Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, July 15, 2011

SIAPA YANG DUNGU?

Pagi 9 July saya berdiri di hadapan pintu pagar rumah jiran cina saya. Kami berbual buat seketika dan riuh anjingnya yang comel juga menegur saya. Anjing itu sering membuat saya geli hati. Kalau kawan-kawan saya datang. Sibuk dia menjenguk dari celah pintu dan mulutnya bising seolah-olah bertanya khabar. Saya sudah biasa dengan keadaan bising tersebut tetapi kadangkala bersyukur, dengan adanya anjing tersebut kalau saya tidak ada di rumah sekurang-kurangnya dia boleh menjaga rumah saya.
Hari itu kebetulan saya mahu ke rumah Aween di Sungai Buluh. Aween ada buat majlis makan-makan. 
"Nanti jemuran kalau tak kering suruh mamilah angkat ya.."
Bibik memberitahu saya.
"Mami ada rumahkah?"
"Ada kot tapi masa saya di dapur dia ada." balas bibik.
Ya..mami pula jiran belakang rumah saya. Kalau kami keluar, hujan turun dia ada di rumah  bergesa dia mengangkat jemuran saya. Bahkan kalau lama saya tidak memasak rendang, mami akan beritahu saya. Dia teringin mahu makan rendang. Mami memang suka makan rendang cuma dia tidak tahu memasak sahaja.
"Mami..." saya dengar bibik menjerit di dapur.
"Ooooi....." saya mendengar mami menjawab separuh menjerit juga.
"Mami saya mahu keluar.."
"Hayooooo...lu dengan umi sama sahaja. Jalan, jalan jalan..."
Dengar mereka bergelak ketawa. Entah apa jugalah cerita mereka berdua. Tidak lama kemudian terdengar suara yang berdua sudah jadi 3. Ini mesti nenek cina tidak jauh dari rumah mami datang bercerita pula. Nenek ini memang suka datang rumah saya melihat pokok bunga. Kadangkala kami bergaduh pokok bunnga siapa yang paling cantik. Dia memang tidak pernah mengalah, madang mengatakan pokok bunga dia yang tercantik. Ha ha ha ha
Ya inilah kehidupan biasa saya, saya berjiran dengan ramai jiran Cina dan India. Kadangkala jiran India tidak jauh dari rumah meminta daun kari dan kunyit saya. Walau hidup di bandar perpaduan kaum ini tetap kekal dan mesra.
Sebab itu bila beberapa organisasi media melaporkan Ibrahim Ali sebagai berkata orang Cina perlu tinggal di rumah ketika protes Bersih dan simpan bekalan makanan. Saya sangat marah. Kenapa kenyataan itu harus keluar dari mulut seorang pemimpin? Pemimpin apakah ini yang cuba memecah belahkan kaum sedangkan perhimpunan tersebut bukan perhimpuna Melayu mahu membunuh Cina dan begitu sebaliknya.. 
Sebagai pemimpin bukankah tugasnya beliau mengajak rakyat bersatu padu. Tidak baca sirahkah beliau, di mana Rasullullah berjaya menyatukan kaum Madinah, Aus dan Khazraj sehingga menjadi satu kaum Ansar. Bersama kaum Ansar, kaum Muhajirin dan juga Yahudi yang terdiri daripada tiga puak semua hidup aman bersama. 
Zaman sekarang rupanya ramai pemimpin yang lebih dungu dari rakyat. Bagaimana pemimpin seperti ini dipilih saya benar-benar tidak mengerti atau kita yang dungu kerana tersilap memilih pemimpin seperti tu.....


Thursday, July 14, 2011

TAK ADALAH...

