Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, February 17, 2010

CUTI-CUTI LAGI!

Cuti tahun baru Cina saya wah..jadual saya padat sungguh. Saya merancang pulang ke kampung. Suami tidak mahu ikut kerana katanya mahu berehat sahaja di rumah dan menyiram pokok bunga memandangkan cuaca sekarang amat-amat panas. Sehari sebelum raya cina saya dan suami ke Mines. Lengang sahaja Mines ketika itu. Kami makan dahulu di Kenny rogers kerana Qaisara sukakan makaroni berkeju. Selepas itu suami kesayangan saya ini teringin mahu menaiki bot. Ini pertama kali Mr Seyit Kara menaikinya dan saya pula kali ke dua. Suami suka sangat suka, kata dia terkenang dia di Turki, bercuti menaiki bot seperti ini.



Pada hari raya pertama saya pulang ke kampung. Pertama kali saya pulang ke kampung tanpa ayah dan emak tiri saya berada di rumah. Mereka berdua mengikut adik saya Kamal pulang ke Kelantan ke rumah emak mertuanya. Tetapi sebelum ke Kelantan, emak tiri saya sudah menyediakan sambal goreng sepinggan penuh untuk kami di bawah tudung saji. Ha.ha.ha
Khairul baru sahaja mendapat gaji pertamanya, jadi dia mengajak kami makan ikan bakar, bergabung dengan Hamdan yang baru mendapat kerja baru. Jadi kami makan ikan bakar ini atas belanja mereka berdua!
Kami makan di Muara sungai Duyung. Punyalah ramai orang dan jalan masuk ke Muara begitu kecil dan berlubang sana sini. Bila berselisih jenuhlah. Ramai penduduk Singapura yang datang ke muara ini untuk menjamu selera, berdasarkan plat kereta mereka. Pandai sungguh mereka mencari tempat ini. Saya orang Melaka pun tidak tahu kalau tidak dibawa oleh adik ipar saya Hamdan.


Tiga anak dara dalam keluarga BH (Berahim Hitam). Kalau balik kampung mereka ke sana ke mari bertiga. Alin paling tua, sudah darjah dua tetapi badan Balkish lebih besar dari badannya. Di sebelah itu kakak ipar saya, Ina.



Ini pepahat. Sekilo dalam RM20+. Di masak cili api, tak tahu siapa yang menyuruh masak cili api sehingga saya yang kuat makan pedas menghadapnya seorang yang lainnya seperti tidak teringin. Ha.ha.. Bibik yang mula-mula tidak tahu bagaimana mahu makan pepahat ini jadi suka. Sedap katanya..sedap sebab pedas agaknya.


Kupang. Kami ambil dua jenis masakan, pedas dan tiga rasa. Kupangnya segar. Qaisara cuba makan kupang ini, tetapi tidak berapa suka.


Kerang. Ambil 3 kilo. Tetapi semuanya sudah busuk. Kami pulangkan semula sebab memang tidak boleh dimakan.


Ikan pari yang kami bungkus bawak pulang sebab tak ada siapa yang makan. Mungkin kerana sudah terlalu banyak makanan.



Sotong goreng bertepung yang paling laku sekali. Kami salah menganggar. Ingat sotong tak laku rupanya lebih laku daripada makanan lain. Makanan kegemaran Ojan dan anak-anak buah lelaki yang lain.


Ikan siakap tiga rasa. Kami pesan tiga ekor dan bawak pulang seekor. Saya langsung tidak menjamah. Bukan apa, sudah terlalu biasa masak ikan siakap bernenas di rumah. Ekor dan kepala yang tidak makan, kami bawa balik untuk kucing-kucing di rumah. Esok kalau ayah saya pulang, adik saya Ateh kena menjawab dengannya, sama ada kucing-kucingnya diberi makan atau tidak. Kami selalu cakap ayah saya lebih sayangkan kucing dari kami. Sebabnya, kalau dia balik dari mana-mana jua pun. Surau atau kebun getah. Dia mesti bertanya pada kucing-kucing yang menyambutnya.
"Anak apak dah makan tak?"
Tapi dia tidak pernah pun bertanya kami soalan yang sama. Mungkin sebab dia balik, kami tidak pernah menyambutnya. Ha.ha.ha..

