Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Tuesday, October 19, 2010

SAYANG SEORANG QAISER


Akan temui anda tidak lama lagi. Mulai esok kami akan siarkan sedikit sedutan novel ini di dalam blog kami. Tunggu.. Baca di novelnbkara.blogspot.com

KEPERLUAN

Keperluan anak-anak dalam hidup mereka hanya beberapa perkara sahaja. Tidak seperti orang dewasa, macam-macam keperluan dan kehendak yang harus di kejar dan dipenuhi.

Bermain-main.Terutama bila rama begini, keperluan bermain lebih tinggi dari segala-galanya. Qaisara dan sepupu-sepupunya yang datang ke rumah baru-baru ini.



Bermain lagi, sebentar tadi in-door sekarang outdoor.



Ini salah satu keperluan selepas penat bermain. Minum susu atau makan. Tidak ada susu ini Qaisara seperti tidak bernyawa. Balkish pula minum bila Qaisara minum. Botol dan susu, semuanya kepunyaan Qaisara dan Balkish hanya minum sahaja.



Tidur. Ini juga satu keperluan. Hendak tidur mengamuk, tak cukup tidur pun mengamuk. Inilah anak-anak..

Keperluan kanak-kanak meningkat bila usia pun makin menginjak. Keperluan yang dahulu hanya 4-5 ketika kecilnya akan meningkat sehingga berpuluh-puluh sehingga sukar kadangkala mahu membezakan di manakah keperluan atau kehendak?
Cuma yang pasti, keperluan ketika mati adalah kain putih dan amalan yang kata lakukan dalam kehidupan kita.



Monday, October 18, 2010

TV BARU

Saya memang jarang menonton telivisyen. Jadi telivisyen adalah kehendak bagi saya bukannya keperluan. Tetapi bagi Qaisara dan Seyit Kara, ianya satu keperluan. Telivisyen di rumah saya adalah telivisyen yang saya beli masa saya bujang dahulu. Selalu sangat kena kutuk dengan Ojan dan Akim.
"Andak ni banyak duit belilah TV baru. TV tu orang dah tak tak pakailah andak.."
Kata Ojan. Selalu kalau keluar dengan Ojan dan Akim, kami  akan masuk ke kedai menjual peralatan elektrik.
"Beli yang besar ini Andak.."
Akim pula cuba mengoda.
. Tapi saya tidak teragak pun. Tapi apabila bila bercuti di Bali dan di bilik hotel kami ada TV yang melekap di dinding, Mr Seyit Kara sudah mula memberi isyarat supaya menukar TV.
"Best ya honey tv macam ini..ha ha ha"
Dah akhirnya...

-

-
-

-


LCD TV, dah beli baru saya perasan ada LED. Tapi tak apalah. Okay jugalah ni.
Tahu tak? Saya ingat nak suprise suami. Kalau hari minggu suami selepas solat subuh akan tidur semula. Paling cepat dia bangun pukul 11 pagi.  Jadi saya suruh orang datang pasang pukul 10 pagi.  Jadi bila dia bangun, tengok TV dah terpasang mesti teperanjatkan. Tapi orang yang pasang tu datang lambat!
Sudahlah bukan orang Malaysia yang pasang. Orang Mesir!
Bila dia beri salam tanya nama saya, suami mula cuak.
Mesti dalam hati Mr Seyit Kara penuh prasangka..ha ha.
Tapi bila lelaki itu buka boot kereta dan Qaisara menjerit
"Suprise!"
Barulah muka cuak suami bertukar ceria!
.

-

-
-

Qaisara dok menunggu orang memasang TV. Tilam ini wajib ada di hadapan TV, tempat Qaisara minum susu. Qaisara jarang menonton TV sambil baring, dia akan berdiri sepanjang masa.


dan ini  hasilnya
-

-

-


Tapi bukan saya dapat pun menonton TV ni, Qaisara dengan kartunnya, bibik dengan cerita sinetron yang tak habis-habis  dan suami dengan bola.



Sunday, October 17, 2010

LAMPU

Saya beli lebih kurang lampu yang begini...


Saya memang tidak suka bergelap bahkan rasanya benci dengan kegelapan. Sebab itu saya tidak suka masuk gua. Tetapi kadangkala saya tidak suka terlalu terang. Saya perlukan sesuatu yang sederhana. Walaupun sebutir bintang, walau dengan segaris cahaya.
Jadi lampu tidur amatlah penting bagi saya.
Ada sekali lampur tidur mentolnya terbakar. Tidak keruan tidur saya.
Saya teringat kata seorang ustaz masa saya kecil dahulu. Ustaz itu pun sudah lama meninggal dunia.
"Kalau tidur, jangan tidur bergelap. Letaklah sekurang-kurangnya api pelita, kerana syaitan  mudah berkampung dalam kegelapan.."
Sampai sekarang saya tidak begitu  faham apa yang cuba disampaikan, walau saya cuba mencari hadis sahih tidak boleh tidur bergelap. Tetapi tidak pula berjumpa.
Tetapi ingat tak dulu-dulu di kampung. Ketika tidur api pelita pasti ada.
Walau matanya berjelaga, tapi ianya tetap berguna.
Beberapa minggu lepas, saya beli beberapa buah lampu salah satunya seperti di atas.
Saya letak dalam setiap bilik, supaya tetamu datang senang mereka gunakan.
Tapi minggu lepas, ramai tetamu datang. Bilik 3 yang kosong semuanya dipenuhi
Tapi tidak ada seorang pun yang mengunakan lampu ini..
Saya silap perkiraan
kerana kesukaan orang tidak sama dengan kesukaan saya..


