Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, March 5, 2015

MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI..

MAAF SELAMA INI TIDAK PEDULI
Harga RM30sem/SSWK
Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Email nbkara_ofis@yahoo.com

Zaida memberhentikan keretanya di Jalan Chow Kit. Tidak jauh dari perhentian teksi. Dia kemudian mengajak Madena keluar.
“Aku sedang menunggu seseorang…”
“Siapa?”
“Lelaki yang menelefon tadi tu.”
Beberapa orang gelandangan sedang menghamparkan kotak untuk tidur memandang ke arah mereka. Ada yang sedang lalok, tersenyum-senyum memandang Madena.
Madena mengangkat tangan kepada lelaki itu. Lelaki itu tersengih-sengih membalas.
“Kau ni kak, menakutkan aku saja tau. Kau percaya ke dengan lelaki yang menelefon kau tu?”
“Aku percaya.”
“Kenapa kau boleh percaya?”
“Hati aku mengatakan aku percaya.”
“Kalau dia buat sesuatu tak senonoh dengan kau, macam mana?”
“Maksud kau, bagaimana?”
“Kau tahukan kak, orang sekarang ramai yang tak jujur!”
Madena merengus. Dia melihat seorang lelaki berbadan tegap menghampiri mereka. Dada Madena sudah bergoncang. Debarnya kian terasa.
“Cik Zaida ke?”
“Ya, Cik Zaida.”
“Saya Johnny.”
Lelaki itu membongkokkan badannya.
Mereka berbalas senyuman.
“Ini adik saya, Madena.”
“Oh ya… mari ikut saya.”
Madena rasa tidak sedap hati. Namun Zaida sudah menarik tangannya supaya mengikut lelaki itu.
“Kau tak takut ke, kak?”
Madena seakan berbisik, namun diatur juga langkahnya. Lelaki berbadan tegap itu diperhati dari belakang.
Poliskah dia? Atau lelaki ini seorang penjahat? Bagaimana Zaida boleh berhubung dengan lelaki ini?
“ALLAH ada perhatikan kita. Nak takut apa?”
Aduh, zaman sekarang terutama bila sudah terlampau ramai pendatang asing, semua perkara harus diambil kira. Orang berniat baik pun harus diragui kerana kita sukar membaca hati orang.
“Maaf, saya menyusahkan cik berdua.”
Suara lelaki itu perlahan sahaja.
“Tak mengapa.”
Zaida menjawab lembut.
“Tapi saya selalu melihat mereka di sini. Pakaian kotor, percakapan tidak seperti usia mereka.”
Lelaki itu bersuara perlahan. Sedap suaranya! Madena berkata dalam hati. Tidak tahu kenapa perwatakan lelaki yang tegas itu cepat dapat menangkap tingkah laku lelaki tersebut.
Mereka melalui kaki lima di Jalan Chow Kit itu. Ada beberapa buah kedai masih lagi dibuka. Salah satunya kedai runcit yang dikuasai bangsa Arab sedang menurunkan pelbagai makanan di dalam kotak dari lorinya.
“Saya risau dengan keadaan masyarakat sekarang ini yang tak pernah ambil peduli.”
Lelaki itu sudah memperlahankan langkahnya. Menoleh pada Madena. Wajah lelaki itu seperti ada keresahan yang sukar diungkapkan.
“Maksud Johnny, bagaimana?”
“Masyarakat kita sudah tidak ambil peduli lagi. Pembangunan insan sudah lebur bersama pembangunan fizikal. Kita sudah tidak ambil tahu dan tidak pernah peduli walau ada jiran kita yang mati kelaparan.”
Kata-kata itu bagaikan sengatan di telinga Madena. Membangkitkan rasa bersalah dan menghilangkan rasa prasangkanya terhadap lelaki ini dengan begitu mendadak.
“Hati saya rusuh sungguh melihat kehidupan mereka. Di mana-mana ada saja gelandangan. Di mana-mana ada saja anak yang terbiar. Bagaimana pula dengan hidup kita ni nanti? Terlalu mementingkan diri. Kenapa semua orang tidak peduli? Esok kalau Tuhan persoalkan, bagaimana kita mahu mengelak diri daripada menjawabnya?”
Lelaki itu terus bersuara. Mereka sudah berjalan masuk ke satu lorong yang Madena tidak perasan apa namanya. Lama sungguh dia tidak ke situ! Dan lelaki itu terus melangkah.
“Itu dia, Zaida.”
Lelaki itu berhenti buat seketika dan kemudian melangkah perlahan di bawah pokok. Ada dua tubuh yang sedang berbaring dialas dengan kertas.
Mendadak perasaan hiba yang sukar diluahkan berkumpul di dada Madena.
“Saya tak tahu sama ada mereka tu adik-beradik atau bukan. Tapi kesian mereka tu. Beberapa hari yang lepas, saya mendengar mereka berkata; emak pergi hisap dadah, dia tinggalkan kita. Kenapa emak tak bagi kita dadah? Dia makan sorang…”
Mata Madena terbeliak. Dia rasa tercekik mendengar kata Johnny itu.
“Johnny tahu bapak dia orang di mana?”
“Saya tak pasti. Zaida, lakukanlah sesuatu. Zaida kenal ramai orang, kan? Berilah kepada sesiapa yang boleh menjaga mereka. Saya mahu menjaga, tapi saya tak mampu.”