Ada aje anak saya nikan. Ha.ha.ha..ojan senang, dia makan apa sahaja yang terhidang di atas meja kecuali kerang. Ojan sudah duduk asrama. Masa cuti inilah dapat berjumpa dengannya. Hari pertama dia balik ke rumah, saya menelefon dia. Dia sudah tanya saya.
"Andak nak bawak Ojan pergi mana?"


Tapi anak saya yang seorang ini, Hakim tidak makan, makanan yang dihidangkan kerana kerang kesukaannya busuk. Jadi kami pesan satay untuknya. Orang lain dok makan ikan bakar bagai, dia doklah mengunyah satay. Hakim tidak makan ikan..


Buah hati saya ni, tengoklah. Kepedasan memakan nasi lemak. Berulam air dan berpeluh-peluh dia. Biar dia belajar makan pedas sedikit, agar senang menjamah makanan melayu.


Tengoklah makanan yang penuh ber meja-meja. Itu banyak lagi yang belum sampai. Masa memesannya macam sikit, bila sudah sampai. Mak..aih..banyaknya.
Apa kena kakak saya Mijah tu, sakit kepala agaknya makan makanan laut banyak sangat. Nasib dia tidak suka sangat tengok blog. Kalau tidak harus dia suruh saya keluarkan gambar ini dari blog saya. Ha.ha.ha..Khairul bukan main lebar lagi menyuap! Di sebelah, kakak saya Maznah yang tersenyum-senyum. Mungkin sudah kenyang!

Adik saya Ateh dan keluarganya. Nampak tak si kecil tu? Kami panggil haji. Haji bukan main pandai lagi bercakap walau baru dua tahun. Bila saya ada di dapur, dia akan bertanya.
"Buat apa tu andak?"
Dia paling tak suka dengan Hakim, kerana Hakim suka menyakatnya. Kalau dia makan sesuatu, dia akan beri pada semua orang kecuali Hakim. ha.ha..dan ayat kegemaran si Haji. Amboi..amboi..
Keesokan harinya kami ke air terjun gunung Ledang di Sagil. Mak aik..punyalah ramai orang. Rasa-rasanya sama aje ramainya orang-orang di Batu Caves ketika merayakan perayaan Thaipusam. Sesak sungguh! Kami tiba dalam pukul 9 pagi. Dapatlah tempat tapi kerana kawasan sekeliling berbatu bata tidak ada tempat mendirikan khemah walaupun saya membawa khemah dari Kajang. Saya terlupa membawa kamera dan ini gambar dari hp tidak canggih saya..he.he..


Ojan dan Hakim yang sedang makan. Menu berkelah kami, nasi lemak, meehon goreng, roti, kuih kastard. Lupa nak ambil gambar makanan..


Adik saya Nurul bersama Qaisara dan Balkish. Nurul juga baru balik dari Kelantan, rambongan universiti.


Air di gunung ledang terlalu sejuk. Qaisara hanya main seketika kemudian sudah mengigil kesejukan. Kami balik pada jam 12.30. Dapatlah budak-budak berendam dua tiga jam.
Untuk masuk ke air terjun ini kami perlu membayar RM1 satu kepala dan RM2 untuk kereta. Ketika itu sudah beratur panjang. Sebuah kereta yang dipandu seorang wanita memberitahu saya.
"Tak best kak, orang ramai. Busuk. Kotor.."
Nampak dia seperti penduduk berdekatan dan sudah selesai mandi berdasarkan rambutnya yang basah kuyup. Kami hanya tersenyum sahaja.
Apabila kami balik, keadaan cukup dahsyat. Mahu keluar pun susah dengan kereta diparkir sesuka hati sahaja. Sepanjang jalan kami berselisih dengan kereta yang mengambil giliran untuk masuk. Kami buka tingkap dan beritahu kereta yang beratur, orang terlalu ramai di dalam. Lebih baik mereka pulang sahaja. Mesti ada yang marah dengan kami ketika itu tetapi sesiapa yang mendengar kata kami dan pulang, mesti berterima kasih.
"Balik, balik.."
Beritahu salah seorang kakak saya pada orang-orang yang berjalan kaki untuk masuk. Keadaan memang terlalu sesak dan bayangkan sepanjang 7 kilometer, kereta beratur untuk masuk ke kawasan tersebut. Pihak pengurusan langsung tidak melakukan apa-apa. Tetapi saya lihat ada beberapa kereta polis dari Sagil muncul. Mungkin menyekat orang ramai dari menanti untuk masuk ke kawasan air terjun kerana takut orang yang mahu ke Segamat juga terkandas.
Ini pengalaman paling dahsyat bercuti di air terjun.
Sudah berapa tahun saya tidak ke sana. Tempatnya masih sama. Bahkan saya rasa 20 tahun yang lalu keadaannya lebih baik daripada sekarang.


