Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, October 7, 2010

DI BAWAH SINAR RAMBULAN

Hari Jumaat yang lepas telah berlangsung sedikit majlis makan-makan untuk rakan-rakan pizza. Kenapa saya cakap rakan pizza, inilah rakan yang sering makan pizza bersama. Kham, Kusyi Hirdan suami isteri,  Duan a.k.a Atan dan saya. Pada mula Kusyi yang sekarang bertugas di Ghougzhou mahu datang hari Isnin, saya tidak membenarkan sebab saya sibuk kerana mahu mengambil bibik di airport. Jadi saya beritahu datanglah hari Jumaat. Jadi mendengar rancangan tersebut, Kham dan Atan pun mahu turut serta. Lizabujang yang berada di Sarawak jadi teruja dan selepas mengajar, hari Jumaat itu  dia terbang ke Kuala Lumpur.

Majlis diadakan di bawah sinar rambulan. Bertemankan lilin. Ha ha..Persiapan yang alah kadar..


Antara makanan yang tersedia. Ha ha..sampai ada yang tak nampak pun apa yang saya masak. Dalam gelap!


Anak-anak dara, mak dara bergambar bukan main lagi. Atan di sebelah saya. Paling gembira kerana Kak Imah yang bercermin mata dan kecil molek orangnya datang bersama anaknya Farhana, Fahmi dan juga suami. Memang amat-amat terperanjat tau!


Ini dia Farhana dengan Kusyi Hirdan, senyuman dia orang sama aje..ha ha


Semua yang hadir di majlis makan dibawah sinar rembulan. Zul suami Kusyi yang menjadi cameraman. Dalam gambar tak ada gambar adik saya Nurul dan bibik. Entah ke manalah mereka. Aik..Qaisara pun tak ada.

Apa jugalah si Feeza tu. Feeza adalah pekerja saya..happy agaknya sebab dapat berkumpul rama-ramai.


Khaidir dan Sharif. Sharif ini sebenarnya mahu beraya di rumah saya di Melaka. Dia SMS saya pagi, malam baru dapat SMSnya dan esoknya saya sudah balik ke Kajang. Jadi saya ajak dia beraya sekali. Dia datang bersama kawan baiknya Khaidir dan adiknya Mustapha. Asal aik..dalam gambar ni si Tapa tak ada? Agaknya pergi ambil makanan.


Camana Pak Seyit ada terselit dalam ini tetapi isterinya tak ada. Ha ha ha..Terima kasih darling ya sebab sentiasa menyokong isteri you. He he he..Atan dengan Pak Seyit dah macam anak dengan bapak le pulak. baju pun nak dekat sama. He he..


Oh..ini baru ada gambar Nurul dan Qaisara..


Pak Seyit dengan favourite attire dia, kain gombang atau kain pelekat..ha ha ha..Atan..apa yang kau jenguk tu Tan! Ha ha ha..


Apa hal le pulak. Ha ha..Si Kham ni komplen 9.9 hari jadi dia hari itu tak ada orang yang wish pun. Yelah masing-masing sibuk beraya. Kalau tanya saya? Minta maaf banyak-banyak. Saya orang yang selalu mengingati kawan tetapi saya jarang ingat hari jadi kawan saya waima hari jadi saya sendiri. Jadi kami suapkan dia ramai-ramai. Wish belated birthdaay. Biar puas hati dia. Ha ha ha..


Lepas makan main jongkang jongkit le pulak anak-anak dara ni..he he..Kham dan Liza Bujang, sebelah saya yang sedikit menyorok itu Fahmi anak Kak Halimah..

 P/s semua gambar ini adalah sumbangan dari Zul dan Kusyi Hirdan. Saya  ambil dari FB. Thanks untuk kau orang berdua ya!

Wednesday, October 6, 2010

SUAMIKU..SUAMI KU..