Dua minggu lepas saya jumpa seorang kawan saya. Dia tahu saya baru balik dari Eropah dan pantas sahaja dia bertanya dengan saya.
"Tie..kau beli LV tak?"
"Tak.."
Saya tahu kawan saya ni peminat LV dan dia sangat sukakan barangan yang ada jenama. Dari kereta sampailah kasut dan beg tangan. Saya pula jenis yang asalkan ada sudah. Beg guni kalau cantik saya bawak juga. Saya lebih suka abiskan duit dengan berjalan. Yelah masing-masing punya cita rasa.
"Hesy sayanglah.."
"Apa sayangnya pula.."
"Kau ada pergi LV punya butik tak?"
"Ada.."
"Mahal tak dekat sana?"
"Entah bagi aku mahal. Beg duit harga 200euro mahallah bagi aku."
Ya tiap kali nampak LV saya masuk. Masuk sahajalah. Rasanya LV di Jerman paling murah.
"Weh murahlah tu. Baru RM900lah.."
Glup..murahkah? RM900. Ha ha ha..
"Abis kau beli apa kat sana?"
Saya sudah tersengeh-sengeh. Saya tahu mesti dia gelakkan saya.
"Beli beg juga tapi taklah mahal.."
"Mananya.."
"Ini dia.."
Seperti dijangka dia tergelak-gelak tengok beg saya ini. Ha ha..beg jugalahkan. Dari Italy. Boleh sumbat kain baju, boleh sumbat semua benda. Ha ha ha..
-
-

-

-

-

RM120...ha ha ha Pak Seyit pun suka. Ringan dan kain baju untuk travel, 4 hari 3 malam boleh dibawa bersama.




Wednesday, July 13, 2011

JANGAN DIBERATKAN..

Seorang teman mengadu halnya kepada saya beberapa hari yang lalu. Kata beliau, ayahnya seperti tidak sukakan anak-anaknya terutama dengan anak-anak perempuan.
"Tidak pernah sekali pun ayah aku mendukung anak aku Tie. Dengan anak perempuan langsung dia tidak bermain."
Hibanya suaranya. Memang, kalau difikirkan kedengaran agak aneh seorang datuk tidak pernah menyentuh cucu-cucunya. Manakan tidak, rata-rata datuk lebih sayangkan cucu dari anak. Kalau satu ketika dahulu anak jarang didukung atau disentuh. Bila terkena pada cucu. Sentiasa cucu dikepit dan dikeleknya. Kalau dahulu anak sentiasa ditengking herdik tetapi bila giliran cucu, kepala datuk dibuat main pun datuk tetap tersengeh lebar.
"Dia marah anak kaukah?"
"Tidaklah, dia tak pernah marah. Bila dia datang dia selalu belikan anak-anak aku mainan, bagi duit tapi hairan kenapa dia tak mahu dukung anak aku."
Saya teringatkan ayah saya. Seingat saya dia tidak pernah mendukung Qaisara sejak Qaisara lahir sehinggalah Qaisara besar ini. Tidak tahulah kalau saya terlepas pandang. Saya merasakan perkara itu bukan perkara luar biasa, memandangkan dia memang tidak pernah juga mendukung Balkish. Tetapi dia ada mendukung cucu-cucunya yang tinggal bersama dengannya. Mungkin kerana dia menjaga mereka dan tinggal serumah. Saya tidak berkecil hati pun.
Cuma seingat saya, ayah saya tidak pernah gagal memberi Qaisara duit bila Qaisara balik kampung. Kadang kala RM10, kadang kala RM20 dan saya masukkan ke dalam tabung Qaisara.
"Kadang kala bila sudah berumur ini, mereka hilang keyakinan. Mereka dah lupa bagaimana mahu mengangkat bayi,  aku pun walau baru lima tahun tak beranak kecil. Risau juga kalau nak mengangkat bayi. Karang patahkah badannya."
"Habis bagaimana dengan anak perempuan yang dia jarang ajak bergurau dan bermain?"
"Atuk tukan lelaki, kadang kala orang lelaki ini sedikit canggung mahu bermain dengan orang perempuan walaupun anak kecil. Mereka lebih memikirkan batas agama dan adat.." saya memberi alasan.
"Kau ni nak menyejukkan hati aku ya Tie.." Saya gelak dan dia gelak.
"Jangan beratkan perkara yang kecil. Ada orang tua tidak reti mahu melayan anak kecil, bahkan ada orang yang dah berkahwin pun tak pernah dukung anak sendiri. Asalkan dia baik dengan anak kau cukuplah.."
Saya pujuk kawan saya. Pagi ini apabila saya berada di halaman rumah, melihat pokok bunga yang mana harus dipotong dahannya yang mana harus ditanam semula dan dibuang. Saya melihat uncle sebelah rumah, mendukung cucunya. Saya menegur dan sempat mengagah cucunya. Dalam hati saya tidak dapat menyangkal, betapa..cucu ini sangat beruntung dapat merasa dakapan datuknya.


