
Kenapa pula saya letak gambar kereta dalam blog saya ini? Inilah kereta yang amat-amat menyakitkan hati saya malam tadi. Di tempat medan satay kajang! Kereta suami warna hitam jadi tak nampak sangat.
Semalam saya anak beranak keluar untuk makan satay di Kajang. Suami yang minta untuk makan satay, kalau ikutkan saya memang saya malas. Apatah lagi hujan lebat semalam.
Kami tiba di medan satay ketika orang belum ramai lagi, dapatlah satu parking yang berdekatan dengan tong sampah kerana sebuah kereta keluar. Malam tadi adalah malam yang tidak begitu elok bagi kami, sudahlah dapat satay mentah dan tidak sedap kerana kedai sate emas yang saya selalu makan, tidak ada tempat duduk.
Bila habis makan, kereta kami dihalang dengan kereta putih tersebut. Puaslah suami membunyikan hon tidak ada siapa yang keluar. Bahkan, apabila meminta kerjasama daripada pekerja di gerai satay setiap mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Langsung tidak peduli! Cuma jurujual jamu dan juga barang mainan kanak-kanak yang berusaha mencarikan kertas dan pen untuk saya tulis nombor kereta dan berpusing di dalam medan tersebut. Mereka cuba memberikan cadang supaya mengopak sahaja pintu kereta tersebut dan tolak. Tetapi suami menolak kerana katanya, sekejap lagi mungkin pemandu itu akan keluar.
Hampir 45 minit menunggu, keluarlah 3 orang rasanya anak muda terhegeh-hegeh ke keretanya. Suami pun mengamuklah memberitahu rasa tidak puas hatinya. Si Pemandu anak muda yang agak kecil tubuhnya memohon maaf berkali-kali. Tetapi kawan yang duduk disebelahnya pula menunjukkan taringnya.
"Hey..hallo, hallo why..why u didnt tell me inside?" dia bercakap dengan bahasa inggeris yang tergagap-gagap.
"What the hell i can tell you inside, do i know you? Do you left your telefon number?" Suami sudah menjerit. Saya takut marah suami tiba ke maximum, mahu dia cepuk lelaki tersebut.
Saya pun menyokong kata-kata suami. Anak muda yang bertubuh gempal dan pendek ini semakin berang. Saya pun lupa apa yang dikatakan. Sehingga saya tunjukkan kamera saya dan saya cakap, kalau dia cakap banyak saya akan buat report polis!
"Aku ni polis!"
Dia mengaku. Wah..kalau ikutkan hati mahu sahaja membedik mukannya dengan kamera dan pergi ke balai polis, siasat sama ada dia polis atau tidak. Yelah..satu, kalau dia polis dia telah berlaku biadap dengan orang awam dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, kedua kalau dia bukan polis bukankah menjadi satu kesalahan mengaku sebagai polis.
Sikap biadap anak muda ini cukup-cukup saya kesalkan. Sudahlah membuat orang menanti sehingga hampir satu jam. Kalaulah ketika itu, waktu kecemasan apa yang harus kami lakukan?
Kalaulah saya mempunyai anggota keluarga seperti anak muda ini, saya benar-benar malu. Dan saya doakan satu masa nanti ALLAH bagi anak muda ini jalan supaya berlaku sopan dengan apa cara sekali pun, cara baik atau sebaliknya.