Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, February 15, 2011

DAKWAH

Semalam saya menelefon salah seorang kakak saya bertanya khabar. Kata kakak saya dia baru pulang dari melawat seorang rakan sekerja yang ditimpa kemalangan. Saya bertanya siapakah orang itu dan agak teperanjat, orang yang dilawati kakak saya adalah salah seorang yang selalu bermusuhan dengannya dan mengadu domba  di tempat kerja. Ya..kakak saya selalu meluahkan rasa sedih dengan keadaan begitu, bahkan ketika kakak saya dimasukkan ke hospital tidak pernah individu itu melawat jauh sekali menelefon bertanya khabar.
"Oh..kau pergi melawat dia? Sanggup pula kau?" Tanya saya pada kakak saya.
"Ya..abang kau pun cakap begitu. (abang ipar) Kenapa awak nak pergi melawat dia sedangkan dia bukan pernah baik dengan awak. Bahkan suka mengadu domba, tmengata dibelakang dan tidak pernah bermanis muka.. Tapi buat apa kita fikirkan hal tersebut. Orang ditimpa musibah kita pergilah melawat, apa yang dia buat terhadap kita biarlah. Jangan kita menjadi seperti dia.. Membalas segala perbuatan dia. Nabi  ketika menjalankan dakwah pun pernah dibaling batu tetapi tidak pernah membalas.Biarlah orang nak buat kita, kita jangan buat balik dan berdoalah untuk orang itu.."
Saya terdiam dan benar sungguh seperti kata kakak saya. Jangan dibalas perbuatan orang terhadap diri kita. Berdoalah untuk orang itu.

Pada pembaca yang kurang tahu mengenai kisah nabi di baling batu mari kita hayati cerita ini sekurang-kurangnya kita  ambil sedikit iktibar daripadanya:
Dakwah Nabi ke Taif


Pada tahun ke 10 kenabian, iaitu 3 tahun sebelum hijrah, Nabi saw menghadapi satu tentangan yang luar biasa hebatnya. Kaum Quraish memulaukan baginda. Dalam keadaan yang penuh tekanan ini, Nabi bersama Zaid Harithah telah memilih bandar tinggi Taif untuk medan dakwahnya.

Sesampainya di Taif, Nabi bertemu dengan tiga orang ketua Bani Thaqif iaitu suku Arab terbesar di Taif. Salah seorang dari mereka tidak mahu campur urusan dakwah ini. Dia mengatakan, "jika engkau pendusta, aku tidak mahu layan pembohongan ini, tetapi jika kamu benar-benar Nabi, aku tidak mahu dilaknat". Dua orang lagi berhujah dengan Nabi. Mereka yang memang dari awal menolak dakwah ini terus menghina-hina dan memperbodohkan Nabi yang mulia ini. Akhirnya mereka berdua menghalau Nabi. "Keluar kamu dari negeri kami ini".

Nabi dibaling batu

Mereka mengheret Nabi keluar dari Bustan as-Thaqif (taman Thaqif). Penduduk yang sejak awal berkumpul di sekeliling Nabi menolak-nolak Nabi. Anak-anak muda yang lebih agresif membaling nabi dengan batu. Batu-batu itu melukai kepala, badan dan kaki Baginda.

Zaid menjerit-jerit menahan batu yang dilemparkan kepada mereka. Nabi yang cedera meninggalkan Bustan at-Thaqif. Ketika menuruni curam bukit, batu masih lagi menghujani mereka berdua. Setelah jauh, Nabi bersandar di satu batu, baginda memegang badan Zaid, bertanyakan khabar keadaan Zaid. Zaid yang juga cedera lebih membimbangkan keadaan Nabi.

Doa Nabi

Darah mengalir dari badan Nabi. Ketika itu Nabi mengangkat tangan dan berdoa mengadu keadaanya pada Allah.

“ "Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Pemurah kepada sesiapa Engkau menyerahkan daku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keredhaan Mu. Dalam pada itu afiatMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azab Mu kepada Engkaulah aku adukan hal ku sehingga Engkau redha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau


Sumber Taif

Sunday, February 13, 2011

KITA KURANG BERSYUKUR..

