Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Monday, January 18, 2010

RAMAI YANG TIDAK JUJUR!

Ingat tak bagaimana saya pernah meluahkan perasaan, saya ditikam dari belakang oleh seorang sahabat yang sering saya hulurkan tangan membantu. Semalam suami pulang dari tempat kerja dengan wajah yang sedikit keletihan, membawa cerita yang hampir serupa.
"Sebenarnya bukan awak sahaja yang letih dengan kawan-kawan awak. Saya juga letih dengan kawan-kawan saya.."
Luah suami saya. Dia bercerita mengenai seorang sahabat yang selalu dibantunya. Kadangkala dihulurkan RM100, kadangkala RM200 tetapi si sahabat tidak pernah sekali pun membayarnya semula. Bahkan memburuk-burukan suami di belakang.
"Hari ini dia datang ke tempat kerja saya. Dia mengejek saya mengatakan yang saya mendapat isteri yang hanya mementingkan diri sendiri. Walau syarikat kita NB Kara ada nama saya, tapi kata dia. Apa yang saya dapat? Siapa yang kenal dengan saya? Semua orang cuma kenal NB sahaja? Honey, I sendiri tidak kisah. Orang tidak kenal siapa I. Paling penting kita meneruskan kelangsungan hidup kita dan memberi sokongan pada awak."
Kasihan saya mendengar cerita suami. Saya bukan tidak kenal dengan sahabat suami itu, kenal. Satu ketika dahulu ketika dia mengalami masalah dengan isterinya, suamilah yang memberi perlindungan padanya sehingga saya bersuara pada suami. Jangan campur hal rumah tangga orang! Jangan beri dia datang lagi ke rumah kami kerana kita tidak tahu apa yang berlaku. Dia memburukkan isterinya yang belum tentu buruk. Saya tidak suka mendengar sebelah pihak sahaja.
"Kita ini ditakdirkan mendapat kawan yang serupa agaknya, sebab itu awak jodoh saya.."
Suami ketawa sambil saya menyodorkan dua biji panadol padanya dan juga segelas air.
"Ini dugaan hidup kita hubby. Berdoa supaya Allah terus bersihkan hati kita. Orang yang tidak bersih hatinya tuhan sekat rezekinya."
"Betul kata awak. Betul. Sampai sekarang kawan saya itu, sekejap bekerja sekejap tidak. Sayalah tempat dia minta tolong, tidak beri kesian. Kalau beri, belakang kita dikata macam-macam. Ramai lagi kawan saya yang macam tu.."
"Patutlah..saya bagi duit poket, beribu-ribu tak cukup. Rupanya awak jadi rumah kebajikan pada kawan awak ya...." saya pura-pura memarahi suami. Suami sudah ketawa besar.
"Alah..mengata saya, awak pun sama. Apa bezanya...." suami mengejek saya.
Saya hanya ketawa dan sedar, sebenarnya sekarang ini orang yang tidak jujur berada di mana-mana sahaja.




Sunday, January 17, 2010

MANA TUMPAHNYA KUAH!


Sebenarnya saya tidak perasan dengan perangai Qaisara ini. Bila dia masuk sekolah barulah saya sedar. Dia tidak suka memegang pensil! Bahkan dia tidak suka mewarna. Hari pertama dia menangis kerana dipaksa melukis dengan pensil warna. Dia beritahu saya, dia tidak sukakan mewarna dan bosan duduk sahaja. Bila saya teliti, baru saya ingat. Qaisara suka mewarna dengan menggunakan watercolor bukannya pencil warna. Bila gurunya membiarkan dia mewarna menggunakan watercolor, dia tidak menangis bahkan gembira sekali.
Sekarang dia tidak suka menulis. Saya tanya kenapa Qaisara tidak suka menulis. Jawapan dia senang sahaja.
"Kenapa nak kena tulis?"
"Nanti Qaisara tak boleh jadi orang pandai?"
"Orang pandai macam mana umi?"
"Orang pandai, boleh membaca, boleh menulis.."
"Teta tengok umi tak pernah tulis pun?"
"Umi menulis di komputer.."
"Habis kenapa teta kena tulis pakai pensil. Kenapa Teta tak boleh pakai komputer aje!"
Ambik kau! Dan baru saya sedar, rupanya Qaisara mengikut saya yang tidak suka menulis dan memegang pen. Ha.ha.ha..