Saturday, April 5, 2014

HERO YANG TIDAK DIDENDANGKAN


Berapa ramai di antara kita setiap hari ada melakukan perkara kecil tetapi tidak didendangkan. Berapa ramai diantara kita perasan perkara kecil inilah yang selalu membahagiakan kita. 
Lakukan sesuatu yang sekecil ini supaya kehidupan lebih bermakna.

Monday, March 31, 2014

VIDEO MENGENAI DISKRIMINASI ORANG AMERIKA TERHADAP ORANG ISLAM


Diskriminasi orang Amerika terhadap orang islam. Tetapi tidak semua orang Amerika membenci penduduk Islam. Bab terakhir membuat air mata saya mengalir



Monday, November 18, 2013

NON STICK KNIFE EVERRICH

Sudah bosan dengan pisau biasa di dapur. Ingin lebih bergaya, atau mahu dijadikan haidah.
Sila ke page kami di 










Tuesday, November 12, 2013

PESADA AKSARA KEDUA


Penggambaran Pesada Aksara dilakukan buat kali kedua. Saya sebagai salah seorang penulis yang dijemput untuk dipromoskan. Ada beberapa lokasi shooting diadakan. Di pejabat nbkara dan juga di taman tasik perdana.


Sedang di tanya oleh edior penerbitan. Hentam sahajalah..

Seperti siri yang pertama, Fahrin tetap menjadi pengacaranya. Berbaju pink itu kawan saya Linda. Sengaja saya ajak dia ke lokasi. Tiba-tiba saya dengar dia menjerit. Ingat ada ularlah di taman tasik itu, rupanya dia menjerit tengok Fahrin muncul. Ha ha ha


One, two, three ready!


Seronok juga duduk bawak pokok nikan? Ha ha ha



Berpeluh Fahrin dibuatnya. Untuk saya hanya ada 2-3 slot sahaja tetapi untuk Fahrin, ada 6 episod dijalankan di Taman Tasik Perdana ini. Bertukar tukar bajulah dia sentiasa.

HAMAM DI OYLAT, TURKEY

Turki memang terkenal dengan hamam atau tempat mandi air panas. Ada beberapa kali suami  membawa saya ke Hamam. Biasanya kami akan ke Hamam keluarga, di mana ada bilik khas untuk keluarga dan kita boleh mandi di sini. Kali ini suami membawa ke hamam terbuka tetapi lelaki dan perempuan diasingkan. Kali ini kami ke Oylat yang mengambil masa 2 jam perjalnan dari Busra.

Selamat datang ke Hamam Oylat!

Ha ha kali ini memang terperanjatlah masuk Hamam ini!  Bila masuk ke sana perempuan perempuannya tak kira tua muda memakai bikini dan ada yang terdedah di bahagian atasnya. Saya sebenarnya nak keluar semula tak sedap, nak masuk pun tak seronok. Ibarat diluah mati emak!
Tapi kami masuk juga dan suruh Qaisara tunduk sahaja jangan pandang perempuan yang hanya memakai G String dan tidak memakai apa-apa di bahagian atas dan paling haru apabila mereka yang berada di dalam tersebut memandang kami seperti kami mahkluk asing. Yelah..saya, liza bujang waiman Qaisara, kami memakan baju lengan panjang dan seluar panjang. Ha ha ha..



Tidak lama kami di dalamnya walau seronok juga bermain dengan air panas. Namun di luar lebih nyaman, bersih dan cantik. Mata pun tak sakit. Ha ha

Oylat yang akan saya rindui selalu...

Qaisara bergambar sebelum pulang di luar kawasan hamam.


Ketika perjalanan pulang, kami terserempah gerai menjual buah ceri ini. Suami pun berhentilah untuk bertanyakan harga buah ceri tersebut.

Gerai sepasang suami isteri yang sangat baik hati. Dia tawarkan kami makan strawberi dan juga air teh.

Ini kawasan di belakang gerai yang sangat bersih. Dibelakang gerai tersebut ada ladang buah-buahan yang luas kepunyaan suami isteri yang separuh abad ini.

Ada tanaman buah epal

Ada malberi putih juga di tanam di ladang tersebut.

Suami kalau dapat teh, bukan main lagilah dia..ha ha


Mak cik yang sangat ramah, walau saya hanya tahu cakap sedikit sahaja dalam bahasa Turki tetapi dia melayan saya dengan sangat baik. Itu tempat memasak teh. Orang Turki memang suka minum teh.


Tengoklah Qaisara sempat lagi berbaring dihammock pak cik dan mak cik itu!