Saya suka berkebun tapi hobi ini saya tidak tinggalkan, jadi saya terpaksa pakai mask..

Hampir sebulan lebih rasanya saya sakit.
Saya tak boleh makan kecuali bubur nasi dan roti putih yang kadangkala saya celup dengan bubur cendawan. Sejak akhir-akhir ini saya boleh maka takoyaki yang tidak berminyak.
Saya tak boleh makan banyak makanan yang saya suka seperti buah-buahan.
Bertahun saya mempunyai penyakit ini. Sejak saya kecil.
Saya alahan dengan pollen, saya tidak tahan sejuk dan tidak boleh terkena debu yang keterlaluan.
Saya akan batuk terutamanya waktu malam dengan amat teruk sekali.. Ubat pun tidak boleh membuat saya melelapkan mata. Bahkan terpaksa memakai tuala wanita. Biasanya saya akan sakit dalam bulan Dec, january atau Feb.
Sepanjang sebulan lebih saya kira hanya sekali sahaja saya tidur dengan aman selama 4-5 jam
Sudah banyak doktor yang saya pergi termasuk doktor pakar.
Doktor memeriksa tekak, telinga dan juga hidung saya.
Kali terakhir saya ke doktor pakar, ubat doktor tersebut menyebab saya berguling-guling sakit perut dan cirit birit.
Bila sakit begini kadangkala kita menjadi lemas, keupayaan kita amat tersekat sekali. Tetapi perlukah saya mengeluh?
Ya..kadangkala perasaan keluh kesah itu ada.
Namun saya timbal balik apa yang telah ALLAH beri saya, saya amat bersyukur.
Saya hanya sakit sebulan dua sahaja, beberapa bulan yang lain saya sihat.
Saya tidak boleh makan sebulan dua sahaja makanan yang saya suka, tetapi bulan-bulan yang lain ALLAH berikan saya makanan dan selera yang melimpah ruah.
Bila sakit begini, kadangkala Qaisara tidak mengerti. Dia memaksa saya membuka komputer untuknya, mengajar dia mengaji, memaksa saya bermain games dengannya.
Ada ketika saya marah juga tetapi cepat saya fikirkan, saya tidak boleh melepaskan saat bersama anak walaupun saya sakit. Saya takut esok mata saya terpejam dan saya tidak dapat bermain dengan anak saya lagi.
Bila kawan tidak bertanya khabar, saya tidak marah. Bahkan saya bersyukur ada seorang dua yang masih ingat pada saya.
Walau adik beradik ada yang tidak bertanya khabar, tetapi kakak saya Mijah dan Maznah tidak putus-putus menelefon dan merasa risau dengan kesihatan saya.
Oh..kadangkala sebagai manusia saya akui saya kurang bersyukur. Saya selalu membandingkan diri saya dengan orang lain yang sihat. Kadangkala menimbulkan perasaan cemburu tetapi saya tepis sedaya mungkin.
 Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Macam sahabat saya Lizabujang yang terpaksa menjaga emaknya, pergerakannya juga terbatas. Tetapi dia reda. Sahabat saya Kusyi Hirdan juga tidak begitu sihat tetapi dia selalu bersikap positif dan optimis.
Cuma saya tetap bersyukur dan gembira. Saya ada suami yang sentiasa menyokong saya walaupun dia pernah naik  angin mengatakan doktor di Malaysia tidak bagus dan mengajak saya berubat di Turki. Ha haha. Saya mempunyai anak yang comel yang kadangkala menawarkan tenaga untuk mengurut saya walau saya tidak terasa apa-apa dengan urutannya he he. Saya mempunyai pembantu rumah yang baik yang sentiasa berada di sisi saya dan banyak membantu.
Dan saya bersyukur saya mempunyai kawan-kawan yang memberi saya harapan, mengajak saya berkelah, main bowling, ke sana ke mari walau saya tidak tahu bilakan batuk ini saya akan berakhir. Walau mungkin impian kami itu tinggal  impian, tetapi sekurang-kurangnya impian itu adalah sesuatu yang mengembirakan..

