Hari ini saya sibuk sangat-sangat. Yelah..esok majlis sambutan ulang tahun kelahiran Qaisara dan pembaca. Macam-macamlah perlu saya lakukan termasuklah pergi mengambil kek yang saya tempah. Tengah hari saya mengambil adik saya Nurul di komuter untuk membantu sama menguruskan majlis tersebut.
"Kak Tie dah telefon Ateh tak? Dia beranak tak hari ini?"
Nurul bertanya saya di dalam kereta. Saya hanya tergelak. Minggu lepas saya balik ke kampung. Saya bergurau dengan adik saya yang kami panggil Ateh.
"Ateh, 15 nanti kau bersalin, kau datanglah majlis Teta 16hb"
Adik saya tergelak sambil menjawab.
"Sabar ajelah kak tie.."
Saya bergurau dengan dia berkali-kali mengatakan yang dia akan bersalin pada 15hb, sedangkan doktor mengatakan yang dia akan due pada 20hb.
Hari ini 15hb, setiap panggilan telefon yang datang mendebarkan hati adik saya Ateh. Dia takut saya menelefon. Kata dia kalau saya menelefon bertanya sama ada saya beranak atau tidak, itu bermakna petandalah. Ada beberapa kali saya dapat mengagak apa yang berlaku di dalam keluarga. Jadi Ateh jadi gusar.
Dia lega saya tidak menelefon, sedangkan saya memang berkira mahu menelefon bertanya khabar tetapi tidak berkesempatan kerana terlalu sibuk.
Tengah hari tadi, dia sudah ada tanda-tanda bersalin. Lantas adik saya ke klinik dan doktor mengesahkan bukaan sudah 5cm.
Dan...pada hari ini, 15hb 9pm adik saya selamat melahirkan di hospital besar Melaka.
Kakak saya Maznah yang begitu teruja kerana gurauan dan agakan saya menjadi kenyatan. Tetapi apa komen suami saya.
"Isteri saya ni menakutkan sungguh. Awak ni ada pelihara jinkah?"
Ha ha ha...Aduh suamiku Mr Seyit Kara..
Bagi saya perasaan sayang saya terhadap adik beradik dan anak-anak buah menyebabkan saya dapat membaca beberapa peristiwan yang berlaku dalam keluarga saya.
Syukur dan sekarang tugas saya seperti biasa menamakan anak buah saya ini.
4 comments:
tahniah untuk adik akak tu. nak bagi nama apa kat baby tu nanti ?
Tahniah Ateh dan Hamdan atas kelahiran baby girl. Tahniah Danish dan Haji kerana dapat adik.rambut ikal tak kak?
tahniah.... wah dasat sungguh kak yati... hehehe
kadang2 naluri kita terdetik dgn sendirinya...saya pun pernah alami.bukan utk saudara tp utk pesakit.
so..baby tu nama apa?
Post a Comment