Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Friday, March 5, 2010

CERITA THAI LAGI

Cerita mengenai Thailand lagi. Mesti ada yang penat bacakan. Di Selatan Thai ini, amat jarang sekali saya melihat bas dan taxi. Kebanyakkan pengangkutan adalah menggunakan trak dan juga sejenis van kecil yang dipanggil tuk-tuk. Kalau di Hatyai tidaklah teruk sangat menyedut asap bila menaiki tuk-tuk. Cuba di Bangkok! Kenyanglah perut kita dengan asap bas, asap teksi yang kebanyakkan mengunakan diesel. He.he.

Trak adalah pengangkutan awam yang kita boleh lihat di mana-mana sahaja. Saya terfikir kalau hujan bagaimana ya? Di sini sumbatlah berapa ramai sekali pun, tidak ada saman tidak ada polis yang akan mengejar macam Malaysia.



Pengangkutan ini dipanggil Tuk-Tuk. Kalau di Indonesia di panggil angkut. Qaisara punyalah suka menaiki Tuk-tuk. Seorang RM2, ke mana-mana destinasi. Dia yang menyuruh babanya jangan bawa kereta, naik sahaja tuk-tuk.


Walau orang tak ramai kami sahaja, Qaisara bukan main suka lagi dapat berdiri di dalam Tuk-tuk ini. Sepanjang mengembara ini, Qaisara seorang anak yang cukup baik sekali. Tidak menangis walaupun kadangkala banyak masa di perjalanan sahaja.

Saya ke Klongheng atau pasar terapung dengan tuk-tuk ini kerana susah mahu mencarinya tempatnya. Saya beli mangga muda konon nak buatlah kerabu, sampai ke Malaysia mangga sudah masak ranum ha.ha. Penat mangga tu duduk dalam kereta sampai masak.



Di Pasar terapung. Pasar ini hanya diadakan tiga kali seminggu di Ambon Hatyai. Jalan ke tempat ini agak bengkang bengkok. Tahu sahajalah mahu ke tebing sungaikan. Banyak makanan di jual di sini dan juga barang mainan kanak-kanak. Qaisaralah yang bahagia sebab dapat patung hallo kitty. Tapi bila balik dia tanya. Kenapa tak belikan Balkish satu? Ya ALLAH..terlupanya. Satu yang bagus mengenai Qaisara, beli apa sahaja untuknya dia akan ingat semua sepupu-sepupu dia. Parah umi dialah..ha.ha




Hari ke dua di Songkhla kami melawat Tang Kuang Hill. Ada apa di atas sana? Tak ada apa, cuma kuil dan juga melihat pemandangan di Songkhla. Mahu ke bukit di sana, harus membayar seorang RM3.

Di kawasan bukit tersebut banyak terdapat monyet yang jinak-jinak dan kadangkala kurang beradab. Ketika Qaisara minum air kelapa, seekor monyet merampas air dari tangan Qaisara. Nasib Qaisara seorang yang berani. Dia hanya menjerit dan ketawa saja. Kalau saya sendiri dah nak menangis agaknya. Tak sempat ambil gambar kerana ianya berlaku amat pantas.


Lift ini macam naik bukit Bendera. Tapi sekejap aje. Seronok juga. Kami dapat duduk di depan jadi dapatlah tengok, track lift yang macam track keretapi.


Mr Seyit Kara mengambil gambar ala-ala hindustan. Berkenan sungguh dia dengan pokok kemboja yang berada di atas bukit ini. Berkali-kali dia memuji cantik, sedangkan dia tidak perasan di rumah saya banyak pokok ini yang sudah diketutkan...dengan erti kata sebenar bonsai.



Siapa lagi kalau tidak si Teta perasan ni. Ha.ha.ha tengah panas dok posing sakan..Qaisara..Qaisara.

Tak habis-habis lagi ke Ta..panas Ta weh..



Pemandangan pantai Samila daripada Tang Kuang Hill, memang cantik tau.


Dua-dua orang, orang lama. Jadi gambar pun macam gambar lamakan?



Dan gambar sekeluarga yang menjadi kenangan. Siapa lebih comel Qaisara atau uminya? Ha.ha.ha






Wednesday, March 3, 2010

KREATIF TERLEBIH!

