Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, June 7, 2013

MELAWAT ISTANBUL

Bermula sahaja cuti sekolah pada 23hb yang lalu, tidak menyempat-yempat. Saya, suami, anak kesayangan saya dan sahabat saya Liza Bujang terbang ke Kampung halaman suami saya ke Turki.  Kami mula mula ke Istanbul terlebih dahulu. Walau saya tidak begitu gemar beada di Istanbul tetapi kerana Liza Bujang tidak pernah ke sana. Jadi kami singgah selama 2 hari sebelum bertolak ke Kayseri, kampung kelahiran suami.



Kebtulan Yasmin sahabat saya dan suami Amir mahu ke Italy tetapi mereka transit di Istanbul selama 10 jam, jadi kami ajak sekali beliau melawat Istanbul. Tempat Liza bujang dan Yasmin dan suami berdiri ituadalah dataran Taksim. Tempat di mana berlangsungnya bantahan rakyat Turki baru-baru ini. Bantahan dilakukan kerana di situ akan dibina masjid dan ada beberapa pihak pembangkang tidak bersetuju dengan alasan pokok akan ditebang. 


Sementara menunggu yang lain pergi ke Blue Mosque Teta sempat berposing..

Liza Bujang sibuk mengambil gambar bunga ha ha ha..

Tong sampah yang menarik perhatian Qaisara.

Di hadapan Aya sofea, belum sempat bersedia suami dah ambil gambar saya.

Kepenatan lepas bershopping di grand bazzar..




Kasut yang banyak di jual di Istanbul. Sanggup pakai? Ha ha ha

Seperti biasa bunga adalah kegemaran saya..


Wednesday, April 17, 2013

QAISARA BERTANYA MENGENAI RASUAH...

Qaisara bersama abang sepupunya Danish


Setiap hari saya menghantar Qaisara ke sekolah lebih kurang 30 kilometer pergi balik. Sudah pasti banyak yang kami bualkan. Semalam Qaisara bertanya saya...

"Umi apa itu rasuah?"
"Rasuah itu memberi sesuatu untuk mendapatkan ganjaran."
"Apa umi? Teta tak faham..ganjaran tu apa?"
Umi garu kepala, toleh pada Qaisara yang mukanya sangat serius.
"Okay sayang, contohnya beginilah. Ada 10 orang minta kerja, tiba-tiba ada seorang beritahu pada orang yang temuduga dia. Awak bagi saya kerja, saya bagi awak seribu.."
"Hahh?""
Mata Qaisara terbeliak. Syukur dia tidak bertanya saya apa itu temuduga. Mungkin dia faham.
"Yeap dan orang itu dapat kerja, sebab dia sogok orang yang temuduga dia dengan duit. Duit yang diberi duit rasuah.."
"Habis yang 9 tu tak dapatlah?"
"Tak dapatlah sayang, sebab yang lain tu tak bagi duit. Walau kelulusan mereka lebih bagus daripada yang bagi duit itu, . Tetapi tak dapat, sebab tak rasuah.? Rasuah ini mematikan peluang orang lain, kalau asyik rasuahnya boleh merosakkan negara. Nak kerja, bagi rasuah, buat jahat bagi rasuah untuk lepaskan diri.."
"Hesy hesy teruknya..teruknya.."
Beberapa kali Qaisara mengelengkan kepalanya.
"Rasuah tak baik dalam islamkan umi?"
Beberapa minit kemudian Qaisara bertanya..
"Bukan tak baik haram. Ini mematikan peluang orang lain..."
"Tak adilkan umi?"
"Yeap sangat tidak adil sayang..."
"Jahat ya orang yang bagi rasuah tu. Hessy..teruk betul.."
Beberapa kali mulut Qaisara berdecit seperti marah. Tidak tahu kenapa dia bertanyakan saya mengenai rasuah tetapi saya gembira dia memahami apa itu rasuah...