Entah dari mana timbulnya cerita, beberapa hari lepas suami saya bertanya saya.
"Honey..you ingat tak, 9 tahun lepas. Bila you setuju mahu berkahwin dengan I. I suruh kawan I hantar bunga dekat you. You dapat tak?"
Saya terkelip-kelip macam cicak tertelan kapur. Bila masanya suami menghantar bunga? Suami saya ni seorang yang romantis tapi tidak reti membeli barang atau bunga pada isteri. Seumur hidup rasanya tidak pernah dia beri saya bunga.
"Mana ada Ling?"
"Aik..biar betul? Saya ingat saya telefon kawan saya, suruh hantar ke tempat you kerja. I tak tipu.."
Sepanjang berkahwin dengan saya, saya tidak pernah menangkap dia berbohong dengan saya. Esok..esok tak tahulah. he he..
"Ya ALLAH iye ke? I kirimkan duit dan suruh hantar kat you. Heasy..perempuan mana pulak dia hantar bunga tu?"
Suami mengarukan kepala dan  tengah hari itu dia membawa balik seberkas bunga.



Bunga yang dibelikan untuk saya mengantikan bunga yang tak sempat sampai lebih 9 tahun lalu.  Ha ha ha..


Ini bunga yang dibelikan untuk Qaisara tetapi Qaisara tak suka. Dia marah-marah. Qaisara cakap kenapa bunga umi cantik Berwarna-warni. Bunga Teta merah aje..ha ha...

Tapikan? Ada ke orang bagi kekasih hati dan isteri bunga cam ni..

-

-

-

-

-



Ha.ha ha..Ya Ampun! Inilah bunga yang dibawa oleh Pak Seyit untuk saya.
"Ling asal berbalut kertas suratkhabar tulisan Tamil ni? Balutlah dengan kertas cantik sikit"
Suami sudah ketawa terbahak-bahak.
"I beli kat pasar Kajang.." ha ha ha..
Nak kata apa! Orang dah bagikan kena berterimakasihlah..rasa nak gelak guling-gulingkan.


Tuesday, October 5, 2010

TUDUNG TETA

Minggu lepas saya pergi ke Tesco bersama Qaisara dan bibik. Kami melalui satu kiosk yang menjual tudung. Qaisara memang suka memakai tudung. Kadangkala pakai dengan baju kurung, kadangkala pakai dengan dress, kadangkala dengan seluar pendek pun Qaisara memakai tudung. Walau sekejap-sekejap tapi saya biarkan. Biarlah dia belajar, walau ada yang mengatakan terlalu awal dan sayang dengan rambutnya yang cantik itu.
"Qaisara nak tudung tak?"
Tanya saya pada Qaisara.
"Nak umi.."
Begitu teruja Qaisara, yelah tudungnya yang ada cuma tudung pergi ke sekolah sahaja. Raya hari itu pun saya tidak sempat membelikan dia tudung walaupun dia memang suka. Jadi kali ini saya belikan dia 3 helai tudung yang dipilihnya sendiri.


Ini 3 helai tudung yang saya belikan Qaisara di Tesco dan dilpilihnya sendiri.


Tapi malam itu, suami balik. Dengan riangnya seperti biasa Qaisara menyambut babanya. Pertama sekali Qaisara akan cium tangan baba dan periksa sama ada babanya merokok atau tidak. Suami memang tidak pernah membeli rokok tetapi kalau kawannya mempelawa dia akan merokok. Rata-rata orang Turki adalah perokok.
"See..what I  bring for you baby!"
Begitu teruja Mr Seyit Kara memberi satu bungkusan pada Qaisara. Qaisara mengambil , membuka dan menjerit.
"Umi.. tengok baba beli tudung untuk Teta.."
Lah..ha haha..saya beritahu suami yang siang tadi saya sudah membelikan Qaisara 3 helai tudung. Suami tampak kecewa, mungkin merasakan Qasiara tidak suka dengan tudung yang diberi.
"No problem baba, no problem. I like it baba. Thank you baba."
Qaisara memujuk babanya. Barulah babanya tersenyum apatah lagi Qaisara sudah memeluk babanya sambil mengucapkan terima kasih berkali-kali. Oh..Qaisara memang seorang yang suka mempamerkan emosi yang kadangkala berlebihan. Mengikut style babanyalah tu! He he..


