Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, March 5, 2010

CERITA THAI LAGI

Cerita mengenai Thailand lagi. Mesti ada yang penat bacakan. Di Selatan Thai ini, amat jarang sekali saya melihat bas dan taxi. Kebanyakkan pengangkutan adalah menggunakan trak dan juga sejenis van kecil yang dipanggil tuk-tuk. Kalau di Hatyai tidaklah teruk sangat menyedut asap bila menaiki tuk-tuk. Cuba di Bangkok! Kenyanglah perut kita dengan asap bas, asap teksi yang kebanyakkan mengunakan diesel. He.he.

Trak adalah pengangkutan awam yang kita boleh lihat di mana-mana sahaja. Saya terfikir kalau hujan bagaimana ya? Di sini sumbatlah berapa ramai sekali pun, tidak ada saman tidak ada polis yang akan mengejar macam Malaysia.



Pengangkutan ini dipanggil Tuk-Tuk. Kalau di Indonesia di panggil angkut. Qaisara punyalah suka menaiki Tuk-tuk. Seorang RM2, ke mana-mana destinasi. Dia yang menyuruh babanya jangan bawa kereta, naik sahaja tuk-tuk.


Walau orang tak ramai kami sahaja, Qaisara bukan main suka lagi dapat berdiri di dalam Tuk-tuk ini. Sepanjang mengembara ini, Qaisara seorang anak yang cukup baik sekali. Tidak menangis walaupun kadangkala banyak masa di perjalanan sahaja.

Saya ke Klongheng atau pasar terapung dengan tuk-tuk ini kerana susah mahu mencarinya tempatnya. Saya beli mangga muda konon nak buatlah kerabu, sampai ke Malaysia mangga sudah masak ranum ha.ha. Penat mangga tu duduk dalam kereta sampai masak.



Di Pasar terapung. Pasar ini hanya diadakan tiga kali seminggu di Ambon Hatyai. Jalan ke tempat ini agak bengkang bengkok. Tahu sahajalah mahu ke tebing sungaikan. Banyak makanan di jual di sini dan juga barang mainan kanak-kanak. Qaisaralah yang bahagia sebab dapat patung hallo kitty. Tapi bila balik dia tanya. Kenapa tak belikan Balkish satu? Ya ALLAH..terlupanya. Satu yang bagus mengenai Qaisara, beli apa sahaja untuknya dia akan ingat semua sepupu-sepupu dia. Parah umi dialah..ha.ha




Hari ke dua di Songkhla kami melawat Tang Kuang Hill. Ada apa di atas sana? Tak ada apa, cuma kuil dan juga melihat pemandangan di Songkhla. Mahu ke bukit di sana, harus membayar seorang RM3.

Di kawasan bukit tersebut banyak terdapat monyet yang jinak-jinak dan kadangkala kurang beradab. Ketika Qaisara minum air kelapa, seekor monyet merampas air dari tangan Qaisara. Nasib Qaisara seorang yang berani. Dia hanya menjerit dan ketawa saja. Kalau saya sendiri dah nak menangis agaknya. Tak sempat ambil gambar kerana ianya berlaku amat pantas.


Lift ini macam naik bukit Bendera. Tapi sekejap aje. Seronok juga. Kami dapat duduk di depan jadi dapatlah tengok, track lift yang macam track keretapi.


Mr Seyit Kara mengambil gambar ala-ala hindustan. Berkenan sungguh dia dengan pokok kemboja yang berada di atas bukit ini. Berkali-kali dia memuji cantik, sedangkan dia tidak perasan di rumah saya banyak pokok ini yang sudah diketutkan...dengan erti kata sebenar bonsai.



Siapa lagi kalau tidak si Teta perasan ni. Ha.ha.ha tengah panas dok posing sakan..Qaisara..Qaisara.

Tak habis-habis lagi ke Ta..panas Ta weh..



Pemandangan pantai Samila daripada Tang Kuang Hill, memang cantik tau.


Dua-dua orang, orang lama. Jadi gambar pun macam gambar lamakan?



Dan gambar sekeluarga yang menjadi kenangan. Siapa lebih comel Qaisara atau uminya? Ha.ha.ha






Wednesday, March 3, 2010

KREATIF TERLEBIH!

Mari kita melawat forklore museum di Songkhla. Songkhla sebenarnya diambil dari bahasa melayu Singgora bermaksud, City Of lion. Sebab itu kalau terdengar lagu-lagu melayu di muzium ini janganlah harian. RM10 untuk rakyat negara asing. Terletak di atas bukit . Boleh berkereta hingga ke atas. Kalau mahu mendaki, putus nafas dibuatnya.


