Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, May 21, 2010

HORMATI DAN SAYANGILAH IBU

Rasulullah bersabda yang bermaksud tiga manusia tidak akan masuk syurga, iaitu orang yang menderhakai kedua-dua ibu bapanya, lelaki yang tidak menjaga maruah keluarganya (dayus) dan perempuan yang menyerupai lelaki. (Riwayat Nasa'i, Bazzar dan al-Hakim).

Al-Hakim juga meriwayatkan hadis Baginda yang bermaksud: Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya, hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.

Hari ibu sudah berlalu, nampak saya macam lupa untuk menulis mengenai hari ibu. Tidak. Saya masih ingat mengenai hari ibu, walaupun ibu saya sudah meninggal lama. Tetapi ibu tetap dalam kenangan saya.
Duduk-duduk begini, saya terfikir. Untuk apa hari Ibu?
Apakah kita harus menghormati dan menyayangi ibu hanya pada hari ibu sahaja?
Suami saya bila saya mengingatkan hari itu adalah hari ibu. Dia berkata dengan selamba. Awak bukan ibu saya. Awak isteri saya. Kenapa orang harus sambut hari ibu? Sedangkan ibu harus diberi hadiah dan disayang, setiap masa, bukan dihari ibu sahaja. Saya hargai awak sebagai ibu Qaisara setiap masa. Bukan hari ini sahaja. Hari ibu orang barat cipta kerana mereka sentiasa menderhaka pada ibubapa mereka. Untuk menunjukkan mereka baik, mereka buatlah satu hari untuk hari ibu! Walllah....Ha..ha.ha. Sudahlah tidak mahu wish saya hari ibu. Macam-macam pula alasan dia! (tapi ajakan suami ke Sarawak dan membiarkan saya shopping sakan tidak secara langsung, itulah hadiah hari ibu untuk saya-pujuk diri sendiri ha.ha.ha)

Tetapi dalam begitu, apa yang dikatakan suami ada benarnya. Sekarang para pembaca terutamanya adik-adik, cuba duduk sejenak. Memikirkan apakah benar kasih sayang kita pada ibu pada hari ibu sahaja?
Oh..sudah tentu tidak!.

Kemudian kita fikir lagi, selama ini bakti kita mencukupi untuk seorang ibu? Apakah selama ini kita sudah dapat membalas segala apa yang ibu curahkan buat kita atau adakah sepanjang hidup kita pernah mengores hati dan perasaan ibu?
Oh..rasanya sudah pasti banyak!

Kalau ditulis di dalam kertas kajang perkara yang kita buat sehingga mengores hati dan perasaan ibu, agaknya berpuluh kertas kajang pun tidak mencukupi. Kalau macam tu bolehkah kita masuk syurga? Dosa dengan ibu sahaja sudah berkajang banyaknya, campur lagi dosa dengan ayah, dengan kawan-kawan apatah lagi dengan ALLAH?

Walau saya tidak mempunyai ibu lagi, tetapi saya selalu meletakkan ibu tiri sebagai seorang yang harus saya hormati. Dialah sekarang sebagai orang tengah antara saya dengan ayah saya jika saya ada masalah di dalam perniagaan. Ayahlah yang akan mendoakan saya, membuatkan solat hajat untuk saya ketika saya dilanda masalah yang amat berat.

Saya masih ingat betapa anginnya saya pada seorang kawan, meninggalkan rumah apabila bertengkar dengan ibunya. Hanya kerana ibunya menasihati janganlah balik ke rumah jauh malam. Dia anak dara. Takut apa-apa berlaku dijalanan.
Salahkah seorang ibu berasa bimbang? Salahkah seorang ibu sentiasa gusar takut anaknya mendapat musibah?
Tetapi sahabat saya ini....
Dengan selambanya, menunjukkan keegoan dihadapan manusia yang ketika dia masih kecil, sentiasa berjaga malam bagi memastikan sahabat saya ini nyaman tidurnya. Bahkan saya pernah katakan pada sahabat saya itu, kalau kau mahu membalas jasa bakti terhadap ibu kau dengan mengira setiap titik susu yang diberikan memang tidak terkira.

