Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, April 2, 2009

MAKAN-MAKAN DI NB KARA

Pada 28hb Mac tempoh hari, NB Kara telah dikunjungi oleh rakan-rakan pembaca dan juga penulis. Jadi kami membuat sedikit majlis makan-makan (kalau dah berkumpul tu apa lagi kerjanya, makan-makan ajelah)..

Turut hadir, Wan upeh, Uda, NB, Nacha, Norashikin Arshad (cinta lelaki), Kaknoor, Anim dan Iejay (Lagu cinta), Qaisara, Sari, Suraya. Bergambar beramai-ramai seperti mahu menunggu giliran mengundi aje!


Berborak-borak sambil makan. Apa lagi kalau dah ramai-ramai tu, macam-macam ceritalah yang keluar. Tengok Qaisara atas pangku Anim tu. Sukalah dia sbb Anim dan Wanupeh bawakan dia hadiah.

Makanan yang tersedia. Ada satay, ada meehoon goreng (sayalah yang goreng..ha.ha.) Dan tak lupa kek harijadi yang diberi oleh kakak saya, dibuat oleh anak muridnya (lelaki tau). Sedap betul dan juga Tiramisu buatan iejay penulis lagu cinta yang tengah2 tu, tapi tak nampak sangat (semua puji tiramisu iejay tapi sayang saya tak minum kopi dan alergi dgn bau kopi)!

Kak noor cakap, kali ini tak bawak kuih dangai. Tapi sengaja tempelkan untuk pengetahuan Fadilah Maarif yang tak tahu macamana rupa kuih dangai. Bertuah betul budak tu!

Wednesday, April 1, 2009

ALAMAK SAYANG, SORRY ANDAK LUPALAH!


Kalau pembantu rumah saya tidak mengingatkan saya hari lahir Ojan! Aduh..mati-mati saya lupa. Saya tidak pernah lupa dengan buah hati saya ini apatah hari lahirnya! Dia lahir pada 30 Mac 1994, sekarang sudah 1hb April!.Dia anak buah saya yang pertama, yang saya tunggu ke lahirannya di luar labour room ketika kakak saya sudah mengadu sakit, di hospital Rawatan Islam jalan Ipoh. Dialah yang saya jaga sejak kecil. Tidur dilengan saya, yang selalu saya gomol dan cium. Dialah yang selalu menghiburkan hati saya yang sedang rawan. Dia yang semasa kecilnya selalu memberitahu saya.
"Andak bila Ojan dah besar, Ojan dah kaya. Nanti Ojan belikan Andak kereta kancil tau. Warna hijau untuk Andak dan warna merah untuk umi.."
Ha.ha.ha.
Sekarang dia sudah besar. Sudah penuh jerawat di muka. Tetapi dia tetap Ojan saya atau Muhammad Afnan Fauzan yang baik dan kadangkala dipanggil skema. Anak buah yang masih lagi mahu tidur dilengan emak saudaranya. Yang masih membiarkan pipi dan kepalanya dicium oleh saya. Sentiasa mengekori saya ke mana-mana sahaja saya pergi. Walau kadangkala dia marah juga saya yang sering bershopping terlalu lama. Sehingga tercabut kaki dia, katanya. Rasanya baru sekejap saya melihat dia lahir ke dunia dan sekarang sudah besar panjang. Akan mengambil PMR tahun ini (saya janji mahu bawa di ke London kalau dia dapat 8A atau motor Sutun yang berwarna pink ha..ha.ha-ingat dia nak? Tak ingin dia!)
Saya tahu dia akan rasa lebih bahagia kalau dibelikan apa-apa games yang diminatinya.
Tak apalah sayang. Berapa A pun yang Ojan dapat nanti. Andak tetap sayangkan Ojan. Doa andak Ojan akan jadi umat Islam yang taat kepada ALLAH, taat kepada ibu dan bapa dan jadi insan yang Kamil. SELAMAT HARI JADI YANG KE 15 SAYANG!

Monday, March 30, 2009

PERCUTIAN YANG CUKUP TERUK!