Thursday, February 11, 2010

KEMATIAN

Beberapa hari yang lepas Nik Fauziah berbincang dengan saya mengenai pengantungan kita terhadap ALLAH. Bagaimana kita dapat terima hakikat segala yang telah takdirkan kepada kita dengan lapang dada. Dia bertanya apakah perasaan saya jika satu masa nanti kalau saya kehilangan suami. Tidak tahulah kenapa dia bertanya begitu, mungkin terbawa dengan emosi kematian suami dalam Ranting Cinta si Plato atau mungkin melihat kawan-kawan yang kehilangan suami.
Saya memang selalu membincangkan perkara ini dengan suami. Saya beritahu dia, saya takut menghadapi kehilangan beliau. Bagaimana agaknya saya nanti apabila suami tempat saya berkongsi segalanya pergi meninggalkan saya. Saya selalu memberitahu dia, saya berdoa supaya saya yang pergi dahulu. Bukan dia.
"Mana boleh awak mati dahulu, saya tua 10 tahun dari awak.."
Suami membantah kata-kata saya. Saya katakan pada dia, dia seorang yang mengamalkan hidup sihat. Makan salad, buah-buahan dan tidak gemar dengan daging merah. Sudah pasti nyawa dia lebih panjang dari saya.. (tapi hairannya..setiap tahun kg tetap naik..ha.ha.)
"Awak pandai, awak mati dahulu lepas tu tinggalkan saya dengan Qaisara.." suami membantah lagi.
Sering saya beritahu suami, kalau saya meninggal dunia terlebih dahulu, kalau dia nak kahwin, kahwinlah. Tapi jagalah Qaisara dengan baik. Kalau tidak boleh serahkan Qaisara pada kakak saya.
"Saya akan sedih kalau awak meninggal. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana mahu menghadapi hari tersebut." Saya beritahu suami.
Saya seorang yang agak sensitif tetapi cepat pulih dan bangkit dari kesedihan. Cuma untuk melalui detik menyakitkan kehilangan suami. Semua orang tidak mahu melaluinya bukan?
"Habis awak fikir saya tidak akan sedih kalau awak pergi dahulu. Awak lakukan semua perkara untuk saya. Makan minum saya, pakaian saya, rumah ini. Qaisara. Semua awak lakukan. Aduh saya tidak dapat membayangkannya kalau awak pergi."
Suami membuat pengakuan. Ya....saya sedar itu, kadangkala saya terfikir apa akan jadi pada suami saya kalau saya pergi. Dia amat bergantung pada saya. Segalanya saya uruskan, menjaga kewangan, merancang masa depan, membeli insuran untuk kami bertiga biarpun kehidupan seharian.
"Apa awak lakukan kalau saya meninggal dunia?" tanya saya menduga.
"Saya akan duduk di tepi jalan dan menangis seharian.." suami memberitahu.
"Kalau dah macam tu, bila masa awak nak kebumikan saya?" saya bercekak pinggang.
Ha.ha.ha..suami sudah ketawa terbahak-bahak.
"Alangkah bagusnya kalau kematian menjemput kita, kita berada di atas katil. Sedang berbual dan berpegang tangankan. Kita mati sama-sama. Dan harap-harap apabila tuhan ambil nyawa kita, Qaisara sudah ada keluarganya sendiri..."
Ya..semua orang saya rasa mempunyai harapan seperti kami. Mati bersama kerana tidak mahu melalui hari yang menyakitkan itu. Tetapi semuanya di tangan tuhan. Tuhan yang menentukan dan apabila harinya sampai. Mahu atau tidak, kita harus bergantung dengan ALLAH yang menurunkan cabaran buat kita. Dan bagaimana kita mahu serahkan diri sepenuhnya kepada ALLAH itulah yang menjadi persoalannya., selagi kita bernama manusia.