BERSEDEKAH PUN KENA MARAH!

Saya memang sering mengajar Qaisara berkongsi dan juga bersedekah sedari kecil. Sebab itu setiap kali ke padang Qaisara pasti akan membawa gula-gula dan dikongsi dengan rakan-rakannya. Kalau ke pasar tani apabila melihat orang kurang penglihatan Qaisara pasti meminta saya seringgit dua untuk diberi kepada mereka. Bila ada anak-anak menjual kismis atau kalendar, saya ajar Qaisara. Jangan beli kalendar atau kismis mereka tapi sedekah abang-abang yang berniaga itu sedikit duit untuk membeli air. Kata saya kasihan mereka, sepatutnya mereka belajar di sekolah bukan berniaga kismis atau kalendar.
Semalam saya ke Sogo. Orang punyalah ramai, suami memakirkan kereta di Wilayah Kompleks di tempat kerjanya. Saya ke sana mahu membeli susu Qaisara yang dikatakan murah dan mencari-cari baju untuk anak-anak jiran saya yang menyambut tahun baru China. Qaisara seperti biasa saya letakkan di Star Gardz, bolehlah dia bermain dengan kawan-kawannya. Suami pula kerjanya awal-awal sudah beratur di kaunter dan saya mencari barang. Jadi tidaklah kami membuang masakan. Selepas segalanya selesai, saya duduklah di luar sogo di tempat menunggu teksi berhadapan bangunan CIMB menanti suami mengambil kereta. Tiba-tiba datang seorang wanita yang saya cukup kenali tetapi mungkin sudah tidak mengenali saya lagi.
"Saya nak minta derma untuk rumah perlindungan Aids ni.."
Kata perempuan tersebut. Tanpa banyak cakap, saya keluarkan duit dan memberi pada perempuan tersebut. Perempuan tersebut mengucapkan terima kasih dan bertanyakan sama ada saya guru atau tidak. Jawap saya tidak.
"Kak K dah tak kenal saya" Desis hati saya tapi saya tidak sempat bertanya kerana dia sudah pun beredar dari situ mungkin mahu meminta derma dari orang lain.
"Asal awak bagi dia tu. Dia tu penipu!"
Seorang lelaki tiba-tiba datang pada saya dengan kedaan marah-ramah.
"Banyak sangat awak bagi dia" marahnya lagi. Aik..lelaki ini sibuk sungguh!
"Saya kenal dia.." Saya cakap dengan nada yang perlahan.
"Mana awak kenal dia?"
"10 tahun dulu saya bekerja dekat-dekat sini. Setiap hari saya ke Sogo makan dan tiap minggu saya pasti berjumpa dengan kakak tu. Dia seorang mualaf, meminta derma untuk rumah perlindungan yang menempatkan wanita dan kanak-kanak yang terkena AIDs. Bla.bla..bla.."
Ya..sudah 5 tahun saya bekerja sendiri, sudah lama saya tidak jumpa kakak K tu. Seorang muallaf yang juga mempunyai virus HIV di dalam badannya dan masih tuhan panjangkan lagi usianya. Ketika bekerja dahulu saya selalu berbual dengannya, setiap minggu saya pasti akan memberi sedikit wang untuk rumah tersebut. Bukan banyak pun. Sekadar menderma.
"Kalau dia betul kenapa lepas dapat duit dia pergi bershopping kat supermarket bawah tu.."
Lelaki ini sudah pasti pekerja SOGO! Tidak tahu apa kerjanya tapi sempat saya menangkap tag yang tersemat dibajunya.
"Dia belikan roti dan makanan untuk anak-anak di rumah tempat dia tinggal tu. Terutama bila Sogo ada sales."
Saya menjawab tenang walaupun sebenarnya saya radang dengan lelaki yang terlalu banyak prasangka itu! Lelaki itu beredar apabila saya dapat mematahkan satu persatu kata-katanya.
Memang ramai sekarang yang meminta sedekah atau derma yang tidak jujur. Tetapi saya beri pada yang saya kenal dan saya yakin dengan kata hati saya yang mereka, dia tidak menipu.
Seperti kata Nik Fauziah dan ayah saya, paling penting niat hati kita untuk bersedekah.
Saya membayangkan kalau saya yang menderma, membuat perkara yang baik sudah dimarah-marah begitu. Bagaimanana agaknya kakak K yang meminta derma demi mulut-mulut yang menunggu di rumah perlindungan Aids itu. Sudah pasti sering diherdik dan dimaki hamunkan. Sebab itu agaknya fikir saya, walau beliau ada HIV di dalam badannya, selepas 10 tahun berlalu tuhan masih bagi dia kesihatan dan umur yang panjang kerana jasa bakti yang dilakukannya.


