Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, September 3, 2009

BERANI MARILAH SUDU!

Saya masih ingat lagi, masa tu saya berusia rasanya dalam 11 tahun. Setiap kali hari sabtu dan Ahad saya pasti akan membantu ayah saya ke kebun getah. Biasanya selepas mengumpul susu getah, susu getah tersebut akan dibekukan, digelek dengan mesin bagi mengeluarkan airnya dan kemudian dijemur.
Ketika mahu membekukan getah tersebut, susu getah harus dicampur dengan cuka getah dan juga air. Semua ini dilakukan di sebuah bangsal.
Dan tugas mengambil air di salah sebuah perigi yang agak jauh dari bangsal tersebut, adalah tugas saya kalau saya tidak bersekolah. Saya akan menimba air tersebut dan dimasukkan ke dalam dua baldi yang saya kandar di bahu. Setiap kali mahu ke perigi saya harus melalui sebuah rumah dan juga sebuah perigi buta. Perkara ini yang paling saya benci , bukan kerana saya tidak sukakan tuan rumah tersebut, tetapi saya tidak sukakan angsa-angsa peliharanya yang akan menyudu kaki dan badan saya! Kalau kita lari dia akan kejar kita sehingga kita terpaksa lari lintang pukang..ha.ha
Satu hari saya terfikir, apa yang perlu saya buat dengan angsa ini supaya dia tidak menyudu dan takutkan saya, tidak seperti sekarang saya takutkan angsa-angsa tersebut.
Dan satu hari saya seperti biasa, mahu mengangkut air, angsa-angsa ini sudah menunggu saya. Ketika itu kakak saya Mijah ada sekali bersama dengan saya. Didorong rasa marah , saya pegang leher salah seekor angsa yang sedang menyudu kaki saya. Sebelah tangan lagi, saya peluk badan angsa tersebut dengan perasaan geram saya campakkan angsa tersebut ke dalam perigi buta!
Menjerit-jerit angsa tersebut meminta tolong.
"Padan muka kau. Kau orang berani lagi, sudu aku. Marilah sudu.."
Saya memarahi angsa-angsa lain yang tinggal. Wah.ha.ha.ha..semuanya tunduk menikus. Memang ajaib!. Keesokan ketika saya lalu lagi untuk mengambil air di perigi, angsa-angsa tersebut semuanya tunduk dan tidak berani berbunyi apabila melihat kelibat saya. Dan seolah-olah tidak sedar akan keujudan saya..(iye ke tak sedar atau takut?)
Saya tidak pasti bagaimana angsa yang saya lempar ke dalam perigi buta itu boleh naik ke atas, bahkan tuan rumahnya pun tidak bercakap apa-apa dengan saya. Tetapi sejak itu saya dapat mengangkut air dengan amannya.
Jadi mungkin kenakalan Balkish sehingga melemparkan kucing ke dalam kolah adalah tumpahan kuah saya yang terkena padanya...he.he.he



Wednesday, September 2, 2009

DAH TAHU DAH SAYANG!

Balkish dan Danish, bergaduh, baik, bergaduh baik..biasalah budak-budak..


