Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, June 10, 2010

PUAS HATI HAJI YA!

Anak siapakah ini yang sedang menghadap pintu pagar rumah orang ni?
Ha.ha..itulah Haji. Baru-baru ini Haji datang ke rumah saya dan kebetulan jiran saya mempunyai 3 buah bajak yang diparkir di halaman rumahnya. Jadi si Haji sudah pasti teruja. Awal pagi sudah duduk menghadap bajak. Aikk..takkan dia seorang aje?

Oh..ada bibik dan Qaisara menemani si Haji melihat kereta bajak ni. Kebetulan rumah jiran saya ini berhadapan padang permainan (rumah saya pun menghadap padang permainan)

Tengok betapa seronok dan gembiranya Haji dapat melihat kereta bajak, melompat dan mundar mandir dia di hadapan kereta bajak!


Sudahlah tu Haji, jom balik! Bila-bila nanti kita tengok kereta bajak lagi ya! Ajak saya dan bibik!


Haji tak mahu balik! Tengok tu dia buat muka macam tu. Ha.ha.ha..geram sungguh tengok dia!




Selepas dipujuk akhirnya Haji pulang ke rumah, mandi dan tidur kepenatan. Puas hati sungguhlah dia dapat berlama melihat bajak!




Wednesday, June 9, 2010

DIA MEMANG BIJAK!

Satu petang ketika saya duduk di taman, saya ternampak dia yang berjalan di hadapan saya. Sungguh bergaya dia dengan baju bola yang berwarna merah. Saya tegur dia ramah
"Cantik baju..."
Puji saya, dia ketawa.
"Aunti minat bola tak?"
"Minat.... jugalah.."
"Aunti sokong kelab mana?"
"Dulu Arsenal sebab ada Terry Henry.."
"Oh..dia dah pergi Barcelonalah aunti. Dah tak best dah.."
Petah sahaja bicara dia. Saya menganggukkan kepala.
"Ya betul tu.. Awak minat kelab mana?"
"Liverpool pun suka, MU pun suka, Chelsea pun suka.."
"Wah..banyaknya kelab awak suka.."
Dia ketawa mendengar kata-kata saya. Handsome sungguh bila dia ketawa begitu!
"Hmm..pemain minat siapa?"
"Gerard aunti.."
"Gerrard sekarang main di mana ya? Barcelona?"
"Heasy..itu Gerrard lain aunti, ini Steven Gerrard dia main dengan Liverpoollah.."
"Oh iye ke?"
Kami sama-sama ketawa.
"Fernando Torres pun saya minat aunti.."
Fernando Torres pemain mana pulak ni? Sejak akhir-akhir ini saya kurang menonton bolasepak.
"Dia pemain liverpook ke MU?"
"Liverpoollah aunti.."
Huh! Nasib baik mengena juga..ha ha.ha
Dia kemudian bercerita mengenai pemain lain yang diminatinya, mengenai kelab bola sepak dan mengenai piala dunia tidak lama lagi. Dia mentertawakan Beckham yang satu ketika dahulu bermain dengan kelab bola sepak Amerika. kata dia orang Amerika mana pandai bola pun.
Dia bercerita macam orang besar sahaja dan kalau melihatnya tidak menyangka, dia cuma adalah seorang...
-
-
-
-
-
-
-
-

Kanak-kanak berusia 6 tahun. Kalau nak tahu Muhammad adalah abang kepada Musa, kawan Qaisara. Masih berada di tadika tetapi amat meminati bola dan cukup bijak sekali bila bercerita mengenai bolasepak!


Tuesday, June 8, 2010

MINTA MAAFLAH YA!

Geram sungguhlah!
Berapa kali nak lalu depan rumah saya.
Saya jeling dia, dia pandang saya. Dia senyum. Saya tidak.
Qaisara juga tersengeh-sengeh.
Macam meminta pengertian dari saya.
"Umi boleh tak.."
"Tak boleh.."
"Kenapa?"
Qaisara kalau kita kata tak boleh, pasti dia akan tanya kenapa?
Walau jawapannya dia sudah tahu.
Walau sudah berbuih-buih mulut kita beritahu.
"Tak boleh sayang, sayang tahu kenapakan?"
Qaisara macam saya. Alah dengan benda sejuk dan cuaca sejuk.
"Bolehlah umi sikit aje.."
"Tak boleh.."
Dalam hati berdoa, jangan ada anak-anak lain terpedaya.
Kalau mereka terpedaya, bermakna Qaisara akan bertanya berkali ganda.
Kenapa dia tak boleh, budak lain boleh aje!
Alahai..susahnya.
Pergilah..janganlah dok pusing dua tiga kali depan saya.
Kasihan dengan Qaisara.
Kasihanlah dengan saya.
Saya tahu dia mahu mencari rezeki
Tetapi bukan di sini tempatnya..
Tempat di mana ada budak bernama Qaisara
yang sekarang sedang batuk dan alah dengan benda sejuk.
Minta maaflah.
pergilah ya...
-
-
-
-
-
-
-
-
Minta maaflah apek ya! Jangan ganggu kami (gambar dari google!)





