Sebenarnya bukan saya mahu bercerita mengenai kisah saya yang keluar di Harian Metro Selasa lepas, tapi biarlah saya bercerita mengenai satu hal yang saya rasa telah mengubah persepsi saya pada bidang penulisan.
Dahulu saya menuils seperti penulis baru yang ramai di luar sana. Menulis tanpa ada garis panduan tertentu. Menulis ikut suka hati. Tidak memikirkan apa mesej yang mahu disampaikan. Saya menulis kerana minat. tetapi pertengahan tahun 20an, saya dilanda perasaan kecewa. Kecewa mendengar seorang penulis yang sudah berumur menulis pada salah satu syarikat penerbit menghentam saya dan surat itu sampai ke pihak pengurusan. Bahkan banyak hal-hal menyakitkan hati yang diterbikan oleh penulis baru tetapi kebanyakkan sudah berumur tetapi merasa diri mereka terlalu bagus. Sepanjang saya berkarier sebagai penulis, peminat tidak pernah menimbulkan masalah. Kalau sekadar komen saya anggap semuanya membina walau hentaman mereka kadangkala menyakitkan. Ada satu peringkat saya menyerah kalah dan mahu berhenti menulis gara-gara penulis lain. Pada tahun 2006 saya ke Mekah bersama suami. Di hadapan kaabah saya memohon, apakah saya harus berhenti atau tidak. Ketika itu suami menjalankan perniagaan borong dan mengimport barang dari China. Jadi saya fikir biarlah saya bekerja dengan suami dan menghentikan bidang penulisan saya.
Namun satu hari ketika berada di hadapan di kaabah, selepas membaca yassin dan yassin masih di tangan. Satu cerita timbul di kepala saya. Cerita kesedihan perempuan yang dirogol bapa saudaranya ketika dia kecil. Maka terbitlah cerita...TIDAK AKU BERSUARA.
Saya yakin itu petunjuk, menyuruh saya jangan berhenti menulis tetapi mahu saya menulis dengan mesej yang jelas. Bukan penulisan yang membelai jiwa. Sebab itu mungkin penulisan saya sudah banyak berubah dan ada yang mengata saya menulis Tazkirah bukannya novel.
Namun saya tidak kisah, saya gembira kerana paling kurang dalam 10,000 pembaca yang membaca novel saya sekurang-kurang 100 orang dapat menafaatnya, ianya sudah membuat saya gembira.
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih pada pembaca dan rakan-rakan yang tidak pernah putus memberi sokongan. Tidak pernah mahu melihat saya menyerah kalah. Terima kasih banyak-banyak dan tiga perkataan ini ingin saya luahkan.
SAYA SAYANG SEMUA!






















