Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, July 10, 2012

MENGADU DOMBA



Apa makna status, adakah dituju pada sesiapa.
Hairan saya sejak hari minggu saya sangat sibuk. Hari Sabtu Qaisara sukan. Hari minggu  saya ke Batu Pahat melawat Ojan. Anak teruna saya tu makin handsome saya tengok. ha ha ha..
Kami lalu Ayer Hitam, teringat dahulu Ayer Hitam tempat syurga membeli belah untuk majlis perkahwinan. Yelah..adik saya akan berkahwin tidak lama lagi. Jadi entah macam mana tercetuslah idea status seperti diatas.

Jumpa Ojan di UTHM Batu Pahat bawa mangkuk tingkat. Ha ha ha

Hari isnin pula sibuk dengan pest control yang membuat pencegahan anai-anai di rumah Melaka. Petang saya bawa anak-anak ke Jusco bermain. Buat status pun melalui tab sahaja tak ada masa nak selongkar orang punya wall bagai.
Tiba-tiba hari ini suami yang berada di Johor menelefon.
"You ada buat status perkahwinankah?"
"Ada kenapa?"
"Delete please, delete.."
Saya terpinga-pinga kenapa saya harus delete status tersebut. Status itu adalah status menasihati. Bahkan ada beberapa inbox yang saya terima sebelum ini dari adik-adik pembaca bertanya. Boleh tak mereka berkahwin dengan membuat pinjaman. Biasanya saya menasihati jangan. Jangan mulakan perkahwinan dengan duit riba. Buatlah kenduri ala kadar asalkan permulaan perkahwinan itu diberkati.
"Kenapa?"
"Ada kawan I telefon beritahu yang awak sindir mereka?"
Argh! Saya menjerit kuat. Saya sindir mereka?.
Sebenarnya saya tahu ada satu majlis perkahwinan orang Turki sebab pagi Ahad itu suami menyuruh saya membungkus hadiah untuk kawannya dan dikirim pada kawan lain melalui kawannya yang pergi.
"Awak ada sebutkan nama mereka?"
"Astaghfiruallah mana adanya.."
Balas saya cepat. Suami yang mula tadi agak keras suaranya mula mengendur.
Lama saya berfikir, selama ini memang suami tidak suka saya berjumpa dengan kawan-kawan dan isteri mereka.
Saya sendiri pun tidak begitu suka. Baru berjumpa mereka akan bercakap dan memburukan suami sendiri. Pening kepala saya.
Bagi saya apa sahaja kebaikan suami saya akan beritahu dan kekurangannya saya akan simpan.
Jadi bila saya dituduh menyindir mereka saya sangat marah.
Siapa mereka mahu menuduh saya?
Adakah saya kenal mereka?
Saya tidak pernah berjumpa, tidak pergi ke majlis tersebut.
Akhirnya hari selasa hari ini saya periksa sana sini saya dan saya teliti.
Saya tahu siapa orang yang menjadi dalangnya.
Manusia yang bermanis mulut (hati hati dengan manusia ini di FB)
Tetapi biarlahlah dia, moga sisa-sisa hari yang tinggal sebelum dia dijemput oleh ALLAH, dia sempat bertaubat dari mengadu domba.
Pada kawan yang menyampaikan pada suami juga terima kasih, selamat menyambut Ramadhan dan muhasabahlah diri kita supaya menjadi manusia yang lebih baik . AMIN.








Thursday, July 5, 2012

KENA DENDA


Balik sekolah Qaisara rancak bercerita.
"Umi umi tadi Teta kena denda.."
Tanpa rasa bersalah Qaisara memberitahu.
"Arghh? Kena denda cam mana?"
Qaisara lalu menunjukkan bagaimana dia didenda. Jari dia pegang telinga kawannya, kawannya memegang telinga dia dan mereka dipaksa berdiri sebelah kaki.
"Hesy..ada cikgu denda anak umi sampai macam tu sekali. Tak boleh jadi ni. Umi nak jumpa cikgu.."
Saya pura-pura marah. Qaisara mengeleng kepala dan kemudian jari telunjuknya digoyangkan.
"Sudah sudah jangan nak marah cikgu, Teta yang salah..cikgu dah cakap siapa bising dalam kelas kena denda. Cikgu dendalah..salah Teta, bukan salah cikgu pun.."
"Habis umi tak boleh jumpa cikgulah?"
"Dah jangan nak mengada-gada jumpa cikgu.."
Marah Qaisara. Ha ha..Alhamdulilah Qaisara sedar kesilapan dirinya tetapi hairannya dia tanpa rasa bersalah bercerita dengan saya, dia didenda dan beritahu kenapa dia didenda. Kalau saya dahulu kena denda, haram saya akan beritahu, saya simpan sampai ke tua. Ha ha ha