Monday, June 7, 2010

TETA LAGI

KISAH 1
Hari ini Qaisara suruh saya berlakon jadi pelanggan restoran dan dia jadi pelayan.
"Awak nak makan apa?"
"Makan seafood. Awak ada jual apa." dengan penuh minat pelanggan restoran bertanya.
"Macam-macam ada. Ada sotong.." jawab Qaisara. Dia memang suka makan sotong, jadi sotonglah yang disebutnya.
'Hmm..lagi.."
"Ada crab.." beritahu Qaisara lagi.
Saya menganggukkan kepalanya.
"Apa lagi.."
"Ada kura-kura.."
"Arghh..awak jual kura-kura.?." terbeliak mata saya. Qaisara macam tak terperanjat pun. Kepalanya diangguk beberapa kali.
"Yelah, saya ada masak kura-kura. Kura-kura tu dah mati.."
Heasy..si Teta ni buat meloyakan tekak aje. Ha.ha.ha
"Mana kura-kura boleh makan?"
"Aik..kura-kura tak boleh makan ke? Teta tengok dia duduk dalam air macam crab juga. Kenapa tak boleh makan pulak?. Kaki dia 4 macam crab juga. Jalan macam ni, macam ni.." Qaisara mengayakan ketam dan kura-kura berjalan.
Ha.ha.ha..saya sudah garu kepala. Hilang akal untuk menjawab sebenarnya.





KISAH 2
Saya tengah menonton telivisyen apabila Qaisara memaksa bibik berlakon dengannya. Qaisara jadi doktor bibik jadi pesakit.
"sakit apa?"
"Sakit kepalalah doktor.." Bibik memegang kepalanya. Qaisara datang dan memeriksa.
"Oh..awak asyik gosok baju. Jangan gosok baju sampai malam.."
Kah.kah.kah..saya sudah gelak besar. Begitu juga bibik.
"Iye ke doktor.."
"Iye, tapi tak apa..saya bagi awak koyok. Tampal kat kepala."
Ha.ha.ha..Qaisara tahu sakit kepala tampal koyok. Tidak lama kemudian dia ambil koyok dan tampal di kepala bibik. Tidak lama kemudian suami saya balik dan terus bertanya bibik.
"Bibik, sakit? Ask umi, bring you to clinic. Go..go clinic"
Ha.ha. ha.hha.. saya, bibik dan Qaisara ketawa. Mr Seyit Kara terpinga-pinga!

Sunday, June 6, 2010

JOHOR BAHARU BAHAGIAN KEDUA

Perjalanan diteruskan ke JB. Sampai di sana jam 9 malam. Cari hotel dan jumpalah The Embassy, hotel service apartment. Punyalah susah nak mencari bilik sampai termasuk ke apartment orang. Kawalan keselamatannya pula, ya ampun..punyalah ketat. Naik lift pun kena pakai kad.


Esok pagi saya pergi bershopping di Danga Mall , kesian si Yaz dari Nusajaya mahu mendapatkan saya di sana. Sudah berjumpa Yaz borak sampai tak sedar dirilah.


Ini barang yang saya beli di Danga Mall ni. Ada 70% potongan harga. Saya memang suka beli beg selempang dan bag sandang ni. Senang untuk laptop kecil saya.

Sampai Qaisara yang bermain di Danga Mall tu, naik mengantuk dibuatnya. Ha.ha.Qaisara yang selalu lincah sudah keletihan.




Kami kemudian bergerak ke Kampung Melayu Majidee mahu berjumpa dengan Kak Halimah Awang, salah seorang peminat saya. Pernah berjumpa dengannya di Pesta buku PWTC. Sementelah ada di JB ni, saya singgahlahkan di rumah dia. Tengoklah saya dengan si Yaz, tiba sahaja rumah Kak Imah, terus ambil gambar. Ha.ha.ha




Kami sebenarnya sudah makan di Danga Mall, dah beritahu Kak Imah tak payah masak. Tetapi dia masak jugak. Tengok Qaisara macam tak sabar-sabar nak makan.