P/S saya berjaya menghadiri diri majlis perkahwinan teman saya dan bersyukur sepanjang majlis saya tidak batuk. Masuk sahaja di dalam kereta saya batuk dengan amat teruk sehingga terbuang air kecil. Sekurang-kurangnya saya gembira, saya masih boleh melakukan sesuatu...


Friday, February 11, 2011

DOA


Sebelum tidur memang saya ajar Qaisara berdoa. Bahkan kalau saya terlupa berdoa dia akan mengingatkan saya. Selepas membaca doa sebelum tidur, saya akan berdoa yang sedikit lebih kurang begini.
"Ya ALLAH terima kasih kerana saya masih hidup hari ini, terima kasih ya ALLAH kerana saya sihat hari ini. Ya ALLAH berilah saya kesihatan yang baik, Ya ALLAH berilah kesihatan yang baik  pada umi, Ya ALLAH berilah kesihatan yang baik pada baba dan ya ALLAH berilah kesihatan yang baik pada bibik."
Doa tersebut sudah dihafal oleh Qaisara, jadi bukan sahaja sebelum tidur di berdoa yang sama, selepas bersolat pun dia berdoa yang sama.
Beberapa hari yang lepas dia tidak mahu bersolat maghrib dengan saya (seperti biasa Qaisara rajin bersolat maghrib sahaja  he he). Dia memilih bibik menemani dia bersolat. Ketika itu saya sudah usai bersolat dan menghadap laptop, bibik mengetuk pintuk bilik saya (suami belum balik lagi).
"Umi.." Saya dengar bibik sudah menghembes-hembes macam orang mahu menangis.
"Apahal kamu ni, boyfriend matikah?"
Saya lihat bibik sudah menangis.
"Qaisara umi, lepas solat tadi dia berdoa. Antara doa dia, dia cakap berilah kesihatan yang baik pada bibik.."
Saya tergelak mendengar kata-kata bibik.
"Itu memang kami selalu doalah sebelum tidur. Beri kesihatan yang baik pada baba, pada umi, pada bibik. Itupun nak sedih?" Saya berpura-pura marah.
"Sedih saya umi, budak kecil lima tahun doakan saya macam tu. Saya tak pernah dengar orang doakan saya sebelum ini..."
Bibik mengesat air matanya. Saya terdiam, rupanya kadangkala doa yang sedikit dan kecil begitu  amat bererti pada orang lain.
Jadi..marilah kita mendoakan keluarga kita, sahabat kita dan orang-orang Islam di luar sana..

Thursday, February 10, 2011

SEMAK



Semalam ketika saya berkemas terperanjat saya melihat kertas ini digantung di antara dua bilik di tingkat atas rumah.
Bila saya tanya Qaisara dia tersengeh-sengeh sahaja
Kata dia bibik yang tulis, kata bibik Teta yang suruh tulis.
Ha ha ha padanlah dua-dua orang ini
Bibik cakap Teta dan Teta cakap bibik.
Saya tahu Qaisara memaksa bibik menulisnya
Bibik pun satu hal, apa yang Qaisara suruh dibuatnya.
Tetapi mesej  yang cuba disampaikan oleh Qaisara ini baik..
Cuma yang tidak baiknya menyemakkan rumah sahaja..he he..



