Qaisara mengacau conflakes dengan anggunnya.
Balkish juga mahu membantu, dah berebut-rebut jadinya.
Balkish ada tugas baru, mengaturkan cawan kertas di dalam tray. Tengok bukan main khusyuk lagi.
Sama-sama bekerjasama menabur chocolate rice di atas biskut.
Buat kuih conflakes madu, macam mana ada pula kuih sarang semut. Ha ha..sebenarnya selepas buat kuih conflakes, saya sambung buat kuih sarang semut. Anak-anak berdua ni pun giat membantu.
Kakak saya Mijah tanya, asal kuih kau macam ni rupanya. Macam-macam warna. He he..terpengaruh dengan si Tinie @ GreenJade lah ni. Dia pun buat sarang semut berkelar-kelar cam ni. Sebenarnya kalau ramai-ramai buat kuih seronok juga. Terutama bila ada anak dara kecil datang membantu dan mengacau.






