini tak banyak dalam 20kalori sahaja.
Yelah dari makan nasi lemak yang kalorinya sangat melantun-lantun
ha ha..
Kalau sarapan pukul 9,tahankalah sampai pukul 1.
Okaylah kan..
Selamat bersarapan pagi!


Thursday, January 13, 2011

ATOK BALIK

Petang tadi saya menghantar Qaisara ke sekolah mengaji dia. Hari pula hujan, jadi saya fikir saya tunggu sahaja di dalam kereta. Tetapi disebabkan kawan-kawan Qaisara asyik terjenguk-jenguk melihat saya. Akhirnya saya turun. Biasanya kalau saya masuk sekolah mengaji itu, saya duduk dengan budak-budak yang sudah selesai mengaji dan membacakan buku untuk mereka. Petang tadi saya habis satu buku cerita bahasa inggeris, ada yang faham ada yang saya terpaksa cerita semula dalam bahasa melayu. Kemudian salah seorang membawakan saya sebuah buku cerita hantu. Saya enggan membacanya.
'Auntie takut aik.."
Salah seorang A namanya mengusik saya.
"Taklah apa nak takut. Hantu ni semua tipu tau.."
'Ha ha..saya tengok hantu mak limah balik kampung, kelakar."
B pula ketawa. Saya terperanjat. Kanak-kanak usia 5 dan 6 tahun melihat cerita yang sebegitu.
'Jangan tengok cerita hantulah.." tegah saya.
"Alah auntie itu berlakon aje. Cerita tu kelakar gilalah" A membalas. Saya ketawa. Mereka juga ketawa.
"Auntie, auntie saya percaya kat dunia ini ada hantu." AB pula bercerita. (semua bukan nama sebenar)
"Macam mana pula AB percaya ada hantu?"
Saya tersenyum. Mahu menduga AB.
"Aunti tahu tak? Bila atok kita mati, nenek kita tinggal seorang.."
AB baru berusia 5 tahun. Dia nampak cergas budaknya.
"Lepas tu apa jadi?"
"Beberapa hari lepas tu Atok kita balik. Kata emak kita, itu bukan Atok. Itu hantu raya.."
"Allahauakbar, betulkah sayang?"
"Betul, nenek kita sampai takut-takut"
Begitu beria-ia AB bercerita. Saya melihat wajahnya. Dia nampak jujur.
"Sekarang nenek kat mana?"
"Nenek asyik menangis, asyik takut. Emak kita bawa nenek duduk sini."
Ketika itu Qaisara baru habis mengaji. Jadi saya hentikan sahaja pertanyaan saya. Saya tidak mahu Qaisara mendengar perbualan tersebut. Tetapi hati saya tertanya-tanya. Apakah cerita AB ini benar atau dia mereka cerita. Kalau dia mereka cerita tidak mungkin, dia bercerita dengan penuh keyakinan. Kalau benar cerita tersebut, sebagai emak perlukan kita bercerita mengenai atok yang pulang pada anak-anak? Apa pendapat pembaca?


Wednesday, January 12, 2011

BABY

Qaisara dengan basikal yang dihadiahkan oleh saya di hari ulang tahun kelahirannya. Baju yang dipakainya adalah kiriman yang sampai dari Sarawak, hadiah dari auntie Liza Bujangnya. Susah nak ambil gambar dia sebab tengah sibuk makan mangga.


Tahun ini ayah saya akan mendapat 4 orang cucu, Insya-ALLAH. Adik dan kakak ipar saya akan melahirkan pada January ini, dua adik ipar pada pertengahan tahun ini. Tahukah siapa yang terlebih teruja dengan bayi-bayi ini, kalau tidak aank saya si Qaisara. Setiap kali balik kampung, sibuklah dia bercerita mengenai adik ipar dan kakak ipar yang mengandung.
"Umi, kalau dah kahwin dapat babykan?"
'Ya, sayang. Insya-ALLAH "
Apa jugalah anak dara saya ini. Melihat dia tersenyum-senyum saya mengagak mesti ada sesuatu yang berada di fikiran dia.
"Umi kalau Teta kahwin nanti, Teta ada isterikan?"
"Bukanlah sayang, suami.."
"Oh suamikah?"
'Iye.." Aduh..topik ini terasa begitu berat untuk budak 5 tahun. Tapi layanlah..
"Bila Teta ada suami, Teta ada baby tak.."
"Insya-ALLAH.."
"Umi..umi.."
"Iye.."
"Kalau Teta ada baby dalam perutkan, bila kita makan nasikah, makan aiskrim kena tak nasi dengan aiskrim tu dekat muka baby?"
Ha ha ha..aduh, Qaisara-Qaisara. Tak adakah soalan lain anak ooiii...