Mari kita melawat forklore museum di Songkhla. Songkhla sebenarnya diambil dari bahasa melayu Singgora bermaksud, City Of lion. Sebab itu kalau terdengar lagu-lagu melayu di muzium ini janganlah harian. RM10 untuk rakyat negara asing. Terletak di atas bukit . Boleh berkereta hingga ke atas. Kalau mahu mendaki, putus nafas dibuatnya.


Ini jambatan Tinsulanonda di lihat daripada Museum. Dari pantai Samila, kami harus menaiki feri yang berharga RM3. Kereta dengan kami sekalilah naik feri. Ha.ha.ha.. Kemudian harus melalui jambatan ini ke Ban Tai Soh dan selepas sahaja jambatan di atas bukit di situlah terdapat muzium forklore ini.


Kebanyakkan barang yang dipamerkan di sini amat dekat dengan orang melayu, seperti bekas membuat kuih koya atau putu kacang ini.
Orang-orang siam memang terkenal dengan kepakaran, mengukir, membuat barang kraftangan dan barangan tembaga. Apa benda ini ya?

Tembaga di atas digunakan untuk ini...


Di sini juga banyak dipamerkan cara memarut kelapa. Orang perempuan caranya begini kalau memarut kelapa.

Orang lelaki caranya begini. Banyak bentuk pengukur kelapa yang dipamerkan di sini yang menarik perhatian lensa kamera saya. Mari kila lihat dan berseronoklah melihatnya.

















Jangan komen apa-apa ya. Faham-faham sendiri apa yang anda tengok. Ha.ha. ha kesimpulannya orang-orang Thai memang kreatif terlebih tau...



JOM KITA MENJAMU MATA..

Yeah...kita cerita pasal makan. Saya memang suka masakan Thailand. Semuanya sedap di tekak saya lebih-lebih lagi bila ada cili api. Hmmm hari ini saya nak letakkan gambar makanan yang saya makan sepanjang kembara saya di Thailand. Ada yang kelihatan biasa sahaja di mata kita kerana mudah didapati di Malaysia. Ada yang tidak.
Ini belangkas. Memang tengok belangkas ni ngeri sikitkan.



Belangkas di masak kerabu pelam muda. Memang sedap ...


Ini pulut ayam atau pulut burung. Di makan setiap malam, pagi dan bila-bila masa sahaja. Orang Thailand ni memang suka pulut. Saya makan ini di Sungai Kolok. Tapi pulutnya saya tak makan. Mahu angin satu badan saya. Saya makan burungnya saya. Murah. 5 ketul ayam, seekor burung dan dua bungkus pulut cuma RM10. Saya maka burung yang lainnya Mr Seyit Kara yang makan. He.he.


Ini nasi ayam. Nasi ayamnya di makan dengan sup tetapi tidak ada cili. Sayur pun tak ada tapi di atas meja di letakkan sayur daun bawang. Sesiapa nak boleh ambil dan makan sebanyak mana daun bawang itu. Lupa nak ambil gambar sayur daun bawang tu. Suami suka sangat. Empat pinggan nasi ayam, satu bungkus kulit ayam dengan air kosong RM13. Saya makan di Hatyai pasar malam.

Ini kulit ayam. Sedap juga, macam keropok di makan dengan sos. Sebungkus RM1 atau 100 Bath. Tengok kulit ayam ini teringat dengan kawan si Teta, Amar namanya. Dia suka makan kulit ayam. Kami beritahu Qaisara, bawaklah balik, belilah untuk Amar. Jawab Qaisara..lama-lama busuklah umi. Ha.ha.



Undang galah ini saya makan di Hatyai juga. Seekor RM12. Tak sedap pun. Di makan dengan sos Thai.


Sotong bakar juga makan di Hatyai, RM10. Biasa-biasa sahaja rasanya.