Wednesday, February 9, 2011

BULU


Sekarang ini Qaisara amat mementingkan penampilan seseorang lelaki atau perempuan.
Contohnya, orang lelaki bagi dia tak boleh pakai baju berbunga.
Orang perempuan pula tak boleh pakai baju berkotak-kotak
Bila terjumpa dengan sesuatu yang tidak menepati piawaian dia, balik rumah dia akan beritahu dan bertanya dengan saya.
Contohnya kenapa lelaki tadi tu pakai baju berbunga-bunga, kenapa lelaki itu berambut panjang?
Semalam saya membawa dia ke Giant, apabila tiba di kaunter pembayaran matanya melengas melihat barang yang tergantung di rak si sebelah kaunter.
"Umi.."
Qaisara bersuara agak perlahan sambil mengamit saya. Saya datang kepadanya dan dia terus berbisik dengan saya.
"Kenapa perempuan pakai pisau cukur umi?"
Tangannya menunjukkan pisau cukur berwarna merah jambu.
"Mana Qaisara tahu itu pisau cukur perempuan?"
"Dia warna pinklah umi? Kenapa ada pisau cukur perempuan? Perempuan mana ada janggut, mana ada misai?"
Saya tahu dia selalu melihat babanya mencukur misai dan janggutnya.
"Kadangkala perempuan bulu lengan mereka panjang, mereka cukurlah.."
Rupanya jawapan itu tidak memuaskan hati Qaisara. Dia bertanya dengan bibik, bibik sudah tergelak-gelak tidak tahu menjawab.
Kemudian saya terangkan pada dia, perempuan kadangkala mempunyai bulu roma yang agak panjang. Mereka malu jadi mereka cukurlah bulu roma tersebut.
"Oh.."
Itu sahaja kata Qaisara dan saya tahu dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan saya kerana dia membelek-belek lengannya.
dan seperti yang saya jangka malam itu Qaisara bertanya lagi?
"Umi kenapa ada pisau cukur perempuan ya?"
Ha ha ha...
'

Tuesday, February 8, 2011

KELAPA

Pokok kelapa memainkan peranan penting dalam masyarakat kita terutama orang melayu.
Dari daun sampai ke batang, semuanya berguna.
Daun dibuat ketupat, lidi dibuat penyapu, batangnya satu ketika dahulu dibuat jambatan.
Buahnya sudah pasti pelbagai guna..Tempurungnya boleh digunakan sebagai batok. Isinya boleh dibuat minyak, diparut dan diambil santannya. Airnya pula bukan setakat diminum tetapi mahu mencantikkan pulut kuning kita letaklah air kelapa. Mahu mencantik dan membuat kuih pau kita lembut dan berkilat pun boleh letak airnya juga.

Siapalah yang memetik kelapa dengan diawasi oleh dua orang perempuan ni? Ha ha ha.
Ojan tengah berusaha menurunkan kelapa di  kampung sambil diperhatikan oleh adik saya Nurul dan uminya,

Sebenarnya bukan mudah mahu menurunkan buah kelapa. Kalau tidak percaya cuba tanya beruk yang menurunkan kelapa. Susah ke tidak?.
Teringat saya masa kecil-kecil, ada orang tanya soalan begini.
"Kenapa beruk Pak Abu duduk depan basikal tuannya. Bukan di belakang?"
Jenuhlah memikirkan jawapannya. Rupanya jawapan dia..
"Kalau dia duduk di belakang., orang nampak Pak Abu dulu dan orang akak cakap. Hey..Pak Abu, beruk. Tetapi kalau beruk duduk depan. Orang akan cakap hey Beruk Pak Abu.."
Ha ha ha..apa yang saya repekkan ini.

Macam-macam gaya si Ojan memetik buah kelapa. Jatuhnya tidak. Jenuhlah adik saya Nurul menunggu nya.


Jolok punya jolok berdebub segugus buah kelapa jatuh ke tanah. Punyalah seronok si Ojan. Rupanya yang gugur hanya kelapa komeng. ha ha ha..

Nasib baik Ojan dekat asrama, tidaklah dia baca entry saya ini ini. Kalau tidak harus dia marah saya letak gambar dia tengah gigih menurunkan buah kelapa. Akhirnya dapat juga sebiji. Boleh dilawan dengan kuih apam manis emak tiri saya.



Monday, February 7, 2011

BEZA BABA DAN UMI

Setiap pasangan pasti ada membawa anak masing-masing tanpa ditemani pasangan masing-masing. Macam saya kadangkala kalau saya tidak sihat seperti baru-baru ini, suami membawa Qaisara ke Times Square tanpa saya dan saya pula kerap kali membawa Qaisara balik kampung tanpa ditemani suami.
Setiap kali saya balik kampung suami akan pesan.
"Tolong jaga anak saya, jangan biarkan nyamuk gigit dia.."
Tapi kalau suami yang bawa Qaisara keluar saya akan pesan.
"Darling, jangan lupa makan tengah hari Qaisara."
"Jangan bagi dia melompat banyak sangat, nanti dia muntah."
"Jangan bergaduh dengan dia ya.."
"Jangan biarkan dia menangis.."
"Tanya dia kalau mahu ke tandas atau tidak.."
"Bawa kereta jangan laju-laju, jangan brek mengejut Qaisara tu suka berdiri dalam kereta. Nanti dia tercampak.."