Kalau saya ke Kelantan atau ke Pahang, memang saya selalu lalu tempat ini. Dan apabila suami mencadangkan kami bercuti sempena hari jadi saya, jadi saya memberikan cadangan kepada suami untuk ke Bukit Tinggi Pahang. Nampak dalam internet memang cukup cantik tempatnya. Jadi saya pun booking untuk 1 malam tinggal di Colmar Tropica. (kata suami kalau seronok kita sambung lagi satu malam). Saya menyewa suite dua bilik. Ketika kami sampai memang masih awal lagi. Baru pukul 12 tengah hari. Bilik kami belum sedang dikemas. Jadi kami membuat keputusan berjalan-jalan dahulu di kawasan Colmar Tropica.
Sempat mengambil gambar sambil menunggu bilik kami di kemas tapi masih tak siap-siap walaupun sudah 2 jam berlalu.

Namun apabila jam dua petang kami sampai semula ke reception, kami diberitahu bilik kami masih belum dikemaskan lagi.
"I'm sorry mam, the room is so big and our staff now in progress to clean.."
Aik dah dua jam pun masakan masih belum dikemas. Saya tahulah, suite memang agak besar. Ada dining + living room. Tapi masakan dua jam masa tidak siap lagi.
"If you dont mind, we would like to replace your room with another room.."
Bahagian kaunter mencadangkan bilik suite yang mempunyai dua tingkat. Dua bilik di atas dan dibawahnya dining + living room. Saya bersetuju sahaja memandangkan Qaisara sudah mengantuk dan kebetulan dia tidak berapa sihat. Bila masuk..pandangan pertama saya, memang cantik. Saya suka, biliknya besar dan bilik pembantu rumah saya juga cantik.
Qaisara masuk sahaja ke dalam bilik terus melompat atas katil. Hilang demam dia.

Bilik pembantu rumah saya. Cari bilik cantik mana sekali pun, Qaisara tetap akan tidur dengan saya dan Babanya.
Pemandangan Colmar Tropica tempat kami menghidap

Tapi amat malangnya, bila malam mahu tidur, baru kami sedar. Bilik kami benar-benar berdekatan dengan lif yang dindingnya tidak kalis bunyi. Bayangkan setiap kali orang naik dan turun kami dapat mendengar lif naik dan turunnya dengan bisingnya. Gedang! Gedang! Aduh! Saya benar-benar tidak boleh tidur. Pukul 4 saya bangun menulis, hati saya benar-benar tidak tenang. Nasib Qaisara kepenatan dan sudah makan ubat batuk. Kalau tidak, mahu Qaisara juga terjaga.

Nasib baik saya ada bawa biskut keras dengan keju feta, itulah makan saya pada waktu malam bila perut lapar.

Paling haru, apabila waktu malam kami pergi ke restoran di sepanjang Colmar Tropica itu, mereka tidak menjual makanan untuk dibawa pulang. Semuanya kena makan di situ! Aduh..jauh sungguh saya berjalan. Tidak pernah jumpa restoran yang tidak menjual makanan untuk dibawah pulang! Kelas sungguh restoran bukit tinggi.



Pizza Funghi yang mengubat rasa sakit hati kami kerana semua makanan yang dipesan sudah habis.

Sebelum itu pada waktu petang saya ke kedai pizza. Suami saya memesan lasagna
Sorry sir, lasagna finish..
Lalu saya memesan pula air kelapa.
Sorry mam, coconut also finish..
Saya kemudian memesan air kosong..
Sorry mam we just have rovers (Air mineral RM4).
Kemudian saya memesan pasta apa ke benda pun saya lupa.
"Sorry mam, that one also finish.."
Akhirnya kami memesan pizza. Nasib baik pizzanya sedap. terubat jugalah hati, tetapi apabila saya mahu membayar menggunakan kredit kad kerana tidak ada ATM mesin di situ. Jawapannya membuat saya benar-benar sakit hati.
"Sorry madam, credit card system has a problem!"
Mak aik..rasa saya nak menjerit-jerit sahaja. Saya bukan seorang yang mementingkan kesempurnaan tetapi apabila mengalami banyak perkara yang tidak sempurna dalam satu hari. Saya benar-benar marah dan geram.

