Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, September 1, 2010

BALKISH DAN QAISARA BERSHOPPING

Minggu lepas ketika balik kampung sempatlah saya bawa dua orang anak dara ini bershopping di Parkson Melaka yang kebetulan ada membuat jualan murah. Anak dara berdua ni kalau bershopping kalahkan orang tua tau! Cuba semua benda yang mereka nampak. Saya pun tak mencuba, hanya tengok-tengok sahaja.


Umi beg ni cantik tak! Dua-dua mereka mengacu beg yang berada di situ. Dah macam anak dara besar ke dua-dua mereka. Bila saya cakap tak cantik. Mereka letak dan cuba beg lain pula. Hairannya promoter yang ada di situ tak marah pun. Hanya ketawa sahaja melihat gelagat mereka berdua.

Udahnya berebut kerana mereka tertarik dengan beg yang sama. Jadi riuh Parkson yang agak sunyi kerana saya ke sana pada hari Jumaat. Di Melaka hari Jumaat tidak ada cuti umum untuk Nuzul Quran.


Lepas cuba beg, mereka tertarik dengan beg duit yang pelbagai. Wow! Cantiknya...Qaisara kalau warna  seperti ini sudah pasti WOW....

Biasalan budak-budak perempuan. Beg warna merah jambu tetap menjadi pujaan. Lepas cuba beg cuba kasut pula. Saya terlupa mahu mengambil gambar mereka mencuba kasut. Semua kasut tumit tinggi diturunkan dari rak. Dicuba dan diletak balik. Kata kakak saya yang ikut sekali...
"Perangai siapa yang diikutknya kalau bukan perangai kau.." ha ha ha..
Saya memang suka bershopping tapi sebenarnya saya jarang mencuba beg tangan dan kasut. Biasanya saya hanya tengok sahaja. Kalau berkenan barulah saya cuba dan bertanya sizenya.
Eosk-esok anak berdua ini bila besar macam manalah ya?

Tuesday, August 31, 2010

CAM TU RUPA PAYUNG?

"Qaisara buat apa tu?"
"Melukislah umi.."
Sejak akhir-akhir ini memang Qaisara suka melukis. Entah apa-apa yang dilukisnya. Orang lidilah, rumahlah. Oh..rumah yang dilukis oleh Qaisara mesti bersegi-segi.
"Melukis apa?"
"Orang tengah dancelah umi.."
"Oh..iye.."
 Iye..iye le si Teta ni melukis orang tengah menari. Boleh percaya ke?
"Iyelah umi.."
"Bak sini umi nak tengok.."
"Japlah..Teta tengah lukis payung "
(saya sebenarnya terlupa nak ambil gambar si Qaisara tengah dok khusyuk melukis). ha ha..
Tidak lama kemudian siaplah hasil karya si Qaisara..
-

-
-

-

-
-
 Tadaa......

Ha ha ha....okay jugalah ya..
"Tapikan..kenapa payung yang perempuan tu pegang, macam tu rupanya Qaisara?"
Kami berdua ketawa..Ha ha ha ha..


