Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, May 5, 2010

KE KEPALA BATAS

Saya sebenarnya tidak lama di pesta buku Kelantan. Keadaan yang teramat panas tanpa penghawa dingin menyebabkan Qaisara mendadak sahaja demam selepas dua jam duduk di dewan MPKB apatah lagi orang yang terlalu ramai. Petang itu walau tidak sihat saya ke rumah kenalanan saya Che Norma atau kak Ma. Ya ALLAH terlupa sungguh nak ambil gambar. Navigator saya ke Bachok adalah adik saya yang kebetulan yang berada di Sabah. Dialah yang mengarahkan saya masuk kiri, masuk kanan. Sebab walau ada GPS, benda alah itu memeningkan kepala saya. Asyik suruh masuk kiri kanan aje..ha.ha (tak tahu pakai cakap ajelah NB weh..ha.ha)

Qaisara yang berkoyok tetap gembira mahu meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan demam Qaisara pun hilang. Qaisara sebijik macam saya. Kalau demam, pergilah berjalan. Hilanglah demam saya.


Esok pagi saya berangkat ke Kepala Batas melalui Grik dan Jeli. Sebelum ke Jeli sudah pasti masuk ke Rantau Panjang. Hari Jumaat ingat nak sabarlah Corelle ke tetapi kedai tutup. Tak ada apa yang saya beli kecuali tortise Qaisara dan juga beberapa helai baju murah RM25 aje. Ha.ha.



Kami melalui Jeli, tanah merah, Grik, Baling (Barulah saya tahu di Jeli pun ada Kajang). Sepanjang jalan ke Grik kita dapat melihat pemandangan yang amat cantik.





Jalan rayanya pun cantik. Cuma selekohnya yang tajam terpaksa menaiki bukit dan menuruni bukit. Membuatkan editor saya suraya yang memandu bergilir-gilir dengannya sedikit gayat. Jadi sayalah yang memandu sepanjang jalan. Kata Kak Ma Bachok, hati-hati nanti jumpa gajah putih. Kata dia, suami dia pernah berjumpa gajah putih 2 kali dan macam-macam berlaku selepas itu. Nasib masa dia bercerita saya sudah sampai ke Kepala Batas. Ha.ha

Lori balak tidak banyak di kawasan ini. Cuma beberapa lori yang agak kurang tata susila, memotong cara yang amat merbahaya sekali. Lori ini hampir melanggar sebuah kereta kancil, kasihan kereta kancil tersebut mengelakkan diri.


Kereta yang memotong double line ini pun menyebabkan saya marah. Sudahlah saya menjaga jarak dengan lori ini, tiba-tiba dia mencelah masuk. Hampir terlanggar kereta saya. Geram sungguh dengan pemandu yang tidak bertanggungjawab ini.

Qaisara sibuk si Sue mahu mengambil pemandangan sibuk dia duduk depan kamera. Tersengih-sengih. Anak saya ini banyak dibesarkan dalam perjalanan. Kadangkala kesian juga dengan dia. Tetapi kalau tidak dibawa mahu meraung dia siang malam tinggal dengan pembantu rumah.
Kalau seminggu tidak berjalan jauh dia pasti akan beritahu saya yang hidupnya sekarang begitu boring sekali? Percaya tak? Budak empat tahun akan bercakap begitu? "Boringlah hidup Teta sekarang ini umi, jom kita jalan-jalan.." Ha.ha.ha


Kami singgah seketika di Tasik Banding untuk photoshoot Qaisara. Ha.ha..ye..yelah tu.

Seharusnya selepas Baling kami keluar tetapi kami menuju ke Kulim dan Butterworth. Melilaulah cari Kepala Batas yang jalannya macam jalan kampung.
Tiba di Kepala Batas saya tersesat mencari Seri Malaysia tempat penginapan yang bakal kami duduki. Tetapi saya masuk ke sebuah stesen minyak. Seorang anak muda yang baik hati dengan motorsikalnya memberikan petunjuk. Syukur saya sampai di Seri Malaysia Kepala Batas dengan jayanya selepas 8 jam kemudian. Berhenti di rantau panjang sekejap, berhenti makan dan mengambil gambar di Tasik Banding..

Sambung lagi nanti...

Tuesday, May 4, 2010

TASIK BANDING

Lokasi Tasik Banding, Perak
Model : Qaisara Kara Seyit Kara
Pakaian model : Norhayati Berahim..










Gambar terakhir..penaja model pun nak interframe sekali. Ha.ha.ha





Monday, May 3, 2010

NASI ULAM

Di Kelantan saya berjumpa dengan adik saya Linda (di dunia ini ramai sungguh adik-adik saya. Syukur Alhamdulilah). Dia belanja saya makan di Nasi Ulam cikgu. Ramai orang sungguh di restoran tersebut walaupun makannya amat simple sekali.



Ini gambar saya dengan Linda, dua-dua senyum sebab lepas kenyang. Ha.ha. Thanks linda belanja kami ya!




Gambar ulam-ulaman yang kami ambil


Ikan keli, saya tidak reti saya makan ikan keli ini. Tetapi fave editor saya dan juga Linda. Hari itu saya tengok di telivisyen seseorang mengajar bagaimana nak kenal ikan keli haram atau halal. Kata dia ikan keli yang haram dan diberi makan usus khinzir biasa muncungnya bulat dan juga badannya hitam berkilat.