Hari minggu lepas ketika balik dari kampung, adik saya memberitahu.
"Kak..kau tahu, si Danish dengan Balkish dah jadi pembunuh.."
Terperanjat juga saya mendengarnya. Lantas saya tanya pada adik saya perkara yang sebenarnya. Cerita Ateh Danish dan Balkish bermain air di bilik air yang berada di luar rumah. Di rumah kami di kampung memang mempunyai bilik air di dalam rumah dan di luar rumah.
"Bila mereka keluar, Bapak masuk. Bapak tengok ada seekor kucing yang sudah kembong dalam kolah di bilik air. " (keluarga saya memang pelik sedikit, adik beradik saya seibu sebapa panggil ayah saya abah atau babah, tetapi adik beradik dengan emak baru panggil ayah saya bapak).
"Lah..siapa yang buat?"
"Budak-budak berdualah tu.." Ateh dengan penuh yakin memberitahu.
"Kau tak nampak, tak bolehlah tuduh-tuduh. Kasihan budak-budak tu.."
Ateh pernah cakap dengan saya, Kak Tie kalau balik kampung, Danish sukalah. Ada orang yang tukang back up dia kalau dia buat salah! he.he.
"Alah..siapa lagi. Orang dah denda Danish. Tak bagi keluar bilik 4 jam. Orang tanya dia, dia cakap Balkish, tanya Balkish dia cakap Danish.."
Budak-budak biasalah, ketakutan menyebabkan mereka jarang mahu mengaku salah.
"Danishkan takut kucing. Mana mungkin dia balingkan kucing itu dalam kolah.Pegang pun dia tak berani."
"Balkishkan kecil, kalau tak suruh buat. Dia tidak akan buat. Danish jadi ketua Balkishlah tu." Ateh berdalih. Saya diam. Memang kalau tanya Balkish memang dia mengatakan Danish yang membaling kucing dalam kolam. Kalau tanya Danish, dia mengatakan Balkish yang membuang kucing itu dalam kolah. Tetapi semalam, ketika sudah balik ke rumah di Kajang, saya menelefon Balkish. Memang saya setiap hari akan menelefon Balkish, berbual dengannya di telefon.
"Sayang, umi nak tanya Balkish.."
"Tanya apa umi.."
"Masa Balkish baling kucing tu dalam kolah, kucing tu hidup lagi tak?"
"Hiduplah umi.."
"Lah..kenapa ya kucing tu tak boleh keluar dari dalam kolah, diakan tahu melompat"
"Yelah umi, Balkish ingat pun dia boleh keluar.."
"Oh..Balkish pun ingat dia boleh keluar dari dalam kolah ya? Sebab itu Balkish buang"
"Yelah umi., ingat dia boleh berenang...rupanya dia mati.."
Ha.ha.ha..sekarang saya tahulah siapa sebenarnya yang membuang kucing itu ke dalam kolah.


Monday, August 31, 2009

TERLUKA

ThreeSya Post
aku sedih baca buku karya Norhayati berahim now. Tak menyengat cam dulu lagi. Bila tenguk buku dia keluar di pasaran rasa cam tak sabar nak beli, tapi bila baca frust sangat. Yg aku perasa selepas dia kawin, cerita dia memang tak best. Walaupun dulu cerita dia banyak berkisar kisah isteri dimadukan dan anak-anak yang ditinggalkan oleh bapa tapi jalan cerita memang menarik. Member aku adalah member kepada norhayati berahim. Katanya dia memang anak dari broken family.