Wednesday, July 4, 2012

PROGRAM BERTADARUS BERSAMA ANAK ULU SEMERA



Tidak lama lagi ramadhan akan menjelang. Sayang jika dibiarkan ramadhan berlalu tanpa aktiviti yang bermanfaat. Kali ini mengambil inspirasi dari tulisan saya sendiri dari novel sejam RM2.50 saya bersama kawan saya Liza Bujang dan bersama beberapa AJK surau Darul Ikhlas di Ulu Semera Sarawak, mengadakan projek bertadarus bersama anak-anak dan penduduk Ulu Semera. Kami memerlukan bantuan pembaca semua, menyumbang sedikit sumbang berbentuk wang ringgit untuk membeli.
1. Al-Quran dan Rehal
2. Bantuan kepada surau kerana baru-baru ini surau mengalami banjir, hanya beberapa naskah al quran sahaja dapat diselamatkan. Beberapa perabot telah rosak teruk.
3.Sedikit sagu hati dan barangan akan diberi pada setiap perserta di pagi raya.
4 Sedikit sagu hati kepada AJK surau yang memantau tadarus itu dijalankan.

Surau Darul Ikhlas..

Sebahagian daripada anak-anak yang akan mengambil bahagian dan AJK surau yang akan memantau tadarus ini dijalankan.


Email kami di nbkara@yahoo.com atau di elleezb@yahoo.com atau masukkan ke dalam akaun  Maybank Norhayati Berahim 164267408855. Jika sudah dimasukkan tolong beritahu supaya kami dapat merekodnya.
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KASIRA




Saturday, June 23, 2012

MENJAGA ALAM SEKITAR

Semalam balik dari padang permainan depan rumah, mak cik Teta bising. Kata dia, sampah dah banyak dekat padang.  Pagi-pagi ini dia bangun , dia ajak ke taman. Katanya.."jom umi kita bergotong royong"

Memang sebagai penduduk yang rumahnya di hadapan taman, kami sangat mengambil berat hal ini. Biasanya kalau tidak keluarga saya, keluarga uncle Jimmy jiran sebelah saya akan melakukan pembersihan dan seorang lagi jiran di belakang rumah.

Gaya mak cik Teta menyapu..


Bibik dan adik saya Nurul juga turut membantu.

Nahh...dah cantik dan bersihkan. Kadangkala ketika membersihkan kami jumpa t-shirt, stokin dan beberapa barang anak-anak yang sudah berlumpur dan kotor. Hairan juga anak-anak ini, emak mereka tidak bertanyakah di mana t shirt yang dipakai? Rasanya di sini rata-rata mengharapkan pembantu rumah jadi kehilangan barang anak-anak yang bermain di sini tidak dipedulikan.

Sekarang bersih dan kemas. Alhamdulilah.


Monday, June 11, 2012

KAHWIN LEBIH? SANGGUPKAH...