TANAH KAMI CUBA DIRAMPAS!

Lebih 100 penduduk kampung mengadakan tunjuk perasaan secara aman di hadapan masjid Bukit Katil petang semalam kerana membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang bercadang mengambil tanah sebuah pusat asuhan tunas Islam dan surau di kampung berkenaan untuk pembinaan sebatang jalan raya.
Demonstrasi itu anjuran badan bertindak perobohan pusat asuhan tunas Islam (PASTI) dan Surau Bukit Katil

Menurut pesuruhjaya PAS Melaka, Abdul Ghani Abdul Rahman, penduduk kesal dengan sikap kerajaan negeri yang tidak mahu berunding dengan rakyat khususnya tuan tanah pusat asuhan dan surau berkenaan.
"Rundingan tidak dibuat, tiba-tiba surat sampai untuk beri pampasan. Inilah sikap rakus pihak kerajaan yang jelas tidak mengutamakan rakyat.
“Di sana ada tanah kosong yang boleh diambil untuk buat jalan mengapa tanah di sini yang diambil sedangkan tanah kosong tersebut lebih sesuai tidak melibatkan surau, PASTI dan rumah rakyat," katanya dengan berang.

Menurut Abdul Ghani, tindakan kerajaan itu disifatkan tidak logik kerana jalan yang akan dibina adalah bengkok berbanding cadangan asal yang lebih lurus.


Tunjuk perasaan secara aman ini bagaimanpun diarahkan oleh polis supaya dihentikan kerana didakwa mengganggu ketenteraman awam dan tiada permit.
Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata penguakuatsaan Akta Tanah yang memberikan kuasa penuh kepada kerajaan untuk mengambil tanah rakyat atas nama pembangunan telah melucutkan hak rakyat.
"Rakyat sudah tidak ada kuasa dan hak ke atas tanah milik mereka sendiri, bila-bila masa kerajaan boleh ambil dan ianya sukar dicabar di mahkamah,"katanya.
Sumber Malaysia kini.


 P/S Tanah yang dibina surau itu adalah tanah keluarga saya dan ada nama saya. Kami tidak tahu apa-apa, yang kami tahu datang beberapa jentolak menolak dan menebang pokok-pokok berhampiran dan kemudian kami mendapat surat daripada jabatan tanah yang mengatakan tanah kami akan diambil a.k.a akan dirampas bersama pampasan yang akan diberi. Langsung tidak ada mesyuarah, langsung tidak ada satu wakil kerajaan pun yang datang berbincang? Apakah negara kita negara Islam sudah kehilangan adab dan sudah semakin biadap? Kenapa surau tempat solat jemaah sering diadakan, sembahyang raya dan tempat kami belajar agama beramai-ramai harus dikorbankan kerana kepentingan politik dan memuaskan nafsu individu. 
Andai kata kami kalah di dunia ini, tapi percayalah kami akan menuntutnya di akhirat.
Kami tidak laparkan harta, tidak mahu saham dunia tapi kami lebih pentingkan saham akhirat.
Kesihan dengan ayah saya yang bila mendapat surat, makan pun tak lalu.
Kadangkala saya amat takut memikirkan masa depan anak-anak nanti jika satu masa nanti mereka sudah lagi tidak boleh beribadat di surau. Dan janganlah hairan, dengan kepemimpinan yang ada, mereka ini juga akan mengharamkana laungan azan..





Saturday, October 16, 2010

KUIH APAM


Kuih apakah ini?
saya beli dipasar malam. Rasanya ramuan dia  telur, gula dan tepung sahaja.
Di tulis di situ namanya kuih apam___  apa ya? Saya dah lupa nama penuh kuih ini bersama binti/binnya. Ha ha ha.
 Harganya RM1.30.
Kenapa ada 30 sen ya dibelakangnya? Baik tak letak RM1.29. He he..
Kemudian ditabur dengan kelapa.
Nak kata sedap, tak tahulah. Tapi kelapa itu membuatkan kuih ini kurang sedap.
Sebab pakai kelapa tua. Kalau kelapa muda mesti sedap, letak gula sikit.
Macam-macam kuih orang reka sekarangkan?
Cuma sediakan duit.
Ada duit semua boleh jadi...

