Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, August 11, 2010

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAT PUASA

Selamat menyambut bulan Ramadhan dan tabah menghadapi hari-hari kritikal di ramadhan yang mungkin sedikit mencabar untuk semua pembaca blog saya.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
 Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaq

Menurut hadis di atas, pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Kadangkala saya berfikir alangkah bagusnya kalau setiap tahun adalah bulan ramadhan. Saya tidak kisah berpuasa kerana saya mahukan pintu syurga sentiasa dibuka dan pintu di neraka ditutup. Tetapi segalanya adalah percaturan ALLAH yang maha esa yang maha mengetahui. Ini juga menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya. Jadi, jangan sesekali kita melepaskan peluang beramal ibadat di bulan puasa ini tetapi syuagia diingatkan beribadat bukan sahaja di bulan ramadhan. Harus setiap masa! Kalau Adnan Sempit kata di dalam hati ada taman, orang-orang Islam harus menanamkan di dalam hati hanya ada ALLAH yang satu!
Begitu juga, alangkah seronoknya kita mendengar syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi walau kadangkala syaitan diikat tetapi kita perlu sedar bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai. Nafsu kadangkala lebih teruk daripada syaitan! Nafsu boleh mengoda manusia kerana ianya berada di dalam tubuh badan manusia.

Nafsulah yang mengajak dan mengamit kita berbuka puasa dengan kuih muih dan juadah yang pelbagai. Walau baru-baru ini perkataan buffet ramadhan sudah diharamkan tapi sajian berbuka puasa tetap mengoda nafsu kita semua. Dengan nafsu jugalah kita membeli pelbagai persiapan hari raya yang sehingga membawa pembaziran. Kerana nafsu jugalah kita berlumba-lumba dengan kawan-kawan mahu menunjuk-nunjuk kuih muih yang terhidang di atas meja.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, saya memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog ini dan pembaca novel saya, jika ada sebarang kekasaran dan kekhilafan saya selama ini. Moga-moga ALLAH memberkati ibadah kita di bulan ramadhan yang penuh dengan berkat ini. Aminn..





Tuesday, August 10, 2010

RENCAM PESTA BUKU

Cerita pesta buku Johor lagi!  Setiap hari ada sahaja persembahan di pentas utama pesta buku ini. Saya pula memang suka melihat tarian kebudayaan terutamanya zapin. Kalau tidak ada penghujung di booth nbkara, sayalah dok tercangguk menonton. ha ha. Tidak tahu saya memang sukakan zapin, mungkin kerana suka melihat ketangkasan penari-penari yang menarikan tarian ini..


Persembahan zapin dari anak-anak sekolah. Qaisara cakap abang-abang yang menari ni handsome ya umi. Bukan main lagi si Qaisara. kih kih kih



Apa yang ditengok oleh Qaisara dengan bibik tu bersama kerusi-kerusi yang kosong ini?


Tarian tradisional India. Kasihan saya tengok anak-anak ini menari tanpa penonton. Macam mana pihak penganjur membiarkan perkara ini berlaku? Paling kurang bawalah penonton dari para pelajar sekolah di seluruh negeri Johor ke. Kasihan anak-anak yang berbakat ini menari sendirian.


Rama-rama dari belon  yang cantik ini dibuat oleh teman-teman di unik smart untuk Qaisara.


Teman-teman dari Unik Smart, jiran booth kami.  Shah, Fary dan Sapina. Shahlah yang membuatkan Qaisara rama-rama dari belon itu.


Yahya dan Melly jiran booth kami di sana sebelum berpisah. Tengok rambut Melly yang cantik. Mati-mati saya ingatkan rambut palsu, rupanya rambut dia sendiri. Cantik sungguh..ha ha..

Ada pula makanan kali ini?. Inilah ceritanya, lepas sahaja kami kemas booth kekanda saya kak Halimah, mengajak kami ke rumah beliau di kg Majidee untuk makan-makan. Kami dihidangkan nasi beryani Mauritus yang sungguh enak! Buat saya tersandar kekenyangan..

Sebenarnya nasi ini hanya dimakan begitu sahaja, tetapi kak Imah masak lagi sambal ayam yang memang sedap dimakan dengan nasi beryani.



