Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, February 28, 2011

ADUH TA....

Apa pasallah pulak tajuk entry dah mengaduh? Ha ha..Ini semua pasal si Tetalah ni, anak kesayangan saya tu. Dia suruh saya tukar langsir biliknya agar sedondon dengan comforter dan juga perabot biliknya. Lepas menghantar Lizabujang ke lapangan terbang semalam, saya dengan bibik dan si Kham, pergilah singgah di Nilai. Satu kedai ke satu kedai kami masuk. Rasanya nak dekat 20 buah kedai. Aduhh..penat sungguh.
Sampai si  Kham nampak sahaja kerusi di kedai pasti dia duduk. Ha ha ha Tapi Qaisara masih tak berpuas hati selagi tidak dapat apa yang dia mahukan.
Akhirnya saya belikan dia langsir yang berbelang-belang. Dia bersungut sahaja sebab dia tidak suka dengan langsir tersebut walau dia suka dengan warnanya. Habis dah comforter bercorak-corak, langsir bercorak lagi..berserabut..

Tetapi apabila dia ternampak day curtain yang ada corak love. Terus sahaja dia suka. Semua yang mengekor dia rasa lega. Saya minta jahit sekali. Sekejap sahaja. Tidak sampai sejam. Night curtain kedai lain, day curtain kedai lain. Sebenarnya langsir ini murah sahaja. Lega jugalah sebab taklah nipis poket saya. Ha ha


Bila balik dan saya gantung langsir ini , Teta pun bersuara.
"Cantik ya umi ya..." ha ha..
Marah dia dengan saya yang belikan langsir  belang-belang pun hilang. Tetapi malam itu saya diserang lelah dan batuk yang agak teruk. Ini mesti gara-gara masuk keluar kedai langsir. Apa lagi Pak Seyit membebellah bagai nak cabut telinga saya. Ha ha ha..


Sunday, February 27, 2011

MAHAL KE MURAH? HA HA HA

Teruja tak anda apabila mendengar saya membeli kasut yang cantik dengan harga RM15.90, tiga pasang. Mesti terujakan. Begitulah sahabat saya Liza Bujang dan juga Khamisah Mohd Nazri. Bila saya cerita saya membeli kasut dengan harga RM15.90 sebanyak tiga pasang, Liza Bujang melompat-lompat teruja.
"Aku memang nak cari kasut kak. Murah kak.."
Kebetulan hari Jumaat lepas dia datang ke rumah saya dari Sarawak. 
"Yelah murah.."
Kata Khamisah yang saya panggil Kham sahaja.
Saya gelak mendengar kata-kata mereka. Tapi bila saya tunjuk kasut yang saya beli. Mereka marahkan saya sambil berkata mahalnyaaaaaaaaaaaa.

-

-

-

-

-

-

-


Ha ha ini kasut yang saya beli dengan harga RM15.90. Mahal ke murah? Ha ha..tak ada kerja sungguh sayakan?



Dan..ini tuan punya kasut tersebut. Sebenarnya semua anak patung ini datang dengan kasutnya sekali, tetapi entah di manalah Qaisara campakkan kasutnya, terpaksa saya belikan yang lain.
Ada beberapa anak patung milik Qaisara lagi, tapi yang ini tidak berkasut..


Friday, February 25, 2011

ROOM MAKE OVER

Sudah beberapa minggu Qaisara tidur sendiri. Sejak saya tidak begitu sihat dan tidak boleh tidur di dalam bilik yang sejuk. Jadi Qaisara yang tidur dengan saya, saya pindahkan tidur bilik sendiri. Sebenarnya Qaisara lama sudah meminta tidur di biliknya sendiri. Tetapi suami saya tidak pernah yakin dengan anaknya. Takut Qaisara mahu membuang air di tengah malam, takut anaknya mengigau. Macam-macam alasanlah. Alasan orang tua beranak kecil. Ha ha..
Rupanya, semua mudah bagi Qaisara. Malam pertama selepas saya tidurkan dia, Qaisara tidur dengan nyenyak. Cuma yang tidak nyenyak saya dan suamilah. Qaisara batuk sedikit bertempiaran kami ke biliknya. Ha ha ha..Teruk sungguhkan.