Tuesday, February 9, 2010

NYAMUK CIUM!

Qaisara sudah semakin besar. Sejak setahun ini Qaisara sudah kurang membeli barang mainan. Kalau masuk ke kedai mainan pun dia cuma belek dan cari mainan yang kecil-kecil sahaja. Tetapi sekarang Qaisara sudah menukar hobi. Kalau pergi pusat membeli belah, dia lebih suka pergi ke barangan merias diri. Oh..minat dia masih lagi pada lipstick dan pewarna kuku tapi saya tidak membenarkan barang tersebut dibeli. Sekarang dia suka mengumpul berus gigi, ubat gigi, bedak, cologne dan juga shampoo.


Sebahagian daripada berus gigi si Qaisara. Setiap kali ke pasaraya dia akan mencari bahagian berus gigi dan ubat gigi, kadangkala saya layan..kadangkala saya buat tak tahu ajelah..ha.ha..


Sebahagian daripada toiletries Qaisara. Nasib barang-barang yang dimintanya tidak begitu mahal. Kalau tidak.. macam kata ojan, maintenance tinggi! Ha.ha.ha

Malam tadi sebelum tidur, Qaisara bercerita semasa dia mandi di bilik bawah, nyamuk mengigit dia..
"Bilik air bawah tu banyak nyamuk, nanti umi suruh bibik sembur.."
Saya memberitahu Qaisara.
"Umi tahu tak kenapa nyamuk datang masa Teta mandi?" Tanya Qaisara dengan matanya yang terkebil-kebil merenung wajah saya.
"Nyamuk memang banyak dalam bilik air tu agaknya." balas saya tenang-tenang sahaja.
"Bukanlah umi, teta pakai shampoo strawberi. Nyamuk cakap..huh..mana bau wangi ni. Nyamuk datanglah. Dia kiss Teta.."
Ha.ha.ha.. Huh! Perasan sungguh....


Sunday, February 7, 2010

SAMBAL SOLO

Sudah lama sebenarnya makanan ini menjadi kegemaran saya. Sejak pembantu rumah saya mengajar masakan ini. Dia tidak tahu apa jenis masakan ini, tapi saya panggil sambal solo. Ini resipi indonesia terutamanya orang solo.

Tomato yang dipotong sebegini, apa -apa bentuk pun tidak mengapa. Asalkan senang untuk digoreng dan ditumbuk. Kalau suka masam lebihkan, tapi saya hanya guna 2 biji besar untuk 4 ekor ikan.

Lima biji cili hidup, 1o biji cili api. Saya suka pedas jadi saya letak cili api banyak-banyak, yang tidak suka pedas kurangkan. Bawang besar sebiji, bawang putih dalam 4-5 ulas.


4-5 ekor. Ikan talpia/cencaru dan apa sahaja yang sesuai. Digoreng terlebih dahulu dan ketepikan.

Buah keras dalam 3-4 biji.

Goreng cili api, cili hidup, bawang, bawang putih dan buah keras dengan sesudu minyak. Goreng sehingga separuh masak dan masukkan tomato dan goreng sehingga masak.

Selepas masak tumbuk. Sehingga pecah perut cili padi..he.he.. tetapi jangan terlalu halus.



Selepas selesai ditumbuk, goreng lagi sekali dengan sesudu minyak. Tambah garam dan perisa. Masukkan ikan yang sudah digoreng sebentar tadi.

Tada! Memang sedap makan dengan nasi panas berasap. Telinga pun keluar asap tau..ha.ha. Jiran cina saya, kalau beri dia lauk ini. Terus dia ambil pinggan dan makan. Ha.ha.ha


Thursday, February 4, 2010

APA-APALAH TA..