Monday, August 30, 2010

MARAH SEORANG IBU



Beberapa hari yang lepas, Qaisara leka menonton Upin dan Ipin di komputer dalam bilik saya. Ketika itu sudah pukul 10 malam. Saya tanya dia sama ada mahu ke bilik air atau tidak?Dia menjawab tidak mahu.. Saya lihat jam di dinding. Biasanya Qaisara akan buang air waktu begini.
Apabila suami yang baru balik dari bersolat terawikh memberi salam, pantas sahaja dia mendapatkan babanya. Dua beranak ni kalau berjumpa, tahu sahajala. Kebetulan ketika itu video upin dan ipin sedang menyanyikan lagu. “tanam-tanam ubi..” Jadi dua beranak inipun menari sama.
Dua beranak ini memang selalu berballey dancer, berzapin, berballet dan sebagainya. Kadangkala saya join sekali. Ha haha..aktiviti keluarga!.
Selepas selesai, suami masuk ke bilik air. Mahu mandi, tahu sahajalah suami saya itu. Bergerak hanya seminit dua pun sudah berpeluh. Qaisara pula tiba-tiba menjerit.
“Umi Teta tak tahan ni, Teta tak tahan ni.."
Belum sempat saya buat sesuatu. Dia sudah membuang air di tengah-tengah bilik. Apa lagi anginlah saya. Selama ini tidak pernah sekali pun dia membuang air merata begitu. Ketika umurnya 3 tahun, dia sudah pandai ke bilik air dan duduk di tandas.
“Teta ni kenapa!”
Saya menengking dia sekuat hati saya. Aduh, kalau buang airnya sikit tak apa. Banyak! Sambil membawa mop sambil itulah saya memarahi Qaisara. Yelah pukul 10 malam, kena bersihkan rumah! Dia hanya terpaku sambil terhinggut-hinggut bahunya menangis dalam senyap. Amat jarang saya marahkan Qaisara, biasanya kalau dia menangis saya hanya diam sahaja sehinggalah dia senyap. Tetapi kalau saya sudah marah Qaisara memang benar-benar takut.
Mendengar saya yang betul-betul meradang itu Qaisara sudah turun kebawah mendapatkan bibik. Lagilah saya angin, sebab takut air kencingnya menitis dan terpaksa mengemop satu rumah.
Dia kemudian dimandikan bibik dan ditukarkan baju. Tidak lama kemudian dia naik ke atas, saya jeling padanya yang meleleh air matanya. Suami yang baru keluar bilik air bertanya apa yang berlaku dan memujuk Qaisara. Selepas selesai saya membersihkan lantai bilik dan tempat di mana Qaisara pijak, saya pun ke bilik air untuk mandi.
Keluar dari bilik air Qaisara sudah berbaring di katil sambil tersedu-sedu dan menjeling-jeling saya.
“Umi Teta minta maaf umi, Teta minta maaf..”
Aduh, sedih sungguh hati saya melihat Qaisara yang sudah meleleh air matanya. Kemarahan saya mencair 100 persen. Marah saya hilang melayang. Saya usap air matanya dan cium pipinya.
“Tadi..Teta ingat Teta boleh tahan, tapi tak boleh..”
Qaisara sudah meraung sambil memeluk saya.
Hendak ketawa pun ada, kesian pun ada. Saya balas pelukan dia.
“Bukankah umi dah tanya. Qaisara nak pergi tandas ke tidak? Kenapa ditahan-tahan. Boleh berjoget-joget dengan baba lagi. Lain kali nak menari ke, nak buat apa ke pergi tandas dulu.”
Beritahu saya. Qaisara hanya mengangguk sambil tangannya memeluk saya.
“Sorry umi ya, Teta tak buat lagi. Sorry ya...”
Penghabisan saya menangis mendengar kata Qaisara yang begitu tulus itu. Benarlah kata orang, bagaimana marah seorang ibupun, seorang ibu tidak akan sampai hati berdendam dengan anaknya.



Saturday, August 28, 2010

TAK ADA

Hari ini tak ada entry makan, sebab tuan blog sakit gigi..ha ha ha (boleh ketawa lagi).
Bangun pagi dua tiga hari lepas rasa gigi sengal aje..
Tapi saya biarkan. Oh saya memang sedikit pelik, saya kadangkala mahu rasa sakit.
Jadi saya biarkan supaya saya menikmati rasa sakit itu.
Ada ke macam tu?
Entahlah..masa saya selesai dioperasi ketika melahirkan Qaisara si sebuah hospital pakar.
Ada beberapa kali jururawat bertanya, apakah saya mahu suntikan penahan sakit
saya kata tak mahu dulu.
Saya mahu merasa sakit itu, kalau saya tidak tahan baru saya minta suntikan.
Kermudian doktor pula masuk dan tanya soalan yang sama.
Nak tak suntikan penahan sakit, saya kata belum lagi biarkan.
Bila saya sudah tidak tahan sakit..baru saya minta suntikan. Itupun selepas 10 jam.
Dan sekarang saya sakit gigi..
selagi kepala rasa tidak tercabut, saya biarkan
selagi boleh berjalan-jalan saya tidak peduli ( masih sempat berjalan2 di Parkson Melaka)
Tapi sakit gigi ini menghilangkan selera makan
Bahkan mahu melihat gambar makan pun rasa macam tak lalu aje...
Kalau makan pun kurang..
Jadi harap-harap berat badan pun kuranglah..
kih kih kih..

