Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Wednesday, October 24, 2012

QAISARA BERMAIN PIANO

 Hari itu saya ada menceritakan bagaimana tangan Qaisara dicucuk oleh guru piano. Kalau ikutkan hati mahu saya menyerang guru tersebut tetapi saya mengambil pendekatan dengan lebih berhemah.  Kami berbincang dengan pihak pengurusan dan akhirnya pihak pengurusan menukar guru tersebut dan Qaisara mendapat seorang guru ganti, seorang guru melayu dan sangat lemah lembut. Nampaknya Qaisara sudah boleh membaca note dan memainkan lagu yang ringkas. Di bawah saya letakkan video Qaisara bermain piano. Pendek sahaja sebenarnya bak kata kakak saya, belum kuatkan volume dah habis. Ha ha tak apaLAH insya-ALLAH satu masa nanti saya akan letakkan dia bermain piano dengan lebih panjang.




Tuesday, October 23, 2012

TETA DAH BOLEH BERENANG

Walau dah letak gambar-gambar di FB tetapi masih mahu berkongsi gambar-gambar Qaisara yang sudah boleh berenang. Pertama kali belajar berenang Feb yang lalu, Qaisara kelihatan takut-takut. Mahu membuat blow bubbles pun dia hanya celup kepalanya sahaja sesaat dan angkat. Namun sekarang dia sudah boleh menyelam lama bahkan membuat beberapa gaya berenang.

Ini cara shark berenang umi. ha haha

Berlumba dengan abang Ojan, sudah pasti Teta menang, badan abang dah berat.



Ha ha ada hati nak ajar orang berenang tapi saya rakam untuk jadi kenangan. Ada kawan-kawan yang berjanji mahu mengajar dia diving pula. Tak mengapa..tunggu Teta besar sedikit!


Wednesday, October 10, 2012

LUCAH TAPI HALAL

Sebenarnya sudah lama saya mahu menulis mengenai perkara ini. Tetapi kekangan masa menyebabkan tulisan ini sedikit tertunda.

Saya tahu ramai antara kita minat mendengar lagu. Ada yang tidak boleh hidup tanpa lagu tetapi saya pula, sudah tidak banyak mendengar lagu. Sudah semakin tua, kepala saya semakin semak mendengar lagu. Cuma sesekali saya mendengar lagu, itu pun lagu tertentu sahaja dan biasanya saya menikmati bersama-sama anak saya Qaisara kerana dia sedang dalam proses pembelajaran untuk menjadi seorang yang dewasa

Kalau bercerita mengenai lagu atau lirik lagu. Malaysia ini kadangkala pelik. Kita sangat sensitif dengan lagu-lagu Melayu yang ditafsirkan oleh pemikiran kita sendiri dan kemudian dikatakan lagu itu tidak bagus, lucah dan sebagainya tanpa meneliti kenapa lagu itu dihasilkan. Sayangnya lagu-lagu ini akan terus diharamkan apabila ada segelintir orang membuat bising  tanpa memanggil pencipta lagu untuk membela diri.

Contoh lagu, Zizan dan Kaka yang menyanyikan lagu 'Bawalah aku pergi'. Lagu ciptaan Malique itu dikatakan mengandungi unsur-unsur yang akan mendorong anak-anak lari dari rumah. Sedangkan kata Malique lagu itu dihasilkan mengenai kehidupannya yang sudah beberapa tahun berkahwin tetapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isterinya. Lagu ini dicipta dari dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, ‘puncak dunia kita duga’. Menurut Malique setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatakan mendiami tanah tinggi di situ. Malqiue juga kesal kenapa semua ‘pentafsir profesional’ gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Bahkan bicara Malique lagi,  dia selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, ‘pergi lebih lama, pergi lebih jauh’.  Alangkah bagusnya kalau Malique dapat membela dirinya dan kita semua dapat menafsirkan makna yang sama terhadap lagu ini. Paling tidak kita dapat sedikit pengetahuan geografi darinya. 

Oh saya bukan mahu menyokong Malique, ZIzan atau Kaka tetapi saya kesal, lagu melayu yang disalah tafsirkan ini menjadi mangsa tetapi lagu Inggeris dihalalkan walau ternyata ianya sangat lucah.

Dahulu saya selalu menyanyikan lagu Casablanca yang disiarkan di telivisyen dan radio. Lagu itu sangat saya hafal dan menjadi kesukaan saya dalam memetik gitar (dah lama saya tak petik gitar dan saya sudah tidak tahu bagaimana mahu memeluk pinggang gitar yang gemuk dan lehernya yang jinjang).

    “Pop corns and cokes beneath the stars.
Then came champange and cavair.
Making love on a long hot summer night.”
Bait bait itu saya yang naif nyanyi tanpa mengetahui apa maksudnya. Bagi saya ketika itu 'making love' adalah bahasa biasa untuk orang bercinta. Bahkan lagu ini  jelas tidak elok kerana ada perkataan champange di situ tetapi aneh lagu ini tidak pernah diharamkan di Malaysia. Jadi bila tidak diharamkan sebagai remaja dan anak muda sudah pasti saya berasakan menyanyi lagu ini tidak apa-apa.

Baru-baru ini saya terdengar sebuah lagu, saya yang sudah sedikit dewasa mudah memahami lagu tersebut dan rasa sangat terperanjat kenapa lagu ini disiarkan di ruang udara Malaysia yang penduduknya penuh adab dan sopan dan lebih 50% beragama Islam. Lagu whistle dari  Flo Rida itu membuat saya tersentap (tidak tahulah masa saya menulis sudah diharamkan, kalau sudah diharamkan kenapa masih sempat di udara, apakah pihak tertentu terlepas pandang, malas meneliti atau tidak  tahu berbahasa Inggeris?)



Can you blow my whistle, baby?
Whistle, baby, let me know
Girl, I'm gonna show you how to do it
And we start real slow
You just put your lips together
And you come real close
Can you blow my whistle, baby?
Whistle, baby, here we go

Mungkin ada yang tidak tahu mengatakan. Apa lucahnya lagu ini. Hanya blow whistle sahaja. Tetapi cuba tengok makna di Urban Dictionary apa maksud blow my whistle?


BlowMyWhistle94 up51 down
A command usually directed towards a female, demanding oral sex with loud, sloppy noises. This term is usually directed towards street whores or any other unsophisticated female.



Lagu itu sebenarnya mengajak wanita mengadakan oral sex . Bagaimana lagu kurang ajar ini boleh lepas di Malaysia? Sudah hilang adab sopan kitakan? Kenapa lagu-lagu bahasa Inggeris selau dibiarkan berlegar diruang udara sedangkan liriknya sangat lucah., kesat dan berunsurkan provokasi.? Sedangkan lagu-lagu melayu diharamkan tanpa dapat membela diri.

Sekarang ini ramai pendengar sudah peka tapi sayangnya orang tertentu masih lagi pekak.!!!