yong tau foo di Melaka dimakan dengan sup, memang sedap.
Sabtu lepas saya teringin sungguh mahu makan yong tau fo0 yang satu ketika dahulu saya selalu makan di satu selekoh di Bandar Hilir. Kedai itu sudah tidak ada lagi kerana sudah dijadikan tempat letak kereta. Akhirnya saya pergi ke sebuah kedai di Semabok yang ada menjual yong tau foo. Saya beli sekali satay untuk dibawa pulang.
Pagi minggu saya bersarapan yong tau foo bersama ayah saya. Lebihan semalam.
"Arwah pak cik Khamis kamu dulu suka sangat makan Yong Tau foo di Semabok." (tempat yang sama saya beli). Selalu kami makan di situ."
"Kat situlah orang beli.." Saya beritahu ayah saya.
Teringat saya pada pak cik Khamis kawan ayah saya yang tidak pernah mengatakan tidak, apabila ayah saya mengajak ke mana-mana. Pak Cik Khamis memang rajin mengekor ayah saya dan mereka menjadi sahabat yang baik. Bila dia meninggal kerana penyakit kronik. Saya tahu ayah saya kehilangan seorang sahabat yang cukup baik.
Saya tahu ayah rindukan sahabatnya itu. Saya sendiri kadangkala seperti melihat kelibat Pak Cik Khamis datang ke rumah saya dan kadangkala bila ayah saya keluar berjalan. Saya pernah bertanya emak tiri saya. Apakah ayah saya keluar dengan pak cik Khamsis? Sedangkan pak cik Khamis sudah lama meninggal dunia.
Bagi saya orang yang baik, akan kita ingat sampai bila-bila. Ingatan itu tidak akan terpadam walau bertahun-tahun berlalu. Benarlah kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.
6 comments:
Mmg org yg baik akan sentiasa dikenang..
Kak, yong tau foo akak tu siap ada brokoli kan.. Sedapnya..
Sedapnya,nmpk fresh!Ana suka makanan yg ada sayur-sayuran...
kak yatie...intan masa melawat adik yang belajar di melaka memang selalu singgah makan kat kedai yang akak cakap tu. Tapi cari sekarang tak jumpa...rindunya nak makan kak..hahahah
:)
Ida yong tau fu di melaka, macam-macam ada, ada kupang, ada kerang, limpa..sebab tu akak suka
Suhana..yong taufu di melaka boleh letak macam2 sayur..
Intan akak sekarang makan di Semabok dan kata orang yang di bandar hilir itu sudah berpindah di Mahkota Hospital..tapi akak tak pernah pula pergi lagi..
betul tu kedai YTF tu dah berpindah di gerai makanan berderet depan sebelah Mahkota Hospital...masuk jalan selorong ...rasanya masih sama seperti dulu....
Post a Comment