Friday, August 27, 2010

CEPATNYA..

Kalau bulan-bulan puasa ni, mesti ada kenangan dan cerita yang kita bawa sampai sekarangkan. Begitu juga suami. Suami saya ni kadangkala suka juga cerita masa silamnya yang kadangkala agak merepek.
"Honey you tahu tak, di Turki solat sunat, solat Isyak dengan solat terawikh semuanya yang disatukan lebih 30 rakaat tau.."
Saya mendengar suami bercerita. Yela, solat terawikh dengan witir sudah 23 rakaat belum lagi masuk solat isyak.
"Cuba awak bayangkan, kadangkala kalau tiba musim panas. Berbuka puasa pukul 9 malam dan sahur habis dalam pukul 3. Baru habis solat terawikh dan bersahur.."
Wah..teruk jugalah. Memang syukurlah duduk di Malaysia, waktu berbuka dan sahurnya hampir sama setiap tahun.
"Jadi bila solat terawikh tu kami carilah yang mana Imam bersolat dengan cepat.."
"Ada ke?" tanya saya.
"Ada honey, ada seorang Imam itu kami gelar dia Mahmet Jet.."
"Mahmet Jet?"
"Yelah..awak tahu tak. Iman ni nama dia Mahmet, dia solat sunat terawikh macam Jet. Cepat aje habisnya.."
Suami sudah ketawa saya juga.
"Kami kalau lepas berbuka masing-masing berebut-rebut nak pergi masjid yang Mahmet Jet jadi imam. Kalau sesiapa pakai sarung, nak betulkan sarung. Tak sempat dah.Mahmet Jet dan bagi salam tau.."
Ha ha ha..besar ketawa saya mendengar cerita suami. Macam-macam ceritakan. Tapi kata suami Mahmet Jet sudah meninggal dan Imam yang mengantikannya tidak laju seperti jet. Lajunya seperti  keretapi sahaja.
 Tetapi pokok persoalannya, kalau solat pantas begitu bagaimana menjaga bacaan dalam solat itu? Agaknya imam itu hanya membaca yang rukun sahaja, seperti Al-fatihah dan tahiyat akhir. Berbaik sangkalah..

Mungkinkah Imam Mahmet mengimamkan solat terawikh laju seperti Jet?