Saya ubah suai sedikit bilik Qaisara. Belikan dia meja tulis. Semuanya warna sedondon. Warna pink. Cuma lampu belajar tu warna purple, pilihan Qaisara.

Kerusi berwarna pink itu hanya tinggal satu sahaja. Dijual dengan harga RM400, saya minta separuh harga. Kalau RM200 saya ambil. Tidak sangka penjual kedai sanggup. Dalam hati menyesal pulak. Kalau tahu minta RM150. Ha ha ha..


Mula-mula beli tempat penyangkut beg ini dalam hati berbolak balik. Jangan suami marah sudahlah. Tapi bila saya bawa balik dan tunjuk pada suami, suami sangat suka. Kata suami, ini pertama kali dia melihat pensil yang bukan main besar lagi. Ha ha ha..


Thursday, February 24, 2011

SHOOTING AKSARA

Kalau nak ikutkan saya ni memang cukup malas nak glamour terlebih ni. Ha ha..tapi bila pihak produksi sudah bertanya dan meminta tidak baik pula menolak. Ada rancangan baru AKSARA di RTM1 yang akan menampilkan penulis tanah air. Saya salah seorang yang dipilih muncul nanti. Bahagian pertama shooting di rumah saya. Bahagian kedua akan di buat dipejabat NB kara nanti.

Basri Musa berbaju putih, pengarah produksi sedang berbincang dengan cameraman. Lupa pula nama cameraman ni.


Sebelum pengambaran bermula, dimake up dulu oleh Sherry. Serius aje muka Sherry, takut mula-mulanya. Kemudian lawak. Ha ha ha..


Lepas buat kerja kita makan!

Bersama Ila wartawan Aksara, dahulu Ila wartawan Rentak Karya. Jumpa lagi Ila, jumaat esok!
Tengah fikir nak masak apa pula ya, untuk pengulas buku yang saya import jauh, untuk Nora Ismail yang juga akan diinterview esok dan krew?
Ha  ha ha

P/S kebetulan pula pagi team Aksara membuat pengambaran untuk Kusyi Hirdan kemudian petang ke rumah saya.. Kalau saya tahu boleh buat sekali di rumah saya.


Tuesday, February 22, 2011

AL FATIHAH

Saya masih ingat lagi hari ini 22hb.  Seseorang sahabat menelefon saya. Ketika itu saya berada di Melaka.
'Akak jangan terperanjat tau. Akak jangan menangis tau?"
Masa itu kawan saya sudah menangis. Dia boleh menangis, saya tidak boleh menangis. Apa halnya pulak?
"Kenapa ni?"
"Sudirman dah meninggal?"
"Hah? Kau biar betul. Alah itu khabar-khabar angin. Dah berbulan orang cakap dia dah meninggal, mana ada meninggalnya dia sihat.."
Saya menyedapkan hati. Tapi tangisan kawan saya membuat hati saya rawan.
"Tak tipu kak, tak tipu. Dalam TV dah tunjuk dia meninggal dah. Cuba akak tengok TV.."
Menggeletar tubuh saya ketika itu dan mendadak saya menangis bersama dengan kawan saya.
Oh...saya memang meminati Sudirman sejak dari tingkat 2 lagi. Minat sangat-sangat. Lagu-lagu beliau terlalu dekat dengan hati saya. Saya boleh memetik gitar dan menyanyikan lagu Nilai cintamu, bahkan saya boleh meniup seruling mengalunkan lagu basikal tua.
Lagu-lagu Sudirman bukan sahaja dekat dengan saya tetapi dengan teman-teman saya yang bukan berbangsa melayu.
Saya ingat seorang kawan saya berbangsa India, Puspa namanya. Dia amat meminati Sudirman. Jangan ada orang kutuk Sudirman. Bising mulut dia membalas balik.
 Dahulu semasa di sekolah menengah, ada seorang guru bahasa Inggeris berbangsa Cina yang amat meminati Sudirman. Sampaikan cikgu tersebut menyuruh kami menterjemahkan lagu Sudirman ke dalam bahasa Inggeris. Inggeris saya tidaklah bagus, tapi dapat jugalah markah 6/10.
Sejak Sudirman meninggal, saya sudah tidak meminati mana-mana penyanyi.
Saya sedar, Sudirman bukan penyanyi sebarang. Ianya seorang penyanyi yang berilmu dan mempunyai visi tersendiri.
Al Fatihah untuk beliau dan moga rohnya dicucuri rahmat..


