
Tapi kerana suami tidak tidak ikut jadi sewenang-wenangnya saya menjamu mata dari Plaza Imbi sehinggalah ke Low Yat dan maka saya sambarlah sebuah notebook berwarna pink dari Acer. Harga yang ditawarkan RM1499 (mini) dan dengan menggunakan nama Ojan dan nama sekolah dia, dibawah program untuk pelajar dapatlah saya RM1099 sahaja dengan window vista, anti virus dan juga Office. Spec di dalamnya sama sahaja dengan notebook sony yang dicadangkan oleh Idasm..Ida, akak jimat RM700.
Dan seperti biasa bila balik, seperti yang diduga saya telah dibambu oleh Mr Seyit Kara kerana membeli komputer lagi! Dia bukan tak tahu saya memang sukakan komputer bahkan cina yang menjual komputer itu menggelengkan kepala bila mengetahui ini komputer yang ke 17 saya beli..ha.ha. Agaknya dia mesti ingat perempuan ini betul ke tidak. Rasanya baru beli komputer sebulan yang lalu! Tapi itu komputer untuk Mr Seyit Kara mengantikan yang dicuri orang.
Dan dengan merayu-rayu saya memberitahu suami saya, saya bukan beli barang kemas. Saya beli komputer. Komputer ini memudahkan kerja saya. Tanpa komputer saya tidak boleh buat kerja dan akhirnya rayuan gombal saya diterima dengan kemaafan..ha.ha.ha..(sebenarnya saya ada komputer mini ASUS tapi dah lama dan teknologi sudah tertinggal di belakang).
Sebenarnya komputer ini macam sebahagian diri saya. Rakan saya Mickey yang tinggal di England pernah berkata, Puter at any cost cannot overtake a human in any sense (memang dia selalu tulis puter..jangan salah anggap saya tertinggal perkataan CO..he.he). Memang betul kata dia, tetapi tanpa komputer sunyilah hidup saya. Dengan komputer saya mendapat rezeki dan dengan komputer saya berinteraksi dengan orang luar. Aduh..saya membayangkan kalau satu masa nanti, komputer diharamkan di dunia. Bagaimana agaknya hidup saya?


Bahkan dalam pemakanan mereka mempunyai cita rasa yang amat berlainan. Hakim sukakan meehon, Ojan sukakan mee. Ojan suka sotong, Hakim pula sukakan kerang. Kalau Hakim suka telor, Ojan pula sukakan ayam. Dicampur dengan suami yang jarang makan masakan melayu. Dapur saya jadi gawat dan keluarlah komen dari pembantu rumah saya.




Paling gembira kak saya pergi haji sudah pastilah si Qaisara. Kenapa tidak..abang Ojan dan Hakimnya akan duduk dengan saya.Anak-anak ini di amanahkan kepada saya menjaganya. Insya-ALLAH saya akan galas tanggung jawab selama 45 hari ini dengan baik.