Tudung yang dibeli oleh babanya. Lima helai semuanya. Saya suruh Qaisara berikan pada sepupunya nanti.


Ini tudung yang baba belikan



Pose sebelum pergi sekolah. Balik sekolah Qaisara memberitahu saya.
"Umi! Teacher cakap tudung Teta cantik.." Ha ha ha ha


Monday, October 4, 2010

HA HA BIBIK PUN KENA!

Bibik saya sudah selamat kembali ke Malaysia selepas bercuti sebulan! Bukan sahaja saya gembira tetapi bibik pun bila ternampak saya menanti dia di lapangan terbang, melompat-lompat macam nampak boyfriend. Ha haha..Qaisara ketika itu tertidur di dalam kereta. Bila bibik duduk dan peluk dia, dia tercengang-cengang. Mungkin macam mimpi agaknya melihat bibik berada di sebelah dia.
Banyak sungguh barang yang bibik bawak. Termasuklah kiriman saya, tudung, baju kaftan. Bahkan telur asin pun bibik bawak balik. Kata bibik telur asin yang dibuat sendiri dibalut dengan batu bata bersama garam dan telur masin itu dikukus jam 3 pagi. Yelah..3 pagi dia sudah bangun dan tidak boleh tidur katanya.
Cuma saya tak puas hati dia belikan saya salak 2 kilo sahaja. 2 kilo dari airport ke rumah saya dan suami sudah langsaikan. Kebulur sungguh suami isteri inikan?

Hadiah untuk Qaisara. Macam-macam. Botol air itu Qaisara sudah beritahu bibik, satu untuk Danish dan satu untuk Balkish, walaupun sebenarnya bibik belikan untuk dia semua. Dia sukakan patung kak rose tapi tidak sukakan Mei-Mei. Kasihan Mei-mei terbiar sahaja. Kata bibik nasib dia tak belikan Rajoo. Mesti Qaisara pun tak suka Rajoo.


Pagi esoknya bila bibik bangun dan kami sama-sama mengemas pokok bunga di halaman rumah. Bibik ketawa-ketawa bercerita.
"Umi, saya dari balik semalam tertanya-tanya. Kenapa saya dengar dekat rumah umi ni orang asyik menghembus hingus?"
Aik..menghembus hingus? Apa pulak bibik ni?
"Yelah..malam tadi, saya tengah mengosok saya dengar orang macam bersin dan hembus hingus, saya buka pintu. Ingat umi turun dari atas. Tak ada pun. Heasy.seram pula saya.."
Bibik ni biar betul?
"Pagi ini bila saya menyapu dan mengemop lantai tiba-tiba baru saya perasan. Spry pewangi rumah yang baru umi  letak tu. Huh..lega saya umi.."
Ha ha ha..rupanya bibik pun terkena? ALLAH ALLAH.
Saya sebenarnya mahu memberitahu bibik mengenai Air Wreck auto spray tersebut tetapi saya terlupa sebab asyik mendengar bibik bercerita. Yelah..sebulankan banyak ceritakan.  Saya sedar auto spray itu sering memeranjatkan orang.
Bila saya terlupa. Bibik pun terkena..ha ha..


Pokok bunga yang kami belek ni pun gelak dengar cerita bibik!

Friday, October 1, 2010

AZAB KUBUR

Hari ini saya siarkan email yang pernah dihantar kepada saya. Entah betul atau tidak saya tidak pasti. Hanya ALLAH sahaja yang mengetahuinya tetapi saya cukup percaya yang mengatakan Azab kubur memang ada.