Oh..ini kegemaran saya. Makanan laut digoreng bertepung, ada ketam, ada udang dan sotong. Saya makan di Songkhla di pantai Samilia. Sebungkus RM10. Jenuh juga nak menghabiskan. Bibik yang ada alergi makanan laut sampai bengkak-bengkak kaki sebab asyik makan, makanan ini. Dia cakap tak apa. Sakit sikit sahaja tetapi sedap. Nanti baiklah alergi tu. Suka hati kamulah bibik weh..ha.ha



Ini ikan goreng dengan kerabu pelam muda. Biasalah orang thailand benda-benda masam dan pedas tidak boleh dipisahkan. Mereka agak ekstrim dengan masam dan pedas.




Dekat menu tulis Fried Chicken. Saya orderlah untuk Qaisara. Ingat ayam goreng macam KFC tu rupanya ini ayam goreng dia orang. Seperti biasa..pedas berdentum. Qaisara memang tak boleh makan. Saya dengan bibik yang menghabiskannya.

Ini salad yang sentiasa ada di atas meja makan di kedai-kedai di Thailand. Kenapa ya kedai di Malaysia tidak melakukan begini?



Ini dipanggil daging salai. Daging ini di masak dengan beras goreng. Mak ai..punyalah pedas saya makan, sampai meleleh air mata. Makan di Songkhla juga.



Ini ketam kukus, di makan dengan sos Thai. Sedap juga. RM10 satu pinggan.
Kerabu mangga dengan undang masin. Banyak dapat di Malaysia. Biasa-biasa sahaja.



Ikan goreng di tabur dengan telur dan tepung yang digoreng garing dan ditaburkan atasnya. Sedap juga.


Salad gajus namanya. Makanan yang saya pesan untuk suami, bila sampai suami tanya. Honey..saladnya mana? Kenapa gajus sahaja..ha.ha..tapi sedap juga.



Oh ini aiskrim kelapa. Buah kelapa di potong, dikorek isinya dan dicampur dengan aiskrim. Sedap juga suami yang makan, saya rasa sedikit sahaja. Cuaca di Thailand amat panas jadi takut nak makan, makanan sejuk-sejuk ini.

Ini apa ya? Macam jemput-jemput di letak daun bawang di makan dengan taugeh. Sedap juga. RM2. Saya beli di pasar terapung di Klonghaeng Hatyai.



Ini macam sweetkan? Bukan sebenarnya. Ini fish cake. Mula-mula Qaisara kenyit-kenyit hidung tak mahu makan. Bila dia makan, dia cakap sedap. Saya beli di Pattani. Habis empat kepala binatang ini di makan oleh Qaisara.


Mr Seyit tengah menyedut air kelapa yang di isi di dalam bekas buluh. Beli di pasar terapung di Hatyai. Harga RM2, tabung buluh boleh dibawa balik kalau mau ya.


Sotong goreng bertepung. Saya kurang suka sebab di letak serbuk penaik.
Ini KFC saya makan di Pattani. Set ini sebenarnya ada 4 nuggets. Saya rasa murah. Satu set hanya RM30 dengan 2 cawan air coke. Orang Pattani nampaknya mengemari KFC. Punyalah penuh KFC di Pattani. Satu-satunya KFC yang ada.

Di mana-mana di Thailand selatan ini, kalau kita minta air suam. Pasti mereka akan beri ais sebegini dengan air mineral. Mereka amat murah hati dengan ais.




Kalau makan, apa sahaja makanan bergoreng, macam sosej, makanan laut dan sebagainya. Mereka akan pasti bagi sos yang dibungkus dalam plastik dan bekas kecil ini. Senang untuk mencicah.



Ini dia kala jengking goreng, anai-anai goreng. Satu bungkus RM2. Tapi saya tak makanlah. Ambil gambar sahaja. Di jual di pasar terapung. Saya perhatikan beberapa minit tak ada orang beli pun. Mungkin generasi baru sudah tidak gemarkan makanan ini atau makanan di Thailand sudah banyak.

Ulat goreng dan juga lipas goreng. Tengok dari jauh ajelah..