Thursday, August 26, 2010

PESANAN


“Nak jadi penulis bukan mudah…”
Pak Cik Jilani yang baru balik daripada membuat rumah sebentar tadi, sudah duduk di sebelah Hajar.
Lelaki itu memang bekerja mengambil upah membuat rumah. Syukur kerana sejak akhir-akhir ini tanah orang kampung dibeli oleh kerajaan untuk dibuat jalan. Jadi, dialah yang dipanggil orang kampung untuk membesarkan rumah dan juga membina rumah yang baharu.
“Susah ke abah?”
“Susah. Menulis ni tak boleh sesuka hati. Penulis ada tanggungjawabnya sendiri yang perlu dipikul. Mereka membawa amanah ALLAH. Kadangkala satu perkataan yang ditulis, akan membawa kegembiraan dan ada juga yang akan membawa kemusnahan.”
Terkebil-kebil mata Hajar mendengar kata-kata abahnya itu. Memang abah selalu mengatakan susah sebenarnya untuk menjadi seorang penulis. Sangka Hajar, susah itu lebih kepada mencari idea dan juga menyusun ayat. Rupanya definisi susah abah itu amat berbeza sekali.
“Musnah macam mana, abah?”
Hajar tahu, penulisan merangkumi macam-macam genre. Novel, skrip drama, skrip filem, buku cerita kanak-kanak dan bermacam-macamlah. Hajar tidak mahu menjadi penulis buku kanak-kanak. Dia tidak suka. Dia lebih suka menulis seperti Arenawati, Shahnon Ahmad, Usman Awang dan Khadijah Hashim. Sekarang tidak ramai penulis wanita dan dia mahu menjadi penulis wanita yang berjaya.
“Kadangkala penulis memfitnah orang melalui tulisannya kerana mahu popular dan melariskan tulisannya. Sudah sifat semula jadi manusia, suka mendengar fitnah sedangkan apa yang ditulis belum tentu betul. Inilah tugas penulis. Mereka tak boleh menulis untuk menjatuhkan orang lain, jauh sekali menyakiti hati individu yang tertentu.”
Lembut sahaja kata-kata Pak Cik Jilani. Hajar menganggukkan kepalanya tanda faham.
“Tapi Arenawati menulis mengenai pengalaman dia balik kampung di Makassar, abah. Kita tahu macam mana orang-orang Makassar menyambut tetamu. Hajar suka baca.”
Terang Hajar. Tersenyum Pak Cik Jilani mendengar kepetahan si anak bercakap. Anak yang lebih suka membaca dan setiap hari ada sahaja bahan bacaan di tangannya.
“Yang macam tu, tak apa. Bagus menulis macam tu. Mengajar orang berbuat baik dengan tetamu. Memberi pengetahuan kepada orang lain yang tak tahu bagaimana keadaan di Makassar. Hajar tahu tak, penulis ini mempunyai pengaruh yang cukup besar. Orang yang suka dengan isi bacaan mereka akan mengikut apa sahaja yang ditulis oleh penulisnya. Tulisan yang baik akan diingati walau penulisnya sudah meninggal dunia.”

P/S kenapa saya keluarkan sedikit petikan dari buku saya ini? Sejak akhir-akhir saya amat sedih dengan senario penulisan tanah air yang mengenepikan tata tertib dalam berkarya. Saya tidak menyalahkan penulis muda ini kerana mungkin kurang bimbingan. Ketika saya mula-mula menulis pun, tulisan saya amat kosong tetapi saya menyalahkan individu yang terlibat yang menerbitkan karya-karya yang menyebabkan karya popular dilabelkan sebagai picisan dan tidak bermoral. Kadangkala tajuknya sudah tidak bermoral, apatah lagi isi di dalam. Bahkan paling menyedihkan buku yang diangkat sebagai bestseller belum tentu mempunyai kualiti sebenar. (teringat status penulis lelaki Joan Norafizan di facebook yang tergaru kepala melihat lambakan novel di pasaran)
Ingatan saya pada penulis muda, menulislah dengan tanggungjawab bukan kerana 'syok sendiri' atau kerana telunjuk individu tertentu. Menjadi popular sekejap memang seronok tetapi kesannya berpanjangan. Menulislah kerana ALLAH dan ingin menyampaikan pesanan.

Wednesday, August 25, 2010

JADI NENEK..

Minggu lepas Bintik macam letih sahaja, berjalan pun tak mahu. Kami periksa kakinya. Takut ada luka sebab kami memang selalu lepaskan dia di padang. Sebab nampak dia berjalan macam tak larat.  Tapi tak jumpa luka di kaki bintik. Jadi kami bawa di ke doktor.


Doktor comel ini memang ada beberapa kali merawat Bintik dan di klinik ini kami beli Kentang Jantan menggantikan Kentang yang telah mati di makan kucing. Klinik ini dekat sahaja dari rumah, ada service 'hotel' untuk binatang.