CERITA 1
Hari ini saya mengajar Qaisara membuat kerja sekolah.
“Macam ni, macam ni..” saya mengajar dia.
Dia kena menulis huruf B. Teta ni memang pemalas mahu menulis atau memegang pensil. Selepas dipujuk-pujuk barulah dia buat. Cikgu pun pening agaknya dengan dia yang pemalas. Kata cikgu dia terlalu manja dengan gurunya. Asyik nak berkepit setiap masa.
“Umi ni, ni, ni dekat sinilah..” dia menunjukkan lututnya. Saya tergelak besar. Opss saya salah. (knee)
“Sepatutnya inilah umi bukan knee..knee....” Saya mengangguk kepala. Si Qaisara ni cakap bukan main pandai lagi. Buat kerja sekolah. Malas ya ampun...ha ha.ha.a


CERITA 2

“Umi..”
Qaisara memanggil saya, ketika itu saya mengambil dia dari Tadika.
“Iye sayang.” Jawab saya.
“Umi dengarlah...”
“Umi dengarlah ni” Teta kalau tak pandang muka dia ketika bercakap, asyik aje suruh kita dengar apa yang dia cakap.
“Kawan Tetakan, kelakar.”
“Oh..kenapa?” tanya saya. Sambil memandang sekilas padanya. Tetapi tangan tetap di stering kereta. Kalau saya pegang dengan sebelah tangan, Qaisara akan bising macam mak nenek. Bahaya katanya.
“Orang hisap susu tapi dia hisap jari..” sambil Qaisara mengayakan, ibu jarinya masuk ke dalam mulut.
Kah.kah..kah..kami berdua ketawa besar! Ada, ada sahaja si Qaisara ini.

CERITA 3
Petang tadi ketika saya sedang menghadap computer, saya dengar Qaisara masuk ke biliknya. Tidak lama kemudian, Qaisara masuk bilik saya dengan termegah-megah.
“Umi, cepat-cepat kita beli baby..”
“Arg?”
“Iye..kita kena beli baby umi..”
“Lah..kenapa?”
“Teta dah jumpa ini? Teta nak sumbat mulut dia..”
Mata saya terbeliak dengan benda yang dipegang. Ketawa besar saya melihatnya. Qaisara ni ada-ada ajelah. Memang tak ada kerja sungguh!

Puting ini yang dijumpai Qaisara. Masa Qaisara berusia 1-4 bulan dia terkena sawan tangis, jadi saya beli puting ini berpuluh-puluh. Ingat sumbat mulut dia dengan puting, dia akan senyap. Rupanya tidak. Qaisara tak suka puting. Jadi yang mana tidak digunakan saya sudah beri pada orang lain, yang tinggal hanya satu dua sahaja..

Wednesday, February 3, 2010

PANDAI-PANDAI AJE



"Umi buatlah baby umi, buatlah baby.."
Saya dengar Qaisara bersungut-sungut. Apa jugalah perempuan seorang ni. Bersungut sambil menonton Upin dan Ipin.
"Umi.."
"Iye.."
"Buatlah babylah umi, kalau tak beli?"
Berkerut dahi saya mendengar kata-kata Qaisara. Apa kena Qaisara tiba-tiba suruh saya buat baby.
"Hari itu bukan umi dah belikan baby alive.."
Qaisara tahu sahajalah. Belikan dia baby alive siap dengan baju ganti dan pampersnya. Bukan murah. Tetapi dia main sekejap sahaja.
"Oh..itu tak maulah umi, ini nak baby betul macam baby ibu Danish tu.."
Oh..baru saya ingat siang tadi saya mengunjungi jiran saya Milah yang mempunyai anak bernama Danish dan baby barunya Damia. Walau Qaisara asyik bermain dengan Danish rupanya dia melihat baby tersebut.
"Qaisara nak buat apa umi ada baby baru?" saya pura-pura bertanya.
"Nanti Teta suruh bibik buatkan susu, lepas tu teta sumbat susu kat mulut baby. Bagi dia minum. Bila baby menangis..auwa-auwa Teta tepuk-tepuk baby.."
Ha.ha.ha..aduh Qaisara-Qaisara. Ada-ada ajelah dia ni. Menyuruh kita membeli baby macam suruh kita beli playdoh.