Monday, July 11, 2011

INSAN ISTIMEWA..

Gambar ini saya ambil dari FB.

Saya bukan mahu bercakap mengenai perhimpunan Bersih. Tidak. Saya mahu bercakap mengenai Pak Samad. Saya masih ingat pertama kali saya membaca buku Pak Samad, ketika itu usia saya dalam lingkungan 9-10 tahun. Buku pertama yang saya baca adalah Salina. Mengenai kemiskinan orang melayu zaman penjajah di Singapura. Kumpulan manusia yang sangat daif tinggal di pondok atau bangsal kalau tidak silap saya asalnya dari kandang kambing sehingga tempat itu diberi nama kampung Kambing (saya masih ingat ketika novel ini difilemkan bagaimana kampung ini terbakar).

Ketika saya membaca itu keluarga saya amat miskin. Saya meminjam buku tersebut dari perpustakaan di sekolah dan dengan gigih membacanya. Oh..saya terfikir ketika itu rupanya masih ada lagi orang yang susah dari kami. Paling kurang kami tidak perlu tinggal di dalam kandang tetapi ada rumah walau tidaklah begitu bagus.

Saya teringat bagaimana Salina banyak membantu Helmi seorang pelajar universiti. Salina walaupun seorang pelacur tetapi hati budinya memang baik. Ketika itu saya sebagai budak tidak sukakan Salina kerana tidak dapat mengimbangkan perkara dalam banyak sudut. Akal budak saya amat tidak sukakan Salina. Saya rasa apa yang ditulis oleh Pak Samad tidak kena. Salina pelacur tetapi tolong orang. (Ketika itu saya tahu pelacur adalah orang perempuan yang suka berjoget dengan orang lelaki he he he).

Namun apabila membaca balik apa yang ditulis oleh Pak Samad, saya tahu dia memperjuangkan sesuatu dalam tulisannya. Pembaca harus mengorek dan mengalinya. Ya..penulis yang baik akan menulis untuk menyampaikan sesuatu. Bukan penulisan yang membuat pembaca khayal dan syok sendiri.

Mogok seni beliau satu ketika dahulu baru saya dapat fahami ketika saya sudah menjadi penulis. Ya..penulis memang jarang mendapat tempat di Malaysia ini. Penulis bukan sahaja tidak dilayan dengan baik oleh pihak pemerintah tetapi dari pelbagai sudut, seperti pengedar yang suka menaburkan fitnah dan juga kedai buku yang banyak termakan hasutan pengedar buku yang jahat ini. (Tolong baca Bingkisan dari Hati). Namun saya yakin, kekuatan penulis timbul dari rangsangan dan dorongan pembaca.

Melihat gambar Pak Samad di atas, tahukah pembaca saya menangis. Walau dalam usia begini Pak Samad tidak berhenti berjuang. Mogok seni beliau tidak terhenti begitu sahaja. Beliau dalam usia begini masih sanggup turun ke jalanan demi memperjuangkan anak bangsa.

Oh saya sangat tersentuh. Pak Samad meminjamkan saya semangat dan saya tahu, sebagai penulis saya tidak akan berhenti menulis mengenai kebenaran...







Saturday, July 9, 2011

COVERAGE KEMBARA UKWAH DI HARIAN METRO


Friday, July 8, 2011

BERSEDEKAHLAH KALAU TAKUT MENJADI MISKIN






Ketika Siti Fatimah Az Zahra, Puteri Rasulullah SAW, sekaligus isteri kepada Sayidina Ali bin Abi Thalib sakit, ia ditanya oleh Sayidina Ali, 

