Beberapa hari lepas jiran cina saya berkicau mulutnya bercerita.
Tampak dia benar-benar marah.
"Ada ke dia cakap saya ada boyfriend?"
Saya terpinga-pinga. Selama tiga tahun berjiran dengan dia, kami amat baik. Kami selalu menghantar makanan ke rumahnya dan dia kadangkala membuatkan kami roti atau kek.
"Kenapa ni?"
Tanya saya. Dia bukan sahaja marah tetapi sedih. Kata jiran saya, kawan dia juga duduk satu taman perumahan dengan kami memfitnah dia. Banyak kata-kata kawannya itu menyakitkan hatinya.
"Di hadapan I, bukan main manis mulut lagi. Tetapi di belakang I, ada dia cerita macam-macam pasal I. Cakap I ada boyfriend. Umi..umi tak nampak ke, I pergi hantar anak sana sini. Setiap masa I sibuk. Mana ada masa nak simpan boyfriend.."
Pasal menghantar anak itu saya tahu. Sebab kadangkala bila dia sakit, saya yang hantar anaknya. Saya sendiri kadangkala penat tengok jiran saya itu. Pagi hantar anak yang bersekolah pagi, tenghari anak bersekolah petang. Malam anak di hantar ke tuisyen. Kalau saya sendiri pun memang tak sanggup.
Saya tahu fitnah itu benar-benar mengores perasaan jiran saya. Yelah..kawan baik menikam dari belakang, apatah lagi cerita itu sampai ke telinga suaminya. Nasib suami jiran saya ini jenis yang percayakan isteri.
"Sabarlah. Orang macam tu sekejap sahaja tuhan balas.."
Saya beritahu jiran saya.
"Huh! Umi..I baru kenal dia, dia dah fitnah I macam-macam. I kenal umi dah lama dah..tak ada apa pun. Kadangkala sama satu bangsa pun dengki mendengki. Sakit hati I."
Benar apa yang dikatakan oleh jiran saya itu. Bangsa bukan menentukan manusia itu baik dan terlepas dari hasad dengki.
Saya sebenarnya lebih ramai jiran cina daripada jiran melayu, tapi setakat ini kami tidak pernah berbalah. Paling penting hidup berjiran ini, saling hormat menghormati dan apa sahaja masalah perlulah diselesaikan.
Bukan cakap belakang dan menyebarkan pada orang lain.