Friday, January 15, 2010

LETIHNYA!

Apa perasaan anda apabila ditikam dari belakang? Tentu sakit bukan? Sakitnya lebih-lebih lagi apabila orang yang menikam kita itu sudah kita anggap sebagai adik kita sendiri. Kita layan sebaik mungkin, kita bagi perlindungan, kita tidak berkira wang ringgit. Bahkan kita tidak pernah pedulikan kata-kata orang yang buruk-buruk tentangnya. Bahkan seseorang telah mengingatkan saya. Awas..dia akan memecah belahkan hubungan kamu suami isteri nanti.
Saya memang tidak peduli kata orang. Saya selalu berbaik sangka dengan orang, walau apa sahaja orang katakan pada saya. Mungkin kedengaran saya seperti orang yang baik sahaja. Tapi benar..saya amat jarang berprasangka dengan orang.
Tetapi berita yang saya terima benar-benar menyakitkan hati saya. Benar-benar membuat saya berfikir, kenapa tergamak seseorang yang saya anggap adik boleh mengata saya itu dan ini? Bahkan menyebarkan berita yang tidak benar mengenai mengenai saya dan suami saya. Berita yang benar-benar mengaibkan.
"Hati-hati akak. Ramai orang yang dengkikan akak mungkin. .."
Nik Fauziah sahabat saya memberitahu saya. Banyak ayat-ayat yang diberi pada saya untuk perlindungan diri. Kata Nik, walau saya tidak kaya tapi dengan kedudukan saya sekarang pasti ada orang yang cemburu. Saya terkasima.
Apakah dalam dunia ini sudah tidak ada orang yang jujur? Kenapa kita perlu memburukkan orang lain yang sering baik dengan kita. Menghulurkan tangan pada kita dan tidak pernah prasangka pada kita. Kenapa segala keburukan kita dijaja, bukan pada seorang dua tetapi pada ramai orang lain.
Kadangkala saya rasa terlalu letih dengan kehidupan ini? Ya..saya ada ALLAH untuk mengadu. Bahkan bersyukur ada seorang dua kawan-kawan yang sentiasa bersama saya. Memberi semangat dan kekuatan. Bahkan suami sering menghulurkan bahunya untuk saya tumpang menangis, sering menenangkan saya.
"Awak mahu bantuan saya, awak mahu saya pecahkan muka dia?"
Suami bergurau dengan saya, apabila saya khabarkan fitnah yang sedang melanda kami sekarang ini. Namun saya tahu, dalam ketawa suami dia sebenarnya bermaksud mahu melakukan begitu. Saya tahu dari matanya ada kemarahan yang tidak boleh disembunyikan?
"Tidak..saya akan buat solat istikarah. Saya akan minta pentunjuk ALLAH dan saya akan lakukan mengikut pentunjuk tersebut.."
Ya..saya harus membuat keputusan. Memutuskan sirahtularahim memang tidak bagus, saya tidak suka menganiaya orang tetapi saya percaya..dengan petunjuk dari yang Maha Esa.

