Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Sunday, March 22, 2009

NASI KUNYIT DI KAMPUNG

Sudah tertunailah hajat saya mahu membuat pulut kuning. Bukan saya yang buat sebenarnya tetapi mak tiri saya. Balik ke kampung saya sebut dan bagi duit sahaja. Bila saya balik daripada berjalan-jalan di Bandar Melaka, pulut kuning dah tersedia atas meja dan sudah diagih-agihkan kepada jiran. Mak tiri saya kalau bab masak memang superb..

Ini bahagian saya, nasi kunyit dengan kari ayam kampung. Saya tak boleh makan pulut banyak-banyak angin satu badan nanti. Saya tanya mak tiri saya kenapa nasi kunyit dia berkilat tidak macam saya masak. Kata dia..kau tak rendam dengan air kelapa tua..." Oh..barulah saya tahu nasi kunyit kalau nak berkilat rendam dengan air kelapa. Macam dekat kampung buah kelapa bersepah-sepah, airnya senang nak dapat..macam saya yang tinggal di rumah teres, mana nak cari air kelapa tua..ya tak..

Orang yang paling gembira balik kampung siapa lagi kalau tidak anak dara saya. Kawan ramai. Dia boleh tidak tidur sehari suntuk bermain, main dan bermain sehingga muka berkilat-kilat. Ini dia bersama kakak sepupunya Alin. Alin sudah darjah satu, tapi badannya kecil sangat. Sama besar dengan badan Qaisara. Bahkan kalau saya belikan baju Alin, saya akan ikut size Qaisara.

Ini dengan abang sepupunya Danish Hilman. Danish berusia 6 tahun. Kadangkala berpegang tangan, kadangkala berpeluk-peluk. Masa kecil-kecil bolehlah kan. Huh..part balik kampung memang seronok, nanti kalau nak balik semula ke Kajang. Cukup parah! Qaisara akan menjerit-jerit dalam perjalanan.
"Tak mau balik umi, tak mau balik...nak duduk kampung."
Huh..siapa nak menjaga dia kalau duduk di kampung. Tak ada siapa yang sanggup terutamanya pada waktu malam..dia akan bangun setiap dua jam atau 11/2 jam sekali..untuk minum susu. Sampai doktor pakar dah cadang macam-macam benda untuk dibuat. Bagi makan kenyang-kenyanglah sebelum tidur, masuk nestum dalam botol susu dialah itulah inilah..tapi Qaisara tetap Qaisara, dia tetap akan minum 4-5 botol susu sepanjang malam. dan yang parahnya...umi dialah!

Wednesday, March 18, 2009

MAKAN LAGI

Semalam cerita pasal pulut kuning, hari ini cerita pasal makan lagi. Saya bukannya pandai masak pun, main hentam saje selalunya. Tetapi masalah saya sekeluarga, kalau saya masak sambal petai..sudah pasti suami saya tidak memakannya. Jadi selalunya saya akan masak dua jenis masakan. Saya dengan pembantu rumah, suami dengan Qaisara. Hari ini lauk semalam masih ada. Sambal udang petai, ikan goreng dan juga sayur bayam. Tetapi untuk suami yang jadi masalahnya. Hari ini selongkar dapur saya yang sarat saya jumpa makaroni. Buat makaroni goreng..hmm..macam simple sangat. Kasihan suamiku. Jadi sementara pembantu rumah membawa Qaisara ke padang, bermain. Saya masaklah apalah yang patut. Nak bagi nama apa masakan ini pun saya tak tahu. Letak ajelah makaroni bakar ala lasagne.

Makaroni yang sudah direbus dengan air dan diletak sedikit minyak zaitun.

Ini daging kisar dimasak dengan tomato yang sudah direbus, dibuang kulitnya (kalau malas ada yang dah sedia dalam tin) dan sos spaghetti.

Ini sos putih, tepung, santan kelapa (cari-cari dalam peti ais yang ada susu cokelat sahaja jadi saya gantikan santan rendah lemak) dan juga butter. Masak atas api perlahan.