Perempuan mana menghadap satu dulang seafood ni? Ha..ha.ha..idak le. Itu dulang kepunyaan mak cik yang menjualnya. Dia beritahu saya dia muslim tapi dia hisap rokok. Mak ai..kalah orang lelaki. Ha.ha.ha..bersambung puntung. Berkepul-kepul asapnya...Harap semuanya enjoy tengok makanan yang saya paparkan. Kalau rasa nak makan, boleh mengembara ke Songkla, Hatyai, Pattani, Golok. Di Nartiwat saya ada beli pencuci mulut tapi lupa ambil gambar.
Ramai orang suka sangat ke Indonesia sesekali bertukar anginlah ke Thailand, makanannya sedap, pemandangan juga banyak yang cantik. Cuma yang tak tahan tu..terutama di Hatyai bahasa menjadi halangan. Tetapi apabila sudah berada di Pattani, Naratiwat, Tak Bai dengan Golok mereka sudah boleh bercakap bahasa melayu dengan dailek Kelantan.

P/S Di Selatan Thai memang mudah mencari makanan halal, tengok aje tanda halal atau perempuan pakai tudung di kedai. Masuklah, ituah kedai orang Islam. Biasanya mereka akan menulis dalam bahasa jawi.


Sunday, February 28, 2010

THAI OH THAI

Syukur saya sudah selamat memasuki Thailand walau bukan pertama kali saya memasukinya. Cuma kelainan di sini, ini baru pertama kali saya masuk memandu sendiri bersama suami dan melalui Hatyai. Bagi seseorang kalau di tanya pengalaman berurusan dengan pegawai imigresen jarang menyeronokkan, terutamanya dengan pegawai imigresen Thai yang suami kata sistemnya seperti Tarzan.
Perjalanan yang mengambil masa 7 jam dari Kajang ke Bukit Kayu hitam, dengan berhenti dua kali amat menyeronokkan saya, lebih-lebih lagi melalui perjalanan ke utara yang penuh dengan pokok di kiri kanan dan melihat sawah padi. Walau panas begitu membahang tapi saya masih ingat lagi betapa indahnya melihat bunga-bunga yang jatuh di jalan raya seperti musim gugur. Apabila kami melihat papan tanda Sik, suami ketawa sendiri. Lantas dia bercerita.
"Ada seorang kawan saya tinggal di Sik, berkahwin dengan orang sana. Apabila kawan-kawan Turki bertanya di mana dia tinggal. Jarang sekali dia memberitahu yang dia tinggal di Sik. Kerapa kali katanya tinggal di Gurun atau yang berdekatan.."
"Kenapa pula?" Tanya saya. Suami gelak lagi.
"Awak tahu apa makna Sik dalam bahasa Turki?"
"Ini mesti bahasa yang memalukan, kalau tidak kemaluan lelaki mesti perempuan.."
Saya mengadai, yelah kalau sudah malu mahu menyebut apa lagi?
"Pandai awak ya honey, iye..Sik dalam bahasa Turki bermakna kemaluan lelaki.."
Kami gelak sama-sama. Namun ketika tiba di Changlun saya mengingatkan suami supaya mengambil insuran dan memenuhi borang kemasukan ke Thailand. Tetapi kata suami, tak apa tiba di sempadan nanti kita buat. Kemudian apabila melihat petrol stesen sekali lagi saya sudah mengingatkan suami. Beli petrol kerana di Thailand petrol mahal sekali ganda. Suami beritahu, tak apa di sempadan nanti ada. Saya hanya diam kerana seingat saya di Hatyai tidak ada patrol stesen yang benar-benar berdekatan dengan pos imigresen.
Hasilnya..bila kami beli insuran kereta untuk memasuk Thailand berdekatan dengan pos imigresen, tidak ada borang imigresen di situ. Kami harus ambil dipos, bahkan stesen minyak pun tidak ada. Jadi kami pusing semula mengambil minyak di tempat saya mengingatkan suami sebentar tadi.. Saya sedikit panik kerana saya sejak awal lagi sudah mengatur di mana harus membeli insuran, di mana harus mengisi borang kemasukan ke Thailand, ambil minyak dan sebagainya. Tetapi suami kerana terlalu banyak pendapat dari kawan-kawannya mengambil kesimpulan semua boleh dibuat di pos imigresen.