Ini cerita lama. Cerita semasa kami merancang membawa Liza Bujang bercuti ke Cameron Highlands.
"Berapa hari nak pergi honey? Kita tinggal di mana?"
Rasanya sudah berkali-kali saya beritahu suami, rancangan saya tetapi biasalah si suami ini bukan ambil peduli sangat. Bahkan esok nak pergi pun harus diingatkan lagi..he he he
"Awak nikan dah berapa kali saya cakap tak fokus. Asyik saya dok mengulang. Agaknya kalau awak banyak isteri, macam mana agaknya ya?"
Suami terdiam sambil tersengeh-sengeh. Lama dia berjeda sebelum menjawab.
"Penat agaknya lelaki beristeri lebih dari satukan honey. Cuba bayangkan, hari ini rumah si A, dia mesti bercerita masakan nak diam sahaja. Esok ke rumah B, dia cerita tetapi mesti cerita yang berlainan daripada si A.  Keluarga A dan B mesti berlainan. Kena menghafal nama ahli keluarga satu perkara lain pula"
"Tahu pun awak.."
Sela saya. Tersenyum-senyum. Gembira hati seorang isteri melihat suami berfikiran lain daripada lelaki yang ada di luar sana.
"Hmm....kadangkala mesti tersilap, ingat dia dah cerita pada isteri pertama tetapi dia cerita pada isteri ke dua. Bila isteri pertama tanya, dia cakap sayakan dah cerita? Padahal dia tidak pernah bercerita pun dengan isteri pertama, dia tersilap yang dia cerita pada isteri kedua. Boleh bergaduh jadinya.."
Suami membuat kesimpulan.
"Memang betul pun, sebab itu kadangkala beristeri lebih ini boleh mencetuskan perbalahan yang berat dan besar, sedangkan isunya hanya kecil sahaja. Yelah, dah salah fahamkan. Itu belum lagi dalam bab nafkah. Terlebih bagi sana, sini kecil hati.."
Balas saya.
"Huh..penat kalau beristeri lebih, penat tenaga lagi penat otak nak fikir lagi. Apa susahkan diri nak kahwin banyak-banyak. Dapat seorang macam awak ni tak terjaga nak kahwin, dua, tiga..tak payahlah.."
Ha ha ha Ameen, ameen.


Thursday, May 31, 2012

SEDIH..



Sudah berapa minggu Qaisara tak suka ke kelas pianonya. Macam-macam alasan diberi kepada saya dan saya tahu gurunya kurang mesra dan suka marah-marah. Setiap kali saya pergi saya akan lihat kelakuan guru tersebut dan pagi tadi ketika saya sedang berbaring dengan Qaisara, Qaisara bercerita.
"Umi, umi marah tak kalau Teta cerita?"
"Cerita apa sayang?"
"Cikgu kelas piano itu selalu cucuk  tanganTeta dengan pen.."
Ya ALLAH saya mahu sahaja menjerit.
"Sakit ke tak?"
"Sakit juga ada satu kali tu Teta rasa nak menangis tapi Teta malulah umi."
Aduh dada saya rasa tersentap. Saya tak pernah cucuk anak saya dengan pen, kenapa guru ini melakukannya.
"Nanti umi jumpa dia. Umi nak tanya.."
"Tak apalah umi, tak payahlah. Selasa lepas dia tak marah Teta pun. Dia okay. Jangan marah dialah..."
Qaisara menegah, tapi hati saya tidak sedap. Air mata saya meleleh tanpa dikesan oleh Qaisara. Saya hantar anak saya belajar untuk suka-suka, kalau dia tidak pandai ajarlah. Tetapi tidak perlu mendera anak saya. Saya rasa saya perlu berjumpa dengan guru tersebut untuk meminta penjelasan tetapi saya harus menghormati perasaan Qaisara juga. Saya harus mendapat kebenaran dari anak kecil saya dan saya akan yakinkan Qaisara, berjumpa dengan gurunya bukan bermakna saya mahu bergaduh tetapi saya mengambil berat perihal anak saya.


Wednesday, May 23, 2012

KOLEKSI RESIPI 6 SAHABAT

Buku resipi 6 sahabat yang baru diterbitkan oleh NB Kara. Harga RM15.90.
Bayaran boleh dibuat melalui.
Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Alliance bank account NBkara 120340010015114
Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atauadmin@nbkara.com.my dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli
atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada
D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Komen dari pembaca yang telah mencuba.



Mencuba resepi d,~~Rendang Dendeng Lop Cho ~KUSYI HIRDAN,~~Ikan Bilis Tumbuk~KHAMISAH MOHD NAZRI,~dan pemanis mulut Marjemic dri NORHAYATI BERAHIM~~senang ringkas dan sedap...cuba lah.semuanya dri buku resepi 6 sahabat. komen Halimah Awang.


Hari ini mencuba resipi Khamisah Mohd Nazri dalam buku RESIPI 6 SAHABAT Norhayati Berahim iaitu Ikan Bilis Tumbuk. Kham suruh saya goreng sampai garing, saya pula terlebih garingnya. Walau bagaimanapun sejujurnya saya akui , ia sangat sedap. Orang yang berdiet tak boleh makan sambal ini sebab nanti nasi bertambah-tambah...hahaha.
Komen Liza Bujang.