Tuesday, February 2, 2010

MENJATUHKAN HUKUMAN

Kita cepat membuat kesimpulan dan menjatuhkan hukuman, pada perkara yang kita pandang pada zahir dan cuma kita dengar sahaja. Tetapi kita tidak selami sedalam-dalamnya. Teringat beberapa bulan yang lalu, ketika suami memberitahu tayar keretanya dipancitkan oleh seseorang. Cepat sahaja saya menembaknya.
"Itulah you, parking sesuka hati. Mana orang tak pancitkan kereta.."
Rupanya bukan seperti yang saya sangka, kereta suami dipancitkan kerana sebelum itu dia dengan seorang pemandu cina berebut parking. Suami datang dahaulu. Pemandu cina memaki hamun suami dengan bahasa melayu dan mencarut-carutkan dia dengan perkataan pu%&mak, Lan***. Mungkin menyangka suami orang berbangsa asing dan tidak tahu berbahasa melayu. Anginlah suami. Lantas suami mendapatkan pemandu tersebut dan memarahinya supaya menjaga bahasa.
-
-
Orang-orang melayu memang selalu membuat kesimpulan secara mendadak. Tanpa menyelami perasaan orang lain. Contohnya, apabila kita mendengar sahabat kita mengeluh, pantas sahaja kita akan mengatakan
"Aik kenapa kau mengeluh, mengeluh itu tanda kita tidak reda"
Kenapa begitu pantas kita menghukum tanpa meneliti, apa yang dialami oleh sahabat kita itu. Tahukah kita dia reda atau tidak. Apakah kalau kita berada di pihak sahabat itu, kita boleh sekuat sahabat tersebut? Adalah lebih baik kalau kita berkongsi segala masalah yang dihadapinya daripada kita menjatuhkan hukum tidak reda! Siapa kita?
-
-
"Apalah dia tu, benda senang pun tak boleh buat?"
Oh..komen ini lagi selalu saya dengar! Bagi sesetengah orang keupayaan seseorang itu semuanya sama. Tetapi sebenarnya tidak. Bukan sahaja keupayaan tidak sama, cara dibesarkan juga tidak sama bahkan persekitaran antara satu sama lain pun amat berlainan sekali. Suami saya sampai sekarang tidak tahu membawa motorsikal. Kalau orang dengar memang gelak, tetapi mesti ada alasannya kenapa? Di Turki motorsikal diharamkan. Tidak ada kelihatan motorsikal di jalan raya. Bagaimana mahu belajar membawa motorsikal?
-
-
"Apalah dia tu, RM5 pun tak ada.."
Dahulu masa saya bekerja, mahu mengutip wang bagi mengadakan sesuatu majlis makan-makan memang agak payah pada sesetengah orang dan agak mudah bagi orang yang lain. Sebenarnya bagi saya RM5 tu tidak apa-apa. Tetapi bagi orang lain ianya terlalu besar. Teringat seorang sahabat saya yang terpaksa menanggung anak-anak dan suami. RM5 terlalu besar buatnya. Kadangkala dia termenung jika diminta RM5. Saya dapat merasakan kesusahan dia dan saya selesaikan bayaran untuknya tanpa orang lain tahu. Tetapi bila tugas orang lain mengutip wang tersebut, terdengarlah kata-kata ini. "Apalah dia tu, buat nama aje pegawai. Tapi tak ada duit..."
Mudahkan berkata tanpa menyelami kedudukan seseorangkan?
-
-
Kita memang sering menjadi hakim tidak bertauliah, menghukum orang tanpa kita menyelediki. Sekarang kecoh mengenai Fahrin dan LO yang saman menyaman, ada yang menghukum Fahrin ada yang menghukum LO sampai memaki hamun dan mencarut-carut.
Manusia memang mudah membuat kesimpulan dan menjatuhkan hukum tanpa mereka sedar sebenarnya mereka sedang mengumpul dosa..