Mula-mula letak makaroni, daging kisar dan sos putih. Bakar dalam mikrowave atau oven dalam 180C anggaran 30 minit. Ini yang sudah siap dibakar.

Qaisara memang suka sangat makaroni bakar ini, dia puji saya, kata dia umi masak sedap sungguh. Thank you umi, I love you so much. Qaisara kalau bodek saya..sama saje dengan Babanya...he.he..

Ini tugas untuk bibik saya..huawahh..ha.ha

Tuesday, March 17, 2009

ADUHAI SI PULUT KUNING/ NASI KUNYIT


Hari ini pagi-pagi lagi saya menerima satu khabar angin yang sesetengah orang mungkin berasakan berita tersebut berita menyedihkan tetapi ada sesetengah orang ianya satu berita yang mengembirakan. Saya menerimanya dengan rasa tidak percaya walaupun saya benar-benar berharap ianya akan berlaku. Jadi dengan celopar dan selambanya saya berkata.
"Kalau ianya berlaku, aku akan buat pulut kuning dan aku akan sedekahkan.."
Sebenarnya saya seperti tidak yakin ianya akan berlaku. Di hati berasakan yang ianya tidak akan berlaku.
Namun petangnya berita yang saya terima, ianya benar-benar berlaku dan serta merta saya teringatkan..temujanji saya dengan si pulut kuning...

Sunday, March 15, 2009

SENJATA ANAK-ANAK

Senjata anak-anak bila permintaannya tidak dipenuhi. Saya tidak pernah mengajar Qaisara mengajak abang-abang sepupunya tidur di rumah saya. Entah dari mana datangnya idea dia.


“Abujan, Abujan (Abang ojan) tido umah teta hari ini ya?”

“Tak boleh, abang ojan ada tuisyen esok pagi..”

“Alah Abujan. Abujan tidolah kat umah teta. Umah teta best tau..”

Qaisara masih cuba memujuk Abang Ojannya supaya tidur di rumahnya. Saya membawa Ojan dan Hakim berjalan-jalan bersama Qaisara petang semalam. Dan semasa perjalanan balik Qaisara menggoda abang sepupunya supaya tidur di rumah saya.

“Bangkim, Bangkim tido kat umah teta ya malam ni?”

Kali ini Qaisara pergi mendapatkan Hakim pula. Hakim yang duduk di belakang pura-pura menutup matanya.

“Hesy..tido pulak. Abujan, Abujan tidolah dekat umah teta. Umat teta ada swimming pool, umah teta ada computer, ada telivisyen..”

(Jangan terpedaya dengan Qaisara, swimming pool yang dimaksudkan adalah swimming pool plastik tempat dia selalu berendam dengan anak jiran ..he.he.).

“Abujan tidur ya kat umah..” melihat Abang Ojannya tidak menyahut, Qaisara terus-terusan bercakap.

“Memanglah Abang tido, tapi abang tido rumah abanglah..”

Ojan menyahut.

“Abujan, tidurlah Abujan. Tido umah teta…”

Sepanjang perjalanan pulang, penat telinga saya mendengar Qaisara mengajak kedua-dua abang sepupunya tidur di rumah saya. Dan apabila saya sampai ke rumah anak-anak buah saya, belum lagi Hakim dan Ojan menjejakkan kaki ke tanah. Qaisara sudah meraung sekuat hatinya. Kerana dia tahu permintaannya tidak diendahkan.

Saturday, March 14, 2009

GAJI OH GAJI

KUALA LUMPUR, 13 Mac - Dewan Rakyat kelmarin menjadi sedikit 'riuh' apabila diberitahu bahawa gaji Pengerusi Syabas Tan Sri Razali Ismail sejumlah RM5.1 juta setahun.
Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.
"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.
"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.
Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...
Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.
"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah.