Saturday, May 19, 2012

BAJU INI MASIH BOLEH DIPAKAI.

Entah mengapa pagi-pagi tadi saya bercerita dengan Ojan dan juga staff saya Suraya, kisah zaman dahulu ketika saya ambil ujian memandu. Saya dahulu sedikit terbabas ketika membuat ujian tiga penjuru. Tetapi disebabkan mulut saya ramah dengan pemeriksa dan saya layan dia berbual masa ujian memandu. Saya dapat markah tinggi dalam ujian memandu dan saya diluluskan. Oh .....itu ketika saya mengambil ujian memandu di Melaka. Pengajarnya sangat bagus, mengajar dengan teliti dan sangat mudah difahami. Sebelum itu saya ambil lesen ketika berada di Ampang. Saya tak lulus side parking dan saya tidak faham apa yang diajar.
Sampai sekarang, suruhlah saya naik tempat tinggi masuk hutan dengan kereta, jalan mana teruk sekali pun saya tak kisah tapi suruh saya buat side parking entah boleh ke tidak. Ha ha ha ha

Percaya tak ini baju yang saya pakai ketika ujian memandu di Melaka tu. (Lebih 15 tahun lalu) Gambar ini saya cilok dari FB Balqis, macam dia tahu sahaja saya nak cilok dia letak watermark. Ha ha ha..


Thursday, May 17, 2012

KEMPEN WATER

Kempen WATER.

Assalamuailaikum, saya wakil dari grup Ukwah mulai hari ini mahu memulakan kempen mengutip derma yang diberi nama WATER, iaitu kempen Wakaf Teratak Rahmat. Seperti yang pembaca semua maklum, saya dan rakan-rakan grup ukwah sudah dua kali melawat rumah Teratak Rahmat yang terletak di Mata Ayer , Kangar Perlis. Penghuni Teratak Rahmat memerlukan bantuan pembaca semua bagi mendapat kehidupan yang lebih sempurna.
.1. Mendapatkan kelulusan Jabatan Bomba memerlukan pengubahsuaian anti kebakaran berjumlah RM60,000
2. Sistem pendawaian elektrik dan paipan yang baharu berjumlah RM40,000
3. Pengubahsuaian bangunan tempat anak-anak Teratak Rahmat berlindung, seperti kantin, bilik air dan sebagainya memerlukan RM60,00
Wakaf tunai dlm bentuk wang ringgit
Wakaf persegi iaitu 1 kaki RM50. (3200kps)
Masukkan sumbangan anda ke akaun Bank Muamalat 0901-0019362-72-9.  Cek tulis atas nama TERATAK RAHMAT.
Blog: teratakrahmat.blogspot.com
No tel: 019-4776482/0111-4223141
E-mail: teratakrahmat@gmail.com


Monday, May 14, 2012

DIA MARAH KITA?

 Sebenarnya ketika hari ibu saya dan Qaisara berbalah. Perbalahan kecil anak dan ibu. Saya memang suka menyakat dan natijahnya Qaisara memberitahu saya.
"Teta tak mahu kawan umi.."
"Tak mahu kawan, lagi baiklah. Senang hidup umi, tak payah belikan Teta mainan. Tak payah bawak Teta pergi jalan-jalan paling penting tak payah bangun buatkan susu Teta.."
Teta meradang mendengar kata-kata saya. Dia marah-marahkan saya dan saya ketawakan dia.
Bibik selalu marah saya. Kata bibik umi ini macam budak-budak. Tidak mahu beralah.
"Umi.."
"Apa dia.."
"Kenapa umi tak mahu kawan Teta.."
"Aik bukakah Teta yang cakap tadi tak mahu kawan umi.."
Terkebil-kebil mata Teta dan tidak lama kemudian saya tengok dia mengambil sekeping kertas dan melukis sesuatu di kertas tersebut.
Selepas itu perlahan sahaja suaranya datang kepada saya dan mengendeng saya.
"Sorry umi.."
Qaisara peluk saya dan saya balas. Dia mencium saya dan saya balas juga.
Kemudian Teta menghulurkan kad ini.
-
-
-
-

-
-

-
-
-
-
-

Ha ha ha budak kecik ni, kita sepatutnya marah dia..dia marah kita. Ha ha ha