Qaisara mesti marah saya kalau tahu saya letak gambar ni.

Biasanya kalau saya bawa balik Qaisara dari mana-mana tempat atau kampung, Qaisara akan tidur dalam kereta kekenyangan. Tetapi kalau Babanya bawa balik dia berjalan nampak sahaja muka saya atau bibik. Teta akan cakap.
"Umi..Teta laparlah.."
Ha ha ha ha...anda semua bagaimana pula.?



Saturday, February 5, 2011

KUIH PAU KAMPUNG


1 kati tepung gandum
1 paket raqi kering/mauripan
Air secukupnya
Garam.
masukkan kesemuanya kemudian uli hingga menjadi doh dan simpan sehingga tepung naik dan ringan.


Inti
1 biji kelapa muda yang diparut
gula melaka/perang
kacang hijau 3 sudu/direbus (pilihan)
Campurkan semua bahan dan masak di dalam api yang perlahan.

Cara membuatnya.
Apabila tepung sudah naik,  gentel menjadi bulat dan isi intinya.
Kukus selama 10-15 minit
Boleh dihidangkan

Friday, February 4, 2011

HANYA SEBIJI EPAL

Al-kisah, Abu Salih Jangi Dost, seorang pemuda yang sangat kuat taqwanya sedang duduk ditebing sungai, apabila dilihatnya sebiji buah epal terapung dipermukaan sungai. Beliau mencapai buah epal itu lalu memakannya. Selesai makan beliau tersedar dan berkata dalam hati,
 “Kemungkinan buah epal ini ada tuannya. Aku telah memakannya tanpa izin pemiliknya. Aku kena cari pemiliknya  Minta halal”
Beliau mudik kehulu sungai. Setelah lama berjalan kelihatan sebuah rumah dengan kebun buah epal ditepi sungai. kelihatan sabatang pokok epal condong ke arah sungai. Hatinya berbisik,
 “Kemungkinan buah epal yang aku makan tadi adalah dari pokok ini”. Lalu beliau berjumpa tuan punya kebun. Tuan punya kebun itu adalah Shaikh Abdullah Sawma’I.
Setelah memberi salam…berkatalah Abu Salih : Tuan, saya telah makan buah epal dari kebun tuan, yang mudik ke hilir sungai. Saya minta halal.!
Shaikh Sawma’I : (merenung wajah pemuda itu dengan tajam) Aku akan mema’afkan jika kamu memenuhi permintaan aku.
Abu Salih : Apa permintaan tuan?
Shaikh Sawma’I : Kamu kena bekerja dengan aku selama 2 tahun!
Abu Salih : setuju. Insya Allah tuan. Saya akan bekerja dengan tuan sebagaimana tuan kehendaki.!
Abu Salih adalah seorang hamba Allah yang wara’ dan sangat kuat taqwanya. Beliau tak mahu sesuatu makanan yang tidak halal mengisi perutnya.
Setelah berkhidmat selama 2 tahun… pada hari terakhir Abu Salih meminta izin untuk pulang.
Shaikh Sawma’I : Aku akan halalkan jika kamu berkhidmat selama 2 tahun lagi.
Abu Salih : Baiklah saya akan berkhidmat sebagaimana tuan kehendaki!
Setelah selesai 2 tahun lagi berkhidmat, Abu Salih mohon izin pulang.
Shaikh Sawma’I : Aku akan halalkan jika kamu setuju mengahwini anak aku! Tetapi keadaan dia buta, bisu dan kudung! Sudikah kamu memenuhi syarat terakhir ku ini?
Abu Salih : (agak lama termenung…. jika buta dan bisu boleh lagi tetapi kudung pulak… macamana aku nak hidup dengan wanita seperti ini… hati kecilnya berbisik! Tetapi beliau teringat akan tebusan nya kerana memakan sebiji epal dan janjinya kepada Shaikh Sawma’I, maka akhirnya beliau pun setuju dengan tidak sedikitpun kekesalan)
Akhir Abu Salih berkahwin dengan puteri yang buta, bisu dan kudung
Hari perkahwinan tiba! Setelah selesai ‘aqad nikah, pengantin lelaki Abu Salih dibawa berjumpa dengan pengantin perempuan.
Sebaik saja masuk ke bilik pengantin perempuan, dilihatnya seorang wanita yang sangat cantik berseri-seri wajahnya. Matanya yang bersinar2 menunjukkan dia bukan buta! Kaki dan tangannya sangat sempurna.
Maka terkejutlah Abu Salih, kerana wanita itu tidak serupa sebagaimana yang digambarkan oleh ayahnya, Shaikh Sawma’I. Dia bukan buta, bukan pekak dan tidak bisu. Dia juga mempunyai anggota badan yang sempurna.! Lalu segeralah dia mendapatkan Mertuanya, Shaikh Sawma’I, inginkah penjelasan!
Shaikh Sawma’I menyambut menantunya dengan penuh senyuman kerana beliau memang sudah menjangka akan kedatangan Abu Salih, inginkan penjelasan!
Shaikh Sawma’I : Aku bersyukur kerana dari awal lagi aku sudah mengetahui engkau adalah seorang yang sangat jujur dan salih. Sebab itu aku telah memutuskan untuk mengahwinkan anak aku dengan engkau.
Abu Salih : Tetapi bukankah Ayahanda menyebut puteri tuan……… (Abu Saleh kehairanan)
Shaikh Sawma’I : Ya benar…!
Aku menyebut puteri aku Ummul Khair Fatimah, buta sebab dia tak pernah melihat lelaki lain selain dari ayahanda dia. Aku menyebut dia pekak sebab dia tak pernah mendengar perkara2 yang haram. Aku menyebut dia bisu kerana dia tak pernah menyebut yang keji2 atau mengumpat orang lain. Aku menyebut dia kudung kerana tangan dan kakinya tak pernah melakukan sesuatu maksiat atau sesuatu yang haram."