Tuesday, January 12, 2010

SELAMAT HARI LAHIR SAYANG!

Sudah besar rupanya anak saya. Rasa baru semalam saya menangis dan berperang dengan perasaan kerana ketika mengandungkan Qaisara, adalah satu keadaan yang teramat-amat mencabar. Bayangkan ketika bulan pertama sahaja saya sudah menerima alahan yang sungguh teruk sehingga sentiasa berbaring dikatil, terpaksa ke hospital saban minggu bahkan saban hari. Kemudian apabila lahir ke dunia, Qaisara mengalami sawan tangis selama 4 bulan. Tidak boleh diletak, meraung macam dipukul orang. Aduh..ketika itu baru saya tahu sengsaranya untuk memiliki seorang anak. Hari ini anak saya sudah besar. Walau perjalanannya masih jauh, tapi saya bersyukur Qaisara membesar sebagai anak yang comel, pintar dan amat petah berkata-kata.




Ini kek Qaisara saya order daripada dlittlekitchen. Dua biji. Satu untuk di bawa ke sekolah dan yang satu untuk dipotong di rumah.



Ini yang tinggal di rumah. Masih belum dipotong. Qaisara masih tidak membenarkan. Jangan dibawa tidur sudah..ha.ha.ha..


Ini cup cake untuk para tenaga pengajar di sekolah Qaisara. Kalau Lizabujang tengok mesti dia cakap, untung siapa jadi cikgu Qaisara. ha.ha.ha...



Di samping memotong kek saya juga mengadakan sedikit jamuan dengan menjamu kawan-kawan Qaisara KFC dan air kotak. Melihat anak-anak kecil yang ramai berebut-rebut. Bagaimanalah cikgu mengawal mereka semua. Tetapi seronok sungguh walaupun kesihatan saya tidak begitu baik.
Bersama guru-guru sekolah Qaisara, mengageh-agehkan KFC kepada para pelajar


Sempat lagi! Ha..ha..Mr Seyit Kara beria-ia menyuruh saya berposing tapi seperti biasa gambar yang diambilnya mesti blur! He.he.


Qaisara sedang mengageh-agehkan bungkusan hadiah yang berupakah peralatan menulis, jelly, cokelat dan kek untuk sahabat-sahabatnya.


Barisan anak-anak yang menikmati hidangan. Dapat makan, senyap sahaja. Begitu tertib sekali. Ada yang minta tambah, kami tambahkan. Rupanya yang minta tambah itu hanya makan kulitnya sahaja..ha.ha...budak-budakkan macam-macam ragam.

Qaisara sebelum memotong kek bersama kawan-kawannya. Rasanya rata-rata kawan-kawan Qaisara budak enam tahun. Tengok bukan main senyum lebar lagi. Seperti tahun-tahun sebelumnya saya tidak memberi Qaisara apa-apa hadiah kerana saya sendiri tidak tahu apa yang mahu diberikan padanya..ha.ha..teruk sungguh uminya..

Saya sentiasa berdoa, moga Qaisara dipanjangkan usianya, diberikan kesihatan yang baik dan menjadi anak dan muslimah yang patut kepada ALLAH. AMIN.






Sunday, January 10, 2010

GEBANG-GEBANG SERIBU CERITA

Semalam bertempat di pejabat NBkara di Taman Prima Saujana, telah berkumpul beberapa orang sahabat kami termasuk beberapa orang penulis dalam rancangan "Gebang-gebang seribu cerita". Sudah lama rasanya kami tidak lepak sebegini. Bahkan walaupun saya tidak begitu sihat kerana ketiadaan suara. Tetapi rasa teruja juga. Lebih-lebih lagi kami mengadakan sambutan hari jadi secara kecil-kecilan untuk Kak Noor, Qaisara dan Uda.