P/s:- kalau kita dapat gaji sebanyak itu sebulan apa yang kita boleh buat ya? Kalau tanya saya..saya nak beli tanah, saya akan wakafkan untuk dibuat tanah kubur. Mesti ada yang ketawa. Tapi itulah niat yang selalu tertanam di lubuk hati saya. Manakan tidak, mahu mencari tanah untuk bersemadi pun payah. Di Turki, walau negara Islam, setiap orang perlu memesan tanah kuburnya dan boleh dibayar melalui pelbagai cara. Dengan menggunakan duit insuran, ansuran atau tunai.

UBAT SAKIT KEPALA

Gambar apalah yang saya ambil di MATTA ni, tapi mengambarkan betapa ramainya orang yang mengunjungi pameran itu semalam.

Sudah berapa hari saya sakit kepala. Lebih lima belas jam duduk di hadapan komputer selama hampir dua minggu. Mengejar deadline yang saya berikan sendiri dengan diri saya. Menyebabkan fikiran saya tertumpu dengan kerja. Ada dua buah buku yang perlu saya tangani bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar. Buku Nora Ismail dan Lily Haslina sudah habis saya kerjakan. Nasib kedua-dua penulis ini sudah biasa menulis. Tidak banyak yang perlu diperbetulkan sebenarnya.. Tetapi sakit kepala saya pula tidak habis-habis kerana terlalu lama menghadap komputer dan tidak keluar-keluar.

Dua hari lepas ketika saya mahu menukar cadar dalam bilik saya, saya melihat ada cahaya seperti cacing kerawit muncul di mata saya. Dada saya sudah berdebar-debar. Kalau cahaya itu datang, sebentar lagi mesti ada malapetaka yang sedang berlaku. Pantas sahaja saya mengambil dua biji pandol dan menelannya. Dan tidak lama kemudian..saya mula pitam.

Sakit daripada cahaya yang berupa cacing kerawit ini sukar saya gambarkan. Saya masuk ke dalam bilik saya rasa bilik saya panas, saya pindah ke bilik belakang saya rasakan semua cadar berbau busuk dan kemudian saya masuk ke bilik Qaisara dan pengsan di situ.

Apabila saya bangun, cahaya itu sudah menghilang tetapi kepala saya masih lagi berdenyut. Syukur..kerana tuhan sudah menghilangkan separuh daripada kesakitan itu. Dari kecil saya sudah biasa begitu, doktor sering menasihatkan saya untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, saya mesti cukup tidur, jangan stress, cukup rehat dan cukup makan.

Dua hari sakit kepala itu masih ada, jadi semalam saya ajak suami saya ke pameran MATTA, PWTC. Mak datuk..ramainya orang. Masing-masing mencari-cari pakej pelancongan yang ditawarkan. Rata-rata mereka yang datang berbangsa cina. Mereka tampaknya ghairah mahu ke Australia, Ke China dan Korea.

Saya mencari tiket untuk balik ke Turki, meninjau-nijau kalau ada pakej ke Mesir. Hanya ada dua syarikat sahaja yang menawarkan pakej ke Mesir tetapi itu pun tidak dipastikan tarikhnya.

Namun tiket ke Turki tidak dapat kami beli kerana mereka tidak menjual tiket terbuka. Selepas balik daripada MATTA, suami bawa saya bershopping di Sogo. Tidak banyak yang saya beli di Sogo kerana Qaisara sudah keletihan dan mahu tidur kerana berjalan di PWTC sebentar tadi. Dan dari perjalanan pulang saya, saya sedar kepala saya yang kadangkala berdenyut itu sudah hilang denyutannya…

Anak saya yang seorang ini sudah keturun perangai saya. Suka berjalan dan kerjanya mahu berjalan sahaja. Tidak kiralah pergi ke mana.


p/s saya memang harus berjalan untuk menghilangkan pitam atau sakit kepala. Tidak kisahlah di mana sahaja. Asalkan perjalanan itu menyeronokkan saya. Mungkin sudah terbiasa dari kecil saya seperti ulat yang sentiasa melenting, jadi bila terperap di dalam rumah atau pejabat, kepala saya akan sakit dan berpusing.

