Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, May 13, 2010

BERJALAN DAN MAKAN

Lokasi : Di dalam penerbangan MAS



Cokelat ini bukan main banyak dalam peti ais saya. Setiap kali terbang dengan MAS, mesti ada cokelat ini. Tapi Qaisara tidak sukakan cokelat yang ada kacang. Bila nampak sahaja cokelat ini suami sudah ketawa. Kata suami, simpan ajelah..

Mertabak dalam kapalterbang. Domestik atau perjalanan luar negara jarak dekat, bila sarapan pagi mesti mertabak dengan nasi lemak. Saya suka nasi lemak dengan sambal udang memang sedap. Cuma tak sempat ambil gambar. Lain kali saya travel saya ambil. ..he.he..


Ini nasi goreng bersama ayam ketika penerbangan balik. Kali ini sudah tidak ada ferror rocher tapi diganti dengan kit kat. Lega..ha.ha. teruk sungguh saya.



Nasi dengan ikan tomyam. Tak rasa pun tomyamnya.;




Lokasi
Hartz Chicken Buffet Satok.
Dewasa RM18.80
Kanak-kanak RM8.90



Adik saya si Lizabujang tengah pose ketika ambil makanan.



Salad yang saya makan.



Ini suami tercinta yang makan. Kentang, terung dan roti.



Hidangan pemanis mulut.

Barisan ayam goreng, sotong goreng, bawang goreng dan semuanya yang bergoreng. Saya tak sentuh pun tekak tengah sakit.



Ini gambar makanan lagi..




Percaya tak? Masa kami makan tidak ada orang lain di dalam itu kecuali kami berempat. Saya, suami, Lizabujang dan Qaisara.




Lokasi : Selera Asam Payak Satok
Harga : 4 orang makan dengan minum RM21.


Ini restorannya, hari Sabtu pergi dah tutup tetapi dapat masuk dan makan pada hari Isnin.


Makanan saya, umai, daun ubi, sayur keladi, ikan masin dengan sayur petola air. Umainya sedap, tidak terasa ikan mentah tetapi daun ubinya keras.

Ayam pansuh. Ini ayam yang dimasak di dalam buluh bersama dengan umbut pisang dan kelapa. Sedap juga. Makanan di sini amat murah.


Lokasi : Tun Jugah Kafeteria.



Nasi ayam special for mother day yang makan suami saya yang bukannya 'mother' ha.ha.ha.. RM5




Char katanois yang rasanya agak meloyakan, tidak ada sebarang sayur hanya sedikit, ayam dan telur. Saya cuba habiskan tapi tak boleh. RM5



Wednesday, May 12, 2010

AKTIVITI ANAK DAN UMI

Qaisara anak yang cepat bosan kalau tidak ada apa-apa aktiviti. Di Kuching kerana telivisyen di hotel tidak ada siaran kartun, jadi dia cepat bosan. Ada sahaja kerja yang dibuatnya sebelum tidur. Lepas paksa saya baca buku kartun yang dibeli, dia mengoyak kertas,. Sebelum banyak lagi benda yang dikoyaknya, jadi kami membeli play doh untuk mengisi masa lapang sebelum dia melelapkan mata. Dan inilah dua benda yang berjaya kami hasilkan. Sebiji buah entah apa namanya dan sebuah beg. Jadi tak jadi belakang kira.

Ini pakai playdoh hijau dan merah sahaja. Dulu saya ingat, saya korek tanah kuning yang dipanggil tanah liat dan buat macam-mana anak patung darinya.


Gelek-gelek play doh warna merah sebagai buah.


Ini batang dan daun.



Tada......Umi ini tomato ke buah Apple? Tanya si Qaisara. Ciss..Qaisara ni...



Ini pakai playdoh warna hijau, kuning dan merah.


Mula-mula buat macam ni.



Tepek pulak dengan warna hijau. Kalau ada pengelek dan pisau cantik ni, ini bentuk dengan tangan aje.



Ini beg yang sudah disiap. Kata suami cantik tetapi kata Teta, ini beg apa umi? Ha.ha.ha.





Tuesday, May 11, 2010

DURIAN LAGI

Kalau orang membeli barang dapur awal bulan, saya selalunya membeli dipertengahan bulan. Biasanya saya pergi pada waktu orang bekerja jadi tidaklah ramai sangat di tempat pembayaran. Setiap kali membeli barang-barang dapur ini, biasanya saya dan pembantu rumah akan bawa 2 troli. Satu barangan Qaisara termasuk Qaisara yang nak duduk dalam troli satu lagi barangan dapur.
Beberapa hari lepas saya pergi ke Tesco, Qaisara menaiki troli yang ditolak bibik. Saya leka mencari buah mangga kalau-kalau cantik untuk dibawa ke Sarawak (siapa lagi kalau tidak untuk Teacher Lizabujang-itu panggilan Qaisara). Buah mangga saya tak jumpa yang cantik, Qaisara jumpa buah kesukaan dia. Takut-takut aje dia tunjuk pada saya..