Kak imah dan Farhana, sebelum kami berkemas pulang. Lain kali kita jumpa lagi ya kak. Senang-senang datanglah Kajang, kami belanja akak makan satay kajang. He he he..


Monday, August 9, 2010

PESTA BUKU JOHOR

Pesta buku Johor sudah pun berlalu. Pesta buku Johor tidak ramai sangat pengunjung, menurut kata orang ramai yang saya temui, orang Johor kalau bab membaca kurang sedikit tapi bab shopping penuh! Ha ha..ada yang mengatakan tempat tak strategi. Tapi ada pula yang kata kalau MATTA Fair dengan chocolate Fair hari itu, penuh orang sampai parking pun tak ada. Orang Johor..ada sesiapa nak jawab? Ha ha..Tapi Alhamdullah, booth nbkara sentiasa dikunjungi oleh rakan-rakan pembaca.

Cik Ian yang datang bersama Hanisah. Aik..kenapa semuanya menyenget. Ha ha ha


Beg yang Cik Ian dan Hanisah belikan untuk saya. Terima kasih banyak-banyak ye dik!


Ibu June dan anak-anak yang sanggup datang dari Kluang. Mereka semua menaiki kereta api. Terima kasih Ibujune ya terima kasih dengan kuih bahulu tu..

Bila saya beranak kecil ni? Ha ha ha..ini adalah An-nur anak kecil ibu junes.

Si Yayah yang bekerja dengan Unik Smart yang sentiasa melekap dengan Qaisara dan Qaisara melekap dengan dia. Ha ha. ha..Qaisara ayu berbaju kurung yang baru di beli dari Danga Mall, ingat nak simpan raya, tapi si Qaisara yang sentiasa teruja dengan baju kurung sudah tak boleh tunggu lagi.


Noi dan anak-anak yang datang dari Singapura, emak dan anak sama-sama cantik.


Keluarga cikgu Rohana yang datang sebanyak dua kali. Anaknya Amalina membuat persembahan koir di pesta buku ini.(berbaju hitam) Amalina dan sekolahnya memenangi tempat kedua di dalam pertandingan koir negeri Johor baru-baru ini.

Ha ha ha gambar Teta dan Yayah lagi. Yayah ni pun macam kanak-,anak riang,. Nanti jangan lupa datang kajang tau Yayah!

Hasnah yang dalam gambar nampak garang tetapi di luar dia seorang yang amat lemah lembut.


Hafiza Suraya yang datang mula-mula dgn sepupu, kemudian dengan mak. ha ha...

Bersama Shidah sepupu Hafiza Suraya, masih belajar di matrik melaka. Saya gembira mendengar pembaca muda seperti Hafiza dan juga Shidah membaca buku saya. Yelah..ramai anak-anak muda mengatakan buku saya tu agak berat.

Bersama Rozita yang tidak percaya itu adalah saya. Sampai balik pun dia macam tak percaya. ha ha ha

Kekanda saya Halimah Awang bersama anaknya  Farhana. Balik dari  pesta buku sebelum ke Melaka kami singgah dan makan nasi beryani mauritius kak Imah yang sangat sedap. Kak Imah pernah tinggal di sana mengikut suami yang bekerja di situ. Nanti saya download gambar nasi beryaninya

Izan yang berdarah manis, tak lama lagi jadi raja sehari.

Kata tak ada orang, tapi ramai juga yang datang ya. Syukur sebenarnya dan sangat gembira kerana dapat bertemu orang-orang Johor yang baik-baik belaka dan ada yang menyeberang tambak Johor semata-mata mahu ke booth nbkara. Terima kasih tak terkira pada pengunjung yang datang ya..


Sunday, August 8, 2010

KUIH SARANG SEMUT.

Ramai yang minta resipi biskut sarang semut ini. Yelah dah nak puasa, semua orang bersedia untuk membuat kuih rayakan. Di bawah saya turunkan resipinya. Resipinya sebenarnya saya pakai mangkuk. Tak kira mangkuk apa. Kalau nak buat sedikit, kurangkanlah adunannya. 