Kalau tak fikirkan anak saya yang mahu mandi kolam dan berjalan-jalan memang saya dah cabut balik malam itu juga.

Tidak banyak aktiviti yang ada di Colmar tropica dan Bukit Tinggi, Qaisara menghabiskan masanya dengan membuat painting di seramik

Sebelum balik sempat pergi ke taman arnab demi Qaisara. Tapi sebelum balik, kami terpaksa menahan perasaan lagi. Permainan di Taman Arnab tidak berfungsi dengan alasan kehabisan Token. Qaisara menangis-nangis tidak percaya sehingga pembantu rumah mengheret dia ke kaunter dan menyuruh, jurujual di situ memberitahu Qaisara yang token sudah kehabisan.

Tidak ada apa-apa aktiviti di waktu malam, saya degan Qaisara menghabiskan masa dengan ceramic panting, yang bunga itu saya punya (qaisara pun ada tolong) yang berwarna hijau itu sudah pasti kepunyaan anak dara saya..

Kesimpulannya percutian ini adalah percutian yang paling menyakitkan hati. Dengan tandas swiming pool yang cukup kotor, dengan Japanese Garden yang tidak berjaga. Saya rasa pihak berkenaan (Rasanya berjaya group), perlu mengikut contoh beberapa syarikat yang berjaya membangunkan tempat percutian seperti Genting yang berjaya mengadakan pelbagai kemudahan untuk pengunjung. Sepanjang perjalanan pulang melihat saya yang seperti tidak gembira, suami memujuk saya.
"Nanti kita pergi bercuti tempat lain ya. Tempat yang Qaisara dan you suka.."
Entahlah, hati saya masih tawar. Lebih baik saya berehat di rumah saya sendiri, buat masa sekarang.

Friday, March 27, 2009

GAMBAR ULANG TAHUN

Saya amat jarang sekali menanti bahkan mengingati hari ulang tahun saya. Kalau tidak kerana suami atau pembantu yang membuat ingatan, memang saya lupa. Pagi itu pula apabila membuka blog, Zaid anak bujang penulis Zara Aluwi mengutuskan ucapan melalui blognya. Aduh..cepatnya masa berlalu. Dan tengah hari itu saya menerima kunjung Shelly daripada Seremban. Beliau datang bersama adiknya Angah dan juga si baby comel Nak tahu berapa biji kek saya dapat hari itu? 4 biji..ha.ha.banyakkan. Saya sebenarnya bukanlah pengemar kek.

Kek dari suami saya. Setiap tahun kalau tidak kek pisang bercokelat suami akan membeli kek mangga. Dia selalu komplen, setiap tahun dia beli kek, dia yang makan semula dan saya jarang menyentuhnya.

Kek dari Shelly, sudah dipotong oleh Qaisara sebelum sempat diambil gambar. Saya rasa sedikit, sedap keknya. Ramai jiran-jiran yang dapat merasa kek ini.


Kek daripada kakak saya Mijah. Masih elok dan langsung tidak diusik. Esok ada tetamu yang akan datang ke pejabat. Mungkin boleh dihidang kepada mereka...


Kek dari Mummy Ah Kua, emak angkat kesayangan Qaisara. Sudah diagih-agihkan kepada jiran-jiran.


Lebih manis apabila Shelly datang membawa Qaisara Balkish yang sudah semakin membesar dan cukup gebu. Comel sungguh. Baru dua bulan tidak memandang dia, dia sudah secomel ini.

Dan bersama Qaisara Balkish, Shelly membawa hadiah harijadi untuk saya. Susah-susah sahaja Shelly..terima kasih banyak-banyak dik!

Rantai untuk Qaisara. Apa lagi anak dara saya tu..melaramlah dengan rantai baru.


Ini gambar Shelly dan Balkish yang diambil oleh Qaisara..