Doktor dengan pembantunya memeriksa Bintik. Mula-mula check kakinya, kemudian check perutnya.
"Macam ada buah anggur ni"
Kata doktor comel ini. Perlahan-lahan dia meraba perut Bintik.
"Dia bunting, dalam sebulan nanti beranaklah.."
Kata doktor mungkin Bintik akan due pada 15hb. Alamak..15hbkan masa raya. Bibik pula pulang ke Indonesia. Alamat nanti saya masukkan Bintik ke hospital bersalin binatangla  ha ha.. semalam RM12. Tapi doktor pun nak rayakan.


Sebelum pulang sempat Bintik bergambar dengan doktor comel ini. Tak lama lagi jadi neneklah saya..ha hah haha.



Tuesday, August 24, 2010

KAJIAN

Satu kajian dijalankan sebuah laman web di Britain mendapati, pasangan yang sudah berkahwin selama 50 tahun atau lebih, hanya bercakap satu sama lain selama tiga minit bagi setiap sejam. Percakapan mereka biasanya pada waktu makan tidak melebihi 150 perkataan.
Kajian turut mendapati pasangan kekasih menghabiskan 50 minit sejam untuk bercakap, pasangan berkahwin 10 tahun, 29 minit.
"Jelas sekali perkahwinan yang panjang ‘membunuh’ minat untuk bercakap,” kata laman web itu.


Betul ke kajian ini.?
Saya rasa macam ada yang tak kena? Mungkin kajian ini kajian di barat di mana manusia sentiasa berlari mengejar material. Berbanding dengan suasana di sini di mana pasangan suami isteri tampak lebih akrab melakukan perkara bersama, walau sudah berusia.
Ayah dan emak tiri saya sudah berkahwin lebih 30 tahun. Ayah saya suka bercakap, emak tiri saya juga begitu. Mereka saling berinteraksi dan kadangkala kalau mereka berdua bercakap macam ada 10 orang,
Saya sendiri tidak lama berkahwin, baru 8 tahun. Tapi setiap hari kami pasti bercakap, kalau tidak bersua muka pasti bertelefon dan kadangkala melalui YM. Perbualan pelbagai tapi yang pasti setiap pagi atau malam, saya akan duduk sebelah suami yang sedang membaca akhbar online Turki. Saya akan menyibuk sama bertanya itu ini, suami akan sabar melayan. Kalau saya tidak ada suami akan terjerit-jerit memanggil saya jika ada berita yang boleh dikongsi bersama.
Pengalaman saya, semakin lama saya berkahwin dengan suami. Semakin banyak kami berdua bercakap, merepek dan semakin banyak yang kami kongsi bersama.