Oh..banyak cerita yang memedihkan hati saya mengenai pelakuan manusia yang amat menderhaka pada ibu sendiri. Saya masih ingat kisah seseorang yang rapat dengan saya, memberitahu saya.
“Emak aku tidak sukakan kekasih aku..”
Apa saya jawab?
“Ikut cakap emak kau. Orang tua dapat mengesan sesuatu. Dengar katanya..”
Sahabat saya enggan beralah dengan emak sendiri. Sedih bukan, anak yang ego ini tidak pernah mahu mendengari nasihat emak yang amat sayangkan anaknya sendiri. Hati emak sentiasa dapat mencium sesuatu dan sahabat ini meneruskan perkahwinan dengan restu yang amat berat dari si emak.
Apa yang terjadi?
Si suami seorang yang panas baran. Suka memukul isteri dan akhirnya sahabat saya tidak tahan terpaksa meminta fasakh, menangis dan kembali kepada emaknya yang tidak pernah putus asa melindunginya sejak dari kecil sehinggalah dia sudah boleh melawan emak sendiri.
Kalau difikirkan secara logik. Alangkah bodoh, bebal dan bangang manusia yang mengenepikan ibu hanya kerana cinta. Mana mungkin seseorang yang kita kenali sejak kita berada di dalam perutnya kita tolak segala nasihatnya tetapi orang yang baru muncul dan asing, kita percaya. Tidakah bodoh, bebal dan bangang manusia seperti sahabat saya ini dan mungkin orang-orang yang berkelakuan seperti dia?

Ketika saya menulis entry ini saya terbayangkan ibu saya dan saya menangis....
Saya memikirkan, saya tidak sempat mengembirakan ibu saya dengan kemewahan. Cuma yang dapat saya beri sedikit sedekah untuk dia yang kini berada di alam barzakah. Saya juga terfikir, bagaimana seorang manusia yang diberi peluang mempunyai ibu terus-terusan menyakiti hati ibunya. Sedangkan saya yang hanya diberi peluang 10 tahun bersama ibu saya, tercari-cari peluang itu yang tidak mungkin dapat saya kecapi lagi. Cuba bayangkan kalau kita sudah kehilangan ibu. Apa perasaan kita?


Zaman sudah berubah..Ibu juga ada yang mengabaikan anak-anaknya. Itu saya akui, tetapi ibu yang mengabaikan anak adalah kes terpencil dan boleh dibilang. Tetapi kes anak yang menderhaka terhadap ibunya sudah tidak boleh dikira.
Di sana sini saya dengar rintihan ibu-ibu yang sedih kerana anak tidak mendengar kata. Bahkan in box saya di facebook, ramai yang mengadu perilaku anak-anak yang memedihkan hati.
Kepada anak-anak ini, saya memohon hindarkan diri daripada menderhaka kepada ibubapa, ingatlah bagaimana ibu kita sudah bersusah payah membesarkan kita, memberikan kita pelajaran sebaik-baiknya dan sentiasa mendoakan kita? Apakah sudah semakin pandai, kita merasakan sudah ada hak untuk menderhaki seorang ibu. Jangan menyesal satu masa nanti, apabila ibu sudah berada 6 kaki dibawah tanah, baru kita sedar kesilapan kita. Tidak ada cinta yang kekal selain cinta kita pada ALLAH, Rasul dan ibubapa kita.

Siapa pun kita, peguam, jurutera, jutawan, menteri sekali pun. Hak ibu di sisi agama tidak pernah berubah. Seperti riwayat di bawah.

Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang mafhumnya: Seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu bertanya: Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?
Baginda menjawab: Ibumu.
Lelaki itu kembali bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab: Ibumu.
Lelaki itu terus bertanya: Kemudian siapa?
Nabi menjawab lagi: Ibumu.
Sekali lagi lelaki itu bertanya: Kemudian siapa lagi?
Nabi menjawab pulaKemudian bapamu.
Begitulah kedudukan seorang ibu pada pandangan Rasulullah. Betapa mulianya seorang ibu hinggakan Nabi Muhammad meletakkannya sebagai pihak ketiga yang perlu dihormati selepas Allah dan Baginda.


Thursday, May 20, 2010

KARNIVAL HARI BELIA

14-16Hb ada diadakan Karnival hari belia di Putrajaya dan NBkara mengambil bahagian di dalam Karnival tersebut. Banyak aktiviti yang dijalankan tetapi keadaan amat panas dan jalan masuk ke tapak karnival di sekat. Kena cari jalan sana bagaimana nak masuk, bertekak dengan polis walau ada sticker 'urusetia'. Ini pertama kali kami mengalami masalah untuk masuk ke booth sendiri di mana-mana karnival atau pesta buku. Pengalaman berharga..








Salah satu aktiviti hari belia, mungkin pertunjukan kereta berderam derum dan berwarna warni (pandai sahaja saya..ha.ha) . Saya tengok ajelah. Ini apabila Qaisara tengok menjerit-jeritlah dia. Umi kereta pink umi..kereta pin..






Ini lagi.



Wah..ini nampak ganas..




Simple tapi menarik. Kalau muda lagi mahu saya buat macam ini.