Turut hadir, pizza domino yang diorder khas dan juga kek hari jadi yang dihadiahkan oleh penulis NBkara Iejay Zakaria. Nampak laku sungguh kek ini!

Inilah insan-insan yang kebetulan menyambut hari jadi pada bulan Jan, iaitu Qaisara pada 12 Jan, Kak Noor 11 Jan dan Cik Bedah a.ka. Uda pada 15 Jan.
Turut hadir di majlis ini penulis Iejay zakaria, sahabat kami Wanupeh yang sentiasa memberi sokong dan sebelah tu Suraya editor NBkara. (photo credit to Anuar Kamarudin (AK))
AK juga datang memeriahkan suasana bersama anak buahnya Danial. Sebenarnya dia tengah loaded tu..ha.ha. Ada perbincangan dengannya bagi persiapan pesta buku. memandangkan beliau bukan sahaja berbakat dalam penulisan tetapi grafik. Tahun ini NBkara dapat tempat di Seberang sungai ketika pesta buku. Jadi promosi harus dijalankan secara besar-besaran kerana kalau tidak.orang malas nak seberang sungai tu..huhhhu..huhhu. Tak apalah rezeki semuanya di tangan ALLAHkan..
Uda, saya dan Suraya. Kata AK saya mentornya yang garang. Ha.ha.ha..garang tapi ilmu yang saya bagi kalau kat luar kena bayar $$$$$$ tapi saya percuma aje tau! Asalkan hasilnya bagus. Saya tidak pernah lokek ilmu dengan penulis tetapi ada sesetengah penulis tidak dapat menerima kritikan dan ajaran saya jadi tidak ada apa yang boleh saya lakukan.


Kaknoor, Anita a.ka Kypo dan Iejay. Memang seronok bersembang lama-lama ni. Tak perasan masa berjalan begitu pantas sekali.


Tengoklah anak dara saya tu, sibuk dia dengan kek. Teruja sangat. Padahal bukan dia sahaja yang sambut birthday. Ha.ha.ha

Gambar yang AK ambil ini cantik sungguh. Kebanyakkan gambar dalam blog ini kali ini saya ambil sahaja dari blog Nuar kerana selepas empat keping mengambil gambar kamera saya pop terpadam! Semalam kerana terlalu banyak bercakap hari ini suara saya sudah menjadi itik Seranti...ha.ha.ha



Thursday, January 7, 2010

PETUA..

Sebenarnya banyak saya nak update mengenai progress Qaisara di tadika. Tetapi biarlah dahulu, dia dalam pemantauan saya dan saya benar-benar berharap yang Qaisara akan gembira bersekolah di Tadikanya sekarang.

Kenapa tunjukkan bilik air tiba-tiba ni? Ha.ha.ha..Ingat tak bilik air di kampung masa kecil-kecil dahulu. Jauh daripada rumah dan tidak disatukan dengan rumah. Bilik air mengikut Islam tempat berkumpulnya syaitan jadi orang-orang dahulu tidak sesekali mengumpul syaitan dan orang duduk serumah..(seram aje bunyikan tapi itulah kenyataan). Tetapi ramai di antara kita sekarang, di dalam sebuah rumah bukan ada 2-3 bilik air tetapi bilik air dihias seperti bilik tidur pula dengan secara berlebih-lebihan. Sebenarnya kebersihan di dalam Islam memang penting tidak kira bilik tidur atau bilik air. Tetapi perlu diingat berhias berlebih-lebih bilik air samalah kita berhias untuk rumah syaitan..