Tuesday, February 1, 2011

TAHUN BARU CINA



Seperti biasa setiap tahun, saya akan memberi jiran cina saya kuih raya atau pun pokok limau perhiasaan sempena tahun baru cina. Ada beberapa jiran cina yang saya rapat.  Jadi jiran saya akan memberi kami buah limau sebagai balasannya. Petang tadi uncle sebelah rumah memberi sekotak limau dan saya letak di atas meja makan. Suami saya memang amat sukakan limau mandarin, seingat saya sudah 3 kotak limau mandarin yang dimakannya sepanjang tahun ini.
Apabila balik malam tadi, suami pun pun membuka kota limau tersebut dan mengambil beberapa biji limau dan di letak dalam pinggan.
"Baba..baba wait baba..wait.."
Qaisara menegah babanya dari mengopek dan memakan buah limau mandarin. Sudah pasti si baba amat hairan sekali kenapa Qaisara menegah dia makan sambil membelek-belek kotak limau tersebut.
"I dont think this halal baba.."
Qaisara berkata sambil mengelengkan kepalanya.
"These only fruits canam (janam/sayang)"
"But you see, all writing in chinese baba.."
Qaisara masih tidak berpuas hati. Tak habis kotak diperiksa, dia memeriksa buah limau tersebut.  Saya sudah tersengeh-sengeh.
"I cant find halal logo baba.."
Sekali lagi Qaisara seperti bersungut sahaja. Suami pandang saya sambil mengecilkan matanya, seolah-olah berkata "youlah punya kerja ni!" dan saya dengar suami terpaksa berhempas pulas menerangkan pada Qaisara itu hanya buah sahaja. Buah tidak perlukan logo halal kerana dia mempunyai kulit. Saya dengar Qaisara bertanya bermacam-macam soalan dan saya sudah cabut lari naik ke atas. ha ha ha..