1 buku mentega (mentega pun dah mahal. Dulu RM2 dapat lagi sekarang saya tengok mak aii..atas RM4. Sekali ganda) 
Setengah mangkuk  icing sugar 
Satu mangkuk  tepung gandum 
Satu mangkuk tepung custard 
Satu mangkut tepung jagung
1/2 sudu vanilla 
1 biji telur (pilihan)
secukup chocolate rice 
mangkuk kertas

Cara-caranya
Campurkan semua tepung, masukkan mentega dan gula. Parutkan adunan ini dan masukkan 
kedalam paper cup. dan taburkan chocolate rice 
diatasnya. Bakar sehingga masak.




Ini dia adunan yang sudah disagat.



Adunan saya ni boleh dapat dalam 300-400 biji, boleh bagi rumah mak dengan mak mertua lagi. Mesti mak mertua sayangkan!



Saturday, August 7, 2010

DI JOHOR BAHARU

Saya kalau pergi sesuatu tempat mesti nak cari makan. Tapi tak ada kelainannya pun, apa yang ada di Johor ada di Melaka dan Kajang juga. Mee goreng tapi sedap. RM5. Makan di Danga Mall City.. Ada ayam, ada fish ball.

Yee mee yang kurang rasa. Cili api pun tak ada..

Sup tulang yang betul-betul tulang. Ha ha..tapi sedap di lawan dengan roti..

Roti biasa aje, dilawan dengan sup tulang di kedai mamak di hadapan hotel Embassy. Dua hari berturut-turut kami datang makan di situ. Hari pertama RM30 untuk 4 orang. Hari kedua RM29..Bila tanya kenapa semalam RM30, hari ini RM29. Pantas aje pelayan di situ menjawab.
"Semalam ada air teh O, hari ini semua kosong.."
Ingat pulak mamak tu.dekat kita orang... ha hah haha


Rojak ni ringkas sahaja tetapi tersangatlah sedapnya tau! Harga RM4.50 mahal jugalah. Kalau di Kajang penuh dengan ayam. Tapi di sini,, tempe, telur, tahu, mee dan taugeh sahaja.


Friday, August 6, 2010

IKLAN

IKL

Negara kita majoritinya melayu
Melayu yang beragama Islam
Ketua negara pun melayu, juga beragama Islam.
Menteri kabinet pun ramai yang melayu
Suratkhabar, suratkhabar melayu.
Tapi hairan sungguh, bukan sahaja hairan tetapi sedih.
Bahkan saya kecewa dan ramai kawan seagama sama perasaan dengan saya.
Masakan orang melayu, beragama Islam,
suratkhabar melayu yang rata-ratanya wartawan melayu
pekerja melayu dan mungkin ketuanya melayu
Tidak tahu halal haramnya judi.
Masakan dalam ramai-ramai pekerja di dalam syarikat akhbar ini tidak perasan dengan ayat Al Maidah 90-91 seperti dibawah ini

Firman Allah:

"Hai orang-orang mu'min! Sesungguhnya arak dan judi dan berhala dan azlam adalah kotor, berasal dari perbuatan syaitan; oleh karena itu jauhilah, supaya kamu beruntung, Sesungguhnya syaitan hanya bermaksud akan menjatuhkan permusuhan dan kebencian di antara kamu melalui arak dan permainan judi serta akan menghalangi kamu dari ingat kepada Allah dan sembahyang; oleh kerana itu apakah kamu mau berhenti."

Tetapi kenapa iklan seperti di atas masih disiarkan.?
Sedangkan iklan rokok pun sudah tidak kelihatan
Rokok dengan judi mana yang lebih haram?
Ya ALLAH berikan kesedaran pada sahabat-sahabat Islam kami yang tidak menyedari dan yang mungkin tidak tahu akan hal ini. Lapangkan hati mereka untuk menerima hidayahmu Ya ALLAH. AMEENNNN.



Thursday, August 5, 2010

DANGA BEACH

Sempena pesta buku negeri Johor, saya berkampung beberapa hari di Johor (gambar pesta buku akan saya download tidak lama lagi). Ketika inilah saya ambil peluang berjalan-jalan mencuci mata di Johor. Disebabkan tempat tinggal saya berdekatan dengan Danga Beach, sempatlah saya melepak mencuci mata. Manalah tahu telihat sesuatu. (alasan! kalau dah kaki jalan tu macam digaru-garu aje kakikan). Mula-mula saya teringin menaiki cruise di sini. Rupanya cruise yang menyediakan makan malam dengan harga RM50 bertolak dari pelabuhan jam 8 malam dan hanya diadakan pada hari Jumaat, Sbtu dan Ahad sedangkan pesti buku berakhir jam 9 malam.