” Wahai Fatimah, adakah engkau menginginkan sesuatu?”
“Wahai Suamiku, aku ingin buah delima”, Jawabnya.
Sayidina Ali termenung, sebab ia merasa tidak memiliki wang sedikitpun. Namun, ia segera berangkat dan berusaha untuk mencari wang satu dirham. Dengarnya Sayidina Ali mengambil upah menimba air dan mendapat satu dirham. Walaupun beliau menantu nabi, tetapi beliau seorang yang miskin. Tidak seperti sekarang, bila seseorang jadi pemimpin. Bukan sahaja pemimpin itu kaya, seluruh keluarga akan menjadi kaya raya. Tidak kiralah anak, cucu, saudara mara.
Berbalik pada Sayidina Ali sebentar tadi, maka akhirnya Sayidina Ali mendapatkan wang itu dan kemudian ia pergi ke pasar untuk membeli buah delima dan segera kembali pulang.
Namun di tengah perjalanan menuju rumahnya, tiba-tiba ia melihat seseorang pengemis yang diriwayat sebagai malaikat yang menyamar di tepi jalan, maka Sayidina Ali pun berhenti dan menghampirinya.
Lalu si miskin berkenaan meminta belas ehsan dr Saidina Ali bagi memberikan beliau makanan. Tanpa berfikir panjang, Saidina Ali memberi buah delima tadi kepada si miskin. Beliau reda walaupun Fatimah sangat teringinkan buat tersebut.
Sesampai di rumah ia menceritakan peristiwa itu kepada Isterinya, dan Siti Fatimah berkata kepadanya,
“Wahai Suamiku, kenapa engkau bersedih, demi Allah yang maha Perkasa dan Maha Agung, ketika engkau memberikan buah delima kepada orang tua itu, maka puaslah hatiku dan lenyaplah keinginanku pada buah delima itu.”
Mendengar kenyataan Isterinya itu Sayidina Ali merasa sangat gembira.
Tidak lama kemudian ALLAH mengutuskan Malaikat menghantar buah delima kepada Salam Al Farisi, supaya menghantar buah buah delima itu kepada  Sayidina Alia.
 “Siapakah tuan?”
Tanya Sayidina Ali apabila Salman mengetuk pintu rumah Sayidina Ali.
“Aku Salman Al Farisi,” Jawab orang yang mengetuk pintu itu.
Setelah pintu dibuka, Sayidina Ali melihat Salman membawa sebuah dulang tertutup, dan diletakkkan di depan Sayidina Ali, lalu Sayidina Ali bertanya,
“Dari manakah wadah ini wahai Salman ?”.
“Aku menghantarkannya untukmu dari Allah SWT melalui perantaraan Rasulullah SAW.” Jawabnya.
Setelah penutup wadah tersebut dibuka, terlihat di dalamnya ada Sembilan buah delima. Sayidina Ali terus berkata,
“Wahai Salman, jika ini memang untukku aku tidak akan menerimanya. Di dalam dulang ini hanya ada sembilan sahaja, seharusnya, pasti jumlahnya Sepuluh”.
Salman pun tertawa mendengarnya, sambil mengembalikan sebuah Delima yang  disorok di dalam poket bajunya seraya berkata,
“Wahai Ali, demi Allah, aku hanya sekadar menguji sejauh mana keyakinanmu terhadap firman Allah
 “Barangsiapa membuat satu amal kebaikan, maka pasti baginya sepuluh kali ganda amalnya ( balasannya )”. ( Al-An’am : 160 )

Thursday, July 7, 2011

CIUM



2-3 hari yang lepas bila telefon Balkish di kampung, dia bercerita bagaimana seorang kawan lelaki cuba mencium dia.
"Kawan Balkish tu cakap dia cintakan Balkish"
"Argh!"
Menjeritlah saya dengar. Kata kakak saya, dia sudah menjerit terlebih dahulu sebelum itu.
Semalam Qaisara pula bercerita. Bagaimana seorang kawan mencium dia dan bila kawan lelaki itu mahu menciumnya buat kali ke dua.
"Teta sepak dia umi.."
Saya kenal siapa yang mencium Qaisara. Anak lelaki itu memang baik dengan Qaisara kalau melambai selamat tinggal ketika pulang sekolah, saya tengok macam nak tercabut tangan kanak-kanak lelaki itu. Ha ha ha..
Hari ini saya pesan Qaisara, kalau budak lelaki itu mencium Qaisara lagi, jangan biarkan. Beritahu guru.
Memanglah kalau sekali imbas mendengar cerita anak-anal lelaki mencium kawannya, terdengar lucu. Tetapi bila difikirkan berkali-kali naik seram pula. Rasanya bukan ibu bapa yang punya anak perempuan sahaja harus mengingatkan anak-anaknya menjaga diri. Tetapi ibu bapa yang ada anak lelaki pun harus berpesan pada anak mereka.
"Jangan cium anak perempuan orang!"
Aduh..anak-anak sekarang makin advance, kan!

Wednesday, July 6, 2011

TAK PENATKAH UMI?