Ini juga nampak ganas.




Wah..yang ini saya suka. Mesti semua 'hamper' kat jalan kena sagat..ha.ha.




Ini kereta apa pulak ni? Bukan main Hakim bergambar dengan kereta ini? Teringat masa muda dulu, bila nampak kereta yang cantik sikit sibuklah ambil gambar. Tak kiralah kereta siapa. Kemudian gambar-gambar yang diambil dengan kereta itu dihantar kepada rakan pena. Ha.ha



Bergambar dengan Wan Mardiha di booth Nbkara, peminat saya yang cantik molek ni mula-mula dah datang beli buku dan ambil tanda-tangan. Kemudian dia datang lagi nak bergambar. Kata dia masa beli buku tadi, macam tak percaya itu saya, dia jadi gabra dan malu. Bila semangat pulih semula itu yang datang ambil gambar. Ha.ha.ha



Di tengah-tengah keramaian dan booth yang banyak itu. Ada pula booth binatang liar macam ni. Qaisara bukan main suka sekali. Asyik berulang alik ke booth tersebut. Langsung tak takut.



Ular ini siapa yang mahu bergambar dengannya, boleh pegang. Rasanya kena bayar. Saya dengan staff saya cakap. Jom kita baca ayat menghalau binatang buas atau ular. Biar ular ni lari. Ha.ha.ha. Teringat kata ayah saya. Ular kalau jumpa harus dibunuh, dia musuh kita dan tidak boleh berbaik-baik dengannya.






Wednesday, May 19, 2010

JALAN-JALAN KE US

Bunyi macam bagus sahaja pergi ke US. Ha.ha. bukan united state tapi Ulu Semera di Sarawaklah.


Ya beberapa hari lepas saya ke Kuching. Sempatlah menjenguk adik saya Liza Bujang di Sarawak. Liza mengajak saya dan keluarga ke kampungnya. Dari Kuching ke Ulu Semera yang terletak di Asajaya kata Lizabujang mengambil masa 2 jam. Tetapi Mr Seyit Kara memandu hanya 1 jam dengan menggunakan kereta Liza. Untuk ke sana ada dua cara, jalan darat dan juga feri. Ketika kami sampai di jeti feri, bagus-bagus sahaja feri mahu bergerak. Kami masuk dan tidak payah menunggu lama. Bayaran untuk feri RM1 satu kereta. Murahkan


Mr Seyit Kara memandu kereta Lizabujang. Kata emak Liza "takut aku tengok laki si yatie bawak kereta bukan main laju lagi." Tetapi saya beritahu Liza "Aku tak takut seyit bawak kereta laju, tapi aku takut kereta kau kopak sebab Mr Seyit ganas memandu.."





Peace Qaisara Peace. Ha.ha. Qaisara keluar kereta untuk melihat sekeliling. Ini kali kedua Qaisara naik feri yang sebegini. Kali pertama di Songkhla tempoh hari. Suka bukan main lagi.


Ha.ha.ha. Sekali sekali merasai naik feri begini memang seronok. Cuma yang tak seronoknya sekejap sangat. Baru keluar dari kereta mahu menyedut udara, sudah sampai diseberang sana.
Perjalanan dari Kuching ke Asajaya memang tidak jemu mata memandang. Kiri kanan kebanyakkannya paya dan tumbuhan yang hidup dalam paya tersebut adalah pokok nipah. Kata Liza Bujang nak tahu feri beroperasi, tengoklah air paya itu. Bila air paya naik, bermakna adalah feri beroperasi. Kalau air paya rendah, terpaksalah gunakan jalan darat. Menggunakan feri akan jimat masa dalam 20-30 minit.




Antara buah-buahan yang dijual di beberapa tempat di Asajaya. Buah tembika yang tidak pernah saya nampak di semenajung. Kami berhenti membelinya sebiji dua. Sebiji hargnya RM7.




Setiba di rumah Liza, makanan sudah sedia terhidang. Kebetulan perut pun tengah lapar. Apa lagi makanlah.




Kami juga berhenti membeli ambal ini ataupun pepahat. Balik Liza Bujang terus rebus bersama dengan serai. Mr Seyit Kara makan tak toleh kiri kanan. Ha.ha..





Sayur midin yang dimasak dengan kulat atau cendawan. Kalau di sini dipanggil sayur pakis.





Ini emak Liza Bujang (bercermin mata) bersama sahabat baiknya. Kata emak Liza.."Yatie..marilah ambil gambar mak cik buat kenang-kenangan." Ha.ha..