Kalkulator besar bersaiz A4 ini, hadiah daripada Fadhilah Maarif. Macam-macam tahu-tahu aje kalkulator di rumah ini sudah rosak. terima kasih banyak-banyak Fadhilah. Di hantar melalui pos.

Qaisara hari jadi uminya, dia pula yanga asyik bertukar baju, bertukar rantai. Bersama salah satu koleksi rantai kesayangannya, hadiah daripada Liza, Brunei.

TERIMA KASIH SEMUA...MUAHH..MUAHH!

Syukur kehadrat ALLAH yang memang cukup penyayang dan pengasih, smlm saya menerima email yang berupakan kutukan ke atas buku ini. Kata dia buku itu terlalu teruk, hampeh, lantas meminta duitnya dipulangkan balik (datanglah ke pejabat saya, Insya-ALLAH saya akan pulangkah semula). Dia kemudian membandingkan saya dengan penulis Novel Sharifah Abu Salem (maaf kak Pah, nama Kak Pah pun terbabit ya) saya hanya tersenyum membacanya. kerana saya menerima e-mail itu dengan hati yang terbuka dan penuh syukur. Bagi saya, itu lumrah hidup dan saya sudah mengenal pasti siapa menghantarnya.... Dan hari ini saya menerima perkhabaran daripada Syarikat Popular, buku ini dicalonkan untuk Buku paling Popular tahun 2008. Terima kasih pada semua peminat yang menyokong. Rasa terharu dan gembira sekali....MUAHHHHH..

ANJING DAN KITA

Saya suka juga dengan anjing yang comel-comel. Semasa di Hongkong ada satu jalan yang menjual anjing-anjing sebagai pet. Semuanya comel-comel. Diletak di dalam sangkar. Saya leka melihatnya, tapi apabila tiba pada anjing untuk keselamatan. Ngeri saya!

Saya masih ingat lagi semasa saya kecil, rumah kami di tepi sebuah hutan. Kami memelihara seekor anjing yang sungguh besar sebesar kambing. Saya masih ingat lagi anjing tersebut sering mengekori saya dan saya tidak pernah berasa takut bermain dengannya. Namun pada satu hari ketika saya mahu berkunjung ke rumah nenek saudara saya yang memelihara anjing lebih 10 ekor (dia duduk di tepi hutan, memelihara anjing untuk keselamatan) saya dikejar anjingnya sehingga jatuh bergolek dari basikal. Dan apabila anjing itu datang, semua mereka menghidu2 saya dengan wajah yang cukup garang. Sampai sekarang saya tidak dapat melupakan peristiwa itu dan saya menjadi takut apabila melihat anjing yang besar..
Sebenarnya halal dan haram anjing tidak begitu jelas kepada saya. Saya sering ragu-ragu, sama ada..bulu anjing yang basah itu najis atau tidak pada kita. Namun penerangan Mantan Mufti Perlis yang mengatakan ketakutan pada anjing adalah sentimen agama melegakan. Apatah lagi selepas membuat kajian (sebenarnya untuk novel terbaru saya) saya banyak membaca, meneliti mengenai anjing dan beberapa blog yang saya cukup berguna untuk kita leraikan sentimen ketakutan pada anjing ini.. salah satunya kittun.blogspot.com. (sorry kittun saya promote sikit, video Mantan Mufti Perlis itu benar-benar melegakan)

Inilah juga merupakan pendapat Syaikh Yusuf al-Qaradhawi. Setelah mengkaji dalil masing-masing mazhab, beliau menulis:

"Di antara yang najis ialah air liur anjing. Disebut dalam Shahih al- Bukhari dan Muslim daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apabila seekor anjing minum dalam bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.