Wednesday, March 11, 2009

ORANG TUA TAK SEDAR DIRI

Kasihan sungguh saya tengok Imah di hari pertunangan abangnya. Dia berkejar ke sana ke mari, menguruskan itu dan ini dengan di bantu emak saudara dan bapak saudaranya.

“Imah..ayah kau mana?”

Saya bertanya Imah, dia baru berusia 26 tahun. Sekarang mengajar di salah sebuah pusat pengajian tinggi sebaik sahaja menghabiskan ijazah sarjananya dalam bidang Microbiologi.

“Entahlah akak, tak tahulah. Kami dah jemput dia tapi dia tak datang pun..”

Imah mempunyai 4 adik beradik. Dia anak yang ketiga dan adiknya yang bongsu lelaki, berusia 20 tahun. Adiknya itu cacat dan tidak boleh bergerak. Perlu penjagaan yang rapi dan perlu dipakaikan lampin setiap masa.

Tahun lepas ibu Imah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya. Imah menerima takdir tersebut dengan tenang. Tetapi apa yang mendukacitkan Imah, dua bulan selepas emaknya meninggal dunia. Si ayah seperti tidak sabar mahu mencari pengganti.

“Kalau pengganti emak baik tak apa kak. Tapi akak tengoklah. Bertindik hidung, bertindik telinga dua tiga. Kami semua dah besar-besar. Malulah kak. Ayah pun setahun dua akan pencen”

Imah meluahkan perasaan hatinya, sebagai satu-satunya anak perempuan dalam keluarga, Imah amat menitikberatkan hubungan dia dengan adik beradik. Semua adik beradik menentang niat si ayah mahu berkahwin. Akhirnya si ayah meradang, lalu keluar dari rumah dan menyewa tempat lain. Si ayah berkahwin tanpa mengundang anak-anak. Dan pandai-pandailah si anak mengurus adiknya yang cacat itu.

Sampai ke petang majlis pertunangan si abang, si ayah tidak muncul. Dan apabila balik dari rumah bakal pengantin perempuan, kami membawa bersama kek dan buah-buahan. Imah bersama abangnya menghantar separuh daripada buah tangan itu ke rumah sewa ayahnya.

“Ayah kamu cakap apa Imah..”

Tanya saya apabila melihat wajah Imah kelihat muram sahaja apabila pulang daripada rumah ayahnya.

“Tak ada apa-apa kak. Dia cuma ambil dan terus masuk ke dalam rumah. Tanpa mempelawa kami masuk dan mengucapkan terima kasih..”

Saya termenung mendengar kata-kata Imah. Saya tahu Imah anak yang baik, adik yang penyayang kepada abang-abangnya dan kakak yang sempurna di mata adiknya yang cacat. Tetapi kenapa ayah Imah bertindak begitu. Adakah kerana cinta, mata si ayah sudah buta. Kalau orang mengatakan sekarang anak-anak muda ramai yang berkurang ajar. Tetapi saya rasa orang tua seperti ayah Imah bukan sahaja kurang ajar, tetapi tidak sedar diri. (saya memang marah sungguh..)

Saya berdoa supaya Imah dimurahkan rezeki dan ditabahkan hati melalui kehidupan yang mendatang..AMIN.

Monday, March 9, 2009

MIMPI RASUALLAH S.A.W

Sempena menyambut hari Maulidur Rasuallah. Saya panjangkan email ini dan moga-moga kecintaan kita terhadap baginda semakin teguh.


Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.

Kadang-kadang mimpi itu akan menjadi kenyataan dan kadang-kadang ianya hanyalah mainan tidur. Ulama-ulama dan wali Allah sering dapat melihat alam ghaib seperti suasana di dalam kubur (seksa dan nikmat) melalui mimpi. Petikan dari sebuah hadis yang telah disebut oleh Imam As Sayuthi, Al Tabrani,Al Hakim At Termizi dan Al Isfahani dalam kitab mereka yang bermaksud:

1) Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi yang ajaib malam kelmarin. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh Malaikat Maut untuk mengambil nyawa, maka malaikat itu telah terhalang oleh ketaatannya kepada kedua ibu bapanya.