Apa bendanya ni NB weh..Ha.ha..saya teramatlah tension dengan tanda air dan sabun yang melekat di jubin lantai sehingga menganggu pandangan mata. Puas saya dan pembantu rumah meletak clorox. Namun tidak hilang juga. Lantas saya carilah petuanya dan dapatlah saya satu petua. Mengosok baking powder di atas jubin yang kotor ini. Petua tersebut mencadangkan mengunakan berus gigi. Tapi saya cari berus yang agak kuat dan besar sedikit. Selalunya saya membersihkan bilik air, diwaktu saya tidak produktif bekerja. Iaitu pukul 12 tengahari hingga 3 petang dan jangan sesekali dibiarkan mata kasar Qaisara Seyit Kara melihatnya. Dia akan bertanya.
"Umi buat apa tu."
Langkah selanjutnya, dia akan duduk sekali dengan saya menenyeh dan kemudian main air.


Letak baking powder dan sedikit air. Gosok perlahan-lahan. Satu jubin mungkin mengambil masa 2-5 minit. Kena sabar banyak-banyak kalau nak jubin yang bersih dan berseri. Tapi saya kadangkala kurang sabar juga..saya buat separuh esok saya buat lagi..he.he.he

Hasilnya insya-ALLAH kekotoran akan hilang. Mata pun senang memandang...


Monday, January 4, 2010

TETA MASUK SEKOLAH..

Hari ini Qaisara masuk sekolah. Mahu melepaskan dia bersekolah pada mulanya saya terlebih gembira dan rasa tidak sabar, tetapi bila tiba waktu mahu mengejutkan dia bangun dari tidur dan membawa dia ke sekolah. Saya rasa mahu sahaja menangis. Saya akan lepaskan anak saya pada orang lain untuk menjaganya, anak yang sentiasa bersama dengan saya dan saya bawa ke mana-mana sahaja. Walau tidak lama, sekadar tiga jam tapi perasaan sayu dan sedih itu amat sukar dibendung. Payah untuk saya tafsirkan perasaan saya tapi semuanya benar-benar membuat dada berdenyut begitu kencang sekali.
Qaisara memang banyak alat tulis, setiap kali ke pusat membeli belah sekarang ini dia akan membeli alat tulis atau buku. Ini yang dibawanya ke sekolah.

Dua tiga hari sebelum Qaisara besekolah, saya membuat pelekat nama Qaisara dan melekatnya pada setiap alat tulis Qaisara. Tapi hari ini bila balik rumah, saya memeriksanya. Sudah hilang satu pensil warnanya.

Alhamdulilah, tidak susah mengejutkan Qaisara bangun walaupun dia tidur semalam pada pukul 12 malam.
"Umi i cannot close my eyes!" dia mengadu pada saya malam tadi.
"Close your eyes sayang, after you will see hallo kitty.." pujuk saya. Dia menutup matanya.
"Umi i cannot see hallo kitty, just dark umi.."
Qaisara mengadu. Dalam dia mengatakan dia tidak boleh menutup matanya dia akhirnya terlelap.


Tengok masih mengantuk lagi. Yelah selalu bangun pukul 9 pagi. Hari ini bangun pukul 7.30. Tetapi Qaisara jarang bangun melebih jam 10 pagi. Kalau dia bangun melebihi 10 pagi. Alamat saya akan letak air di matanya..ha.ha


Seyit Kara yang menghendap anaknya. Suami begitu teruja sekali dan syukur Qaisara walaupun masih kecil langsung tidak menangis. Bahkan agak ceria.


Bersama kawan-kawannya. Memang ada beberapa perkara yang membuat hati saya kurang senang dengan tadika ini tapi mungkin perasaan keibuaan saya yang mahu memberikan yang terbaik pada anak saya. Saya harus melepaskan perasaan ini pergi kerana tidak semua yang saya mahukan untuk anak saya, akan saya dapat. Saya perlu lebih bertolak ansur dan memahami..