Saturday, January 30, 2010

SUNGKAI HOT SPRING

Saya selamat pergi dan selamat kembali daripada Sungkai Hotspring. Satu percutian yang amat mengembirakan dan saya amat-amat berpuas hati. Saya rasa percutian ini jauh lebih baik jika dibandingkan saya ke Indonesia atau langkawi. Dua percutian yang dicadangkan oleh suami yang saya tolak dan saya pilih Sungkai atas saranan adik saya Wanupeh. Sungkai Hotspring ini dikendalikan sepenuhnya Felda Residences


Saya tinggal di Villa, dua bilik. Satu malam sepatutnya berharga RM600 hari biasa dan RM800 hujung minggu. Tetapi kerana bukan cuti sekolah. Jadi saya dapat malam yang pertama RM500 dan malam kedua RM700. Saya menyuruh pembantu saya Aini, menempah villa ini menerusi Kuala Lumpur sales office, banyaklah halnya. Jadi sesiapa yang mahu menempah lebih baik menelefon terus di no.05-4388801/03 (suka sangat dia orang ni no.8). Biliknya amat besar, bilik air selesa, ada dapur, periuk nasi, kuali, pinggan mangkuk dan juga sudu/garpu. Memang bagus sangat vila ini. Tempahan Villa dua bilik ini akan mendapat 6 tiket minum pagi dan makan malam serta 6 tiket masuk ke kolam air panas dan kolam air gunung. Ini Felda kena bayar saya buat iklan ni..ha.ha..



Semua makanan dan minum ini disediakan oleh Felda. Percuma. Nak angkut bawak balik pun boleh. Chips dia orang tersangatlah sedapnya, terutama ubi kayu. Saya tanya pekerja Villa di mana nak beli produk Felda ni. Para pekerja cakap tidak dijual. Dari makan, makanan ringan baik makan kerepak pisang, kerepek ubi, popia goreng. Saya suka sangat sebab kurang perasa dan garam.



Disetiap Villa mempunyai jakuzinya sendiri. Orang yang paling gembira sudah pasti Si Qaisara Seyit Kara. Pukul 7 pagi dan suruh bibik on jakuzi dan terjun di dalamnya.



Gambar diluar Villa bersama Qaisara. Saya sangat-sangat berpuas hati dengan Villa ini. Bersih, wangi dan semua kemudahan begitu tip top sekali.

Anak saya, apalah yang dbuatnya itu. Mengendapkan kucing yang banyak direstoran. Dia bukan makan pun, asyik memberi kucing makan. Bila balik restoran menangis-nangis mintak makan. Di restoran tersebut saya jadi tukang sibuk, ada satu keluarga dalam 7 orang, berkumpul di tempat buffet dihidangkan, membuka semua makanan dan mencuba makanan di situ sambil berdiri. Dari anak yang kecil sampai besar. Minum berjalan, makan berjalan. Ambil makanan ke tempat duduk pun makan. Suami mengeleng kepala, kata suami inilah teladan daripada emak dan ayah kerana kedua-dua mereka melakukan begitu jadi anak mengikut. Entah mengapa ngeri saya menengoknya kerana yang melakukan adalah orang Islam dan Melayu walaupun bukan orang Malaysia. (saya malas menyebut negara mana nanti orang cakap saya prajudis pula. Kebetulan agaknya..)



Sebenarnya banyak aktiviti di sini melibatkan air. Kolam air panas, kolam air gunung dan jakuzi. Tidak lupa juga aktiviti merebus telur. Telur ada dijual di sini dan kicap bawalah dari rumah. Tetapi saya dengan muka kesian, mintalah dekat restoran. Dapatlah satu plastik kecil..ha.ha..

Si Qasara dengan babanya yang sedang menunggu telur yang sedang direbus. Papan tanda kecil itu adalah rujukan pada para pengunjung yang mahu merebus telur. Cuma yang saya ingat 4 minit untuk 3/4 masak dan 7 minit untuk masak betul.

Saya juga tidak ketinggalan mencuba merebus telur. Jangan sentuh batu tersebut. Melepuh tangan dibuatnya. Bekas merebus ada disediakan. Ketika kami merebus langsung tak ada orang. Kalau hujung minggu kena beratur gamaknya.


Gambar ini ada sedikit gedik..ha.ha..Tapi saya teramatlah suka kerana pemandangannya teramat cantik. Ini adalah titi yang dibina berdekatan dengan punca air panas. Air panas ini hanya boleh dilihat tapi jangan sesekali disentuh. 100C mahu lecur satu badan.


Selama tiga hari di Hotspring ini, pagi petang saya akan ke Titi ini melihat air panas yang berasap keluar dari bumi. Amat-amat menakjubkan. Saya selalu pergi ke kolam air panas di Turki tetapi tidak secantik seperti di Sungkai. Berkali-kali suami menyebut. Kalau di Turki ini kaya raya orang kalau ada kolam air panas macam ni. Berkali-kali dia memberitahu akan menguar-uarkan tempat ini pada kawan-kawannya.