2) Aku melihat juga seorang dari umatku telah disediakan untuk menerima seksa kubur, maka dia telah diselamatkan oleh kesan wuduknya.

3) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan, maka ia telah dibebaskan dari bahayanya oleh berkat zikrullah.

4) Aku melihat juga seorang dari umatku diseret oleh Malaikat Azab maka segera muncul solatnya serta melepaskannya dari azab tersebut.

5) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang ditimpa dahaga yang teramat sangat, setiap ia mendatangi sesuatu perigi, dihalang untuk meminumnya, maka segera datang puasanya serta memberinya minum hingga ia merasa puas.

6) Aku melihat juga seorang dari umatku yang mengunjungi kumpulan para nabi, yang ketika itu sedang duduk berkumpul-kumpul, setiap kali dia mendekati mereka, dia diusir dari situ, maka menjelmalah mandi junubnya sambil memimpinnya ke kumpulan itu seraya menunjukkan supaya duduk di sisiku.

7) Aku melihat juga seorang dari umatku dikabusi oleh suasana gelap, di hadapannya gelap, di kanannya gelap, di kirinya gelap, di atasnya gelap, di bawahnya juga gelap, sedang ia dalam keadaan bingung. Maka datanglah pahala haji dan umrahnya, lalu mengeluarkan dari suasana gelap-gelita itu lalu memasukkannya ke dalam suasana terang-benderang.

8) Aku melihat juga seorang dari umatku berbicara kepada Mukminin, akan tetapi tidak seorang pun dari mereka yang mahu berbicara dengannya, maka menjelmalah silaturrahimnya seraya menyeru orang-orang itu, katanya:
"Wahai kaum Mukminin sambutlah bicaranya," lalu mereka pun berbicaralah dengannya.

9) Aku melihat seorang dari umatku sedang menepis-nepis bahang api dan percikannya dari mukanya, maka segera datanglah pahala sedekahnya lalu melindungi muka dan kepalanya dari bahaya api itu.

10) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang diseret oleh Malaikat Zabaniah ke merata tempat, maka menjelmalah Amar Makruf dan Nahimunkar seraya menyelamatnya dari cengkaman neraka serta menyerahkannya pula kepada Malaikat Rahmat.

11) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang merangkak-rangkak, antaranya dengan Tuhan dipasang tabir, maka menjelmalah budi pekerti seraya memimpinnya sehingga dibuka pemisah tadi dan masuklah ia ke hadrat Allah Taala.

12) Aku melihat juga seorang dari umatku terheret ke sebelah kiri oleh buku catatannya, maka menjelmalah perasaan kepada Allah menukarkan tujuan buku catatan itu ke arah kanan.

13) Aku melihat juga seorang dari umatku terangkat timbangannya, maka menjelmalah anak-anaknya yang meninggal sewaktu kecil lalu menekan timbangan itu sehingga menjadi berat.

14) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang berdiri di pinggir Jahanam, maka menjelmalah perasaan gerunnya terhadap seksa Allah Taala lalu membawa jauh dari tempat itu.

15) Aku melihat juga seorang dari umatku terjerumus ke dalam api neraka, maka datanglah air matanya yang mengalir kerana takut kepada Allah Taala lalu menyelamatkanya dari api neraka itu.

16) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti sirat manakala seluruh tubuhnya bergoncang seperti bergoncangnya dedaun yang ditiup angin, maka menjelmalah baik sangkanya terhadap Allah Taala lalu mententeramkan kegoncangan itu lalu dengan mudah meniti hingga ke hujung titian itu.

17) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang meniti atas titian sirat, kadangkala ia merangkak dan kadangkala ia meniarap, maka menjelmalah solat menyeru kepadaku lalu aku memimpin tangannya dan mengajaknya berdiri dan meniti hingga ke penghujung titian itu.

18) Aku melihat juga seorang dari umatku sedang hampir tiba di pintu syurga, tiba-tiba pintu-pintunya ditutup, maka menjelmalah penyaksiannya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah lalu membukakan pintu-pintu syurga itu untuknya sehingga ia boleh memasukinya.