"Umi, teta beli ini ya?" Kadangkala kalau badan Qaisara tak berapa sihat buah durian memang saya tak kasi dia makan. Sebab itu dia macam takut-takut aje bertanya dengan saya.

Bila saya cakap ambillah Ta..sukalah dia dapat makan buah kesukaannya itu. Sampai sekarang saya hairan apa yang dia suka sangat dengan durian ni? Dia makan taklah banyak sangat, seulas dua sahaja sebenarnya. Tetapi itu sudah cukup banyak bagi Qaisara yang tidak banyak makan. Dia lebih pada susu.


"Umi..Teta buka ya?" "Heasy janganlah Ta, kat rumah nantilah. Nanti berbau dekat sini. lagi pun belum bayar"
Punyalah dia cium durian tu. Heasy..teruk sungguh si Qaisara ni.
Dalam cium-cium tu sempat juga dia mengigit durian tu. Hmm..dia ingat umi tak perasan apa dia buat. Ha.ha...


Tiba dalam kereta, tanpa sempat buka plastik dia cuba makan. Buruk sungguh perangainya..



Dapat juga akhirnya. Hmmm...sedapnya umi....




Monday, May 10, 2010

LAKSA SARDIN

Kali ini masak masakan orang malas. Kalau biasanya orang masak pakai ikan kembung, selar dan apa-apa ikan yang mereka minati, saya suka masak laksa menggunakan ikan sardin. Ikan sardin baunya tidak begitu kuat seperti laksa biasa. Jadi suami yang alergi dengan bau-bauan yang tidak menyenangkan tidak akan membuat sebarang komen secara langsung. He.he
Ini bahan-bahan penting yang membangkitkan aroma laksa. Daun kesum dan juga bunga kantan. Jangan lupa bawang merah, bawang putih, asam jawa/keping, cili mesin, perasa dan juga garam.



Ini juga bahan penting. Saya selalu gunakan dua tin sardin yang besar. Ambil isinya sahaja dan buang sos sardin itu. Satu tin sardin dihancurkan dengan diramas-ramas atau dimesin halus.



Satu tin lagi di hancurkan kasar, terpulang pada kesukaan masing-masing. Tetapi saya lebih suka pada ikan sardin yang kasar-kasar. Bila makan baru terasa.


Masukkan semua bahan dalam periuk, daun kesum, bunga kantan, bawang, cili, asam jawa/keping (saya tidak menggunakan belacan nanti Mr Seyit Kara asyik sembur rumah aje dengan pewangi..ha.ha). Masukkan sardin yang sudah diramas halus. Selepas mendidih, masukkan sardin yang diramas kasar. Sedapkan dengan garam dan perasa.


Hidangkan dengan laksa basah yang sudah dicelur, telur rebus, salad, bawang besar dipotong, timun dan sebagainya. Boleh makan. Cepat dan mudah.




Sunday, May 9, 2010

MAKAN DI ASIARI

Lokasi
Lot GF-25 Ground Floor SACC Mall
Jalan Perbandaran 14/9
Shah Alam Selangor 40000 Malaysia
Sebenarnya makan-makan di Asiari ini sudah lama. Sudah hendak dekat sebulan tetapi kerana menanti gambar dari Cik Pingu atau pun Umi, barulah kali ini dapat dipostkan. Saya berjumpa dengan sahabat FB saya Lady Gegeh di Asiari ini, dia membawa sekali kawannya umi atau Cik Pinguu. Makanan Vietnam agak kurang memenuhi cita rasa saya mungkin kerana rasanya yang agak manis, saya lebih sukakan makanan Thailand yang pedas berapi.


Inilah Cik Pinguu atau umi bersama dengan Qiasara. Dah tak tahu mana budak 4 tahun dengan 24 tahun..ha.ha.(Pinguu! Betul ke umur hang 24 tahun?..ha.ha)

Ini dia Lady Gegeh atau Tasha. Ini mesti ada yang komplen tengok muka saya yang serius semacam. Ha.ha


Antara makanan yang kami makan. Butter rice dengan ayam percik itu adalah makanan yang saya pesan untuk Qaisara. Tetapi bukan dimakannya pun..



Makanan ini harus dimakan dengan kertas beras yang digulung seperti popia. Vietnam memang popular dengan makanan yang digulung sebegitu.



Kami order dua set makanan ini. Satunya yang banyak sayuran dan yang satu lagi lebih kepada daging. Tengok si umi makan seorang dengan pinggan besar tu! Berlakon aje tu..he.he


Hiasan di dinding restoran. Terendak ini ingat saya masa kecil-kecil selalu pakai untuk meracun rumput.



Anak dengan umi selepas makan. Gendang gendung tali kecapi, kenyang perut suka hati! Tapi saya macam tidak puas hati aje makan di sini, sebab tak ada cili api..ha.ha





.