Ada kesempatan bergambar, tak lepaskan peluanglah kami. Bert-shirt hitam sebelah kiri sekali Farhana anak kak Imah. Dia sebaya dengan Ojan, sayang saya tak bawa Ojan kerana Ojan perlu pulang ke asrama.



Dari makan di meja, duduk di lantai. Tak habis-habis berbual, makan dan minu. Masa berlalu begitu pantas sekali. Macam tak puaslah berbual.



Sampai Qaisara Seyit Kara mengamuk dah. Bukan apa, dia nak susu tu dan nak tidur! Penat bermain.



Sempat bergambar dengan Kak Imah. Kak Imah ni sangat comel orangnya dan wajahnya macam budak sekolah sahaja tau!




Bila masa budak berdua ni ambil gambar. Ha.ha.ha. Sama aje senyumannya.



Kami berangkat pulang dari rumah kak Imah ke Kajang semula jam 5.30 petang. Kami hantar Yaz dahulu ke rumahnya di Kiara Hill. Tiba di Kajang jam 1 pagi. Jalan sesak sungguh! Tapi perasaan saya..sangat-sangat gembira!



Saturday, June 5, 2010

KE JOHOR, BAHAGIAN PERTAMA

Terbaca status Yazreina Yassin di FB, mengatakan dia bosan tidak ada orang yang mahu mengajak dia keluar. Kebetulan pada hari Sabtu suami ke Perak, jadi saya terfikir untuk menziarahi Yaz di Johor Baharu. Yazrina ini mempunyai masalah buah pinggang dan selalu harus menjalankan dialsis selama 3 hari seminggu. Kasihan juga mendengar rintihan dia, jadi saya tanya pekerja saya Suraya dan Feeza, mahu tak ikut ke JB. Sudah pasti mereka mahu sahaja. Berjalan apa tak mahukan..ha.ha..

Sebelum ke JB, kami sempat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan anak perempuan penulis Zara Aluwi. Tema majlis rumah kak Zara hari itu berwarna purple.


Teta sempat bergambar di jambatan gantung rumah Kak Zara. Bergoyang-goyang jambatan ini bila berjalan di atasnya.

Destinasi kami yang pertama sebenarnya ke Kluang, melawat ibu junes. Kerana rancangan dibuat secara tergesa-gesa, saya tidak sempat membeli apa-apa barangan untuk baby.

Pekan Kluang. Sempat singgah di masjid Kluang. Suka sungguh saya dengan masjid tersebut. Bukan sahaja bersih tetapi ada rumah musafir di situ. Tetapi lupa pula nak mengambil gambar. Diperkarangan masjid ada dibuka tempat reflexologi.

Ibu junes ini peminat dan juga sahabat saya. Pertama kali berjumpa dengannya ketika pesta buku tahun lepas. Kurus sungguh dia selepas bersalin ini. Ibu june mendapat anak perempuan yang diberi nama An-Nur Batrisyah (nama yang diberi oleh Cik Lizabujang..ha.ha)

Anak-anak dara ibu junes dan juga anak buahnya. Untung ibu junes ada ramai anak. Murah rezeki diakan.


Pelukan sebelum meneruskan perjalanan ke Johor Baharu. Kata ibu Junes kerana teruja saya datang, dia pakai tudung terbalik pun tak perasan. Saya sendiri pun tak perasan dia pakai tudung terbalik. Ha.ha. Di belakang yang memerhati adalah emak ibu Junes.


Suka saya tengok gambar ini. Feeza yang mendukung An-Nur. Ada gayalah Feeza, lagipun Feeza ni tidak lama lagi akan berkahwin tau..ha.ha

Perjalanan diteruskan ke JB untuk berjumpa Yazriena dan Kak Halimah Awan...akan bersambung...








Friday, June 4, 2010

BERSYUKURLAH

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s.,
"Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya."
Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu,
"Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.".
Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata,
"Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja"!.
Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., "
Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu."
Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata,
"Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.".
"Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya", jawab si kaya itu.
Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.


Thursday, June 3, 2010

NAK ANGIN KE TAK?