On this photo a 18-year old young man who died in one of hospitals of Oman. The corpse of the boy has been dug out from a tomb in 3 hours after his funeral under the insisting of his father. The boy died in hospital and has been buried under the Islamic law and on the same day after obligatory ablution of the body. However after funeral the father has doubted of the diagnosis of doctors and wanted to identify the true reason of his death

Relatives and his friends shocked when they saw the corpse He was completely different within 3 hours.. He turned grey as the very old man with traces of obvious tortures and the most severe beating and with the broken bones of hands and legs, with the edges broken and pressed into a body
All His body and face were full of bruise..The open eyes-showed hopeless fear and pain. The blood obviously attributes that the boy has been subjected to the most severe torture

 

Close relatives of the dead man have addressed to Islamic scientists who have unequivocally declared that it is available results of tomb torture which the Allah ( s.w.t) and in the Hadis of Prophet Muhammad (s.a.w) have warned.


The shocked father of the boy has admitted that his son was spoilt, did not do Solat, and had a carefree way of life, having involved in different sins.

PENGERTIAN ALAM BARZAKH
Barzakh bermaksud rintangan atau pemisahan. Alam barzakh ialah alam pertama daripada alam yang kekal abadi di akhirat. Semua orang yang berada di dalam kubur dinamakan hidup di alam barzakh.
Alam ini berada di antara mati dan bangkit daripada mati. Apabila berada di dalam kubur, kita akan disoal oleh dua malaikat yang bernama Munkar dan Nakir mengenai amalan yang dilakukan semasa hidup di dunia.

Beberapa Ayat al-Quran Yang Menyatakan Azab Kubur


“Dan sesiapa yang berpaling ingkar daripada ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari Kiamat dalam keadaan buta” (Surah Taha: 124)

“Mereka didedahkan kepada bahan api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa berada dalam alam Barzakh) dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab api neraka yang seberat-beratnya”. (Surah Ghafir: 46)

Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak pinak, pangkat dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian) kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)”. Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari Kiamat)! (Surah at-Takathur: 1-3)

Dalam riwayat Imam Muslim: Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Bahawa mayat itu diazab kerana ratapan keluarga ke atasnya”. (Hadis riwayat Muslim).

Berdoalah selalu moga-moga kita dapat mengelak dari azab kubur yang terlalu amat perit dan bersamalah kita saling ingat mengingati.


Thursday, September 30, 2010

JOM BUAT TOPENG !

Ini mesti NB tak ada kerja ni? Aduh..mana pula tak ada kerja. Tetapi si Qaisara ni bagi umi dia kerja. Suruh buat topenglah, main playdohlah..macam-macam. Mula-mula lukislah macam ini. Umi dia yang tak pandai melukis ni yang lukis arnab ini.


Warnakan. Warna pilihan Qaisara sudah pasti pink. Ada ke rabbit pink? Ha ha..tak kisahlah. Mewarna sampai penat dan tertidur-tidur.


Dah siap sekarang boleh pakai!


Tada,,,,
"Umi..umi kenapa telinga dia tak sama besar umi?"
"Alah telinga kita semua tak sama besar. Qaisara cuba tengok Qaisara punya telinga.."
Alasan umi yang sebenarnya tak pandai melukis. ha ha ha..
"Heasy..umi mana Teta boleh tengok teliga Teta.."
"Bolehlah, tengok kat cermin.."
Ha ha ha..ha.ha..

Wednesday, September 29, 2010

MARI BUAT BEIGNET

 Mari buat beignet atau jemput-jemput Mat Salleh ni. Kalau tidak didera oleh Qaisara memang malas uminya nak membuat. Yelah saya part goreng mengoreng ni ada malas sikit. Ha hah ha.. Bahan-bahannya mudah aje.

