Banner

Banner

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO

SELAMAT MEMBACA NOVEL NBKARA..SILA KLIK LOGO
layarilah blog kami...
Kepada peminat novel yang ingin membaca novel karya penulis NBkara yang sudah diterbitkan dan bakal diterbitkan, sila layari blog www.nbkara.com


SUDAH BERADA DIPASARAN

Para pembaca boleh memesan buku tersebut melalui laman store kami di www.nbkara.net
Pembayaran boleh melalui ke account no.

Maybank Norhayati Berahim 164267408855
Maybank NBKARA 512026007663
Alliance bank account NBkara 120340010015114

Segala maklumat pembelian/transaksi perlu di e-mail kepada nbkara@yahoo.com atau nbkara_ofis@yahoo.com dan jangan lupakan sertakan alamat pembeli

atau dengan menggunakan wangpos/cek/kiriman wang yang dialamat kepada

D26-GB Jalan Prima Saujana 2/B
Taman Prima Saujana
43000 Kajang
Selangor

Semua penghantaraan di Semanjung adalah percuma.

Harga Sabah Sarawak harus mengikut harga Sabah/Sarawak. Penghantaraan adalah percuma.

layari www.nbkara.net untuk pesanan..


Related Posts with Thumbnails

Thursday, January 6, 2011

SEKOLAH SEKARANG


Beberapa hari ini saya dok sibuk mencari-cari sekolah untuk Qaisara, bagi menduduki darjah 1 tahun hadapan. Sebenarnya tahun hadapan Qaisara baru berusia 6 tahun, tapi banyak sangat cadangan yang menyuruh dia masuk ke darjah 1 jadi saya selidiklah sekolah mana yang akan dimasuki Qaisara. Tumpuan saya lebih pada sekolah swasta yang ada mengajar mengaji dengan fardu ain sekali. Jadi tidaklah Qaisara terkejar-kejar balik dan sekolah tersebut menyediakan makanan pagi, tengah hari dan minum petang sekali.
Adalah 2-3 buah sekolah yang saya jumpa. Sekolah yang terkenal dengan pelajar yang pandai dan baik. Tetapi apabila melihat senarai kehendak sekolah ini untuk seseorang pelajar memasuk darjah satu ke sekolah tersebut. Geleng kepala saya dibuatnya..

1. Kanak-kanak harus berusia 7 tahun ?
2. Sekurang-kurangnya sudah menghabisaan bacaan iqra buku 2.
3. Sudah mengenal huruf dan boleh membaca..aduh..senangnya hidup cikgu sekolah ni! Bla bla bla..

Di dalam hati saya berkata. Patutlah budak-budak pandai dan keputusan selalu bagus di sekolah ini sebab yang diterima masuk adalah anak-anak yang memang sudah sedia pandai. Apa guna menjadi guru kalau tidak ada cabaran mengajar anak-anak. Sudahlah yuran bulanan sekolah ini melebihi RM300. Senang kerja dan senang hidupkan?

Seharusnya had umur untuk sekolah swasta tidak perlu.  Kalau ada pelajar mahu memasuki darjah satu ketika usia 6 tahun atau 8 tahun mereka harus terima. Sebab itu saya lebih suka dengan sekolah kerajaan negeri Kelantan yang membenarkan para pelajar memasuki sekolah tanpa mengikut usia. Adik saya satu ketika dahulu, ketika tamat sahaja sekolah tahfiz berusia 15 tahun dibenarkan memasuki tingkatan dua walau lewat setahun sebelum dibenarkan menduduki PMR.  Bahkan ada kawannya berusia 16 tahun pun diterima di sekolah di sana dan menduduki tingkatan dua juga.

Ini baru mahu memasuki darjah satu, tingkatan satu nanti macam mana pula ya..


6 comments:

Aida Faris said...

salam.
kak. cuba2 tgk adni international school.
jauh sikit dr umah akak.
darjah 1 start umo 6tahun.

www.adni.edu.my

honey bedazzled said...

saya dulu sekolah al-amin keramat

Nurul Zahar said...

Salam.
Kak, saya rasa akak patut tanya bahagian pentadbiran. Boleh runding sebab pada pandangan saya umur bukan penghalang. Banyak sekolah swasta yang bagus antaranya Al-amin, Hira', Ibn Khaldun. Adni pun boleh tahan.

Bayaran memang agak mahal, tapi berbaloi. Saya tahu sebab saya pun bersekolah agama swasta dulu (al-Hidayah JB).

Moga dapat membuat pilihan yang tepat :P

Nurul Zahar said...

Cuba juga survey khalifah school. Ustaz Hasrizal a.k.a Saifulislam pun hantar anak ke situ.Ws

Umie said...

kalu sy mcm akak pun..sy nak gak antar anak g sekolah yg blajar agama ni...tp memandangkan xda anak lagi...wat impian jer la dulu..hehhe...

Unknown said...

comelnya qaisara bertudung.

dasat juga syarat2 nak sekolah swasta ya...