Aduh..orang punyalah ramai ketika tiba di pos imigresen, saya upah orang menulis borang kemasukan kerana saya tidak larat menulis sampai 4 borang. Bibik, suami, Qaisara dan saya sendiri. Kerana biasanya kalau travel ke mana-mana sayalah tukang mengisi borang kemasukan..bencinya. saya. Kena RM2 seorang. Saya bagi RM10, anak muda yang menulis borang tersebut berusaha memulang RM2 tetapi saya suruh dia simpan sahaja. Berkali-kali dia mengucap terima kasih.
Kemudian terpaksa berurusan dengan pegawai imigresen Thailand yang langsung tidak peramah bahkan dengan muka yang angkuh nenghalau kami selepas passport dichop sedangkan saya harus menanti Qaisara dan juga bibik kerana ke dua-dua mereka di bawah tanggungjawab saya. Bahkan apabila saya membayar RM10 untuk wang proses passport untuk 4 orang (RM1) seorang. Beliau tidak memulangkan baki, apabila diminta saya dihalaunya. (Orang bertambah pandai, makin kurang ajar..)
Sekali lagi saya terpaksa beratur panjang pula untuk mendapat surat kebenaran untuk membawa masuk kereta. Kerana kereta nama saya, sayalah yang kena. Aduh..saya sudah mula stress apatah lagi ada seorang lelaki cina berusaha memotong barisan saya. Namun syukur apabil suami datang, dia mula beransur kebelakang. (Kalau ikutkan hati nak suruh suami debek dia..tapi sabar..sabar).
Kami tiba di Hatyai jam 5 petang. Mendapat hotel Novotel. Hotel 4 star dengan basement yang menakutkan dan service yang menaikkan darah. Pekerja di kaunter sudahlah bercakap bahasa Inggeris yang kami tidak faham langsung. Kami minta suite, di baginya Studio.. Tapi penghabisan kami mengambil hotel Deluxe apabila suite yang kami minta tidak disediakan internet. Berkali-kali kami turun naik. Kami book dua hari tapi apabila pekerjanya berkasar dengan bibik yang duduk mencecahkan kami ke dalam kolam hanya memakai seluar sukan. Saya sudah hilang sabar. Bahkan mereka menyuruh bibik memakai seluar pendek sedangkan dia tahu bibik memakai tudung.
Saya beritahu mereka, saya akan keluar juga hari ini dan saya akan beritahu satu Malaysia betapa teruknya perkhidmatan mereka.
Mereka langsung tidak meredakan keadaan bahkan mengatakan. Okay-okay. Tidak tahulah mereka faham atau tidak bahasa saya.
Akhirnya kami ke Songkla. Syukur di sini lebih aman, bahkan hotel BP Samila Beach pengurusannya begitu bagus sekali dan harganya pula jauh berbeza murahnya apatah lagi internetnya percuma walaupun di lobi hotel sahaja. Namun memadai.
Oh..ya lupa nak beritahu, lagi apabila sudah masuk dan berehat dengan tersengeh-sengeh suami memberitahu..duit yang saya beri untuk ditukar tidak ditukarnya kerana kata kawannya murah lagi kalau ditukar di Thailand.
Subahanallah. Saya rasa nak cekik sahaja dia, sebab di Hatyai saya tahu sukar mencari pengurup wang dan biasanya orang menukar di travel agensi..
Suamiku suamiku, nasib baik..saya sayang awak tau! Kalau tidak saya sudah jadi hulk! Ha..ha.ha
P/S entry ini ditulis dengan lintang pukang. Saya sudah mengantuk..di lobi hotel ini banyaknya nyamuk

Wednesday, February 24, 2010

DALAM SERIBU

"Saya pernah bertanya dengan seorang sahabat yang beristeri dua. Apa petua untuk mengendalikan dua rumah tangga. Jawab dia, adil dan saksama. Isteri pertama dibelikan baju, isteri kedua juga. Tetapi bukan bermakna baju tersebut sama warna dan sama rupa. Harus mengikut kesukaan kedua-duanya. Paling penting apa sahaja kat...a isteri, angguk sahaja..benarkan sahaja..(asal aik pagi2 keluar petua poligami).ha.ha"