19) Aku melihat ada ramai orang yang digunting-gunting lidahnya, maka aku bertanya kepada Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab:

"Mereka itulah orang-orang yang suka membawa mulut ke sana ke mari."


20) Aku melihat juga orang-orang yang digantung dengan lidah-lidah mereka, maka aku bertanya Jibril siapakah mereka itu, maka Jibril menjawab: "Mereka itulah orang-orang yang melempar tuduhan terhadap kaum Mukminin dan Mukminat dengan tuduhan tanpa bukti dan palsu."

Sunday, March 8, 2009

BIARLAH ANAKKU INI BEBAS


Semalam ketika saya mengemas bilik dan mahu turun, Qaisara sibuk di hadapan komputer dan sebaik sahaja sahaja mahu turun, saya terdengar bunyi bising.Rupanya Qaisara terjatuh dari kerusi dan kerusi telah menghempapnya. Saya menjerit kuat! Rasa kesal kerana tidak dapat menahan dia daripada dihempap kerusi. Itulah perasaan saya setiap kali Qaisara jatuh atau sakit. Rasa bersalah kerana tidak dapat membantu. Perasaan ini bukan baru. Ketika saya menjaga Ojan dan Hakim pun, bila anak-anak buah saya terjatuh, terkena benda tajam atau sakit. Saya selalu berasa sedih yang keterlaluan. Malah, sebelum tidur saya memohon maaf kepada Qaisara kerana saya tidak dapat membantu dia dari dihempap kerusi. (Waktu tidur adalah waktu kami berdua sahaja, tanpa bibik. Dia tidak akan tidur kalau saya tidak tidur di sebelahnya)

“Sakitlah umi..”

Qaisara mengadu. Memang sudah pasti Qaisara sakit. Kerusi tersebut lebih besar daripada dia.

“Umi minta maaf sebab tidak perasan tadi..”

Air mata saya sudah meleleh. Qaisara tersenyum sambil meraba muka saya.

“Smile umi, smile..kenapa menangis..”

Qaisara memang begitu, kalau dia melihat saya atau babanya berwajah garang, masam atau sedih dia akan menyuruh kami senyum. Kalau dia melihat saya menangis, dia akan menangis lebih daripada tangisan saya.

Dan sebelum masuk tidur, sebenarnya saya baru sejam menerima panggilan daripada seseorang. Menyuruh Qaisara menghadirkan diri untuk ‘casting’ iklan TV.Tidak boleh tidak kata sipemanggil yang bersusah payah menelefon saya berkali-kali. Ini bukan kali pertama kali Qaisara dipanggil untuk ‘casting’.Saya berbincang dengan suami. Suami belum memberikan jawapan.

Tetapi jawapan saya selalunya ‘tidak’.


Bagi saya Qaisara milik saya, saya mahu Qaisara melalui kehidupannya dengan tenang. Walau dia seorang anak yang bijak, sudah boleh ke tandas sendiri dan minum ubatnya sendiri ketika dia sakit (atas pengawasan kami) dalam usia 3 tahun. Tetapi dia masih terlalu kecil untuk memahami erti tanggungjawab.

Wednesday, March 4, 2009

PESTA BUKU BRUNEI

Dua minggu ini memang jadual saya teramat padat. Walau badan agak letih, tapi saya gagahkan diri ke Pesta Buku Brunei demi memenuhi permintaan pengedar dan juga peminat di sana. Saya pergi dengan editor saya, Suraya, pembantu rumah saya, Seri, Nora Ismail penulis Serasi di hati dan mana boleh tinggal., anak perempuan saya si Qaisara.

Di lapangan terbang Qaisara sudah ada peminat. Anak kecil ini datang kepada Qaisara dan mahu mencium Qaisara. Terlupa mengambil gambar ketika anak kecil ini mencium Qaisara. Anak bermata biru ini adalah anak pasangan Sepanyol dan Amerika yang sekarang ini tinggal di Surabaya. Rupanya Qaisara dikerumuni peminat terlebih dahulu daripada saya.