Ini juga sebagaimana telah ditetapkan menurut hadis keduanya (al- Bukhari dan Muslim) dan selain keduanya daripada hadis Abdullah bin Mughaffal tentang kenajisannya. Dengan demikian, jelaslah tentang najisnya air liur anjing itu.Bahkan, di sana ada beberapa fuqaha yang menyebutkan tentang kenajisan semua anggota tubuh anjing. Padahal tidak ada dalil yang menunjukkan hal ini baik dari Al-Quran maupun sunnah Rasulullah. Sedangkan pengambilan dalil tentang dijilat atau minumnya anjing dari tempat air, maka itu khusus untuk sesuatu yang diiiiat saja. Tidak ada yang menunjukkan pada kenajisan anjing secara keseluruhan: daging, tulang, darah, bulu, dan keringat. Sedangkan mengqiyaskan ini dengan jilatan anjing, adalah bentuk qiyas yang sangat jauh sekali, sebagaimana disebut oleh Imam As-Syaukani. Khususnya jika dikaitkan dengan hadits Abdullah bin Umar: Anjing masuk dan keluar di masjid pada .masa Rasulullah dan para sahabat tidak memercikkan air apa pun. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Abu Dawud).

Ada juga sebagian yang lain yang mengatakan tentang kesucian semua anggota tubuh anjing dan mengatakan, Sesungguhnya dicucinya tempat yang dijilat anjing adalah masalah yang bersifat ibadah (ta'abbudi), yang hikmahnya hanya Allah yang tahu. Sedangkan yang wajib kita lakukan adalah mengamalkan apa yang ada di dalam nash walaupun kita tidak mengetahui hihmahnya. Ini adalah madzhab Imam Malik.

Imam Malik berhujah bahwa Allah membolehkan makan dari hasil buruan anjing tanpa memerintahkan kita untuk mencucinya. Sebagaimana yang Allah Ta'ala firmankan: Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya. [al-Maidah 5:04]

Sedangkan saya sendiri (al-Qaradhawi) cenderung pada pendapat Imam Malik bahwa semua yang hidup adalah suci. Demikianlah juga dengan anjing. Dalam zatnya dia suci. Oleh sebab itulah, dibolehkan bagi kita untuk memakan hasil buruannya. Dan perintah Nabi untuk mencuci apa yang dijilat anjing adalah sesuatu yang bersifat ta'abbudi. Sedangkan penemuan ilmu moden tentang sesuatu yang menyangkut air liur anjing bahwa di dalamnya ada penyakit-penyakit, kemungkinan penemuan selanjutnya akan lebih mengejutkan."


Sebenarnya lebih banyak yang saya jumpa dalam membuat kajian tersebut, tetapi cukup melega dan mengembirakan saya kerana jiran-jiran saya sebenarnya ramai yang memelihara anjing (cuma saya benci pagi2 terpaksa menghidu najis anjing jiran) Cuma saya masih takut dengan anjing kerana iguan lampau....

Wednesday, March 25, 2009

AKU RINDU PADA SI GEBU..

Bangun awal pagi hati ini teringatkan dia.
Dia yang cantik, dia yang seksi
Oh..dia yang cukup gebu dan mempesona..
Dia yang kerap kali berbaju merah bertopi hijau..
Dia yang selalu membuat mata saya terlirik merenungnya.
Aduhai..aduhai.
Kenapa gelora hati tidak boleh di tahan.
Di mana kau si gebu berbaju merah bertopi hijau?
Yang sering muncul selepas musim bunga...
Bersama harum rumput di taman..


Aduhai..alangkah cantiknya engkau..
Si gebu berbaju merah..
Di mana engkau akan ditemui?
Bilalah kita boleh bertemu janji
Perlukah lautan direntasi bagi melempiaskan rasa rindu di hati..
Perlukan diri berkelana jauh demi bertemu dengan mu...


Muncullah kau sigebu berbaju merah..di Malaysia ini
Di Giant, Di Tesco, di Sogo atau di mana-mana
Agar rindu dendam ini terlerai..
Baju merah..
Rindu ini kian mengebu..
Tolong jangan kau dera aku...
Namun..engkau ku tahu tidak akan muncul
Bila belum sampai waktunya..
Tuhan..ampunkan aku, kerana merindui
Si gebu berbaju merah ...

Saya ini seorang yang cukup gila dengan buah. Tak makan nasi tak apa, jangan tak makan buah. Mahu jiwa saya resah. Pagi-pagi lagi saya teringatkan buah ceri, aduh sedapnya. Tapi sekarang mana ada musim, baru musim bunga mahu menjenguk..huhh..bukan mengidam tapi teringat. Bila dah teringat fikiran kadangkala sudah menjadi kurang waras..he.he.he..