 Saya beritahu Qaisara, yang baby ada di dalam sarung. Jadi bila kita makan, bila minum tak kenalah muka baby. Sarung itu akan melindungi baby tersebut. Nampak dia faham walau saya sendiri was-was dengan jawapan saya. Ha ha ha..


Terima kasih saya ucapkan kepada pembaca dan sahabat yang menghantar dan memberi ucapan selamat hari jadi atau selamat menyambut ulang tahun kelahiran Qaisara. Saya amat-amat menghargainya.  Dalam kamus dewan Hari Jadi adalah membawa pengertian kepada . hari ulang tahun kelahiran seseorang., jadi bukannya hari dimana sesorang dijadikan. Ramai orang berkata, bukan hari jadi tapi hari lahir. Tapi sebenarnya Hari Jadi adalah bahasa yang tepat di samping hari ulang tahun kelahiran.. Ha ha ha..topik sudah terbabas.  Ya Ampun....



SELAMAT HARI JADI ANAKKU SAYANG!

Gambar Teta selepas pantang, jenuh memegang dia supaya tegak. Terpaksa ambil gambar ini untuk dibuat passport dan tidak lama kemudian saya bawa dia berjalan ke Indonesia. Sampai sekarang Teta kaki berjalan dan tidak boleh duduk diam.


Pantasnya masa berlalu.
Sedar tidak sedar sudah 5 tahun saya melahirkan Qaisara.
Pada hari Khamis jam 4.30 petang.
Sehari selepas hari raya Qurban.
Saya dimasukkan ke hospital kerana darah saya sedikit tinggi 130/80.
Doktor bimbang kerana semasa saya mengandung saya mengalami alahan yang sangat teruk.
Saya tdak boleh makan, saya tak boleh masak dan saya muntah melebihi 20 kali dalam satu hari.
Ketika itu dunia rasa macam nak kiamat.
Saya hanya boleh berbaring dan berjalan mundar mandir dalam rumah sahaja.
Ketika kandungan saya 3 bulan, saya diserang demam panas 41C
Batuk tanpa henti sehingga membimbangkan doktor.
Saya diserang asma yang tidak pernah saya dapat semasa saya tidak mengandung.
Kadangkala pukul 1 pagi saya ke hospital, mendapat bantuan kerana asma.
Ketika kandungan usia 5 bulan, saya fikir saya tidak boleh begini.
Saya gagahkan diri memandu kereta. Kalau rasa mahu muntah saya akan berhenti tepi jalan.
Saya berjalan dan berjalan. Saya harus kuat semangat.
Sehingga Ojan pernah tanya saya.
"Andak ni mengandung ke tidak? Macam tak penat sahaja?"
Walau saya hanya mampu minum susu cokelat dan biskut jacob,
Alhamdulilah kandungan saya begitu sihat.
Saya tidak pernah menyerah kalah.
Sebenarnya Qaisara dijangka keluar pada 31 Jan atau 1 Feb.
Tetapi kerana darah saya sedikit tinggi, doktor memberi pilihan.
Sama ada saya tunggu atau membuat pembedahan.
Tapi doktor kuat mencadangkan pembedahan dijalankan kerana dia tahu saya mengalami alahan yang sangat teruk (mana tak teruk kalau seminggu sampai berkali-kali ke hospital. Duit jangan cakaplah..tapi demi mendapatkan anak ).
Akhirnya pembedahan dijalankan, saya dibius separuh badan.
Saya melihat dari lampu bagaimana perut saya dibelah dan Qaisara keluar  menghirup udara di dunia yang fana ini.
Ketika itu suami bersama sama saya.  Melihat dengan mata kepalanya sendiri bagaimana Qaisara keluar.
Kata suami ngeri juga melihat perut saya dibelah dan ada darah yang banyak.
dan saya tanya suami
'Tebal tak lemak saya?"
Ha ha ha..

Anak umi sudah semakin besar. Gembira hati kerana dia suka juga bersolat. Tapi biasanya Qaisara bersolat maghrib dan isyak. Kadangkala solat maghrib sampai 3 kali, saya solat dia ikut, bibik solat dia ikut dan bila babanya balik dari kerja, terkocoh-kocoh solat maghrib dia ikut sekali lagi. ha ha