Friday, October 15, 2010

CUBA YANG INI..

Macam mana mahu tidur yang tenang dan mudah?
Ada yang suka menonton telivisyen dan tertidur di hadapannya, ada yang suka mendengar muzik dan ada yang suka membaca novel.
Tetapi kadangkala bila kita bangun, kita akan menjadi tambah celaru dan kadangkala stress.
Para pembaca boleh mencuba cara ini
Memang kerap saya mempraktiskan perkara ini bila susah tidur..
Saya akan membaca, tetapi biasanya tafsiran Al-Quran atau Surah Yassin.
Saya membaca dengan perlahan sehingga saya terlelap.
Bila bangun fikiran jadi tenang dan lega.
Sebenarnya otak kita tidak pernah tidur. Otak menjalankan aktivitinya walapun tidaklah sibuk seperti bila kita tersedar.
Jadi apabila kita mahu tidur, kita  mendengarkan musik, television dalam keadaan hidup atau lampu ruangan sedang menyala terang, maka gelombang suara atau cahaya yang dipancarkan oleh peralatan tersebut tetap
diterima oleh indera pendengaran dan penglihatan kita.
Gelombang suara diterima oleh alat pendengaran di dalam telinga dan gelombang cahaya tetap dapat menembus kelopak mata dan diterima oleh retina dan lensa mata. Gelombang-gelombang tersebut akan diteruskan ke otak kita. Otak yang harusnya berehat terpaksa bekerja.
Tetapi apabila kita membaca yassin dan ayat Al-Quran
Ianya terakam di kepala kita sepanjang kita tertidur dan menemani sepanjang tidur kita
Ianya menjadi tidur kita aman dan bangun dengan lebih tenang..




Thursday, October 14, 2010

DI SERANG..

Sedih sungguh hati saya bila pagi-pagi bangun tengok pokok saya macam ini rupanya. Aduh..kasihan bila memikirkan pokok ini tidak dapat mempertahankan dirinya daripada diserang habis-habisan.


Oleh binatang yang durjana ini! Bukan seekor tapi berekor-ekor. Berpuluh-puluh ekor!


Sedangkan sebelum ini pokok bunga saya ini begitu cantik dan indah sekali. Pokok yang selalu saya belai dan puji kerana rajin berbunga. Aduhhh...rasa nak menitis air mata tau!


Huh! Padan muka kau ulat-ulat durjana. Sudah saya sembur dengan racun sebab tak sempat nak blend bawang dan cili. Akhirnya gugur menyembah bumi...

HUJAN PUN MENARI


Sudah berada di pasaran dengan harga RM29.50 Semenanjung Malaysia atau RM32.50 untuk Sabah/Sarawak. Kalau mahu membaca sedikit sedutan novel ini cuba layari novelnbkara.blogspot.com.


Wednesday, October 13, 2010

DEMAM

Saya tak suka dengan demam. Tetapi saya tidak sampai membenci. . Kalau demam biasa saya akan lawan dengan bawa berjalan, kalau agak teruk barulah saya baring di katil. Saya benci berbaring tanpa berbuat apa-apa. Paling tidak, saya berzikir serba sedikit atau meletakkan hphone sebelah saya mendengar bacaan yassin dari hphone.
Saya sebenarnya rimas bila tidak dapat melawan demam.
Saya kelihatan begitu lemah. Saya tidak suka menjadi seorang lemah walau saya akui satu ketika nanti, ketika kudrat saya sudah mengurang. Segalanya akan menjadi lemah.
Oh.saya selalu merasakan saya muda lagi, walau beberapa tahun lagi menjangkau 50 tahun.
Saya masih kuat berjalan, saya lebih kuat dari kawan-kawan yang muda 5-6 tahun dari saya.
Saya lebih kuat berjalan daripada Ojan yang baru berusia 16 tahun..
Ramai yang taubat mengikut saya mengukur jalan. Bahkan saya masih ingat suami merayu saya. Cukuplah mengukur lantai pusat pameran jualan Yiwu di China yang berjuta-juta kaki persegi.
Tapi bila demam, saya lemah dan ini menimbulkan kerimasan.
Hari ini demam saya masih tidak kebah, tapi saya berpura-pura kuat dan tidak mengakuinya.
"Umi hari ini kita buat mee kari ya.."
Bibik memberitahu, ketika itu saya tengah berbaring di sofa. Hati terasa marah. Tidakah dia tahu saya demam?
"Saya sediakan bahan umi tumis ya?"
Bibik memang suka mee kari. Tetapi tidak tahu membuatnya.
"Kamu buatlah sendiri.."
Bibik terperanjat, agaknya tidak pernah mendengar saya berkata begitu. Apa sahaja yang dia mahu makan, selalu saya penuhi. Dia sediakan bahan, saya memasaknya. Saya tengok bibik diam. Saya diam dan lama baru dia perasan. Saya tidak ceria, saya tidak berkata apa-apa.
"Umi demam ya..."