Saya rasa semua orang tidak suka membuat urusan dengan authority. Saya sendiri pun kalau ditanya memang kurang suka. Kerenah birokrasi dan tidak cekapnya para pekerja membuat kita kadangkala naik darah.
Baru-baru ini suami mahu menyambung visa dibawah spouse program kerana visanya hampir tamat tidak lama lagi. Jadi saya suruh suami pergi ke Putrajaya bertanyakan borang apa yang perlu diisi olehnya nanti. Saya tahu prosedur kerajaan ini akan berubah setiap masa. Maka suami membawa baliklah sebeban borang yang perlu diisinya. Biasanya borang tersebut harus dichop pesuruhjaya sumpah dengan dimatikan stemnya. Apabila semuanya sudah di isi, sudah dimatikan stemnya dan sudah dichop pesuruhjaya sumpah.


Maka saya bersama suami pergi ke Putrajaya.
Mula-mula kami ke bahagian permohonan visa di tingkatan 3. Tempat ramai orang Indonesia dan Bangladesh di situ.
“Ini bukan bahagian sini puan cuba puan pergi di bahagian penggajian..”
Saya pun bergesalah ke sana..
“Puan saya rasa ini bukan di sinilah, cuba puan pergi di DP10..”
Astaghfiruallah. Sabarlah hati. Sabarlah. Bergesalah saya ke DP10.
“Ini bukan bahagian sini puan..”
“Tadi saya ke bahagian visa, kemudian saya ke bahagian penggajian sekarang beritahu saya, ke mana saya harus pergi..” suara saya tidaklah kasar tetapi saya sudah berasa bosan.
“Cuba puan pergi Shah Alam..”
Arghh? Pergi Shah Alam, saya pandang suami. Suami pandang saya. Mahu dengan tidak, saya mencuba nasib ke Shah Alam walau selama 7 tahun ini suami berurusan di Putrajaya.
Setiba di Shah Alam, dibahagian kaunter pertanyaan saya hulurkan borang tersebut. Tetapi apa jawapan mereka?
“Sorry puan, spouse progamme lama dah tak ada!”


Aik..biar betul. Tergaru-garu jugalah kepala. Maka saya dihulurkan borang baru. Borang memohon pas lawatan sosial untuk suami/isteri. Saya tanya macam-macam dan balik rumah dengan hati yang separuh sabar.
Lantas saya bawa balik borang tersebut dan mengisinya, mematikan stemnya semula dan dichop pesuruhjaya sumpah semula.
Hari ini saya ke Shah Alam semula, mengharap semuanya akan beres. Rupanya ketika mereka memberi saya borang, masih ada borang yang lupa untuk mereka berikan pada saya. Ada lebihan gambar yang diperlukan, bahkan mereka meminta passport suami yang lama (nasib masih disimpan). Aduh..rasa nak pitam sahaja kerana passport lama suami berada di Kajang. Nasib baiklah pegawai tersebut memahami dan memberitahu saya tidak perlu hadir lagi dan suami sahaja berurusan dengan mereka.
Cuba bayangkan kalaulah saya terikat dengan kerja. Berapa banyak masa saya dan suami terbuang?
Aduhai imigresen....(baca balik apa saya tulis ni, macam orang tak naik darah aje saya..ha.ha)

Wednesday, June 2, 2010

ARNAB SI TETA

Saya memang sukakan bintang terutamanya kucing. Tetapi disebabkan saya sudah letih untuk bersedih bila kucing saya mati, saya tidak mahu memelihara mana-mana kucing. Kecuali kucing fakir miskin yang datang berkunjung di belakang rumah memang saya sediakan makanan. Namun baru-baru ini Qaisara mahu memelihara arnab. Kebetulan Fadhilah sahabat saya ada menjual arnab dengan harga RM20 seekor. Murah tau!




Ini dia taukeh arnab Fadhilah Maarif. Banyak sungguh arnab yang dipeliharanya. Kebetulan ketika kami datang, salah seekor arnabnya baru melahirkan. Kalau nak tahu dia menamakan arnab-arnab peliharaannya dengan nama watak dalam novel-novel saya. Ku Pianlah, Jasmine, Chinta dan sebagainya.


Pilih-pilih di mana satu nak? Comel-comel semuanya sampai saya susah nak memilih. Tetapi yang berwarna hitam itu tidak boleh dijual, sebab kata Fadhilah dia tidak ada baka yang itu.



Dengan sebulat suara, saya, Qaisara dan bibik telah memilik yang ini. Kami namakan dia Bintik. Hakim tengok macam nak makan sahaja si Bintik. Ha.ha.




Seekor lagi yang ini. Nama asalnya kami kekalkan iaitu Kentang. Ojan pun suka bermain dengan arnab. Tak sabar menunggu dia besar.