Oh sengasara mengandung tidak habis begitu sahaja
Selama 4 bulan, Qaisara terkena sawan tangis. Dia menangis tanpa henti.
Terpaksa saya mendukung dan membawa dia berjalan-jalan, ke sana  kemari dalam rumah.
Bila bawa ke pakar kanak-kanak, doktor mengatakan 4 bulan nanti dia akan okay.
Aduhai menunggu 4 bulan? Benar-benar rasa sengsara. Kadangkala saya mengerti kenapa ibu bapa sanggup membaling anaknya kerana anak menangis.
Nasib saya ketika itu saya sudah ada pembantu rumah.
Kami bergilir-gilir menjaga. Saya tidur waktu siang, pembantu rumah tidur pada waktu malam.
Kemudian Qaisara mengalami  pula batuk-batuk.
Tersalah mencampur susu dia akan batuk. Doktor mengatakan dia akan pulih ketika usia 4 tahun.
Qaisara juga sering diserang uticaria, kalau cuaca tidak elok, air paip tidak bagus. Badannya akan bengkak-bengkak.
Menjaga Qaisara memang banyak pancarobanya.
Tapi semakin dia membesar, saya semakin seronok.
Dia petah berkata-kata, dia suka bercerita dan menari. Sehingga kadangkala kami terpaksa menonton dalam terpaksa. Ha ha..

DAN

DENGAN RASA RENDAH DIRI SAYA MENJEMPUT PEMBACA BLOG SAYA, JIKA ADA KESEMPATAN KE MAJLIS HARI JADI QAISARA, BERSAMA PEMBACA (DALAM LIST ADA 10 ORANG AKAN MENYAMBUT HARIJADI DI MAJLIS ITU NANTI) KE MAJLIS HARI JADI QAISARA DI NO.12A JALAN PRIMA SAUJANA 4/4 KAJANG PADA 16HB JAN BERSAMAAN HARI AHAD JAM 2 PETANG.




Tuesday, January 11, 2011

TABUNG

Saya sebenarnya masih mengamal menyimpan duit dalam tabung
Duit ini adalah duit lebihan berbelanja, ada duit siling, ada duit kertas.
Kalau balik ke kampung ayah, adik dan kakak saya pasti memberi Qaisara duit.
Jadi saya masukkan dalam tabung.
Tabung ini sebenarnya adalah bekas puding kecil tetapi memang boleh dibuat tabung.
Bila saya ke bank, cashier bertanya.
"Nak ke balik tabung ini? Ramai yang minat tabung ini"
Ha ha..ini tabung kesayangan Qaisara.
Ada  nanti tak pasal-pasal saya kena marah dengan Qaisara tabungnya sudah tak ada.
Duit dalam tabung ini, adalah dalam RM200 lebih..
Jadilahkan, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.


P/S agaknya hari ini ada tak orang menikah. Manusia ni kadangkalakan taksub dengan tarikh. He he he

Monday, January 10, 2011

HADIAH DARI YAMAN

Adik saya Nurul baru balik dari Yaman, ada program dengan universiti di sana. Adalah beberapa hadiah yang dibawa balik untuk saya. Salah satunya telekung ini. Mungkin ramai biasa tengok terutama kalau biasa ke Indonesia. Tetapi di Indonesia lagi cantikkan, siap bersulam bagai. Ini adik saya tempah di sebuah perkampungan di Yaman. Harga dalam RM25 sahaja.

Sultan Palace Hadaramout.
Mendengar cerita adik saya memang seronok. Kata dia, Yaman negara yang miskin. Setiap hari Jumaat, ramai orang datang mengetuk pintu meminta sedekah. Berilah berapa sen pun tidak mengapa. Bahkan kalau ada makanan yang tidak dimakan sedekahkanlah.
Di sana masih banyak lagi rumah-rumah dibuat dari tanah. 3 bulan yang lepas, sebelum kedatangan adik saya hujan turun dan seperti biskut, rumah ini roboh. Kasihankan.
Tertarik juga mahu ke sana kerana barangnya dan kos hidupnya sangat murah.
Sewa apartement bersih dengan dapur cuma dalam RM50 sahaja seminggu.


Yaman terkenal dengan madu terbaik dan juga minyak attar. Minyak attar ni ada antara baunya agak wangi, ada buat saya pengsan! Ha ha ha..satu kotak besar ada 12 kotak kecik di dalamnya harganya RM15 sahaja. Saya ada terbaca, minyak wangi yang terkenal di dunia yang selalu kita sembur sana sini itu sebenarnya patinya diambil daripada negara Mesir dan Yaman.
Banyak lagi barang yang dibawa baliknya tapi malas pula nak mengambil gambar.
Sebab lainnya biasa-biasa sahaja, cokelat, gula-gula, kacang cerdik, kismis..madu.
Dah macam balik Mekah lah pula..
ha ha haha


Saturday, January 8, 2011

UMAI

Ini adalah umai
Umai adalah masakan tradisi orang Melanau di Sarawak.
Kalau tengok resipinya senang aje membuatnya, tapi saya tidak pernah mencuba.
Beberapa kali saya ke Sarawak saya ada mencuba umai ikan.
Tapi kali ini yang saya makan dibuat khas oleh sahabat saya Lizabujang (dia buat atau kakak dia yang buat tak tahulah saya, yang saya tahu saya duduk makan..ha ha)
diperbuat daripada obor.
Kata Liza  umai kaki obor masin.
Suka juga saya makan umai ini tetapi kerana kemasinan tidaklah saya makan terlalu banyak.
Nasib dia masin, kalau tak masin mahu saya makan tak berhenti.. he he..