Qaisara sedang melihat ikan di dalam parit yang jernih airnya itu..

Pemandangan sepanjang balik ke Bursa



BANTUAN UNTUK PENDUDUK ULU SEMERA DAN JEMUKAN, SARAWAK

Siaran tertunda lagi. Ha ha ha

Sebelum hari raya  tempoh hari, puasa ke 15 saya dan sahabat saya Liza Bujang telah menjalankan program memberi bantuan kepada fakir miskin dan juga orang yang sakit yang terdapat di kampung Ulu Semera dan juga jemukan. 23 keluarga telah menerima bantuan berupakan wang RM100, beras dan juga telekung yang telah didermakan oleh sahabat-sahabat saya.

Seperti biasa konsep kami, kami pergi mencari fakir miskin untuk diberi bantuan supaya kami dapat melihat kehidupan mereka.

Ramai sebenarnya asnaf yang terlepas pandang di Malaysia ini. Orang perseorangan atau pusat zakat harus sentiasa turun padang supaya mereka dapat dibantu. Separuh daripada penerima bantuan kami kali ini adalah orang yang sakit. Sedih sebenarnya melihat keadaan mereka. Ada yang tidur di hadapan bilik air sahaja , mungkin mudah untuk ke blik air. Ya ALLAH hiba hati saya.

Ini hero saya yang bawa saya dari satu rumah ke satu rumah. Kata suami tahun hadapan bawa selori beras. Dia bising kerana hanya 23 keluarga sahaja yang dapat diberi bantuan. InsyaALLAH kalau diizinkan ALLAH saya mahu membuat program dari 2 kampung ke 4 kampung di tahaun hadapan.

Mak cik ini mendoakan kami selepas kami memberi bantuan. Aamiin. Moga ALLAH murahkan rezeki kepada penderma. Aamiin

Setiap kali program anak comel saya ini tidak akan saya lupakan. Dia sangat membantu sebenarnya. Jika saya sudah tiada, saya mahu Qaisara menyambung apa yang saya dan Liza Bujang lakukan.


Salah seorang rumah penderma. Ada sahabat bertanya. Lambang dacing merata-rata, tidak adakah kerajaan memberi bantuan? Saya tidak dapat menjawabnya. Saya hanya menjalankan tugas sebagai insan di muka bumi ini.

Qaisara mengagih agihkan telekong yang didermakan oleh salah seorang sahabat saya.

Tidak baik menghendap! Ha ha tetapi penghuni ini ke laut. Duduk seorang diri di rumah dan menyara diri dengan ke laut.


Ada kanak-kanak menjual sayuran. Sebungkus RM1, kerana kasihan saya suruh Qaisara beli 2 bungkus. Supaya dia tahu kesusahan orang lain.

Rumah terakhir saya kunjungi. Berharap saya boleh melakukan tahun hadapan. Moga ALLAH beri saya kesihatan yang baik. Aamiin




GELANDANGAN..

Lamanya tak update blog. Ini siaran tertunda. Dilakukan sebelum sahabat saya Wati dan Aidah berangkat ke Mekah menunaikan fardu haji. Memberi makanan gelandangan. Kali ini kami menyediakan burger, biskut dan air kotak. Terima kasih yang tidak terhingga kepada penyumbang.

Sudah lama sebenarnya tidak membuat projek memberi makan gelandangan. Tahun ini hanya 3 kali sahaja kami lakukan. Seharusnya setiap minggu atau paling kurang setiap bulan. 
Wati dan Aida sahbaat saya datang dari Singapura serta Linda  datang dari Wangsa Maju membantu  dalam menjayakan program ini.


Linda membawa anaknya Nana dan seperti biasa Qaisara akan membantu dalam kerja-kerja begini. InsyaALLAH bila dia sudah sedikit besar, saya pasti akan membawa Qaisara ke lapangan. Supaya dia dapat melihat kehidupan gelandangan ini.





Roslaini nombor dua dari kiri, berbaju hitam, adalah penyumbang utama kali ini. Beliau menyumbang burger yang kami bakar dan bungkus ini.

Seringkali cabaran memberi gelandangan makan adalah cuaca. Bila hujan hati sudah tidak sedap, kerana bila hujan begini gelandangan tidur awal dan kadangkala sudah menyembunyikan diri di celah bangunan. Namun syukur. Niat yang baik, Allah bantu kami. Ramai gelandangan yang dapat kami cari. Konsep kami bukan gelandangan datang kepada kami. Biarlah kami yang mencari gelandangan.

Pengalaman pertama Aida memberi gelandangan makanan, memberi kegembiraan buat sahabat yang datang dari jauh ini.

Suami memerhatikan rakan-rakan memberi makan kepada gelandangan.

Gelandangan ini sedang menyelongkar makanan. Apabila saya memanggilnya, berlari-lari anak dia mengambil makanan.

InsyaALLAH bulan Desimber ini kami akan melakukan pemberian sekali lagi.  Doakan program kami berjalan lancar.