Jom balik umi! Kita dah dapat Bintik dengan Kentang. Tak sabar-sabar Qaisara mahu bermain dengannya.
Qaisara bangun pagi sahaja sudah membelek si bintik. Bintik agak cergas sedikit dibandingkan dengan Kentang. Di mana-mana pun Qaisara bawa si Bintik ini sampaikan diletak atas katil bibik, menyebabkan bibik menjerit.



Tuesday, June 1, 2010

NOVEL DUET (2 NOVEL DALAM 1)


PESANAN QADIR JAILANI (NORHAYATI BERAHIM)
"Tok Saat tak bayar duit abah?”
Cantik sungguh bunga alamanda yang abah ukir. Macam hidup sahaja. Dalam hati Hajar memuji. “Mana Hajar tahu?”
“Tahu… Dia tu memang suka berbangga-bangga. Kemudian tak bayar duit kita. Jahat, kan abah?”
Abah terdiam. Hajar menenang muka abah lama. Akhirnya terdengar keluhan dari mulut abah.
“Mungkin dia bercakap benar. Kenduri-kendara ni memang banyak pakai duit. Itu yang dia tak dapat nak bayar duit abah. Mungkin bila-bila dia ada duit nanti, dia bayarlah. Tapi syukur, duit kayu, batu bata, dia dah bayar. Tak mengapa…”
Abah semuanya tidak mengapa. Bagi abah, semua orang ada masalahnya sendiri. Aduh… kalau semua orang macam abah, agaknya ramai orang di muka bumi ini jadi jahat dan mengambil kesempatan.
“Abah pergilah minta duit dekat dia abah. Tok Saat bohong tu, dia banyak duit. Tapi sengaja tak mahu dengan abah. Kalau Hajarlah, Hajar dah pergi serang dia..”
Sekali lagi perkataan ‘serang’ keluar dari mulut Hajar.
“Dalam hidup kita tidak perlu terburu-buru Hajar. Padah kelaknya. Masalah tidak boleh diselesaikan dengan amarah. Kalau marah sudah menguasai diri, perkataan yang keluar dari mulut kita akan mengores hati orang lain. Bila hati sudah tergores dengan kata-kata. Percayalah, ianya tidak boleh ditarik balik dan kesannya akan sampai bila-bila..”
Abah kalau menasihati memang Hajar tidak boleh berkata apa-apa. Segala apa yang keluar dari mulut abah, semua perkara yang benar.


TERAWIH TERAKHIR (ANUAR KAMARUDIN)
Sekejap sungguh masa berlalu, tinggal lima minit lagi untuk berbuka puasa. Sudah dua hari pula Anwar yang dalam keadaan koma itu tidak bertarawih. Terawih yang sentiasa dijaganya, tidak mahu terlepas hatta satu malam pun sekalipun. Namun apakan daya...
“Nuar, kejap lagi dah nak berbuka ni. Aku tahu kau mesti dengar. Kau bangunlah Nuar... Dah dua hari kau tinggal terawih. Boleh kita pergi terawih sama-sama. Kau cakap je dekat masjid mana pun kau nak pergi, aku bawak kau, okey? Ingat tak kau pernah kata pada aku yang kau mahu bertarawih di madrasah kampung di hujung-hujung Ramadhan. Kau bangkitlah sahabatku...”
Qushairi berbisik di telinga Anwar yang terkatup rapat matanya. Namun Qushairi percaya, pancainderanya yang lain masih mendengar apa yang disampaikannya tadi. Maghrib sudah masuk waktunya. Qushairi menjamah sebiji buah tamar sebagai syarat membatalkan puasanya.
Qushairi menggenggam lembut jari-jemari sahabatnya itu kemudian di telinga Anwar, dibisikkan azan. Sayu sahaja bunyinya laungan azan yang dibisikkan Qushairi. Antara tenggelam timbul sahaja dengarnya. Sebaik sahaja azan selesai dialunkan, Qushairi panar. Ada titisan air mata meleleh dari kelopak mata Anwar.
“Kau menangis, Nuar? Kau dengar azan yang aku bisikkan? Bangunlah Nuar... kita bertarawih bersama.”
Qushairi menangis. Lelaki itu menangis untuk pertama kali dalam hidupnya. Tidak pernah dia merasa terlalu sedih dan tidak terbebat rasa sayunya. Melihat sekujur tubuh layu yang statik di hadapannya itu adalah sahabat baiknya sendiri. Sahabat yang bukan sahaja menghulurkan tangan andai dirinya memerlukan bantuan, tetapi meminjamkan segala kudratnya untuk menolong dirinya sehabis daya.