Bahan-bahannya.
1 Mangkuk tepung
Sebuku butter
4 biji telur
secawan air
sedikit garam
assence vanilla
icing sugar untuk ditaburk.


Isikan air dalam periuk, masukkan butter dan sedikit garam. Bila butter sudah cair. Angkat.



Masukkan tepung sedikit demi sedikit.


Kemudian kacau sehingga sebati.


Masukkan telur satu, kacau, kemudian lakukan dengan yang tinggal 3 tadi perkara yang sama. Masukkan sedikit assance vanila. Qaisara sudah pandai memecahkan telur walaupun tidaklah terlalu cantik. Teringat saya seorang kawan, usia 20an dia mahu berkahwin tetapi begitu risau sebab tidak pandai memasak. Saya tanya dia masakan goreng telur pun tak tahu. Perempuan cina itu mengeleng seraya berkata.
"Yatie..you jangan terperanjat, saya pecah telur nak goreng pun tak pandai."
Allah..Allah sampai begitu sekali ya..ha ha..


Kemudian goreng. Sebenarnya adunan ini akan kembang sedikit.

 Sudah siap taburkan dengan gula icing. Tak cantik sungguh bentuknya. Kalau dah malas mengoreng tu tahu ajelah.  Sudah siap jemput-jemput Uncle Sam ni. Ha ha..


Paling kelakar nak tahu apa? Bila dah siap mengadun dah siap goreng. Baru Qaisara perasan dia tak pakai apron. Ha ha haha.. Tengok muka Teta yang tension...


 Jadi, masa makanlah dia pakai. Sedap umi! Ha ha Beignet ini juga kegemaraan Pak Seyit. Ada salah satu masakan Turki sama sahaja bahan-bahannya tapi kemudian dimasak dengan kuah gula. Kalau tanya saya? Saya suka jemput-jemput undang dengan sayur! Saya buat aje!





Tuesday, September 28, 2010

TERSALAH PAKAI

Baju raya yang tersalah pakai. Ha ha ha..

Hari selasa lepas, Qaisara balik dari sekolah dengan perasaan amat gembira.
"Umi..umi esok pakai baju raya tau! Ada jamuan raya."
Oh..anak saya ini memang obses sangat dengan baju kurung. Ada 6 pasang baju kurung yang saya buatkan untuk dia. Jadi pagi Rabu itu, dia bangun sendiri dengan riangnya. Tertanya-tanya juga saya kenapa guru tidak memberikan surat untuk Qaisara. Tetapi saya bekalkan seberkas kuih untuknya.
Saya tidak menghantar Qaisara, tetapi babanya yang hantar. Bila balik saya tengok muka suami agak kelat.
"Kenapa?"
Tanya saya.
"Kasihan baby kita honey. Tak ada orang pun pakai baju raya.."
"Arghh..biar betul?"
Alamak. Ini sudah pasti Qaisara tersalah dengar. Lagipun Qaisara bukan dia tahu sangat pasal hari. Kadangkala hari Jumaat dikatakan hari Sabtu.
"Telefonlah cikgu.."
Suami menyuruh saya. Saya melihat jam, ketika itu mesti sudah waktu belajar. Guru pun pasti tidak menjawab panggilan. Saya hanya diam sahaja sambil sibuk berkemas.
"Honey calllah cikgu Qaisara."
Desak suami lagi, menyuruh saya menelefon guru Qaisara untuk bertanya sama ada betul atau tidak hari itu, harus memakai baju raya.
"Cikgu tengah mengajar, mana nak jawab telefon.."
Balas saya perlahan. Namun hati saya risau tuhan sahaja yang tahu. Mesti Qaisara malu. Macam-macam yang menunjah-nunjah benak saya.
Pukul 11 suami sudah keluar mahu mengambil Qaisara semula. Saya tahu dia tidak senang duduk memikirkan anaknya. (orang tua ada anak kecil macam nilah rasanya..he he he).
Dengar sahaja kereta di halaman rumah, saya menyerbu ke bawah. Membuka pintu.
"Umi..umi, hari ini tak pakai baju rayalah..hari Jumaatlah umi.."
Aduh..Kasihannya anak saya. Saya rasa mahu menangis sahaja. Apa perasaan Qaisara kalau dia sahaja seorang pakai baju raya? Sudah pasti dia malukan.
"Ada tiga orang lain pakai baju raya. Umi..umi..cikgu semua puji baju raya Teta cantik.."
Begitu riang Teta bercerita. Saya menjadi lega selega-leganya. Begitu jugalah suami.
Lega kerana Qaisara tidak kecewa dengan apa yang berlaku. Bahkan begitu gembira sekali.
Ahh....kadangkala saya tahu, emak dan ayah sahaja risau berlebihan tetapi anak tidak apa-apakan?