Monday, August 23, 2010

PEKERJA MYDIN KURANG ADAB

Minggu lepas saya ke Mydin Kajang. Bibik yang mahu pulang ke Indonesia bercuti raya mahu membeli Milo untuk dibawa pulang. (Sebenarnya Milo di Mydin tidak adalah murah sangat pun). Ketika itu Mydin Kajang tengah sibuk mengadakan ubaih suai di bahagian makanan.
Saya naik di bahagian perkakas rumah dan saya berhenti di tempat plastik sampah.
"Bik kita beli plastik untuk najis arnab.."
Ya setiap hari sangkar arnab harus dibersihkan, najisnya pula banyak dan harus dibuang di dalam plastik sampah. Ketika membelek plastik sampah ada satu bungkusan yang sudah dibuka dan teburai isi perutnya. Bibik menarik salah satu plastik tersebut untuk memeriksa ketebalannya.
"Weh..jangan bukaklah.."
Seorang pekerja yang ada di situ menengking bibik dengan kuat sekali. Saya terperanjat begitu juga bibik.
"Dah terbuka tadi, saya tengok sahaja..' balas bibik perlahan.
"Kalau dah terbuka pun, janganlah buka lagilahhh.."
Sekali lagi pekerja itu menengking. Syurrr..saya sudah mula angin di bulan-bulan puasa ini.
"Plastik tu dah terbuka, dia tengok aje.."
"Memang saya tahu dah terbuka, tapi yang awak tarik keluar buat apa? Tak boleh, tak bolehlah.."
Pitch perempuan tu begitu tinggi sekali. Pitch dia tinggi pitch saya pun tinggi jugalah (he he he)
"Kalau benda ni dah terbuka, dah terburai. Sudah pasti kami ingat boleh tengok dalamnya. "
Perempuan itu datang dan merampas plastik tersebut dari tangan bibik.
"Awak nikan macam mana layan pelanggan, kalau pelanggan lari kerana awak macam mana? Mana customer service saya nak komplen pasal awak?"
Tahap marah saya memang sudah limit. Melihat muka saya yang benar-benar marah pekerja itu diam sahaja.
Bagi saya bukan sekali dua saya menghadapi perangai pekerja Mydin yang kasar begini. Acap kali. Jarang amat saya jumpa pekerja yang berbudi bahasa di mana-mana store Mydin. Paling saya kesal yang berbudi bahasa adalah bangsa asing seperti pekerja bangladesh. Tapi pekerja melayu amat menyedihkan. Menjerit-jerit, jarang tersenyum bahkan di bahagian cashier pun selalu acuh tak acuh dengan pelanggan terutamanya pekerja perempuan.
Apakah kerana Mydin menjual barangan murah, maka maruah pembeli seperti kami diperendahkan.
Sedangkan yang masuk di mydin itu bukan orang berpendapatan rendah sahaja, tetapi yang bergaji lebih lima angka dan ada yang lebih 10 kali ganda lebih besar dari gaji pekerja di situ.
Bahkan bagi saya, walau yang berbelanja di Mydin seorang tukang sapu sampah pun, dia harus dilayan dengan baik dan saksama kerana merekalah yang banyak menyumbang pendapatan pada syarikat Mydin.
Kepada pihak pengurusan Mydin, saya berharap supaya para pekerja dihantar latihan bagaimana mahu melayan pelanggan dengan baik dan sopan.

Sunday, August 22, 2010

TOMBONG KELAPA


Bulan-bulan puasa ini apa yang saya rindu?
 Kalau makanan saya rindukan tombong kelapa?
Ha ha..mesti ada orang cakap. Tak ada benda lain ke nak rindu.
Tombong kelapa?
Hmmm..tak tahulah dari kecil sampai besar saya sukakan tombong kelapa.
Bulan puasa kalau nak buat dodolkan kena kopek kelapa. Kelapa tua yang banyak santannya.
Bila kelapa tua, sudah pasti ada tombong.
Hmm..saya akan mengumpul tombong ini dibuat berbuka puasa.
Orang lain tak hairan pun tombong ni, kalau saya tak ada tombong ini dilempar, bagi ayam makan.
Bila azan berbunyi sahaja.
Benda inilah yang saya makan dulu.
Saya suka tombong yang kecil macam di atas tu.
Sedap dan lemak.

Tombong yang besar ni pun saya suka
tapi agak bergabus dan berair.
Dulu masa kecik-kecik, arwah emak selalu usik saya.
"Kau makan tombong nanti kat punggung kau keluar tombong."
Alamak cuak juga masa tu.
Iyeke?
Tapi sampai sekarang saya dok tunggu tombong keluar tak juga keluar-keluar.
Ha ha ha...
Kalau balik kampung sekarang
adik saya Nurul yang terror kopek kelapa jumpa tombong ini.
Dia pasti akan tanya saya.
"Kak Tie, ada tombong nak tak?"
Dan pasti saya akan mahu..
Tak tahulah sampai bila saya suka  tombong
tapi pastinya, tombong sama nilainya dengan cincalok bagi saya.
ha ha ha..orang tua klasiklah katakan!

P/s semua gambar dari pak cik google ya!