Friday, January 7, 2011

MABUK

Mungkin ramai yang sudah melihat Video 4:25 minit memaparkan Karam Singh Walia yang dikatakan telah menghina orang Melayu

Dengan kata-kata seperti, “Melayu bukan berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Orang Melayu tidak pandai.”

Kejadian yang berlaku membangkitkan kemarahan orang-orang melayu.

Beliau dikatakan mabuk ketika mengeluarkan kata-kata tersebut. Namun mabuk bukanlah alasan untuk mengeluarkan perkataan yang mengores perasaan pada orang lain?

Sebab itulah di dalam Islam, sesuatu yang memabukkan itu diharamkan. Apabila mabuk orang tidak sedar apa yang dicakapkan, bahkan kadangkala dalam keadaan mabuk orang tidak sedar apa yang dilakukan sehingga diri bertelanjang bogel pun masih tidak sedar, diketawakan orang.

Pernah terjadi semasa saya bekerja di sebuah pejabat swasata satu masa dahulu, di tempat kerja saya mengadakan jamuan makan malam. Seorang lelaki menunjuk lagaknya dan minum minuman keras sehingga bila mahu berjalan balik dia sudah tidak mampu lagi. Beberapa orang pekerja berjumpa beliau duduk di dalam parit di di hotel tersebut.

Cerita itu dijadikan bahan gelak ketawa dan tidak pernah habis diceritakan sehingga bertahun-tahun. Sudah pasti yang empunya diri maruahnya habis hancur lebur bertahun-tahun disebabkan peristiwa satu malam.

Rasulullah saw telah bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang diharamkan masuk syurga oleh Allah: Orang yang membiasakan minum minuman keras, orang yang berani kepada orangtua, dan orang yang tidak memiliki rasa cemburu hingga membiarkan isterinya (atau suaminya) bertindak serong."


Thursday, January 6, 2011

SEKOLAH SEKARANG


Beberapa hari ini saya dok sibuk mencari-cari sekolah untuk Qaisara, bagi menduduki darjah 1 tahun hadapan. Sebenarnya tahun hadapan Qaisara baru berusia 6 tahun, tapi banyak sangat cadangan yang menyuruh dia masuk ke darjah 1 jadi saya selidiklah sekolah mana yang akan dimasuki Qaisara. Tumpuan saya lebih pada sekolah swasta yang ada mengajar mengaji dengan fardu ain sekali. Jadi tidaklah Qaisara terkejar-kejar balik dan sekolah tersebut menyediakan makanan pagi, tengah hari dan minum petang sekali.
Adalah 2-3 buah sekolah yang saya jumpa. Sekolah yang terkenal dengan pelajar yang pandai dan baik. Tetapi apabila melihat senarai kehendak sekolah ini untuk seseorang pelajar memasuk darjah satu ke sekolah tersebut. Geleng kepala saya dibuatnya..

1. Kanak-kanak harus berusia 7 tahun ?
2. Sekurang-kurangnya sudah menghabisaan bacaan iqra buku 2.
3. Sudah mengenal huruf dan boleh membaca..aduh..senangnya hidup cikgu sekolah ni! Bla bla bla..

Di dalam hati saya berkata. Patutlah budak-budak pandai dan keputusan selalu bagus di sekolah ini sebab yang diterima masuk adalah anak-anak yang memang sudah sedia pandai. Apa guna menjadi guru kalau tidak ada cabaran mengajar anak-anak. Sudahlah yuran bulanan sekolah ini melebihi RM300. Senang kerja dan senang hidupkan?

Seharusnya had umur untuk sekolah swasta tidak perlu.  Kalau ada pelajar mahu memasuki darjah satu ketika usia 6 tahun atau 8 tahun mereka harus terima. Sebab itu saya lebih suka dengan sekolah kerajaan negeri Kelantan yang membenarkan para pelajar memasuki sekolah tanpa mengikut usia. Adik saya satu ketika dahulu, ketika tamat sahaja sekolah tahfiz berusia 15 tahun dibenarkan memasuki tingkatan dua walau lewat setahun sebelum dibenarkan menduduki PMR.  Bahkan ada kawannya berusia 16 tahun pun diterima di sekolah di sana dan menduduki tingkatan dua juga.

Ini baru mahu memasuki darjah satu, tingkatan satu nanti macam mana pula ya..