Monday, September 27, 2010

TAMAN TASIK

Ahad lepas ketika orang masih sibuk beraya, suami mengajak saya ke Taman Tasik katanya. Saya ingat Taman Tasik di mana? Rupanya Taman Tasik Ampang Hilir. Oh..satu ketika dahulu, sebelum taman tasik ini dijadikan tempat rekreasi, saya hari-hari lalu di situ. Ketika itu saya tinggal di Ampang sebelum pindah ke Kajang. Kehidupan di Ampang agak sibuk dibandingkan dengan Kajang yang serba relax. Apa tak relax, depan rumah Mac D, giant, Tesco, bahkan pejabat saya depan rumah sahaja. Tak perlu berebut dan mengharung jam seperti di Ampang dulu.  Jalan kaki ke pejabat pun boleh.


Aktiviti di Taman Tasik ini memberi ikan makan. Kebanyakkan ikan di sini adalah sepat ronggeng dan juga ikan puyu. Kami beli roti kering sebungkus 50 sen.



Tengok tu bukan main khusyuk dua beranak ni memberi makan ikan.


Di situ ada sebuah gerai kecil yang dipanggil kudap2. Ada jual aiskrim dan serba macam produk felda. Oh..saya memang suka dengan produk-produk felda. Qaisara sudah menukar baju kerana mahu bermain di padang permainan yang ada di situ.


Pak Seyit perasan jadi model. Ha ha ha..

Tengah-tengah membaling roti di tengah tasik ini. Ada sesekor memberi lintas hormat. Saya tak pasti ianya biawak atau ular. Tetapi rasanya biawak. Ngeri juga saya melihat tetapi apabila melihat kami berada di tepi tasik beramai-ramai, boleh pula binatang ni buat u-turn. Ha ha ha..


Qaisara yang hyper. Melompat sana sini. Tengah-tengah bermain, Qaisara rasa mahu membuang. Pergi ke tandas yang berada di situ. Tandas kunci! Ya ALLAH. Punyalah bengang saya. Kasihan tengok Qaisara yang menahan perut.
"Macam mana kita nak selesaikan kes ini umi.."
Tanya Qaisara. Ini mesti pengaruh geng bas sekolah. ha ha..
"Entahlah Ta, pakai pampers nak?"
"Heasy..tak mahulah. Kita selesaikan dengan pergi Tesco, suruh baba pecut dan Teta pergi toilet kat Tesco.."
Tesco memang tidak jauh daripada situ. Jadi kami pun bergesa ke sana. Jam pula tu, nasib baik Qaisara boleh tahan. Tapi memang saya sakit hati sungguhlah di tasik ini. Ada surau, surau ditutup. Ada tandas pun berkunci, sedangkan itu tandas awam. MPAJ..tolong tengok sikit.!

Kami meninggalkan Taman Tasik Ampang Hilir ini ketika matahari sudah mula turun dan mahu menutup tirai siangnya.


Salah satu produk felda yang saya beli di situ. Suka bungkusan dia yang cantik. RM20.