Saya tinggalkan Qaisara bersama kawan-kawannya. Saya rasa mahu menangis tapi kerana tidak mahu suami tahu, saya telan perasaan tersebut. Ketika di rumah kerja saya hanya melihat jam sahaja dan telefon saya letak di sebelah saya supaya kalau apa-apa hal cikgu senang menghubungi. Lambatnya masa berlalu, apabila jam menunjukkan pukul 11, saya dengan bibik pergi ke sekolah. Apabila ternampak saya, Qaisara pula mencebik seperti mahu menangis. Saya lihat ada kertas mewarna di atas mejanya yang tidak disentuh sedangkan perkakas mewarna berada dengan kawannya yang duduk di hadapan dia. Bukan main menenyeh lagi kanak-kanak tersebut. Saya terfikir kenapa anak tersebut tidak dibekalkan oleh ibu bapanya dengan pensil berwarna. Masuk aje di dalam kereta, Qaisara terus baring dan menghisap susu yang kami bawa dari rumah. Ha.ha.ha..
Sebelum balik sempat saya tanya guru apa yang Qaisara buat di sekolah, guru tersebut menjawab.
"Dia duduk di kerusinya hanya lima minit, kemudian dia merayau-rayau"
Ha..ha.a itulah anak saya. Dia tidak sukakan duduk di satu tempat, dia lebih suka melompat menari. Bila saya tanya kenapa dia tidak suka mewarna. Dia menjawab.
"Nantilah 3 hari lagi Teta buat, Teta nak belajar ABC tapi cikgu tak ajar pun.."
Ha.ha..tidak mengapalah, mungkin dalam usia 4 tahun Qaisara masih belum fokus sepenuhnya. Cuma bila saya tanya dia makan apa di sekolah, hati saya menjadi hiba semula.
"Biskut oreo yang umi bekalkan, makan satu aje..lainnya bagi kawan.."
Begitulah anak saya yang terlebih pemurah dan tidak biasa makan tanpa ditemani saya atau bibiknya.







Sunday, January 3, 2010

SAKIT HATI SUNGGUH!

Kenapa pula saya letak gambar kereta dalam blog saya ini? Inilah kereta yang amat-amat menyakitkan hati saya malam tadi. Di tempat medan satay kajang! Kereta suami warna hitam jadi tak nampak sangat.

Semalam saya anak beranak keluar untuk makan satay di Kajang. Suami yang minta untuk makan satay, kalau ikutkan saya memang saya malas. Apatah lagi hujan lebat semalam.
Kami tiba di medan satay ketika orang belum ramai lagi, dapatlah satu parking yang berdekatan dengan tong sampah kerana sebuah kereta keluar. Malam tadi adalah malam yang tidak begitu elok bagi kami, sudahlah dapat satay mentah dan tidak sedap kerana kedai sate emas yang saya selalu makan, tidak ada tempat duduk.
Bila habis makan, kereta kami dihalang dengan kereta putih tersebut. Puaslah suami membunyikan hon tidak ada siapa yang keluar. Bahkan, apabila meminta kerjasama daripada pekerja di gerai satay setiap mereka hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Langsung tidak peduli! Cuma jurujual jamu dan juga barang mainan kanak-kanak yang berusaha mencarikan kertas dan pen untuk saya tulis nombor kereta dan berpusing di dalam medan tersebut. Mereka cuba memberikan cadang supaya mengopak sahaja pintu kereta tersebut dan tolak. Tetapi suami menolak kerana katanya, sekejap lagi mungkin pemandu itu akan keluar.
Hampir 45 minit menunggu, keluarlah 3 orang rasanya anak muda terhegeh-hegeh ke keretanya. Suami pun mengamuklah memberitahu rasa tidak puas hatinya. Si Pemandu anak muda yang agak kecil tubuhnya memohon maaf berkali-kali. Tetapi kawan yang duduk disebelahnya pula menunjukkan taringnya.
"Hey..hallo, hallo why..why u didnt tell me inside?" dia bercakap dengan bahasa inggeris yang tergagap-gagap.
"What the hell i can tell you inside, do i know you? Do you left your telefon number?" Suami sudah menjerit. Saya takut marah suami tiba ke maximum, mahu dia cepuk lelaki tersebut.
Saya pun menyokong kata-kata suami. Anak muda yang bertubuh gempal dan pendek ini semakin berang. Saya pun lupa apa yang dikatakan. Sehingga saya tunjukkan kamera saya dan saya cakap, kalau dia cakap banyak saya akan buat report polis!
"Aku ni polis!"
Dia mengaku. Wah..kalau ikutkan hati mahu sahaja membedik mukannya dengan kamera dan pergi ke balai polis, siasat sama ada dia polis atau tidak. Yelah..satu, kalau dia polis dia telah berlaku biadap dengan orang awam dan mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, kedua kalau dia bukan polis bukankah menjadi satu kesalahan mengaku sebagai polis.
Sikap biadap anak muda ini cukup-cukup saya kesalkan. Sudahlah membuat orang menanti sehingga hampir satu jam. Kalaulah ketika itu, waktu kecemasan apa yang harus kami lakukan?
Kalaulah saya mempunyai anggota keluarga seperti anak muda ini, saya benar-benar malu. Dan saya doakan satu masa nanti ALLAH bagi anak muda ini jalan supaya berlaku sopan dengan apa cara sekali pun, cara baik atau sebaliknya.