Ini jambatan Tinsulanonda di lihat daripada Museum. Dari pantai Samila, kami harus menaiki feri yang berharga RM3. Kereta dengan kami sekalilah naik feri. Ha.ha.ha.. Kemudian harus melalui jambatan ini ke Ban Tai Soh dan selepas sahaja jambatan di atas bukit di situlah terdapat muzium forklore ini.


Kebanyakkan barang yang dipamerkan di sini amat dekat dengan orang melayu, seperti bekas membuat kuih koya atau putu kacang ini.
Orang-orang siam memang terkenal dengan kepakaran, mengukir, membuat barang kraftangan dan barangan tembaga. Apa benda ini ya?

Tembaga di atas digunakan untuk ini...


Di sini juga banyak dipamerkan cara memarut kelapa. Orang perempuan caranya begini kalau memarut kelapa.

Orang lelaki caranya begini. Banyak bentuk pengukur kelapa yang dipamerkan di sini yang menarik perhatian lensa kamera saya. Mari kila lihat dan berseronoklah melihatnya.

















Jangan komen apa-apa ya. Faham-faham sendiri apa yang anda tengok. Ha.ha. ha kesimpulannya orang-orang Thai memang kreatif terlebih tau...



JOM KITA MENJAMU MATA..

Yeah...kita cerita pasal makan. Saya memang suka masakan Thailand. Semuanya sedap di tekak saya lebih-lebih lagi bila ada cili api. Hmmm hari ini saya nak letakkan gambar makanan yang saya makan sepanjang kembara saya di Thailand. Ada yang kelihatan biasa sahaja di mata kita kerana mudah didapati di Malaysia. Ada yang tidak.
Ini belangkas. Memang tengok belangkas ni ngeri sikitkan.



Belangkas di masak kerabu pelam muda. Memang sedap ...


Ini pulut ayam atau pulut burung. Di makan setiap malam, pagi dan bila-bila masa sahaja. Orang Thailand ni memang suka pulut. Saya makan ini di Sungai Kolok. Tapi pulutnya saya tak makan. Mahu angin satu badan saya. Saya makan burungnya saya. Murah. 5 ketul ayam, seekor burung dan dua bungkus pulut cuma RM10. Saya maka burung yang lainnya Mr Seyit Kara yang makan. He.he.


Ini nasi ayam. Nasi ayamnya di makan dengan sup tetapi tidak ada cili. Sayur pun tak ada tapi di atas meja di letakkan sayur daun bawang. Sesiapa nak boleh ambil dan makan sebanyak mana daun bawang itu. Lupa nak ambil gambar sayur daun bawang tu. Suami suka sangat. Empat pinggan nasi ayam, satu bungkus kulit ayam dengan air kosong RM13. Saya makan di Hatyai pasar malam.

Ini kulit ayam. Sedap juga, macam keropok di makan dengan sos. Sebungkus RM1 atau 100 Bath. Tengok kulit ayam ini teringat dengan kawan si Teta, Amar namanya. Dia suka makan kulit ayam. Kami beritahu Qaisara, bawaklah balik, belilah untuk Amar. Jawab Qaisara..lama-lama busuklah umi. Ha.ha.



Undang galah ini saya makan di Hatyai juga. Seekor RM12. Tak sedap pun. Di makan dengan sos Thai.


Sotong bakar juga makan di Hatyai, RM10. Biasa-biasa sahaja rasanya.


Oh..ini kegemaran saya. Makanan laut digoreng bertepung, ada ketam, ada udang dan sotong. Saya makan di Songkhla di pantai Samilia. Sebungkus RM10. Jenuh juga nak menghabiskan. Bibik yang ada alergi makanan laut sampai bengkak-bengkak kaki sebab asyik makan, makanan ini. Dia cakap tak apa. Sakit sikit sahaja tetapi sedap. Nanti baiklah alergi tu. Suka hati kamulah bibik weh..ha.ha



Ini ikan goreng dengan kerabu pelam muda. Biasalah orang thailand benda-benda masam dan pedas tidak boleh dipisahkan. Mereka agak ekstrim dengan masam dan pedas.




Dekat menu tulis Fried Chicken. Saya orderlah untuk Qaisara. Ingat ayam goreng macam KFC tu rupanya ini ayam goreng dia orang. Seperti biasa..pedas berdentum. Qaisara memang tak boleh makan. Saya dengan bibik yang menghabiskannya.