Tuesday, March 24, 2009

BILA ANAK MENEGUR

Salah satu contoh games diinternet.

Sejak akhir-akhir ini suami saya gila bermain games di internet. Kalau hari tidak bekerja dia boleh bermain games di internet berjam-jam. Naik pening kepala saya melihatnya. Ajak keluar ke mana-mana pun tak mahu dan sanggup tidur sampai 4 pagi. Saya memang jenis yang malas mahu bising-bising walaupun kadangkala jam 12 malam dia nak itu ini semata-mata mahu berjaga main games. Ada tak ada saya bising apabila dia lebih banyak berada di hadapan komputer daripada di hadapan Al-Quran. Namun biasalah suami ni, jarang mahu mendengar kata isteri...
Kadangkala dia bawa komputer bermain games diatas katil. Kalau saya tak kisah, sebenarnya anak dara saya yang kisah dengan perangai babanya. Malam tadi apabila dia mahu tidur dan melihat babanya sibuk bermain games di atas katil. Dia membebel dengan baba.
"Baba, you computer-computer " (tahu ajelah budak tiga tahun bercakapkan)
"Hmm..." Mata babanya masih lagi di komputer.
"Today, teta sleep with umi, you sleep with internet baba ya.." lembut sahaja kata-kata Qaisara tetapi menusuk ke kalbu.
Semakin besar Qaisara semakin saya berhati-hati bercakap di hadapannya. Saya cuba elakkan dia menonton kartun atau cerita-cerita yang tidak elok seperti cerita P-Ramlee. Bukankah di dalam cerita P-Ramlee terlalu banyak perkataan, Bahlol, Bodoh, Orang tua nak mampus! Hesy...takut saya.

Saya sudah ketawa besar, mata suami saya terbeliak mendengar kata Qaisara. Dan tidak lama kemudian suami menutup komputernya mungkin rasa tersindir, apabila Qaisara mengulang sekali lagi kata-katanya. Dia kemudian menidurkan Qaisara. Huhh..kalau anak tegur dengar sahaja bapa2 ni, kalau isteri tegur. Buat tak tahu sahajakan?
Namun sampai sekarang saya tertanya sendiri bagaimana Qaisara tahu perkataan internet kerana kami tidak pernah mengajarnya.

Monday, March 23, 2009

ASYIK MAKAN, SEKARANG MINUM..

Orang-orang Malaysia memang gilakan teh tarik (sesuatu yang cukup merbahaya kerana teh tarik dicampur dengan susu pekat. Percaya tak seumur hidup saya tidak pernah minum teh tarik?). 'Acara Teko teh' jarang diminum di Malaysia, orang-orang melayu terutamanya jarang ada tradisi minum teh, seperti orang-orang cina dan juga Jepun. tetapi di Turki memang popular dengan teh turkinya. Di mana-mana anda pergi di Turki mesti anda semua akan berjumpa dengan teh house. Begitu juga dengan negara yang berdekatan dengan Turki seperti Cyprus dan Greek. Di sana amat jarang kita jumpa Coffee House. Di Holland Coffee House adalah tempat orang menjual dadah ringan seperti ganja yang diluluskan oleh kerajaan.

Ini dia teko teh yang digunakan untuk memasak teh bagi orang Turki. Ada dua bahagian yang boleh diceraikan. Suami saya memang gilakan teh, teh kegemarannya adalah teh Origano (kakiek) atau teh turki. Teh origano senang dibuat, hanya merendam origano di dalam cawan sahaja dan ditapis. Tetapi apabila dia meminta untuk minum teh turki. Terpaksalah saya menarik nafas panjang-panjang. He.he.he

Bahagian atas dimasukkan teh dibahagian penapisnya dan dicampur dengan air yang mengelegak. Campurannya mesti betul supaya kepekatan yang didapati menyamai selera suami saya yang agak cerewet huh..huhh....