Monday, February 21, 2011

MENGECAT

Beli rumah memang seronok, terutama rumah baru tetapi untuk mengekalkan ianya terus cantik kemas dan bersih. Memang sangat payah. Saya seorang yang agak teliti dengan rumah walau bukanlah seorang yang sangat cerewet. Sakit mata saya kalau ada mana-mana bahagian rumah diconteng oleh Qaisara atau rosak. Cepat sahajalah saya mengecatknya semula.

Qaisara pula jenis yang suka mengecat rumah. Pantang nampak saya pegang berus dengan cat. 
"Umi Teta, nak buat, Teta nak buat"
. Jadi saya biarkan dia buat sehingga selesai dan saya kemaskan sahaja. Bahagian tangga ini sudah dipasang sticker baru dikotorkan. Saya pantau Qaisara mengecat sambil membebel-bebel (marah dia yang mengotorkan dinding).
Saya perasan Qaisara ini semua perkara yang saya mahu buat dia akan buat, kecuali berkebun. Minat itu belum tumbuh ke arah itu.



Tada! Tak tahulah tahan sampai bila dinding ni. Ada lagi yang perlu saya kerjakan tapi harus mencari waktu yang sesuai.

Saturday, February 19, 2011

DAPATKAN COKELAT COMEL INI DI MPH

Dapatkan cokelat comel ini dengan pembelian buku NB Kara di Mid Valley hari ini jam 2.00 petang hingga jam 3 petang.


Sebenarnya ada beberapa orang yang meminta saya mengajar mereka membuat cokelat ini, sebenarnya saya belajar pun dari satu blog indonesia dan saya pandai-pandai betul itu ini. Buat cokelat ini mudah sahaja. Qaisara pun tahu bagaimana mahu membuatnya.

Insya-ALLAH kalau ada masa nanti saya akan ajar bagaimana mahu membuatnya. Step by step sudah ambil gambar tetapi terlupa pula mengambil gambar jenis-jenis cokelat yang selalu saya gunakan untuk membentuk cokelat-cokelat ini. Insya-ALLAH adik-adik ya.


Friday, February 18, 2011

TEMUI KAMI



Sesi bersama Penulis NB Kara Sdn Bhd.
19hb Februari 2011 (Sabtu)
2pm - 3pm / MPH Mid Valley
Temui penulis Norhayati Berahim, penulis novel Hujan Pun Menari & Dari Kerana Mata
bersama penulis novel Nora Ismail, penulis novel ...Dan Cinta Pun Tersenyum.
Temui mereka untuk sesi bersoal jawab dan juga borak santai...





Thursday, February 17, 2011

BUNGA

Tak habis-habis cerita Qaisara. ha ha..Anak seorang, kalau ada anak lima boleh saya cerita pasal kelima-lima anak tu ya tak? Jadi bila anak seorang, modal saya hanya satu sahajalah.
Qaisara memang suka melukis.
Malam tadi, malam pertama dia tidur dibilik dia sendiri. Kata dia, dia sudah besar. Boleh pergi tandas sendiri bila rasa nak buang air.
Umi tak perlu bimbang kata dia. Dia dah besar dan berani.
Sambil suami dan saya meneman dia di dalam bilik, Qaisara melukis.
"Teta lukis apa Ta?"
"Rumah umi.."
"Rumah, oh..rumah babakah?"
"Bukanlah umi.."
"Habis tu.."
"Our house, baba house, umi house and Teta house.."
Paling saya suka Qaisara,  apa sahaja yang dimilikinya dia akan berkata ini kepunyaan umi, baba dan Teta. Tidak sesekali dia akan mengatakan kepunyaan baba seorangkah, umi atau dia seorang.
"Wow..thanks canam (sayang)" Pak Seyit pulak menyampuk.
"Umi..Umi suka pokok bungakan?"
"Iye.."
"Teta letaklah pokok bunga ya, kat rumah kita ni.."
"Ok.." ha ha ha...
dan hasilnya..-

-


-

-



"Rumah apa ni Ta?" Ha ha ha  (gelak dalam hati)
"Rumah kitalah"
"Pelik sangat rupanya?"
"Alah dalam TV dalam buku ada rumah macam nilah umi.."
"Oh iye ke?" (manalah anak saya tengok ya..)