Ayam goreng, rangup di luar lembut di dalam.



Ikan patin, pun saya tidak reti makan. Saya memang tidak tahu makan ikan yang berminyak seperti ikan patin dan juga ikan terubuk. Lagipun saya ini sudah terbiasa makan ikan yang kecil-kecil seperti tamban, sardin dan sebagainya.



Budu dilawan tempoyan memang sedap. Sambal belacannya pun sedap tapi terlupa nak ambil dilawan dengan ikan kembung rebus dilawan dengan sirap selasih. Saya suka...



Kak Ma dari Harakah yang begitu gigih mencari saya. Kami bertemu di Restoran Nasi Ulam Cikgu. Kalau kami tidak mengejar masa mahu saya lepak di pejabat kat ma. Thanks kak ma ya..



Ini nasi kerabu Hotel New Pacifis yang sangat sedap kerana ikannya yang sangat segar (interframe sekejap..ha.ha)









Sunday, May 2, 2010

PASAR KHADIJAH

Kalau ke Kelantan salah satu kegemaran saya ke pasar kuih Siti Khadijah. Suka sangat saya melihat kuih yang berwarna warni dan kebanyakkan rasanya manis. Tetapi apabila saya pergi kali ini makanan kegemaran saya tidak adalah pulak iaitu jering rebus (orang tua klasik macam saya ni apa lagi makanannya..he.he)


Timbunan karipap, tidak banyak kuih pedas yang dijual di pasar ini dan salah satunya karipap




Ini tapai. 5 bungkus RM1


Pulut bakar.



Inii dipanggil apa ya tetapi di makan dengan kuah gula seperti laici kang.




Labu sira. Campuran manis dan lemaknya cukup sempurna. Saya beli yang ini dan saya suka.



Tahi itik. Tertanya-tanya saya adakah tahi itik berwarna putih? Ha.ha.ha


Jala emas. Saya kurang suka yang ini terlalu manis dan saya tidak membelinya..



Ubi apa ya? Bila saya tanya yang menjual depan pintu pasar khadijah dia buat tak tahu aje. Sabar ajelah..



Ini sejenis ubi juga, saya suka yang ini kerana rasa lemak-lemak masin.


Ini bukan karipap Pasar Khadijah tetapi saya makan di KB Mall. Sengaja bagi peluang karipap ini interframe. Memang sedap...



Keratan rentas karipap yang diletak telur. Lebih sedap daripada apa yang saya pernah buat. Kena tanya resipi ni..ha..ha





Sebenarnya banyak-banyak yang ada di pasar kuih ini saya lebih suka yang ini (tertanya-tanya juga kenapa pasar kuih ada jual parang, pisau dan sabit ya..he.he) Saya beli parang dua. Satu untuk ayahanda saya yang hidupnya memang sentiasa akrab dengan parang, satu untuk saya ..kata makcik yang jual tu boleh potong kayu. He.he..



Saturday, May 1, 2010

PERJALANAN

Baru-baru ini saya ke Kelantan kerana menghadirikan diri di Pesta buku Kelanta. Tidak melalui jalan yang biasa. Kuala Lipis-Merapoh tetapi melalui Simpang Pulai, Cameron Highgland dan juga juga Gua Musang. Memang kalau travel dalam Malaysia saya suka mencuba bermacam-macam jalan. Saya pergi dengan editor saya Suraya, bibik dan Qaisara. Kami bergilir-gilir memandu. Cuaca begitu cantik sekali hari seolah-olah mengalukan kedatangan kami.




Sepanjang perjalanan dari Simpang Pulai ke Cameron saya asyik memerhati, berkali-kali di dalam hati mengatakan beberapa beruntungnya saya tinggal di Malaysia yang masih menghijau alamnya.




Berhenti sekejap di Cameron melihat keindahan alam



Cameron memang terkenal dengan bunga-bungaan, macam-macam bunga ada.


Bunga loceng bermacam-macam warna tapi yang saya ambil gambar warna pink sahaja. Saya sendiri pun tidak tahu apa alasannya. Ha.a.ha



Selepas membeli doremon yang ini sebanyak 4 ekor


Membeli ini seekor (siapa lagi yang nak kalau tak si Teta)


Qaisara juga sempat menyambar gula-gula halus dan paling panjang pernah saya tengok (yang berada di tangan Qaisara seperti lidi dan abaikan tong sampah yang interframe) kami meneruskan perjalanan...



Sepanjang perjalanan melihat batas-batas pokok dan tanaman. Memang mengasyikkan timbul keinginan mahu menjadi petani..ha.ha..



Di lereng bukit yang tinggi pun dimanafaatkan untuk pertanian. Saya suka melihat sekeliling walaupun saya agak keletihan kerana saya bangun agak awal pagi itu iaitu jam 3 pagi. Tetapi yang menggangu sedikit mood saya adalah benda inii


-

-

-

-

-


-

-

-

-

-





Ya...ampun! Rasa macam taubat sekejap. Sepanjang perjalanan kami terpaksa mengekor dan memotong lori-lori yanng sebegini. Berpuluh-puluh. Rasa-rasanya mahu sahaja keluar kereta dan pijak kayu-kayu balak ini tau. Ha.ha.