Nak dengar cerita tak? Nama saya Muhammad Atamam Hafi. Saya berumur 2 tahun . Mama saya guru, Walid saya Al-Hafiz. Saya anak tunggal. Saya nak cerita pasal saya balik rumah Tok Umi saya di Bachok Kelantan. Ada satu hari tu, masa saya kat rumah Tok umi....
Masa tu saya tengah main-main. Masa tu waktu maghrib. Walid saya dekat dalam bilik tengah solat. Tiba-tiba dekat tingkap, satu sudut rumah Tok Umi..saya ternampak...
Seorang lelaki pandang saya macam ni. Muka dia marah aje. Saya takut..tengok muka dia..
Saya kemudian lari masuk ke dalam bilik dapatkan Walid. Saya peluk Walid dan saya pejam mata. Saya cakap dengan Walid.
"Walid..Mam takutlah. Mam nampak hantu kat tingkap. Dia pandang Mam macam ni.."
Itu yang berlaku pada saya beberapa bulan yang lalu. Masa dua hari lepas, saya balik rumah Tok umi semula, orang yang pandang saya macam tu dah tak ada dah. Rumah Tok umi dah tak ada hantu dah..
Ini adalah cerita anak buah saya. Memang perkara ini berlaku di rumah adik ipar saya di Bachok. Atmam memang mengagumkan saya, dia boleh bercerita dengan begitu detail sekali orang yang dilihatnya. Kata dia orang tu pandang dia dengan pandangan yang marah dan menakutkan. Memang rumah emak mertua adik saya itu agak jauh ke dalam hutan. Bahkan rumah tersebut adalah rumah baru. Adik saya beritahu, selepas pukul 7 jangan ada sesiapa yang keluar rumah, pasti 'benda' itu akan mengikut. Kalau mahu keluar rumah, keluarlah selepas jam 8 malam.
Paling saya tabik dengan Atmam, dia benar-benar kuat semangat. Agaknya kalau budak lain sudah demam berhari-hari.
Memang dunia moden ini kita tidak percaya perkara seperti ini. Tetapi masakan budak berusia 2 tahun akan berbohong bukan bahkan Atmam boleh bercerita benda yang sama berulang-ulang kali...