Entah macam mana hari ini gatal sahaja tangan saya mencari cerita mengenai saya di internet. Saya memang amat2 jarang, seperti kata mat salleh once a blue moon (bulan biru yang ujud sekali sekali sahaja), mencari cerita mengenai saya diinternet.
Saya langsung tidak kisah dengan kritikan mengatakan buku saya tidak sedap. Saya terima. Tetapi entah mengapa saya benar-benar marah dan sedih apabila keluarga saya dikaitkan dan saya dikatakan dari keluarga yang berpecah belah? (Atuk hang! Pandai-pandai cakap emak dan ayah aku macam tu-memang marah sangatlah).
Kalau difikirkan emak dan ayah saya satu pasangan yang cukup kontras. Emak seorang yang cukup lemah lembut (seperti sayalah..he.he.) dan ayah seorang yang panas baran. Tetapi saya tahu, emak sayangkan ayah saya dan begitu juga ayah saya.
Saya masih ingat lagi. Masa 14 ramadhan, apabila diberitakan emak saya kemalangan. Ayah bergesa ke hospital. Ketika jenazah emak dibawa ke rumah, ayah kelihatan tenang sahaja walau kesedihannya tampak nyata. Tetapi apabila ayah menjadi imam, menyolatkan jenazah emak, suara ayah saya serak! Ketika jenazah emak mahu dibawa keluar dari rumah. Saya melihat bahu ayah saya bergegar. Dia menangis!
Saya tahu ayah saya tidak mahu menangis kerana dia seorang yang kuat berugama, kata ayah jenazah tidak perlu ditangisi. Kerana kematian adalah satu janji ALLAH pada umatnya. Tetapi sebagai manusia ayah tewas dengan perasaan kasihnya terhadap emak saya.
Berhari-hari ayah berdoa supaya dapat berjumpa emak dalam mimpi. Bahkan ayah tidur di atas tilam, di mana kali terakhir emak disemadikan. Saya masih ingat lagi, hari ke 14 emak meninggal ayah saya tersenyum gembira sambil memberitahu.
"Malam tadi abah mimpi emak kamu. Wajahnya berseri-seri sekali. Tapi dia tidak bercakap.."
Saya tahu, walau sudah berkahwin lain. Kasih ayah saya terhadap emak masih lagi kental. Bahkan apabila rumah lama kami dirobohkan, dibina baru ayah melarang kami merobohkan sekeping dinding di tengah rumah, bertahun-tahun dinding papan itu tegak di tengah-tengah rumah batu kami. Kata dia itu kenangan untuk emak saya yang bersusah payah membina rumah papan bersamanya dahulu (dua tahun lepas terpaksa dirobohkan kerana dimakan anai-anai).
Dan sampai sekarang saya tahu, setiap petang jumaat, selepas ke kubur nenek dan datuk, ayah pasti ke kubur arwah emak saya mengaji di sana. Saya tahu..kasih ayah saya terhadap emak tidak pernah terpadam. Bayangkan..lebih 30 tahun berlalu..
Jadi pada yang pandai-pandai memfitnah emak dan ayah saya, mungkin anda boleh datang berjumpa dengan ayah saya memohon maaf, tetapi bagaimana mahu memohon maaf dengan emak yang membawa kasihnya terhadap ayah saya sehingga ke hujung nyawa?

Friday, August 28, 2009

SAMBAL OH SAMBAL

Sambal? Kenapa saya adakan peraduan meneka sambal? Dalam hidup saya sambal cukup berkait rapat, cukup sinonim. Sambal membesarkan saya, menjadikan saya sehingga seperti sekarang. Sambal umpama keju bagi suami, kalau keju membesarkan suami saya, begitulah sambal. Kalau suami memastikan keju berada setiap masa di dalam peti ais, saya sering memastikan sambal berada di bawah tudung saji..he.he
Bukan sahaja saya, tapi adik beradik saya. Kakak saya Mijah, setiap hari pasti membawa nasi dan sambal sahaja ke sekolah, sehingga berjaya masuk ke universiti. Saya masih ingat lagi, di zaman kanak-kanak saya, ketika itu seorang lelaki, jiran kampung saya datang ke rumah saya, kebetulan saya sedang makan. Melihat lauk saya, lelaki itu berkata.
"kasihan kau..makan nasi dengan sambal sahaja?"
Hmm..bagi saya itu tidak ada apa-apa. Sekurang-kurangnya saya mempunyai sambal. Ada orang tidak dapat makan, ada orang makan nasi dengan garam? Tetapi saya ada sambal..
Sebenarnya dalam kehidupan saya terlalu banyak sambal yang telah saya rasa, sambal petai, sambal jering rebus, sambal buah mangga, sambal belacan dan sebagainya..
Jadi marilah berkongsi dengan saya..mengenali tiga dari pelbagai sambal yang pernah saya makan dan masih lagi saya makan...

Wednesday, August 26, 2009

PLEASE DONT ANGRY ME!