Saturday, May 8, 2010

RENCAM PESTA BUKU

Kisah 1
"Beli puan ini buku terbaru"
Saya memberitahu pada seorang pengunjung yang sedang membelek-belek buku kami.
"Best tak?"
"Best, semua best. Galau di Hati Sari best, Layang-layang pun best.."
"Awak dah baca ke buku tu awak cakap best ke tidak?"
Tanya wanita tersebut. Saya pandang Kusyi Hirdan, Kusyi pandangan saya. Alamak apa nak cakap ni.
"Awak dah baca ke?"
Melihat saya yang senyap sunyi, dia bertanya lagi. Sampai tiga kali dia bertanya saya tidak menjawab (sebenarnya tak tahu nak jawab apa). Akhirnya Kusyi menjawab.
"Dia penulisnya mestilah dia dah baca puan.."
"Oh..iye ke? Lah..maaf tak kenal pun..ha.ha"
Wanita itu menjerit kuat sambil ketawa.


Kisah 2
Kusyi sedang mempromosikan buku saya layang-layang. Memang Kusyi berada di pesta buku bersama dengan saya. Saya promote buku dia, dia promote buku saya. Tidaklah nanti orang cakap kita promote buku sendirikan? Ha.ha.ha
"Kalau nak tanda-tangan kak yatie. Kak yatie ada. Itu kak yatie."
Wanita yang bernama Amy ini hanya menganggukkan kepalanya dengan kata-kata Kusyi. Saya fikir dia tidak berminat. Kemudian apa yang dibualkan dengan Kusyi saya pun tak ambil kisah sangat. Tiba-tiba dia menjerit dan datang kepada saya.
"Ini kak yatie ke? Saya minat sangat dengan akak.."
Lah..tadi saya tengok dia macam tidak berminat rupanya dia tidak perasan apa yang diperkatakan oleh Kusyi. Agaknya sebab leka membelek buku.
Inilah Amy yang comel lote dan lucu. Gambar saya ambil dari FB Kusyi. Ha.ha.

Kisah 3
Saya menandatangani sebuah buku dari pembaca yang membeli layang-layang bertali kaca.. Dia kemudian berlalu pergi dengan anaknya. Sepuluh minit kemudian dia datang semula.
"Awak NB ke?"
"Ya puan.."
"Ya ALLAH, saya dah masuk kereta dah pun. Saya teringat siapa pula yang tanda tangan buku saya tadi. Bila saya belek buku yang saya beli ada tandang tangan nama awak. Sebab itu saya datang balik.."
Ha.ha.ha..macam-macam, fikir saya!

Kisah 4 (ini saya ada post dalam fb)
Ada beberapa orang ketika saya temui di Kepala Batas memberitahu saya.
"Akak dalam gambar nampak tua, tapi di luar lebih muda 10 tahun. Akak tak makan gambar.."
Lalu saya menjawab.
“Ya..saya tak makan gambar, saya makan nasi.."
Ha.ha.ha..


Friday, May 7, 2010

NIAT TAUBAT

Pada suatu hari, Omar Al-Khatab sedang bersiar-siar di lorong-lorong dalam kota Madinah. Di hujung simpang jalan beliau terserempak dengan pemuda yang membawa kendi. Pemuda itu menyembunyikan kendi itu di dalam kain sarung yang diselimutkan di belakangnya. Timbul syak di hati Omar AL-Khatab apabila terlihat keadaan itu, lantas bertanya,
"Apa yang engkau bawa itu?"
Kerana panik sebab takut dimarahi Omar yang terkenal dengan ketegasan, pemuda itu menjawab dengan terketar-ketar iaitu benda yang dibawanya ialah madu. Walhal benda itu ialah khamar. Dalam keadaannya yang bercakap bohong itu pemuda tadi sebenarnya ingin berhenti dari terus minum arak. Dia sesungguhnya telah menyesal dan insaf dan menyesal melakukan perbuatan yang ditegah oleh agama itu. Dalam penyesalan itu dia berdoa kepada Tuhan supaya Omar Al-Khatab tidak sampai memeriksa isi kendinya yang ditegah oleh agama itu.
Pemuda itu masih menunggu sebarang kata-kata Khalifah, Kerana tidak percaya, Khalifah Omar ingin melihat sendiri isi kendi itu. Rupanya doa pemuda itu telah dimakbulkan oleh Allah s.w.t. seketika itu juga telah menukarkan isi kendi itu kepada madu. Begitu dia berniat untuk bertaubat, dan Tuhan memberikan hidayah, sehingga niatnya yang ikhlas, ia terhindar dari pergolakan Khalifah Omar Al-Khatab, yang mungkin membahayakan pada dirinya sendiri kalau kendi itu masih berisi khamar.
Allah Taala berfirman:,"Seteguk khamar diminum maka tidak diterima Allah amal fardhu dan sunatnya selama tiga hari. Dan sesiapa yang minum khamar segelas, maka Allah Taala tidak menerima solatnya selama empat puluh hari. Dan orang yang tetap minum khamar, maka selayaknya Allah memberinya dari 'Nahrul Khabal'. Ketika ditanya, "Ya Rasulullah, apakah Nahrul Khabal itu ?" Jawab Rasulullah s.a.w., "Darah bercampur nanah orang ahli neraka ! "
Aduhai cuba bayangkan minum segelas arak ALLAH tidak menerima solat sipeminum selama empat puluh hari. Nauzubillah..minta dijauhkan ALLAH ianya terjadi kepada kita.