Setiap pagi sebelum pergi sekolah saya akan peluk dan cium Qaisara, lama. Pipi kiri, pipi kanan, kepala, cium lagi pipi. Ha ha ha. Dan saya akan cakap begini.
"Ya ALLAH tuhanku terima kasih Ya ALLAH sebab bagi anak yang comel, anak yang baik, anak yang sihat pada umi."
Qaisara akan ketawa sambil memeluk saya dan mencium pipi saya.
"Qaisara belajar betul-betul, jadi anak murid yang baik, jangan gaduh dengan kawan, dengar cakap cikgu tau. Ya ALLAH ya tuhanku terima kasih ya ALLAH."
Cium lagi, pipi kiri, pipi kanan, kepala.
"Qaisara jadi anak yang baik tau, dengar cakap cikgu, jangan gaduh dengan kawan tau.."
Biasanya Qaisara akan peluk dan cium saya lagi tetapi hari ini, dia mendongak dan pandang muka saya sambil berkata.
"Umi, umi tak penat ke, cakap benda yang sama hari-hari.."
Ha ha ha bertuah punya anak!

Tuesday, July 5, 2011

EMAK DAHULU DAN SEKARANG

Masa dalam perjalanan dari Paris ke Jerman, suami minta pinjam snow cap Qaisara kerana kepalanya sejuk. Yelah suami bukan banyak rambut pun. Ha ha..
Suami bercerita, masa kecil-kecil dahulu dia masih ingat lagi snow cap dia yang berwarna merah putih.
Dikait oleh arwah emaknya sendiri.
Dia bercerita dengan snow cap itu dia ke mana-mana, menaiki lori, tidur, bermain dan sebagainya.
Saya juga bercerita mengenai arwah emak saya yang membuatkan saya baju tanpa lengan yang dikait.
Baju itu berwarna hijau tetapi saya jarang memakainya mungkin kerana panas. Yelah..benang bulu mana sesuai cuaca di Malaysia.
"Mak dulu-dulu memang buat semua perkara, menjahit, memasak sendiri. Mak sekarang, apa yang dibuatnya? Chat dengan kawan di FB.."
Usik suami saya sambil ketawa..
"Alah zaman dahulu tak ada komputer, kalau ada agaknya cerita kita semua dah berbezakan?."
Yelah..saya terfikir bila Qaisara besar nanti, tidak tahu apalah yang dicerita oleh Qaisara pada anak-anaknya tentang saya. Apakah ada kenangan yang berbekas di hatinya tentang saya atau dia akan bercerita. 
"Nenek kamu dulu, asyik menghadap komputer sahaja..." ha ha ha ha


Suami sebenarnya suruh saya ambil gambar  dia dengan minah salleh di sebelahnya. Tetapi saya pedajal dia, saya ambil gambar dia sahaja. ha ha ha

Saturday, July 2, 2011

UPDATE KEMBARA UKWAH KE UTARA....


Syukur Alhamdulilah, pungutan derma untuk dua buah rumah anak yatim yang saya dan kawan-kawan cadangan untuk kunjungi amat mengalakan. Kami memerlukan RM11,800 untuk perbelajaan berbuka puasa, derma dan baju raya untuk anak-anak ini.
Setakat ini kamu sudah menerima derma sebanyak RM3,110. 
Syukur Alhamdulilah..terima kasih banyak-banyak pada yang menderma. Kami doakan semua penderma dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah limpahan rahmat ALLAH dan pada yang belum menderma, kami doakan supaya bertambah murah rezeki mereka dan dibuka hati untuk menderma. 
Tetapi kami memerlukan lebih banyak lagi derma/sumbangan supaya anak-anak di 

Pusat Jagaan Anak Yatim Ummu Sufiah, Kampung Sungai Mas, Taiping 
dan 
Rumah anak Yatim Rumah Teratak Rahmat, Mata Ayer, Perlis dapat beraya dengan sempurna.

Kami juga bercadang bergotong royong untuk membuat kuih raya dalam 5000-10000 biji untuk dihantar ke rumah anak yatim ini. Sesiapa yang bercadang mahu menderma tepung, majerin, bekas mengisi kuih yang seragam juga dialu-alukan.

Segala pertanyaan boleh dihantar kepada nbkara@yahoo.com atau telefon sahaja kepada 03-87364025.