"Umi please dont angry"
Apa jugalah si Qaisara ni, dengan tersengeh-sengeh dia datang pada saya. Memang sejak akhir-akhir ini perkataang angry sudah menjadi mainan bibir si Qaisara. Kalau saya marah dengan dia, dia akan jawab.
"Why you want angry me.."
Kalau dia buat sesuatu dibelakang saya, bila saya tanya dia kenapa dia hendak buat sendiri dan tidak suruh saya atau bibik membuatnya, dia akan menjawab pantas.
"I scare you angry me.." keh..keh..
Hari ini pula dia datang dengan muka tersengeh-sengeh meminta saya jangan memarahi dia.
"Kenapa?"
Tanya saya. Teta menunjukkan rambutnya yang bergulung-gulung sambil tersengeh-sengeh.
"I told you don"t eat chewing gum..bla..bla..bla.." saya sudah membebel sambil cuba menanggalkan gula getah daripada rambut Qaisara..
"Auwah..auwah..umi sakitlah."
"Ya..rasakan, umi dah berkali-kali cakap jangan makan chewing gum. Degil...mana dapat chewing gum ni.."
Geram sungguh saya, bukan sekali dua rambut si Qaisara melekat dek gula getah acap kali. Menyebabkan saya angin satu badan. Dia mula makan gula getah apabila Bezya datang bercuti ke sini, gula getah memang biasa di makan di Turki, orang tua-tua pun makan . Tetapi beza gula getah di sana tidak begitu manis seperti di sini.
"Dah berapa kali melekat macam ni. Esok-esok botak kepala ini asyik kena gunting sahaja." saya sudah membebel. Tidak ada cara lain saya sudah mengambil gunting.
"Botak macam baba umi ya.."
"Yalah..botak macam baba mau ke Teta?"
"Tak apa, baba botak-botak pun handsome.." ha.ha.ha..saya nak gelak guling-guling mendengarnya. Memang bagi Teta, tidak ada orang lain dalam dunia ini paling handsome selain babanya. Tak percaya, cakaplah..orang itu orang ini handsome, dia akan cakap dengan selambanya..
"No..his not handsome, my baba is handsome man..."
Rambut Qaisara yang terpaksa saya korbankan kerana tidak ada cara lain, dia memang tidak suka rambutnya diikat, jadi agaknya bila dia mengeluarkan gula getah dari mulutnya, gula getah tersebut terkena rambutnya. Semalam satu botol gula getah saya buang dalam tong sampah...


Tuesday, August 25, 2009

JAMU MATA YE..KEKAWAN..

Bertempat di hotel Shangri-la telah diadakan majlis menyambut kemerdekaan dan berbuka puasa yang dianjurkan oleh kedutaan Turki, semalam. Suami mengajak saya ke sana tetapi saya menolak berkali-kali. Entahlah..saya memang tidak gemar ke majlis-majlis yang sebegini kerana ada alasan yang tertentu terutamanya bulan puasa. Yelah..tahulah bulan puasa, mengejar makan di hotel banyak perkara yang terpaksa kita tinggalkan sedangkan Ramadhan hanya sebulan belum tentu tahun hadapan kita bertemu semula di Ramadhan akan datang (bak cerita Anuar Kamarudian..Ramadhan terakhir..he.he).

Pihak kedutaan Turki yang meyambut kedatangan tetamu.

Salah seorang CEO kenalan baru suami yang berasal dari Amerika dan isterinya dari Taiwan. Saya suka sekali tengok cara mereka berpakaian. Sedangkan menurut suami ada tetamu perempuan, Islam, di bulan puasa datang dengan baju bertali halus..

Imam baladi dan cacik antara yang dihidangkan di majlis ini.

Deretan pencuci mulut dan buah-buahan.

Antara tetamu yang hadir.

Deretan manisan, puding beras dan juga sejenis baklava.

Jamu mata ya..bulan puasa ni..

Tidak ketinggalan kebab, aiskrim (nampak ice-cream man aje..ha.ha) dan deretan roti Turki.

Sebenarnya jangan terpedaya, saya bukan pergi pun. Suami yang ambil gambar ini dan suruh saya letak di dalam blog. Sebelum ke pejabat tadi, berkali-kali dia pesan. Letak dalam blog tau..balik nanti saya nak tengok. Huwahh..ha.ha.ha. Dan tidak menghampakan Encik Seyit Kara, saya letaklah. (pandai pula dia guna kamera, selalu kalau ambil gambar..madang aje tak jadi..he.he..)

