Mungkin ramai yang sudah melihat Video 4:25 minit memaparkan Karam Singh Walia yang dikatakan telah menghina orang Melayu
Dengan kata-kata seperti, “Melayu bukan berasal daripada Malaysia dan Indonesia. Orang Melayu tidak pandai.”
Kejadian yang berlaku membangkitkan kemarahan orang-orang melayu.
Beliau dikatakan mabuk ketika mengeluarkan kata-kata tersebut. Namun mabuk bukanlah alasan untuk mengeluarkan perkataan yang mengores perasaan pada orang lain?
Sebab itulah di dalam Islam, sesuatu yang memabukkan itu diharamkan. Apabila mabuk orang tidak sedar apa yang dicakapkan, bahkan kadangkala dalam keadaan mabuk orang tidak sedar apa yang dilakukan sehingga diri bertelanjang bogel pun masih tidak sedar, diketawakan orang.
Pernah terjadi semasa saya bekerja di sebuah pejabat swasata satu masa dahulu, di tempat kerja saya mengadakan jamuan makan malam. Seorang lelaki menunjuk lagaknya dan minum minuman keras sehingga bila mahu berjalan balik dia sudah tidak mampu lagi. Beberapa orang pekerja berjumpa beliau duduk di dalam parit di di hotel tersebut.
Cerita itu dijadikan bahan gelak ketawa dan tidak pernah habis diceritakan sehingga bertahun-tahun. Sudah pasti yang empunya diri maruahnya habis hancur lebur bertahun-tahun disebabkan peristiwa satu malam.
Rasulullah saw telah bersabda: "Ada tiga golongan manusia yang diharamkan masuk syurga oleh Allah: Orang yang membiasakan minum minuman keras, orang yang berani kepada orangtua, dan orang yang tidak memiliki rasa cemburu hingga membiarkan isterinya (atau suaminya) bertindak serong."
2 comments:
org mabuk bukan setakat memalukan dirinya sendiri malah seisi keluarga juga. lebih-lebih lagi melayu yang mabuk. dasyat. tak suka tgk kilang arak yang besar gedabak kat pj tu. rasa nk bakor je.dgn disko2 sekali nk bakor kalau boleh.
saya suka baca blog puan. puan rock!! hahaha :D
oowhh.. ini ke kesnya pasal karam singh tu..
kakyong baca headline n3 blogger2 jer..
Post a Comment