Tuesday, May 18, 2010

NASI ARAB

Hari jumaat yang lepas saya bersama pekerja NBkara, pembantu rumah dan anak-anak buah menjamu selera di restoran makanan arab Saba di Cyberjaya. Pertama kali saya makan di sana kerana tergoda dengan cerita kakak saya dan juga Ojan yang membuat komen "Dari makan KFC baik makan di Saba andak.."


Feeza, Suraya, Ojan, Hakim, Bibik dan juga Qaisara yang sama-sama menjamu selera di restoran tersebut.



Gambar apa pula ni? Perasan tak TV yang berada di dalam gambar ini. Sedang kami menunggu untuk membuat pesanan. Tiba-tiba seorang lelaki memasang CD . Pada mulanya kami ingat, CD biasa sahaja. Tetapi Qaisara menegur..heee..apa tu. Kami semua memandang ke telivisyen dan terlihat filem biru yang pelakonnya semuanya berbogel sedang ditayangkan. Kebetulan di dalam restoran punyalah ramai orang. Semua terperanjat, saya jadi angin dan menegur dengan suara yang agak kuat. Bukan saya seorang sahaja, ramai yang menegur perkara yang sama. Apabila pelanggan sudah mula bising, barulah pekerja restoran yang sedang sibuk mengambil tempahan dan menghantar makanan, perasan. Lelaki yang memasang CD tersebut sudah melarikan diri. Menurut pekerja restoran mereka tidak mengenali lelaki yang tiba-tiba datang dan masuk ke restoran tersebut. Saya rasa..lelaki itu sakit jiwa..




Ojan yang leka bersms. Saya tengok Ojan macam ada masalah aje, tanya sepatah jawabnya sepatah. Mungkin juga penat sebab baru balik dari asrama hari ini atau penat mencari Hakim yang sebelum kami pergi makan, merayau entah ke mana.




Nasi Arab dengan roasted chicken. Saya pesan dua dulang tetapi akibat salah faham, satu dulang sahaja yang datang. Kenalah tunggu yang satu dulang lagi.







Si Feeza yang sibuk membedik kameranya. Ha.ha..tembak Feeza, jangan tak tembak.




Muttabbal, terung yang digoreng hingga masak, dilenyek halus, dicampur dengan minyak zaitun, yogurt, bawang putih dan sebagainya.






Yogurt. Ini makanan kegemaran Qaisara dan saya juga..he.he . Dilawan dengan khubs atau roti arab.





Jus mangga yang cukup kental sehingga tak boleh disedut. terpaksa dicampur dengan air kosong.





Nasi yang kedua, datang agak lewat. Warnanya juga agak berlainan daripada yang pertama.





Tengok si Qaisara, makan yogurt dengan khubs sampai muka koreng macam tu sekali. Ha.ha..







Gambar orang malas, ha.ha. saya sebenarnya tidak suka sangat dengan nasi berwarna warni cam ni, saya suka nasi putih dengan makanan kampung. Tetapi sengaja suka membawa anak buah dan pekerja makan bersama-sama.





Jom balik umi! Qaisara dah kenyang, selepas bersolat di bawah restoran kami kemudian ke Putra Jaya pula. Insya-ALLAH nanti nak bawa suami makan di sini. Makan dua dulang nasi dengan air semunya cuma RM85. Murah jugakan.








Monday, May 17, 2010

CIKGU QAISARA

Sejak bersekolah ini Qaisara selalu bercita-cita mahu menjadi guru. Selalu yang menjadi mangsa sebagai anak murid adalah pembantu rumah saya. Saya perasan setiap kali mengajar Qaisara suka sekali kalau anak muridnya membuat silap. Kalau dia ajar bibik A, bibik harus jawab B jadi dengan gembira dia akan cakap. Salah! A. Tetapi kalau dia ajar B dan bibik jawab B, dia akan mengamuk. Kenapa jawab betul..ha.ha.ha..entah apa-apalah si Qaisara ni.
Tengok Cikgu Qaisara tengah mengajar. Entah apa yang diajarnya. Kita kena angguk setiap kali dia bercakap. Kadangkala seksa juga, sebab dia boleh bercakap berjam-jam lamanya. Sampai, ular, pisang..semua masuk..ha.ha...

Cikgu Qaisara sedang berehat. sedang memikirkan apa yang hendak dicakapnya sebentar nanti..


