Ini adalah umai
Umai adalah masakan tradisi orang Melanau di Sarawak.
Kalau tengok resipinya senang aje membuatnya, tapi saya tidak pernah mencuba.
Beberapa kali saya ke Sarawak saya ada mencuba umai ikan.
Tapi kali ini yang saya makan dibuat khas oleh sahabat saya Lizabujang (dia buat atau kakak dia yang buat tak tahulah saya, yang saya tahu saya duduk makan..ha ha)
diperbuat daripada obor.
Kata Liza umai kaki obor masin.
Suka juga saya makan umai ini tetapi kerana kemasinan tidaklah saya makan terlalu banyak.
Nasib dia masin, kalau tak masin mahu saya makan tak berhenti.. he he..
5 comments:
salam ...saya yang buat sendirilah kak. saya lupa rendam lebih lama untuk hilangkan masinnya. kena rendam lama sikit...kemudian baru celur. dan perap dengan limau.
masa pergi Sarawak dulu, biasa nampak orang jual kat Serikin and Kuching Memang famous la kat sana makanan ni kan.
umie melanau...dan mak umie pun selalu wat gak..bahagian jari dia sedap...hehhe
umai dari obor?!
tak pernah rasa lagi...
kalau bhs Jepun, umai = sedap :)
Post a Comment