Kata Teta yang ini khas untuk umi yang suka tanam bunga. Dia tahu hobi uminya..kih kih kih..


Wednesday, February 16, 2011

NAIK ANGIN

Qaisara adalah anak yang cukup manja. Dimanjakan secara berlebihan oleh bibik. Kadangkala menonton telivisyen pun duduk di pangku pembantu rumah saya itu.  Bila Qaisara menjerit memanggil bibik, terkocoh-kocoh bibik datang, apa kerja yang ada ditinggalkan. Senario itu kadangkala membuat saya angin apabila satu tahap Qaisara sudah berlagak seperti 'tuan besar'.
Beberapa hari yang lepas, saya sedang berbaring di sofa menghadap telivisyen. Saya mendengar Qaisara yang tidak jauh dari saya memanggil
"Bibik! Datang sini.."
Ketika itu bibik berada di dalam biliknya.
"Qaisara, nak apa ni?" Tanya saya.
"Teta nak susulah. Bibikk...mari sini.."
Mungkin pintu ditutup jadi bibik yang berada di dalam bilik tidak mendengar.
"Boleh tak Qaisara bangun dan pergi ketuk bilik bibik.." arah saya pada Qaisara.
"Teta penatlah umi.."
"Penat apa? Teta dah tidur tiga jamkan tengahari tadi. Bangun dan pergi ketuk bilik bibik.."
 Qaisara pura-pura tidak mendengar kata-kata saya.
"Bibik, mari sinilah bibik. Bibikkkkkkkkkkkk...dengarkah tak dengar.."
Oh..angin saya sudah naik. Saya rapati Qaisara dengan telapak tangan saya saya lepek Qaisara pada punggungnya beberapa kali dengan keras dan apabila saya mahu menampar mulutnya, dia sudah menutup mulutnya sambil menangis. Mungkin terperanjat saya sudah naik angin. (am i wrong?)
"Kenapa ni, kenapa ni.."
Bibik terkocoh-kocoh keluar dari bilik apabila mendengar Qaisara menjerit dan menangis.
'Kamu jangan nak pujuk dia,, karang kamu dengan dia saya lempar keluar.."
Saya memarahi bibik. Bibik hanya terpegun. Saya lihat dia sudah menghembes-menghembes menahan tangis apabila melihat Qaisara menangis-nangis. Saya mula membebel dengan Qaisara. Saya cakap saya tak suka dengan sikap kurang ajar Qaisara.
"Kita mahu minta pertolongan orang, kitalah harus pergi pada orang itu. Bahkan kita harus cakap Bibik boleh Tolong tak, bibik boleh buatkan Teta susu tak? Qaisara ni cantik, orang banyak puji Qaisara lemah lembut dekat luar sana tetapi kenapa dengan bibik dengan umi Teta ni tak sopan.." saya sudah membebel (NB she only 5! )
Keras sungguh suara saya. Oh.saya jarang mengamuk, bila sudah mengamuk Qaisara mungkin merasakan uminya sudah jadi alien (Ha ha ha ha ketawa dalam hati)..
"Kamu pun bik, jangan terlalu manjakan Qaisara, bila panggil aje kelam kabut datang. Biar dia pergi pada kamu. Kamu kena keras sedikit. Saya tahu kamu sayangkan dia, tetapi jangan melampau.."
Bibik pun kena sekali dengan saya. Saya tahu bibik memanjakan Qaisara secara berlebihan, walau saya membenarkan dia tegas dengan Qaisara itu tidak pernah dilakukannya.
Biasanya kalau saya mengamuk saya akan pujuk Qaisara balik, tapi kali ini tidak. Saya biarkan sahaja, Qaisara merenung wajah saya takut-takut. Saya tahu dia mahu meminta maaf dari saya tetapi saya tidak mempedulikan dia.
Saya berbaring semula dan menumpukan pada telivisyen di hadapan saya. Beberapa minit kemudian Qaisara bangun mendapatkan bibik yang sudah berada di dapur dan saya dengar dia berkata.
"Bibik..boleh tolong Teta buatkan susu tak?"