Sunday, March 24, 2013

ALLAH MARAH

Ini kejadian yang berlaku berhampiran rumah saya dan Unit Amal membantu  melegakan kesesakan lalulintas dengan memotong pohon yang tumbang.

Aduh lama sungguhlah tak update blog. Seperti sudah dilupakan pula. Mungkin terlalu banyak berada di Facebook inilah jadinya.
Minggu ini Kajang ditimpa hujan lebat. Banyak pokok tumbang dan jalan di hadapan rumah saya sesak teruk kerana ada pokok besar berhampiran dengan penjara kajang banyak yang tumbang dan patah.
"Umi kena petir kuat sangat?"
Tanya Qaisara ketakutan.
"Hmm..mungkin ini peringatan dari ALLAH yang menurunkan ribut petir supaya kita beringat?"
"Maksud umi macam mana?"
"Yelah mungkin kita lupa apa yang ALLAH suruh buat, kita langgar apa yang ALLAH larang."
"Wah petir kuat, ribut, pokok tumbang tu tanda ALLAH marah umi?"
"Yeap mungkin juga sayang.."
"Ya ALLAH umi, dahysat ya ALLAH marah. Hessy takut Teta. Seram Tetalah dan Teta tak mahu buat ALLAH marahlah."
Balas Qaisara sambil beberapa kali mengelengkan kepalanya.
'Kalau begitu, Qaisara kena selalu solat, jangan marah bibik. Dengar cakap baba, umi, cikgu..."
"Insya-ALLAH umi, Insya-ALLAH Teta janji"
Budak-budakkan, kadangkala janji dia lupa tetapi Alhamdulilah setakat ini solatnya dia jaga, jarang ditinggalkan.




Friday, February 15, 2013

LAWATAN KE HOSPITAL SERDANG

Pada 14 Feb 2013 saya bersama rakan penulis saya John Norhafizan bersama dengan kawan-kawannya dari JPA Intan, Laskar Wizurai telah membuat lawatan ke wad kanak-kanak hospital sedarng. Tujuan utama kami ingin melawat Sekolah dalam hospital, tetapi memandangkan  sekolah masih bercuti kami membuat lawatan ke wad kanak-kanak. Memberi sedikit barangan dan juga makanan berupa KFC tajaan rakan-rakan yang baik hati.

Semoga cepat sembuh ya sayang!

Saya di hadapan sekolah yang masih bercuti bersama kakak saya Mijah.

Mengedarkan belon kecil untuk anak-anak ini.

Adik ini dimasukkan ke hospital kerana demam panas.

Badut yang dapat mengembirakan hati pesakit. Melihat pesakit riang hati kami pun senang..

Kecil lagi sudah dimasukkan ke hospital


Kasihan melihat anak kecil yang dimasukkan ke hospitalkan..

Ini Adam, Adam sebenarnya berbangsa cina tetapi saking lamanya dia berada di hospital. Jururawat memanggilnya Adam. Adam sudah berada di hospital ini sejak Jun 2011 kerana mengalami sakit paru paru yang kronik. Saya berdoa supaya Adam diberi kesembuhan. DI hospital ini Adam diajar oleh guru seperti di sekolah di dalam biliknya. Inilah istimewanya hospital Serdang.

"Nak belon!" Adik comel ini gembira menerima belon daripada Badut.

Ini John norhafizan, penulis novel dan juga wakil dari JPA Intan

Hadiah kecil tetapi mengembirakan anak--anak.

Adik ini dimasukkan ke hospital kerana kakinya tersepit di dalam motorsikal yang dipandu oleh kawannya.

Semoga cepat sembuh ya sayang!

Anak kecil ini baru pandai berjalan sudah patah kakinya. Dia menangis apabila melihat badut. Comel sangat dan kami berdoa supaya kakinya cepat sembuh!

Sessi bercerita oleh abang Syawal. Orang Malas Perut Lapar, tajuk cerita abang Syawal.