Di Danga beach ini terhadap theme park. Masuk ke theme park ini tidak dikenakan bayaran, tetapi alat permainan di sini kalau mahu dinaiki mak aik..mahalnya. Lebih mahal dari sebotol kicap..ha ha apa kena mengena dengan kicap ya? Ha ha..tapi ketika kami berjalan-jalan di Johor, banyak sungguh saya nampak kilang kicap.!

Keretapi yang berada di sini. Seorang penumpang kena bayar RM4, lebih mahal dari harga sekeping buger .  Tapi naiklah juga sebab Qaisara.


Saya tengok alat permainan di sini jarang ada orang yang naik, mungkin sebab harganya. Kalau satu permainan RM4-RM8. Kalau main sepuluh permainan paling kurang kena berbelanja RM40, itupun paling kurang. Tetapi kalau per entry RM30 boleh semain sepuas-puasnya sudah pasti lebih ramai yang bermain di sini.

Tapi Qaisara bukan kisah, ada orang tak ada orang. Dia main sahaja. Selalunya dia main seorang diri. Penjaga di taman permainan ini kebanyakkan warga Bangladesh dan India. Sampai tidur-tidur lagi penjaga tersebut di dalam alat permainan ini, mungkin mengantuk sebab tiada pelanggan.

Merry go round yang besar ini pun Qaisara seorang sahaja. Dah macam rajalah pulak dia. Ha ha. Tapi seperti biasa Qaisara yang berani, naik sahaja...


Sebelum balik masih sempat bergaya di rimbunan buluh. Terfikir juga kalau saya tanam buluh tepi rumah dan letak lampu macam ni mesti cantikan. Romantis aje suasananya (ketika menulis ini sudah seminggu saya tak jumpa suami..hu hu hu)


Wednesday, August 4, 2010

KAWAN LAMA

Balik kampung hari itu (saya ni selalu sangat balik kampung ya? ha ha..nak buat camana, hobi saya balik kampung). Saya ke kedai makan kawan saya yang sudah lama tidak saya jumpa. Bayangkan hampir 20 tahun rasanya. Saya ini jenis balik kampung, duduk dalam rumah. Ada tak ada merayau-rayau dengan kakak.  Jadi memang susah nak berjumpa dengan kawan-kawanlah.

Kawan saya bernama Ana ni  pun terperanjat tengok badan saya yang dulu kurus melengking dah subur macam ni. Ini kawan baik saya masa sekolah, kami berempat. Selalu huaha..huhaa..dalam bas sekolah, walau kami berlainan sekolah tetapi kami memang akrab. Dia berkahwin dahulu dari saya, kahwin masa usia muda tetapi jodohnya tidak panjang. Selepas 14 tahun hidup dengan anak-anak dia bertemu jodohnya semula. Dia sendiri tidak menyangka, kata dia hatinya yang tertutup untuk bersuami terbuka semula selepas 14 tahun. Saya berdoa supaya sahabat saya ini bahagia dan jodohnya kekal selamanya.




Di kedai makan Ana, kawan saya ini ada makanan kampung yang paling saya suka. Binjai masak lemak ikan parang dengan asam pedas daging tetel. Masakan  Melaka, memang sedap. Masa menaip entry ni pun asyik telah air liur sahaja. Ha ha..melampu sungguhkan!


Kuih muih yang dijual di kedai Ana. Satu ketul 30 sen, saya suka kuih keria bersalut dengan gula Melaka itu. Sedapppp...


Saya bawa anak-anak buah dan kakak makan di sini sebenarnya. Kelakarnya si Balkish tak mahu makan nasi takut gemuk, memandangkan badannya memang agak besar dibandingkan dengan usianya 5 tahun. Tapi apa yang dimakannya? Karipap 3 keping dengan ayam. Sama sahajalah kalorinya, malahan mungkin terlebih.

Anak-anak dara saya yang bertiga ini. Di mana-mana sahaja kalau dikampung beginilah selalu.