Monday, August 24, 2009

MEMBELI BELAH DI PAVILLION

Semalam ada jemputan makan di Pavillion, boshporus restoran, restoran Turkilah apa lagi. Saya datang awal selepas solat asar. Hajat hati nak bershoppinglah. Shopping dekat Pavillion memang best sangat. Tapi jangan ingat saya masuk ke butik Nina West, Couch, Salvaratore Faragamore..le pulak..ha.ha.. Tak mampu saya!

Ini minyak wangi untuk si Qaisara. Asyik dia pakai minyak wangi saya, sekejap-sekejap saya tengok minyak wangi saya lesap...

Ini untuk Qaisara lagi. Muzik box, saya suruh dia beli yang kecil-kecil sahaja. Dia tak mahu, dia beli yang besar gedabak ni. Rasa nak cubit-cubit aje dia..tetapi mengenangkan penat saya mengandungkan dia 9 bulan, sampai tak boleh bangun. Tak sampai hati nak cubit..ha.ha.

Saya beli juga necklace stand untuk Qaisara. Itu semua rantai-rantai Teta, masih ada lagi yang tidak digantung. Tanda harga pun tak buang..keh..keh..

Saya beli note book yang comel, bergaduh dengan si Qaisara sekejap dia nak warna hitam, sekejap dia nak warna pink, pengabisan dua-dua dia nak. Sedangkan umi dia punya satu, dia punya satu.. dan juga bekas CD. Bekas CD saya beli dua, satu untuk Qaisara satu untuk saya, kalau tak mahu bergaduh dengan uminya. Itu tangan Qaisara sebab dia marah saya tak ambil gambar dia sekali dengan barang-barang tersebut.

Ini bag yang saya belikan untuk bibik. Sengaja nak beli jiwa dia, supaya senang dia letak susu Qaisara..gelak guling-guling..ha.ha

Sempat Qaisara pose dengan kawannya yang anggun ini..lupa saya siapa namanya, tapi ayah dia yang berniaga aiskrim di bukit bintang..aiskrim Turki. Comel sangatkan kawan si Qaisara ni..

Ini makanan yang kami makan masa jemputan berbuka puasa..yang paling bawah sekali, itulah yang saya makan. Sup apa entah namanya. Di rumah saya sebenarnya sudah masak, mee kari dengan sup ayam kampung...hari ini ada jemputan makanan di hotel lagi. Tapi malasnya..saya lebih suka berbuka puasa di rumah. Tidak makan berebut-rebut...
Balik saya sakit perut, keluar masuk bilik air. Sakitnya...ALLAH sahaja yang tahu. Saya terlupa, saya makan yogurt yang diisi bawang putih. Bukan banyak pun. Tetapi perut orang melayu, jangan sesekali masa perut kosong makan yogurt bersama bawang putih..padahlah...

Saturday, August 22, 2009

NAK JADI BERUK KE UNGKA

Hairan sungguh..
Bila bulan puasa, mulalah orang berlumba-lumba untuk balik ke kampung.
Kata mereka terkenang waktu kecil berpuasa dan berbuka bersama
Tetapi kalau bukan bulan puasa, nak balik kampung ada sahaja alasannya
Tak ada masalah, wang tak cukuplah..
sehingga emak dan ayah tertunggu-tunggu
dan tertanya-tanya kenapa anak terlalu sibuk pada bulan-bulan biasa..

Hairan sungguh
Bulan puasa ini ada pula orang boleh berhenti merokok
kalau tidak, bersambung puntung
bila di suruh berhenti katanya..Alah..dah tak boleh,
dah cuba macam-macam cara..
Tapi bila bulan puasa boleh pulak ya..