Sambutan hari lahir juga diadakan selepas persembahan daripada Badut.

Khusyuk kakak saya Mijah mendengar abang Syawal bercerita.

Bersama pegawai perhubungan awam Hospital Serdang, Puan Linda.

Bergambar beramai-ramai bersama ketua jururawata, pegawai perhubungan awam dan juga kumpular Laskar Wizurai. 
Insya-ALLAH jika diizinkan Allah kami teringin kembali semula melakukan sesuatu untuk anak-anak di sini.



HANYA SEEKOR NYAMUK..


Pagi tadi saya mengejutkan suami bersolat subuh. Terkuap-kuap dia bangun. Saya tanya kenapa. Kata dia nanti dia cerita. Selepas bersolat subuh dia memberitahu.
"I turun pergi minum air dalam pukul 2, ingat nak masuk tidur. Di dapur I jumpa 2 ekor nyamuk berkeliaran sana sini.. Geram sungguh I.."
Begitu beria-ia suami bercerita.
"Kemudian apa terjadi?"
"I semburlah. Tetapi I tak jumpa pula nyamuk yang mati dan I pergi ruang tamu, tengok di ruang tamu ada nyamuk juga.  I sembur lagi. I kemudian naik atas, hati tak senanglah sebab teringatkan nyamuk-nyamuk ini. Karang kalau tak jumpa nyamuk tu dia masuk bilik Qaisara, habis digigitnya anak kita.."
Saya sudah tergelak. Selalu saya beritahu suami antara nyamuk dengan dia siapa yang besar. Dia akan jawab nyamuk..
"Bila nak tidur teringat lagi nyamuk, teringat lagi Qaisara, I masuk bilik tengok Qaisara. I turun bawak cari lagi nyamuk. Kemudian naik semula, baring dekat Qaisara. Baring sahaja tunggu kalau-kalau nyamuk datang. Penghabisan pukul 4 baru I tidur.."
Ha ha aduh inilah bila sudah berusia tetapi masih beranak kecil jadi sayangnya terlampau. Sampai nyamuk seekor dua pun jadi igauan!


Thursday, January 17, 2013

KAMI DAPAT BUNGA!

Qaisara demam. Sudah dua hari dia demam. Suami pula ke Kelantan. Pagi suami ke Kelantan petang itu balik dari sekolah, Qaisara sudah demam. Mungkin sebab cuaca mungkin juga berjangkit dengan kawan-kawannya yang memang ada yang demam di dalam kelas.


Saya kalau anak demam, risau hati saya. Lebih-lebih lagi kalau tengok tak berdaya begini.

Malam bila suami menelefon dan bertanya khabar 'baby'nya saya beritahu yang Qaisara demam. terperanjat sangatlah dia. Cadangan mahu beberapa hari di Kelantan ditukar. Esok suami mengambil keputusan balik segera. Teringat kata doktor yang biasa merawat Qaisara. "
She is papa darling, same as my daughter.Kalau anak nak apa-apa waktu malam. Suami I boleh meluru keluar pergi beli. Hujan tak hujan beli."
(Doktor tersebut anak seorang dan berkahwin dengan warga asing juga seperti saya).

Semalam bawa ke klinik. Dapat 3 hari mc dan doktor suruh saya letak ubat punggung. Qaisara meraunglah dia memag tidak suka ubat punggung. Doktor ini pula rajin bercerita, nampak muka saya dan pembantu saya Suraya. Laju sahaja dia bercerita. Saya nak celah pun kadangkala tak tahu mana nak dicelah. Ha ha..
 Masa doktor bercerita dengan kami, muka Qaisara monyok sahaja. Macam-macam doktor tu bercerita dari parking kereta,  cucuk botox, buang lemak dan sebagainya.
Bila keluar dan masuk kereta. Qaisara bersuara.
'Kelakar doktor tu ya umi, bawak kereta dekat highway laju tetapi parking selalu senget, tak reti parking."
Aikkk..dalam sakit-sakit dia masih mendengar. Ha ha ha..