Handsome tak jejaka yang duduk sebelah Qaisara ni. Bakal menantuku? Aduh..jauh tu Brunei? Adik kecil yang tampan ini, adalah salah seorang anak buah kepada peminat saya. Namanya Mohammad Gibriel Kamaludin (maaf kalau tersalah ejaan).


La...yang ini siapa pula? Macam pernah ku nampak orang-orang ini di Malaysia? Huawah..ha.ha..Wan Amyln, Nacha, Kak Noor, Notie (hari itu saya tulis Uda nasib nacha remind..sorry notie). Da ramai2 mata da kelabu. Lagipun Notie bila senyum lain, serius cam tu lain pulak rupanya..ha.ha. Mereka..buat kecoh di Berunei..he.he..rajin sungguh dia orang ni! Noorsuraya dan Mariah daripada Jemari Seni pun ada datang bersama mereka tetapi tidak ada dalam gambar.

Bersama Lilo. Lilo sebenarnya seorang berbangsa cina tapi suka memakai tudung kerana sudah biasa katanya. Cantikkan dia pakai tudung..terima kasih Lilo atas segalanya..

Liza..berjumpa juga kita. Rantai yang diberi oleh Liza kepada Qaisara cantik sungguh. Qaisara sampai bawa tidur dan sampai sekarang tidak mahu ditanggalkan.

Dengan Hajah Rose yang kelakar. Gembira dapat berjumpa beliau. Kata Hajah Rose sampai terbersin-bersin dia mencari novel saya dalam simpannya untuk di bawah agakr dapat ditanda tangani oleh saya. Kata dia, novel dalam simpannya sekarang ada dalam 700 lebih dan dia berharap akan dapat mencecah sehingga 1000 buah.

Dengan si handsome....Kamaludin. Entah bilala rezeki saya dapat anak lelakikan? He.he.he berangan.

Qaisara dengan sesiapa sahaja, dia menyempil. Bersama Bikash Nur Idris dan Hafirda Afiela penulis Fajar Fakeer. Mereka berdua ini memang rajin sungguh melayan Qaisara. Nanti senang-senang kita jumpa lagi ya adik-adik.
Penulis Berunei Nuraini Juhaini. Terima kasih kepada Nuraini yang sanggup membawa kami berjalan-jalan pada waktu pagi di Bandar Brunei. Sempat dia mengusik saya, esok-esok kita bolehlah berbesan. Apa tidaknya, Nuraini ada 6 orang anak lelaki yang comel-comel belaka.

Nora Ismail penulis Serasi di Hati bersama Editor saya Suraya Yacob di jeti kampung air di Brunei.

Terima kasih kepada pihak Meslia dan Choice Book yang menaja penginapan kami. Terima kasih pada Encik Bashir yang memberi hadiah buku dan cokelat satu beg pada Qaisara. Qaisara ke mana-mana pasti orang lebih tertarik dengan dia daripada uminya..huh..huh..

Selama tinggal Brunei. terima kasih pada semua peminat terutamanya pada Leeya, Liza, Nisa, Lilo dan pada peminat yang memberi bingkasan dan tidak saya ketahui namanya. Kepada semua pembaca yang mengunjungi saya. Saya benar-benar terharu kerana pembaca yang membaca buku saya dari lapisan umur dan ada yang melebihi 60 tahun. kunjungan mereka ke meja saya membuat saya bertekad untuk terus-terusan menulis lagi. Terima kasih orang Brunei! Sebenarnya ada seorang penulis daripada Utusan dan Prima iaitu akak Kamsiah Abu, sayang saya benar-benar terlupa mengambil gambar dengan beliau. Kasihan kak Kam..kami tinggalkan dia keseorangan di Brunei!

Hey..lupa le pulak. Inilah ambuyat yang saya pesan di makan dengan sambal belacan binjai. Sedap tapi sayang tidak boleh dibungkus bawa balik kerana sudah sejuk.