Ahad lepas ketika orang masih sibuk beraya, suami mengajak saya ke Taman Tasik katanya. Saya ingat Taman Tasik di mana? Rupanya Taman Tasik Ampang Hilir. Oh..satu ketika dahulu, sebelum taman tasik ini dijadikan tempat rekreasi, saya hari-hari lalu di situ. Ketika itu saya tinggal di Ampang sebelum pindah ke Kajang. Kehidupan di Ampang agak sibuk dibandingkan dengan Kajang yang serba relax. Apa tak relax, depan rumah Mac D, giant, Tesco, bahkan pejabat saya depan rumah sahaja. Tak perlu berebut dan mengharung jam seperti di Ampang dulu. Jalan kaki ke pejabat pun boleh.
Aktiviti di Taman Tasik ini memberi ikan makan. Kebanyakkan ikan di sini adalah sepat ronggeng dan juga ikan puyu. Kami beli roti kering sebungkus 50 sen.
Tengok tu bukan main khusyuk dua beranak ni memberi makan ikan.
Di situ ada sebuah gerai kecil yang dipanggil kudap2. Ada jual aiskrim dan serba macam produk felda. Oh..saya memang suka dengan produk-produk felda. Qaisara sudah menukar baju kerana mahu bermain di padang permainan yang ada di situ.
Pak Seyit perasan jadi model. Ha ha ha..
Tengah-tengah membaling roti di tengah tasik ini. Ada sesekor memberi lintas hormat. Saya tak pasti ianya biawak atau ular. Tetapi rasanya biawak. Ngeri juga saya melihat tetapi apabila melihat kami berada di tepi tasik beramai-ramai, boleh pula binatang ni buat u-turn. Ha ha ha..
Qaisara yang hyper. Melompat sana sini. Tengah-tengah bermain, Qaisara rasa mahu membuang. Pergi ke tandas yang berada di situ. Tandas kunci! Ya ALLAH. Punyalah bengang saya. Kasihan tengok Qaisara yang menahan perut.
"Macam mana kita nak selesaikan kes ini umi.."
Tanya Qaisara. Ini mesti pengaruh geng bas sekolah. ha ha..
"Entahlah Ta, pakai pampers nak?"
"Heasy..tak mahulah. Kita selesaikan dengan pergi Tesco, suruh baba pecut dan Teta pergi toilet kat Tesco.."
Tesco memang tidak jauh daripada situ. Jadi kami pun bergesa ke sana. Jam pula tu, nasib baik Qaisara boleh tahan. Tapi memang saya sakit hati sungguhlah di tasik ini. Ada surau, surau ditutup. Ada tandas pun berkunci, sedangkan itu tandas awam. MPAJ..tolong tengok sikit.!
Kami meninggalkan Taman Tasik Ampang Hilir ini ketika matahari sudah mula turun dan mahu menutup tirai siangnya.
Salah satu produk felda yang saya beli di situ. Suka bungkusan dia yang cantik. RM20.