Ini post saya difacebook hari ini. Oh..bukan ada maksud tersurat atau tersirat pun. Cuba pagi ini apabila berbual dengan Nik Fauziah yang selalu angin kalau cerita poligami ditimbulkan. Saya teringkatkan kawan saya nan seorang ini. Kawan lelaki yang cuma tua 3 tahun dari saya tetapi sudah beristeri dua. Oh..dia memang layak beristeri dari segi material. Dia bukan sahaja kaya tapi budi bahasanya bagus.
Dia memang rajin bercerita dengan saya satu ketika dahulu tentang rumah tangganya. Tentang isteri pertama yang baik dan hanya menangis apabila memberitahu dia mahu berkahwin lain, tentang isteri muda yang bekerja sebagai pramugari di awan biru dan tidak pandai mengemas rumah.
Hubungan isteri pertama dan kedua tidaklah terlalu baik, tetapi mereka tidak bercakaran. Cuma hubungan anak dari isteri kedua dan isteri pertamanya cukup akrab. Kalau isteri kedua terbang di langit biru anak berada di bawah jagaan isteri pertama. Kalau isteri pertama tidak berjumpa dengan anak-anak dari isteri muda maka bisinglah mulutnya.
"Aku belikan isteri pertama BMW dan kereta Honda untuk isteri kedua. Aku beritahu isteri kedua aku, isteri pertama layak mendapatnya kerana dia sudah lama bersama dengan aku. Bahkan ketika kami sama-sama susah menjaga anak. Isteri pertama sentiasa berada membantu. Isteri kedua aku memahami. Bahkan dia tidak banyak bunyi pun.."
Oh..kawan saya yang bernama Mat ini memang lembut orangnya. Dia memberitahu saya beberapa petua mengenai rumah tangga.
"Bagi aku orang perempuan berleter Tie sebab silap dari kita. Kita harus akui silap kita, jangan minta isteri kita diam tetapi kita tidak berubah. Bila kita berubah isteri kita nanti diamlah.."
Oh..banyak lagi sebenarnya yang Mat ceritakan pada saya. Saya terharu. Jarang saya berjumpa dengan suami yang berpoligami begini. Rata-rata kita mendengar ketidak adilan yang menyakitkan hati. Suami tidak tahu menjalankan tanggungjawab. Ada suami terlalu mendengar kata isteri pertama, sehingga kedua terdera perasaannya ada yang terlalu mendengar kata isteri kedua hingga isteri pertama terabai. Mereka ada isteri kegemaran. Seharusnya itu tidak berlaku.
"Seorang suami tidak boleh ada sikap panas baran atau suka memukul isteri. Kalau ada sikap begini, bukan sahaja tidak boleh beristeri dua, beristeri satu pun tak layak tau Tie!
Poligami tidak silap, namun silapnya datang dari manusia yang mempraktiskan poligami tapi tidak dapat mengendalikan. Contohnya banyak yang tidak baik dari yang baik.
Jadi Mat mungkin salah satu contoh terbaik saya mengenai poligami tapi Mat satu dalam seribu atau sepuluh ribu...