Hairan sungguh..
Bila bulan puasa ni nafsu makan naik mencanak-canak
Macam-macam yang dimasak..
nasib baik ada tong sampah yang mahu melantak..
isk..isk..bukankah lebih baik,
makan seadanya..atau disedekah pada jiran tetangga..

Hairan sungguh
Kalau hari-hari biasa, jarang dapat berkumpul makan anak-anak beranak..
Suami makan kedai lain, isteri kedai lain
anak-anak makan dengan pembantu di rumah..
Tetapi bulan ramadhan boleh pulak berkumpul makan bersama
Ada pula masa ya..

Hairan sungguh..
Ada yang tak bersolat, rukun islam yang kedua ditinggalkan
Tapi puasa boleh pulak..
Katanya kalau tak puasa raya tak meriah..
Ada pulak...

Ini lagi satu paling menghairankan saya..
Dah berpuluh-puluh tahun hidup
Tak pernah-pernah berpuasa
Ini nak jadi apa?
Nak jadi beruk ke nak jadi ungka..?
Macamana rupa ungka?
Oh..rupa dia macam orang yang tak berpuasa le...

Inilah rupa orang yang tak reti-reti nak puasa..

Thursday, August 20, 2009

BAGAIMANA NAK JAGA ANAK KECIL!

Dua tiga minggu ni si Qaisara asyik sahaja membawa anak patung minienya ke sana ke mari. di letak dalam stroller, dibalut dengan tuala, disusukan dengan botol susu dia. Jadi saya pun belikan dialah anak patung yang boleh buat macam-macam ni. Sebenarnya uminya sendiri yang teruja sangat nak beli anak patung ni. Kalau nak tahu bezya..yang dah besar tu mahukan anak patung ini tapi dimarah oleh si baba tak jadilah dia...

Ini perkakas anak-anak patung, daipers, tisu, makanan dia..botol susu. Anak patung ini boleh membuang juga tau! ha.ha..

Anak patung ini pun boleh bercakap. Im very stinky..bermakna tukarlah lampin dia, mungkin lepas makan dia dah membuang..
Ini masa menyusu..Qaisara tak reti menyusukan macam ni, jadi umi dia atau bibiklah yang menjadi mangsa dia..Qaisara tukang ketawa seronok bila tengok anak ini di susu.

Dia ada makanannya sendiri, boleh dibeli berasing..suapkan dia..kalau dah kenyang sangat nanti membuanglah dia..


Tapi kalau malas nak tukarkan pampers..ajar dia gunakan potty.ha.ha.ha..

Qaisara sudah kepenatan dan tertidur. Jadi giliran umi dia dan bibiklah yang main. Dulu masa kecil manalah umi ada peluang mainkan. Hmm..boleh tahan juga mahal anak patung ..tapi sebab umi pun nak main sama...layan ajelah.. Kepada emak-emak yang tak ada anak perempuan boleh juga beli..kalau nak main, kepada anak-anak dara dan orang bujang..bagus kalau ada anak patung macam ni, bolehlah belajar bagaimana untuk mengurusi anak kecil..ha.ha.ha.



Wednesday, August 19, 2009

DEMI AGAMA

“Saya agak terkejut dan terkilan apabila dimaklumkan bahawa anak saya, Kartika Sari Dewi akan menjalani hukuman sebat di Penjara Wanita Kajang, di mana tempatnya tertutup.

“Seboleh-bolehnya saya mahu hukuman dijalankan di tempat terbuka agar dapat memberi pengajaran kepada orang lain supaya mengambil iktibar daripada hukuman itu. Jika hukuman itu dijalankan dalam penjara, mungkin mesej berkenaan tidak kesampaian,” kata Shukarnor Mutalib, 60, bapa kepada model sambilan yang didapati bersalah atas tuduhan meminum arak, bulan lalu."

Sebak sedih, saya membaca suratkhabar hari ini. Inilah agaknya perasaan seorang ayah yang sudah membesarkan anaknya dengan sempurna tetapi ajarannya sudah dilupakan. Saya benar-benar tabik dengan beliau yang rela anak dihukum demi agama. Saya teringat cerita Saidina Umar yang menghukum anaknya disebat 100 kali kerana berzina. Pada yang tidak tahu, ini saya lampirkan sedikit ceritanya.