Ini dia punca-punca air panas yang telah dikepung dengan tembuk dan dialirkan kesebuah kolam.


Nampak tak air yang berasap itu. Sesiapa yang berdiri di tempat Qaisara berdiri itu terasalah macam duduk dalam sauna.

Ini kolam air panas yang telah ditapis dan dicampur dengan air sejuk sehingga hanya tinggal dalam 35C sahaja. Abaikan lelaki yang tengah terbaring. Ketika kami sampai pada hari Khamis, tidak ada sesiapa pun di kolam ini kecuali kami sekeluarga. Jadi Mr Seyit Kara perasan kolam itu dia yang punya..Ha.ha.ha




Qaisara dengan babanya di Kolam air panas. Saya tengok Qaisara macam selamba sahaja. Sedangkan saya nak masuk teragak-agak jugalah. Mula-mula panas. Lama-lama okay.



Kami sekeluarga di kolam air panas. Bibiklah tukang mengambil gambar kami. Ha.ha.ha . Berjam-jam kami di sini. Hari Jumaat pagi pun tak ada orang. Tetapi bila datang semula hari Sabtu. Orang sudah mula ramai. Hari Sabtu Qaisara sudah tidak mahu masuk lagi ke dalam kolam air panas, dia dengan bibik ke Kolam air gunung. Jadi saya dengan suami sahajalah. Ada beberapa orang wanita menegur saya dan apabila saya minta izin mahu pulang dan memberitahu mahu melihat anak di kolam air gunung. Mereka serentak berkata. "Oh..ada anak rupanya.." Ha.ha.ha..suami pelik dengan kata-kata tersebut. "Honey, orang tu macam tak percaya aje kita ada anak. Tak nampak ke saya yang dah boroi ni.." ha.ha.ha.. Mungkin mereka memikirkan kami baru kahwin kot, memandangkan saya dengan suami tidak berenggang..


Aktiviti mengurut kaki juga ada di dalam kawasan air panas itu. RM20 untuk 25 minit. Gambar ini diambil oleh Si Qaisara, jadilah begitu. Senget benget..ha..ha.. Di dalam kawasan air panas ini juga ada jakuzi. Satu jam bayarannya RM75 untuk 8 orang. Tetapi saya sudah ada jakuzi di Villa jadi tidaklah masuk. Cuma kekurangan di Sungkai Hotspring ini adalah kawasannya tidak mesra untuk orang sakit atau cacat. Saya tengok punyalah susah payah orang-orang sakit yang mengguna kerusi roda untuk bergerak di sini kerana terdapat jambatan dan jalan yang tinggi rendah. Felda kena memikirkan kebajikan mereka memandangkan ramai yang datang ke kolam air panas untuk berendam adalah orang-orang yang tidak begitu sihat.


Lepas berendam dalam air panas, kami ke kolam air gunung. Pada waktu pagi airnya teramat-amat sejuk. Tetapi seperti biasa, Qaisara ni betul-betul macam sesumpit. Kolam air sejuk pun dia tak kisah, air panas pun buat dek sahaja..


Orang yang paling gembira mestilah Qaisara bila berada di kolam air gunung ini. Paling geli hati Qaisara membuat remarks sebegini."Umi why dont have shop for shopping?" ha.ha.ha..si Teta nikan kaki shopping macam umi dia.

Oh ya, di sini juga sesiapa yang berminta untuk berurut cara tradsional dan Thai juga boleh melakukannya. Saya memanggil mereka datang ke Villa. Sejam RM90 dan apabila mereka datang ke Villa ada tambahan 10%. Sempat bercerita dengan wanita tukang urut yang kematian suami tiga tahun yang lepas. Pedih hati mendengar dia menanggung anak-anaknya yang masih kecil. Nasib Felda ada menyediakan rumah dan juga van untuk anak-anaknya berulang alik ke sekolah. Saya ceritakan nasib wanita itu pada suami. Lantas pantas sahaja suami bertanya. "Awak sedekah tak untuk anak-anak dia?" tanya suami. Sedekah tukan rahsia..