Bercerita semula perihal suami. Saya ingat dia bermalam satu hari  lagi di Kelantan, rupa-rupanya pukul 9 lebih sudah berada depan rumah.  Dia belikan anaknya bunga ini.  Budak-budak mana minat bunga. Qaisara hanya menjeling sahajalah..


Saya pula dapat yang ini. Hairan sungguh saya. Suka sangat suami saya belikan bunga ini untuk saya. Kata dia tahan lama dan cantik. Ha ha ha dia beli ikut selera dia rupanya...



Buah tampoi ini dibelinya untuk Qaisara . Tetapi yang makan saya..

Bila saya tercium bau buah durian ini saya menjerit. Saya beritahu dia Qaisara demam, kasihan Qaisara kalau tengok buah durian ini. Tapi kata dia buah ini untuk saya.
Ha ha boleh percayakah? Pasti yang saya tahu yang makan buah ini nanti suami sayalah gamaknya...


Tuesday, January 15, 2013

SAMBUTAN HARI JADI QAISARA

Pada 12hb Jan yang lalu adalah hari kelahiran Qaisara. Pada mulanya malas mahu menyambut disebabkan saya agak kelam kambut sedikit dengan pendaftaran sekolah Qaisara, menunggu dan mengendapkan dia di sekolah. Ha ha. Namun idea ini muncul di saat akhir sebelum tiba  hari ulang tahun kelahiran Qaisara. Akhirnya beberapa hari sebelum hari jadi Qaisara saya memutuskan untuk menyambut hari jadi Qaisara di A Farmosa Melaka.. Menyewa sebuah banglo 5 bilik dengan kolam renang.

Klip yang dibuat oleh pembantu saya Suraya Yacob untuk Qaisara. Mereka berdua memang rapat dan selalu bergaduh.. Bergaduh, baik dah macam budak-budak!


Qaisara kalau ke mana-mana tidak dengan geng-geng dia memang tak sah! Awal-awal lagi suami sudah mengambil kawan-kawan Qaisara ini. Danish, Alin dan Balqish. 

Sambutan hari jadi jadi bersama Kairina. Qaisara menyambut hari jadi pada 12hb Jan dan Kairina 15hb Jan. Ada cerita tersendiri bagaimana Kairina lahir..ha ha

Anak-anak paling gembira jika ada majlis seperti ini. Qaisara siap bawa bantal wanginya (sebab bantal ini sentiasa dicuci)

Menu hari itu, satay, cupcakes, spaghetti meatball, nasi himpit, rendang, sambal udang, ayam bakar, kentang bakar, salad, karipap..Ingat tak banyak rupanya tak habis-habis walau dimakan berkali-kali.

Anak-anak sentiasa berada di dalam kolam renang. Bergaduh, berebut pelampung, bermain, baik semula. Itulah dunia anak-anak

Zuhair anak buah saya yang sangat sukakan bola..


Malam-malam pun masih berkubang dalam kolam. Ha ha budak-budakkan...

Sessi membuka hadiah, hadiah Karina sebenarnya tetapi orang lain yang teruja.

Makan, makan dan makan..
Antara adik beradik yang hadir..

Adik saya ustaz Khairul dan anaknya Afif..geram dengan Afif yang asyik berjalan sahaja..

Walau banyak kekurangannya kerana dibuat dalam keadaan tergesa-gesa, ada yang terpaksa tidur di ruang tamu. tapi paling penting saya lihat anak-anak sangat gembira Saya berharap majlis ini akan dapat dibuat dengan lebih sempurna dari masa akan datang. Insya-ALLAH

Balik dari A Farmosa Danish demam satu hari. Mana tidaknya, tidak makan, tidak isi perut lagi sudah berenang dalam kolam dan tidak berhenti-henti. Alhamdulilah setakat ini Qaisara sihat..