Friday, January 1, 2010

SAMBUTAN TAHUN BARU

Masjid besi di keheningan malam.

Selamat tahun baru.! Malam tadi, saya, Sue, bibik dengan anak-anak menghadirkan diri di annual dinner di salah sebuah syarikat pencetakan di Kuchai Lama. Kami balik jam 10 malam, anak-anak mahu melihat bunga api dan keramaian malam tahun baru tapi malas mahu menempah jam ke Dataran Merdeka. Kami pergi ke Putrajaya sahaja. Punyalah ramai orang di Tasik Putrajaya, jadi mahu mengelakkan diri dari jam kami bergerak ke Masjid Besi. Lepak-lepak di tasik berdekatan.



Anak dara saya paling gembira kalau dapat keluar berjalan dan berlari ditepi tasik ini.


Kerana tidak dapat melihat bunga api. Hakim mencari-cari siaran TV daripada i-phonenya. Dapatlah tengok walau pun kecil sahaja. Ha.ha.ha.. Tengoklah Qaisara tu, kalau ada abang Hakim mesti dia berkepit dengan abangnya. Hakim memang rajin melayan budak-budak.


Sempat menyaksikan bulan biru, bulan purnama yang keluar dua kali dalam sebulan. 2nd Desimber bulan penuh ini muncul dan 31 Desimber ianya muncul lagi.



Kata Ojan, seronok juga ya Mak Andak, lepak-lepak. Tengok bulan, tengok bintang. Kalau bawak KFC, bawak air best ni. Tahun depan Ojan ya...kita buat piknik di Putra Jaya.



Tengoklah Qaisara tu, abang-abangnya tengok bulan, dia pun nak tengok bulan. Tapi jangan haraplah dia nak bebaring atas tanah. Perut Hakimlah jadi mangsanya.



Tengok Qaisara tu, apa yang dibuatnya di badan abang Ojannya. Tapi Ojan seronok, best Ta. Lompat lagi, lompat. Qaisara bukan sahaja menjadi mangsa abang Ojannya tetapi suami di rumah pun selalu menyuruh Qaisara memicit badannya dengan cara yang begitu.


Ha.ha.ha..sempat bergambar dengan Qaisara di belakang tu Tasik Masjid Besi. Kami ingat mahu melepak di jambatan Putrajaya tapi terlalu banyak pula kereta yang parking di situ. Jadi kami mengambil keputusan balik ke Kajang, mengisi perut di KFC. Punyalah ramai orang sehingga berjam menunggu. Kami tiba di rumah jam 1 pagi. Qaisara pula tiba-tiba terkena uticaria. Sehingga jama lima saya berjaga, supaya dia tidak mengaru badannya dan dapat tidur nyenyak. Dan keputusannya sepanjang hari, hari ini saya sakit kepala..nak buat macamana...

P/S Suami tidak ada bersama kerana dia meraikan bersama-sama kawan-kawan senegaranya..he.he..