Dibahagian bawah diletak dengan air biasa. Bahagian bawah teko teh mesti lebih besar daripada yang diatas.
Teko ini ditindihkan dan dijerang diatas api sehingga air yang berada di bawah mengelegak dan masak.
Gelas yang digunakan untuk minum teh. Kecil sahaja sebenarnya (1/3 mug biasa). Biasanya suami akan menghabiskan dalam 6-8 gelas ini sekali minum.

Gula diasingkan, terpulang pada peminum teh untuk mencampur sebanyak mana gula. Tapi di Turki rata-rata mereka menggunaka gula kiub. Tidak ada campuran susu dalam teh diTurki.

Selepas teh yang dijerang mendidih, teh yang dibahagian atas dituang ke dalam gelas. Selalunya aktiviti minum teh ini dilakukan di luar rumah sambil mengambil angin. Kalau dekat Turki nyamanlah cuacanya, kalau di Malaysia mahu berpeluh sana sini minum teh panas.

Kemudian dicampur dengan air kosong yang dibahagian bawah dan gula mengikut cita rasa masing-masing. Seringkala saya memberitahu suami, kenapa tidak dididihkan sekali teh bersama air. Apa bezanya? Sampai sekarang suami tidak dapat menjawab. Kata dia sudah tradisi dan rasanya mungkin berlainan. Tanya saya saya suka atau tidak teh ini? Saya memang tidak suka teh Turki. Saya lebih suka kusbrono teh (teh buah beri) yang hanya dicampur dengan air panas sahaja...

Sunday, March 22, 2009

NASI KUNYIT DI KAMPUNG

Sudah tertunailah hajat saya mahu membuat pulut kuning. Bukan saya yang buat sebenarnya tetapi mak tiri saya. Balik ke kampung saya sebut dan bagi duit sahaja. Bila saya balik daripada berjalan-jalan di Bandar Melaka, pulut kuning dah tersedia atas meja dan sudah diagih-agihkan kepada jiran. Mak tiri saya kalau bab masak memang superb..

Ini bahagian saya, nasi kunyit dengan kari ayam kampung. Saya tak boleh makan pulut banyak-banyak angin satu badan nanti. Saya tanya mak tiri saya kenapa nasi kunyit dia berkilat tidak macam saya masak. Kata dia..kau tak rendam dengan air kelapa tua..." Oh..barulah saya tahu nasi kunyit kalau nak berkilat rendam dengan air kelapa. Macam dekat kampung buah kelapa bersepah-sepah, airnya senang nak dapat..macam saya yang tinggal di rumah teres, mana nak cari air kelapa tua..ya tak..

Orang yang paling gembira balik kampung siapa lagi kalau tidak anak dara saya. Kawan ramai. Dia boleh tidak tidur sehari suntuk bermain, main dan bermain sehingga muka berkilat-kilat. Ini dia bersama kakak sepupunya Alin. Alin sudah darjah satu, tapi badannya kecil sangat. Sama besar dengan badan Qaisara. Bahkan kalau saya belikan baju Alin, saya akan ikut size Qaisara.

Ini dengan abang sepupunya Danish Hilman. Danish berusia 6 tahun. Kadangkala berpegang tangan, kadangkala berpeluk-peluk. Masa kecil-kecil bolehlah kan. Huh..part balik kampung memang seronok, nanti kalau nak balik semula ke Kajang. Cukup parah! Qaisara akan menjerit-jerit dalam perjalanan.
"Tak mau balik umi, tak mau balik...nak duduk kampung."
Huh..siapa nak menjaga dia kalau duduk di kampung. Tak ada siapa yang sanggup terutamanya pada waktu malam..dia akan bangun setiap dua jam atau 11/2 jam sekali..untuk minum susu. Sampai doktor pakar dah cadang macam-macam benda untuk dibuat. Bagi makan kenyang-kenyanglah sebelum tidur, masuk nestum dalam botol susu dialah itulah inilah..tapi Qaisara tetap Qaisara, dia tetap akan minum 4-5 botol susu sepanjang malam. dan yang parahnya...umi dialah!