Cikgu Qaisara dah penat pakai cermin mata, dia bukalah cermin matanya..tetapikan, saya rasa..mahu anak murid pengsan kalau Qaisara betul-betul jadi cikgu. Sebab apa?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ada ke cikgu mengajar pakai macam ni? Ha.ha.ha





Sunday, May 16, 2010

MEMBELI BELAH DI SARAWAK

Orang perempuan, tahu sahajalah. Kalau pergi ke mana-mana pasti membeli belahkan. Saya pun macam tu juga. Walau badan tidak berapa sihat ketika ke Kucing, tapi gagah lagi berjalan-jalan. Qaisara sudah mengikut acuan saya. Sebenarnya tidak ke mana-mana pun kami shopping. Indian Street aje, waterfront dan Spring.



Ini dia Indian street yang sentiasa sibuk di Kuching ini. Kata Lizabujang kalau raya, pasti penuh. Biasalah kalau tempat macam ini di setiap negeri. Macam masjid India di Kuala Lumpurlah.

Saya tak beli apa-apa pun di sini, tetapi Qaisaralah. Suka sangat dengan baju ini. Dia beli tiga helai. Sehelai RM10.




Kemudian berkenan pula selipar hello kitty yang berharga RM8. Ha.ha. Beli ajelah Ta. Qaisara tak kisah berapa harga sesuatu barang, asalkan ada warna pink, gambar mickey, hallo kitty atau barbie.




Kemudian kami ke Spring pusat membeli belah yang popular di Kuching. Di sinilah selalu pesta buku dijalankan. Beli Laksa Paste ini tetapi tak tahulah bila nak masak.



Ini botol air si Qaisara. Sebenarnya harga dia sama sahaja di semenanjung tapi dah berkenan. Beli sahajalah. Buat memberatkan beg ya Ta..


Botol susu brand Chicco ini memang saya cari paten yang ini. Tetapi di Sogo, di Mid Valley rasanya dah 2 tahun kehabisan paten itik ini. Tiba-tiba saya jumpa di Kuching. Tinggal dua sahaja. Saya beli, dua-dua. Untuk siapa lagi. Masakan untuk saya dengan suami saya..ha.ha..



Kalau dah warna pink dah pasti untuk anak dara saya. Masa membeli ini suami saya datang dan bertanya. "How much honey?" Ha.ha.ha.ha. Saya buat tak tahu sahaja. Sebab harga dia lebih mahal dari kasut saya. Nasib baik ketika itu Qaisara nakkan sesuatu. Saya suruh suami melayan Qaisara...selamat. ha.ha.ha



Sebenarnya saya amat sukakan sling bang, saya pengumpul sling bag. Saya tertarik dengan yang ini di butik ELLE. Tapi telah dirampas dengan cara berhemah oleh Qaisara dan sudah mendakwa sebagai milik kekalnya. Huwaahh..hu.hu.hu Silap saya, ada beberapa warna, warna pink yang saya beli kenapa?


Ini yang saya beli dan Cik Lizabujang bayarkan. Gula-gula jeli lada hitam. Sudah selamat diagih-agihkan pada jiran.



Mi Lee Fah ini atas cadangan Lizabujang yang suka makan, ianya seperti mi mamee yang dimakan segera dan tidak payah di masak. Lizabujang mendakwa mi ini lebih sedap dari mi mamee. Bila dia bertanyakan Qaisara antara Lee Fah dan mamee yang mana lebih sedap, Qaisara cakap Lee Fah ni sedap bersoraklah Lizabujang. Namun kemudian Qaisara menyambung, mamee pun sedap..ha.ha.ha.. Bila bawa balik Qaisara tak begitu suka yang sukanya bibik. Ha.ha.ha




Ini gambar t-shirt yang saya beli berhadapan dengan waterfront. Cantik designnya. Saya jumpa satu kedai sahaja yang menjual design begini.



Antara design yang menarik perhatian saya..


Ini juga...




Sebahagian deretan t-shirt yang saya beli. Hendak dijadikan cerita, ketika membeli belah t-shirt ini Qaisara merengek mengajak balik. Angin sungguh saya, langsung tak ada kompromi. Kata dia penat. Tergesa-gesalah saya mencapai itu ini. Tetapi apabila sudah balik ke Kajang, sebaik melihat muka bibik dia memberitahu.
"Bibik, Teta ada belikan bibik t-shirt tau? Betul tak umi?"
"Aik..ada ke?"
"Adalah, yang umi beli banyak-banyak tu. Umi belikan bibik jugakan.."
Dalam dia merengek nak balik dia perasan pula saya belikan bibik t-shirt. Apabila tiba di Kajang, dia kemudian sibuk menelefon sepupu-sepupunya.
"Teta belikan Balkish T-shirt, Teta belikan abang Adli T-shirt.."
Ha.ha.ha.ha. Geram ada, kelakar pun ada.

Ini dah penat bershopping sampai tersadai di tembok pusat membeli belah Spring. keh.keh..