Ini salad yang sentiasa ada di atas meja makan di kedai-kedai di Thailand. Kenapa ya kedai di Malaysia tidak melakukan begini?



Ini dipanggil daging salai. Daging ini di masak dengan beras goreng. Mak ai..punyalah pedas saya makan, sampai meleleh air mata. Makan di Songkhla juga.



Ini ketam kukus, di makan dengan sos Thai. Sedap juga. RM10 satu pinggan.
Kerabu mangga dengan undang masin. Banyak dapat di Malaysia. Biasa-biasa sahaja.



Ikan goreng di tabur dengan telur dan tepung yang digoreng garing dan ditaburkan atasnya. Sedap juga.


Salad gajus namanya. Makanan yang saya pesan untuk suami, bila sampai suami tanya. Honey..saladnya mana? Kenapa gajus sahaja..ha.ha..tapi sedap juga.



Oh ini aiskrim kelapa. Buah kelapa di potong, dikorek isinya dan dicampur dengan aiskrim. Sedap juga suami yang makan, saya rasa sedikit sahaja. Cuaca di Thailand amat panas jadi takut nak makan, makanan sejuk-sejuk ini.

Ini apa ya? Macam jemput-jemput di letak daun bawang di makan dengan taugeh. Sedap juga. RM2. Saya beli di pasar terapung di Klonghaeng Hatyai.



Ini macam sweetkan? Bukan sebenarnya. Ini fish cake. Mula-mula Qaisara kenyit-kenyit hidung tak mahu makan. Bila dia makan, dia cakap sedap. Saya beli di Pattani. Habis empat kepala binatang ini di makan oleh Qaisara.


Mr Seyit tengah menyedut air kelapa yang di isi di dalam bekas buluh. Beli di pasar terapung di Hatyai. Harga RM2, tabung buluh boleh dibawa balik kalau mau ya.


Sotong goreng bertepung. Saya kurang suka sebab di letak serbuk penaik.
Ini KFC saya makan di Pattani. Set ini sebenarnya ada 4 nuggets. Saya rasa murah. Satu set hanya RM30 dengan 2 cawan air coke. Orang Pattani nampaknya mengemari KFC. Punyalah penuh KFC di Pattani. Satu-satunya KFC yang ada.

Di mana-mana di Thailand selatan ini, kalau kita minta air suam. Pasti mereka akan beri ais sebegini dengan air mineral. Mereka amat murah hati dengan ais.




Kalau makan, apa sahaja makanan bergoreng, macam sosej, makanan laut dan sebagainya. Mereka akan pasti bagi sos yang dibungkus dalam plastik dan bekas kecil ini. Senang untuk mencicah.



Ini dia kala jengking goreng, anai-anai goreng. Satu bungkus RM2. Tapi saya tak makanlah. Ambil gambar sahaja. Di jual di pasar terapung. Saya perhatikan beberapa minit tak ada orang beli pun. Mungkin generasi baru sudah tidak gemarkan makanan ini atau makanan di Thailand sudah banyak.

Ulat goreng dan juga lipas goreng. Tengok dari jauh ajelah..


Perempuan mana menghadap satu dulang seafood ni? Ha..ha.ha..idak le. Itu dulang kepunyaan mak cik yang menjualnya. Dia beritahu saya dia muslim tapi dia hisap rokok. Mak ai..kalah orang lelaki. Ha.ha.ha..bersambung puntung. Berkepul-kepul asapnya...Harap semuanya enjoy tengok makanan yang saya paparkan. Kalau rasa nak makan, boleh mengembara ke Songkla, Hatyai, Pattani, Golok. Di Nartiwat saya ada beli pencuci mulut tapi lupa ambil gambar.
Ramai orang suka sangat ke Indonesia sesekali bertukar anginlah ke Thailand, makanannya sedap, pemandangan juga banyak yang cantik. Cuma yang tak tahan tu..terutama di Hatyai bahasa menjadi halangan. Tetapi apabila sudah berada di Pattani, Naratiwat, Tak Bai dengan Golok mereka sudah boleh bercakap bahasa melayu dengan dailek Kelantan.

P/S Di Selatan Thai memang mudah mencari makanan halal, tengok aje tanda halal atau perempuan pakai tudung di kedai. Masuklah, ituah kedai orang Islam. Biasanya mereka akan menulis dalam bahasa jawi.