Saidina Umar merupakan seorang yang sangat disanjung tinggi oleh kaum arab Jahiliyyah sebelum beliau memasuki Islam. Kemana-mana sahaja beliau pergi, orang Jahiliyyah pasti akan menghormati beliau.

Suatu hari, Umar menyatakan hasratnya untuk memeluk agama baru yang dibawa oleh seorang Quraisy yang bernama Muhammad b Abdullah atau Rasulullah s.a.w. Apabila beliau menyatakan hasratnya kepada sahabat Jahiliyyah beliau, lantas mereka semua memusuhi Umar. Mereka telah menganggap Umar telah berpaling tadah. Sehinggakan sahabat beliau yang paling rapat sekali dengan beliau pada ketika itu merupakan orang yang paling membenci kepada beliau.

Oleh itu, orang-orang arab Jahiliyyah pun merancang untuk mengeluarkan semula Umar daripada agama baru itu. Akhirnya pada suatu masa, salah seorang daripada mereka mendapat idea untuk menganiaya Saidina Umar yang pada ketika itu menjadi Khalifah. Mereka memberikan suatu air minuman yang kelihatan seprti biasa tetapi dimasukkan bahan yang memabukkan dalam air itu. Lalu air itu diberikan kepada anak Saidina Umar yang bernama Ubaidullah bin Umar.

Selepas itu, orang arab Jahiliyyah mendatangkan seorang wanita Yahudi kepada Ubaidullah yang berada dalam keadaan mabuk itu. Lalu berlakulah perzinaan antara perempuan Yahudi itu dengan Ubaidullah yang sedang mabuk. Setelah sebulan selepas kejadian itu, perempuan Yahudi itu mengandung.

Selepas sebulan itu, perempuan itu bertemu dengan Saidina Umar selepas solat Subuh.

“Wahai Amirul Mukminin! Aku ada pengaduan yang hendak dilaporkan kepada kamu. Mahukah kamu menerima pengaduan aku yang benar ini?” kata perempuan Yahudi itu.

“Jika pengaduanmu itu benar maka khabarkanlah kepadaku”

“Wahai Amirul Mukminin! Lihatlah aku sedang mengandung. Dan anak yang ku kandung ini ialah cucumu. Anak kepada Ubaidullah, anak kamu. Dia telah berzina denganku”

Saidina Umar terkejut mendengarnya.

“Wahai wanita Yahudi, jika benar dakwaan kamu itu maka datanglah kamu besok pagi selepas subuh ke Masjid Nabawi”

Apabila tiba waktu makan, Umar menjemput kesemua anak-anaknya makan bersama-sama dalam satu bulatan yang besar. Ubaidullah dipersilakan duduk bersebelahan Umar maka isteri Umar disebelah kiri. Ubaidullah berasa hairan dengan tingkah laku ayahnya.

“Wahai ayah mengapa ku lihat tingkah lakumu berbeza sedikit hari ini?”

“Wahai anakku, makanlah sepuas-puasnya anakku. Mungkin ini kali terakhir kita dapat berasa makan beramai-ramai begini”
Ubaidullah kehairanan.
“Wahai ayah, mengapa ayah berkata begitu. Seakan-akan ada seseorang dalam kalangan kita tidak akan bertemu lagi. Adakah salah seorang dari kita akan meninggal dunia?”

“Anakku, kalau ayahanda bertanya bolehkah anakanda berkata benar demi Allah dan Rasul-Nya?”

“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda akan berkata benar”

“Anakku………… Benarkah kamu pernah berzina dengan seorang wanita Yahudi wahai anakku?”