Monday, February 22, 2010

MEREKA TIDAK AKAN DAPAT MEMUSNAHKAN KAMI

“Honey, I on air-con already please go sleep..”
Suami yang baru turun dari tingkat atas bersolat memberitahu saya. Ketika itu saya berada di dapur bersama pembantu rumah. Dia mengoreng keropok dan saya tukang membahamnya..ha.ha
“Bapak baik dengan umi ya?”
Pembantu rumah saya mengeluarkan bicaranya. Mungkin melihat suami yang menyuruh saya tidur pada waktu tengah hari. Suami memang begitu, setiap sabtu atau ahad kalau dia berada di rumah. Selepas solat zohor, acap kali dia akan memaksa saya berehat dan tidur.
“Suami isteri tentu kena berbaik-baikkan..”
“Tidak juga, ramai yang berantakan..” balas pembantu rumah.
Saya ketawa, dia juga.‘
Hmm..selama saya bekerja dengan umi, tak pernah tengok umi bergaduh dengan bapak. Umi tak marah ke bila orang cakap, umi dengan bapak bergaduh sampai pukul memukul. Kalau saya, saya marah umi. Yelah..orang lebih tahu hal rumah tangga kitakan dari kita sendiri.”
Saya tersenyum mendengar kata pembantu rumah saya. Ya..saya tahu, fitnah itu sudah saya dengar lama. Dibawa oleh pembantu rumah lama yang saya bantu dia beli rumah, bantu ayahnya ketika masuk hospital dan saya biayai anaknya bersekolah. Mungkin fitnah itu dibawa ketika saya tidak membenarkan dia pulang terlalu kerap ke Indonesia dan saya berhentikan dia. Lantas dia mencecehkan hal yang bukan-bukan pada jiran-jiran kami. Bahkan paling mengelikan hati apabila dia memberitahu yang suami saya sudah tergoda dengannya.
(Tuhan sayangkan kami, macam-macam yang ALLAH tunjukan supaya saya yang tidak bersangka buruk itu sedar. Akhirnya saya mengambil keputusan memberhentikannya)
“Sakit hati tapi saya dah biasa dengan fitnah-fitnah ini.”
“Umi tak pernah masam-masam muka ya dengan bapak? Damai aje?”
Hidup ini ada jatuh dan bangunnya. Terpulang pada kita bagaimana untuk mengendalikannya.
Damai? Ha.ha.ha..rumah tangga mana tak dilandai badai.? Tahun pertama dan kedua, adalah tahun yang agak kritikal. Mahu menyesuaikan diri dengan suami yang berlainan budaya. Orang melayu yang agak lembut diregukan dengan orang Turki yang agak panas baran. Orang melayu yang suka suami duduk di rumah tetapi diregukan dengan orang Turki yang sememang hidupnya hampir 18 jam berada di luar rumah.
Namun berkat doa dan masing-masing mahu berubah. Alhamdulilah rumah tangga kami begitu harmoni. Saya selalu mengingatkan diri, jangan terlalu menekan suami. Masalah yang ada perlu dikongsi. Suami pula macam mana teruk sekali pun keadaan, dia tidak pernah berbohong.
Bila dia meradang, biasanya saya akan mengurut belakangnya sambil mengucap dan berselawat. Akhirnya dia akan ketawa sendiri.
Syukur, selepas kelahiran Qaisara. Hubungan menjadi semakin baik dan bertambah baik. Macamana kami bergaduh sekali pun, saya tidak akan keluar tanpa kebenarannya. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau dijalan saya bermasam muka ALLAH akan murka saya dan andai saya mati dijalanan. Apakah suami akan mengampun saya?
“Rumah tangga, bukan sahaja mesti ada perasaan kasih sayang. Hormat menghormati tetapi mesti ada perasaan menerima kekurangan pasangan...” Saya beritahu pembantu rumah saya. Setiap manusia mempunyai kelemahan. Saya juga. Kelemahan saya terlalu banyak. Kelemahan suami pula tidak tahu membuat kerja rumah. Bahkan membetulkan suiz lampu, menukar lampu, memanggil plumber dan membetulkan kerosakan kecil di rumah. Semuanya saya lakukan sendiri. Itu kekurangannya namun kelebihan terhadap suami memang banyak.
Setiap kali makan dia akan memuji masakan saya dan ucapan terima kasih memang tidak pernah lupa diucapkan. Kalau dia berbuat silap dan kadangkala balik terlajak sampai subuh. Dia akan memeluk saya dan memohon maaf. (Tetapi lepas 4-5 bulan kemudian buat lagi..ha.ha.). Apa sahaja yang saya hidangkan begitu sedap ditekaknya. Bahkan kadangkala saya sendiri kesal dengan masakan saya yang entah apa-apa.
Bila pergi membeli belah, saya hanya jalan berlenggang. Suami akan membawa semua barang-barang saya. Setiap pagi apabila melihat saya menulis, tanpa disuruh dia akan memicit bahu saya dan kadangkala menawarkan untuk membuat air untuk saya. Ya..orang luar memang boleh memfitnah tetapi mereka tidak boleh merosakkan hubungan kami. Kami yang jadi pengemudi rumah tangga. Macam-mana dahsyatnya fitnah itu, kami tidak akan membiarkan rumah tangga kami rosak di tangan orang lain..
P/S pembantu rumah lama saya SMS mahu bekerja semula dengan saya oh..ngerinya kalau saya ingat siapa dia.