“Sungguh ayah! Perkara itu mungkin terjadi ketika anakanda berada dalam keadaan tidak sedar (mabuk). Kejadian ini mungkin berlaku sebulan yang lalu kerana pada waktu itu anakanda diberi minuman oleh beberapa orang. Selepas minum air itu baru anakanda sedar bahawa air itu telah diletakkan bahan yang memabukkan. Rupa-rupanya inilah yang terjadi ketika anakanda sedang mabuk itu.”

“Oleh itu anakanda, esok hadirkanlah dirimu ke Masjid Nabawi selepas Subuh.” kata Umar kepada anaknya.

“Baiklah Ayah”

“Ubaidullah, adakah kamu akan sedia menerima keputusan yang akan dibicarakan esok. Walaupun jika ianya tidak berpihak kepada kamu?” tanya Saidina Umar.

“Demi Allah dan Rasul-Nya, anakanda sedia menerima apa sahaja keputusan yang akan diputuskan oleh ayah esok” balas Ubaidullah.

Keesokkan harinya di Masjid Nabawi selepas solat Subuh.
Ramai penduduk Islam, orang arab kafir dan Yahudi berkumpul untuk menyaksikan perbicaraan Saidina Umar sebagai hakim terhadap anaknya Ubaidullah sebagai tertuduh. Umat Islam sendiri ragu-ragu dengan kekarismaan Saidina Umar. Dalam benak hati mereka “Mampukah Umar menjatuhkan hukuman kepada anaknya?”.
“Beranikah beliau menghukum anaknya sendiri?”.

Sementara orang-orang arab kafir dan Yahudi bersorak kegembiraan dalam benak hati mereka

“Umar sudah tewas!”,

“Umar tidak berani menghukum anaknya dengan hukum slam!”, “Kita berjaya melemahkan Umar!”.
Perbicaraan bermula. Saidina Umar memebacakan pertuduhan terhadap Ubaidullah (anaknya). Mahkamah begitu sunyi pada waktu pertuduhan itu dibaca. Selepas pertuduhan dibaca, mahkamah sekali lagi sunyi. “Berdasarkan pertuduhan yang telah dibaca dan siasatan yang terperinci telah dijalankan…. UBAIDULLAH!” Umar bersuara. Hati para hadirin begitu gemetar menunggu keputusan Saidina Umar.“UBAIDULLAH bin Umar! Kamu didapati BERSALAH kerana telah BERZINA dengan seorang wanita Yahudi dalam keadaan tidak sedar pada tempoh sebulan yang lalu. Oleh itu, mahkamah dengan ini memutuskan bahawa Ubaidullah dihukum sebat sebanyak 100 kali di hadapan khalayak ramai berdasarkan dalil dalam Surah An-Nur ayat 2:
“Perempuan yang berzina dan laki-laki yang berzina, maka deralah tiap-tiap orang dari keduanya seratus kali dera dan janganlah belas kasihan kepada (terhadap) keduanya mencegah kamu (menyebabkan kamu susah) untuk (menjalankan) agama Allah, jika kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah (perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”

Mahkamah riuh rendah dengan pekikan orang Islam yang membantah keputusan Saidina Umar yang pada pandangan mereka kejam kerana tidak mempertahankan anaknya.
Tetapi lain pula halnya yang berlaku kepada orang-orang arab kafir dan Yahudi. Mereka semuanya terdiam dan tidak sangka dengan perkara yang baru sahaja terjadi. Sehinggakan beberapa orang kafir dan Yahudi memasuki kawasan mahkamah menuju kearah Umar. Meminta Saidina Umar mengislamkan mereka kerana telah melihat keberanian dan ketegasan Saidina Umar melaksanakan hukuman Allah kepada anaknya sendiri. Dan kebanyakan orang yang diminta untuk diislamkan itu ialah orang yang merancang untuk memabukkan Ubaidullah dan menyebabkan Ubaidullah berzina.
Beranikah kita mengaku kesalahan seperti Ubaidulah? Beranikah kita bertindak seperti Saidina Umar? Zaman sekarang saya pasti, ramai ibu bapa kalau boleh akan melindungi anaknya walau kesalahan itu sudah tampak nyata..